Ikuti Blog ini

Pandangan Tun M mengenai calon BN



*** Seburuk-buruk DS Mohamad Hasan, beliau BELUM lagi terpalit dengan SKANDAL RASUAH....
***Sebaik-baik TS Isa Samad, beliau SUDAH terpalit dengan SKANDAL RASUAH...

Khusus Buat : Penyokong TS Isa Samad (yang sedang ghairah berkempen untuk mengangkat beliau sebagai MB Negeri Sembilan)....

1. Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.

2. Sudah lupakah kita akan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana calon Barisan Nasional terdiri daripada seorang peguam yang dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya? Kempen BN mudah dipatah oleh parti lawan. Apabila ia kalah ramai yang berkata BN harus selidik dahulu latarbelakang calon. BN tidak harus letak calon yang mempunyai latar belakang yang mudah dijadikan isu oleh parti lawan.

3. Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah.

4. Sesungguhnya orang ramai tidak lagi hormati UMNO. Dan besar kemungkinan mereka tidak akan undi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13.

5. Imej ini boleh diubah jika UMNO secara serius cuba bertindak membersihkan dirinya. Yang rakyat lihat ialah janji akan terus bertindak terhadap yang terlibat dengan penggunaan wang dalam pemilihan Majlis Tertinggi tidak dikotakan. Sebaliknya banyak tanda-tanda yang menunjuk yang kotor diterima juga. Jika yang dipilih sebagai calon di Bagan Pinang tidak bersih maka persepsi rakyat terhadap UMNO sebagai parti rasuah tidak akan berubah. Ia akan mempunyai kesan buruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

6. Memang benar saya disingkir daripada UMNO dan kemudian diterima balik dan dicalonkan dalam Pilihanraya Umum 1974. Tetapi saya tidak disingkir kerana jenayah rasuah. Saya disingkir kerana saya telah suarakan pendapat ramai ahli parti yang tidak senang dengan dasar Presiden ketika itu.

7. Demikian juga beberapa orang ahli Semangat 46 telah diterima balik, dicalon dan ada yang dipilih menjadi menteri. Mereka bukan diambil tindakan disiplin kerana rasuah atau politik wang. Kesalahan mereka bukan satu jenayah. Sebaliknya tindakan mereka disebabkan perbezaan pendapat politik dengan kepimpinan parti.

8. Tidak ada persamaan di antara kes saya dengan kes tindