Ikuti Blog ini

Manek Urai: Gambar Sekitar Ceramah Di Cucuh Puteri...




Tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lebih kurang jam 7:50 malam.
Menunggu Kenderan yang akan membawa dan mengiringi DS Anwar Ibrahim ke lokasi program ceramah di Cucuh Puteri, Manek Urai.
Sempat singgah untuk solat Isyak dan juga solat hajat di Masjid Al-Amin, Mukim Kerawang, Pulai Chondong.
Solat Isyak dan solat Hajat bersama para jemaah Mukim Kerawang, Pulai Chondong.
Makan-makan.

CHUCHUH PUTERI, 8 Julai - Kenyataan Umno-BN yang menuduh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai nyanyuk kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan mencerminkan keadaan mereka yang sedang melepaskan geram.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu dalam satu ceramah ketika kempen calon di Padang Chuchuh Puteri A semalam, menyifatkan kenyataan tersebut lahir daripada mereka yang sedang marah serta tidak rasional.

"Itu kenyataan orang yang lepas geram, kalau saya nyanyuk bagaimana saya boleh menyampaikan ceramah pada malam ini?" tegasnya kepada lebih 3,000 orang yang datang mendengar padang ceramah tersebut.

Tuan guru juga menceritakan mengenai kenyataan seorang menteri besar kepadanya ketika menghadiri satu mesyuarat Menteri-menteri Besar bersama Majlis Raja-raja, yang terkesan selepas mendengar kaset ceramah yang disampaikan beliau mengenai parti politik yang dipilih ketika pilihan raya.

"Ada seorang menteri besar memberitahu saya, bahawa dia telah mendengar kaset ceramah saya.

"kata menteri besar itu, apa yang paling beliau terasa dan terkesan ialah 'apabila mati kelak, Allah akan tanya masa hidup sebelum ini, apabila kamu mengundi, kamu pilih apa?" jelasnya.

Oleh yang demikian beliau menyeru dan menyatakan harapan yang penuh agar pengundi di Manek Urai dapat membuat pilihan yang baik untuk terus menyokong kepimpinan Islam.

"Saya penuh harap pengundi di sini dapat membuat pilihan yang terbaik.

"Setelah Umno kalah di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kenapa kita mahu pilih dia(Umno) lagi?" katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa pihaknya telah mengirimkan surat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak untuk mendapatkan respon mengenai alasan Umno menolak Islam.

"Saya telah mengirimkan surat kepada Perdana Menteri yang mengandungi soalan, 'kenapa Umno tolak Islam?

"Islam itu bukan PAS yang buat, tetapi kenapa Umno tetap mahu menolak Islam? Sebab itu saya berkempen dan berdakwah hingga ke hari ini untuk Islam," tegasnya.

Turut menyampaikan ceramah pada malam itu, Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato' Husam Musa, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif termasuk calon PAS Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

KERANA MANEK URAI, PPSMI DIMANSUHKAN



Seperti yang kami ramalkan sebelum ini, kerajaan UMNO BN telah memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Banyak pihak melihat pemansuhan itu mempunyai muslihat untuk UMNO BN mencari sokongan di dalam pilihanraya kecil Manek Urai yang akan berlansung pada 14 Julai ini.

Namun sungguhpun demikian, pemasuhan itu adalah hasil daripada perjuangan gerakan aktivis bahasa di dalam GMP (Gerakan maansuhkan PPSMI) bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya pada 7 Mac lalu.

Matlamat GMP ialah untuk melihat dasar PPSMI dimansuhkan oleh kerajaan, dan bahasa Melayu didaulatkan semula sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Dato' Hassan Ahmad, Pengerusi GMP, sudah menyatakan bahawa Himpunan 100 Ribu pada 7 Mac itu adalah himpunan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada ketika itu, pihak polis telah menggunakan kekerasan seperti menembak gas pemdih mata ke arah peserta anti-PPSMI, termasuk kepada aktivis bahasa yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah menara gading dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada di kalangannya terdiri dari ahli-ahli parlimen.

Pada ketika itu polis Malaysia telah bertindak seperti binatang ke atas kelompok cendekiawan dan golongan berilmu.

Dan kini dimana pihak polis mahu meletakkan mukanya apabila kerana hendak menang pilihanraya Manek Urai, kerajaan telah terpaksa memansuhkan PPSMI yang menjadi matlamat kepada perhimpunan yang dimusuhi sangat oleh pihak polis berkenaan.

Justeru itu, pengundi Manek Urai tidak semudah itu untuk termakan dengan tindakan UMNO BN yang keterlaluan menggunakan polis sebelum ini untuk menekan dan menzalimi rakyat dengan pengumuman pemasuhan PPSMI tersebut, kerana UMNO dulu kini dan selamanya sememangnya memusuhi bangsa dan bahasa ibundanya sendiri.


MU+ Penyelewengan UBN Dan Cerita Sebenar Obama Call Najib Oleh DSAI


Malaysia Anwar Sodomy


MU.. Penyelewengan UBN Dan Cerita Sebenar Obama Call Najib Oleh DSAI



KETERBUKAAN PAS TIDAK MENGUBAH DASAR PARTI




KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Debat, hantar surat, menasihat, berdialog dan wacana adalah antara 'jendela-jendela' yang dibuka oleh PAS yang ada dalam amalan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan risalah Islam.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata banyak lagi 'jendela-jendela' yang dibuka seperti apa yang diperkenalkan oleh Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain dalam menyampaikan mesej PAS berdasarkan risalah Islam yang wajib di sampaikan kepada seluruh manusia.

"Namun apa pun jendela yang kita buka, kita mesti istiqamah dengan dasar dan parti kita sendiri. Ini sangat penting," katanya dalam satu temubual ringkas Harakah bersama beliau di pejabat agung PAS dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pelawaan Musryidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat terhadap Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak untuk berdebat.

"Dan saya yakin Umno tidak bersedia untuk berdebat," katanya.

Sementara itu ketika ditanya berhubung perkembangan mutakhir yang memberi gambaran negatif dan 'isyarat' yang salah terhadap PAS, beliau menyeru semua pihak agar tidak terperangkap dengan permainan sesetengah media yang disalahguna untuk menyerang PAS yang sentiasa berpendirian teguh terhadap dasar parti.

"Kita minta seluruh pemimpin dan ahli PAS istiqamah dengan dasar dan konsep perjuangan kita.
"Dan dalam masa yang sama kita tidak melatah dengan usikan media-media yang tidak bertanggunjawab," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.(harakahdaily)


Tuan Guru Presiden ziarah penduduk Laloh


Tuan Guru Presiden PAS sempat menziarahi seorang penduduk Kg Laloh yang telah diserang stroke. Kg Laloh merupakan kawasan yang terletak di dalam DUN Manek Urai.

Hj Mokhtar Kadir berumur 60 tahun merupakan sepupu kepada Arwah Pak Su Wel, bekas Adun yang telah banyak berjasa kepada penduduk di DUN Manek Urai. Hj Mokhtar memberitahu kepada Tuan guru bahawa beliau telah lama mengidap penyakit tersebut.

Kelihatannya beliau tidak mampu berdiri sendiri melainkan dibantu oleh keluarga beliau.

Tuan guru yang sangat bersimpati, juga menasihati kepada Hj Mokhtar supaya banyak bersabar menghadapi dugaan yang sangat mencabar tersebut dan banyakkan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan olehNya.

Turut sama dalam program ziarah tersebut ialah YB Dato' Hj Omar Mohamad yang merupakan ADUN Perupuk.

Sebelum itu Tuan Guru Hj Abd Hadi menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Laloh, bertajuk Isra' Mikraj.

Dalam kuliah tersebut, Tuan Guru menyeru kepada ahli jamaah masjid supaya berjuang menegakkan Islam dan menyokong risalah yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w tersebut.

Muhyiddin Kau Jangan Malukan Najib.


Setelah Barisan Nasional dimalukan dalam pilihanraya umum dan kecil dengan pelbagai tektik kotor ciptaan Perdana Menteri. Hari BN mahukan pertandingan yang sihat di dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Johor Daily percaya teknik politik kotor Najib yang diamalkan selama ini telah berjaya menjatuh Tun Abdullah Badawi dan tidak mengapa BN kalah teruk. Mungkin yang penting bagi Najib cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Ramai pengalisis politik berpendapat imej buruk Najib yang disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya dan kes liwat Mohd Saiful adalah strategi paling hina dalam pilihanraya yang dilakukan oleh BN dan Umno.

Najib yang serik dan malu dengan banyak pilihanraya kecil sebelum ini dijangka tidak akan berkempen di Manek Urai dan berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin dapa menebus malu yang telah beliau lalui.

Posted by JOHOR DAILY



Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya – TGNA




Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bilhikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya - tgna

Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bilhikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya - tgna


Tak apa kalau Najib tak mahu jumpa – Nik Aziz



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.


Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.


“Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bilhikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.


Semalam, ketika diminta mengulas hasrat Nik Abdul Aziz untuk bertemu beliau bagi membincangkan mengenai perdebatan yang dicadangkan antara kedua-dua mereka, Najib berkata: “Saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikian.


“Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu,” kata Perdana Menteri.


Nik Abdul Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.


Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.


Nik Abdul Aziz berkata beliau masih beranggapan baik kepada Perdana Menteri yang belum menghantar surat jawapan rasmi menolak tawaran itu.


“Setakat ini, beliau (Najib) belum menjawab lagi melalui surat rasmi, saya buat sangkaan baik, mungkin dia (Najib) tak sempat nak hantar lagi,” katanya. BERNAMA




Abe Uji: Saya akan tunaikan amanah Allah ini.





Ucapan pada kempen sulungnya selesai sahaja proses penamaan calon



Ustaz Hadi lancar buku 'Islam Adil Untuk Semua'



MARANG - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah melancarkan sebuah buku tulisan terbarunya bertajuk 'Islam Adil Untuk Semua'.

Katanya, keadilan mengikut tafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik.

"Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi.

"Orientalis barat Snouck Hurgronje mengungkapkan 'Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik'", jelasnya.

Kata Ustaz Abdul Hadi, kesannya Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksanakan undang-undang rimba dan monopoli harta.

Intisari buku tersebut bagi mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira banagsa dan agama.

Ianya, ,merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam.

Bahkan, buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam Islam dan falsafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

Beliau melancarkan buku tersebut pada satu majlis Ceramah Perdana yang disaksikan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di pekarangan Masjid Rusila, Marang, semalam. presiden.pas.org.my

video perarakan bersama 2 tok guru....

Lagi dan lagi...Koleksi Gambar Sekitar Penamaan Calon



Calon PAS diiringi ribuan penyokong Pakatan Rakyat keluar dari Pusat Penamaan Calon.
Ucapan pertama dari Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat selepas selesai penamaan calon.
Wakil DAP, Tan Seng Giew turut memberi kata-kata semangat kepada para penyokong dan Bakal pengundi N-41
Ucapan alu-aluan dari YB Ustaz Latiff.
Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua turut hadir memberikan sokongan.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli...
Ribuan ops... ratusan... ops... puluhan... penyokong Pakatan Rakyat... hahaha..!
Bersama-sama mengaminkan doa memohon keberkatan, bantuan dan kemenangan kepada Calon yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N-41.
Amin...

Rakam jangan tak rakam... hahaha...
Anak muda Manek Urai bersama PAS, yang totok-totok bila lagi..? tak kan nak pakai timbang kati sampai ke sudah..?
Yang ni aku dedicate khas untuk Cenangau... kalau tahun ni tak dapat makan nasik minyak jugak, memang hampeh la kau..! hahaha...!!!
Ustaz "Budak Besar"... UMNgOk/Barisan Nasiyonal ni dia tau Fuluuusss je..!
Ha... cekak pinggang, bukak dada... jangan sesape cuba nak main gila..! rileks la brader...
Pengerusi Kelab Penyokong PAS (Kaum India) Perak... Kami akan berkampung disini untuk membantu jentera pilihanraya PAS berkempen..!
Abang Mat... macam biase la... baju kuning BERSIH...
Kontinjen PAS mengiringi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK N-41 selepas selesai penamaan calon.
Dato' Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan turut hadir mengiringi Abe Uji...



Dun Perak akan di bubarkan sebelum Sep. 2009 - Penganalisis Politik




Mengikut perundangan , kita terpaksa mengadakan pilihanraya setiap 5 tahun sekali.Suka tak suka , kita kena rujuk kepada rakyat.Kita kena minta mandat baru daripada rakyat.

Namun, begitu dalam keadaan tertentu seperti yang berlaku di Perak kini, pembubaran DUN dan mengadakan PRU yang baru amatlah perlu bagi memulihkan kemelut politik negeri Perak yang telah berlarutan sekian lama.

Bagaimanakah kerajaan kudeta Zambry mahu mentadbir negeri Perak menjelang 2010 nanti sedangkan DUN Perak perlu bersidang untuk meluluskan peruntukan dan perbelanjaan untuk 2010 nanti.

Dan bagaimana DUN Perak akan bersidang pada masa yang akan datang nanti? Tentu berlaku lagi kekecuhan seperti mana berlaku pada 7 Mei lalu.Kali ini tentu lebih hebat!

Berapa ramai polis akan dikerahkan untuk masuk kedalam dewan dan mengawal di luar dewan?Dan berapa ramai tangkapan awam akan dilakukan?

Pakatan Rakyat berdendam dan kali ini mereka pasti akan mengangkat Speaker Haram R.Ganesan keluar dewan sepertimana yang Umno/BN lakukan dulu.

Kali ini, rakyat telah menjangkakan apa yang akan berlaku, tidak seperti mana pada 7 Mei lalu.Dan kali ini , satu Malaysia akan pasti turun untuk bersama Pakatan Rakyat pada persidangan DUN perak yang akan datang.Inilah sebenarnya yang menggerunkan kerajaan kudeta Zambry.

V. Sivakumar akan terus menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah disisi undang-undang manakala R. Ganesan, calon lantikan Barisan Nasional adalah Speaker haram dan perampas kuasa.

Apakah helah Zambry dan kerajaan kudetanya untuk terus menangguhkan persidangan DUN dan hingga bila?

Ramai penganalisis politik berpendapat, DUN Perak terpaksa juga dibubarkan selewat-lewatnya bulan September 2009 memandangkan perlunya meluluskan bajet 2010. Kalau tidak, bagaimanakah kerajaan negeri mahu membayar gaji kaki tangannya?

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan berkata,tafsiran Artikel 36A klausa 2(c),(d), 5 dan 6 dalam perlembagaan negeri itu jelas membuktikan bahawa kedudukan Sivakumar tidak boleh dirampas oleh mana-mana pihak.

Pembubaran DUN jelas tidak dapat dielakan.Mahu tak mahu Zambry dan kerajaan kudetanya terpaksa tunduk kepada kemahuan rakyat untuk mohon pekenan rakyat.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .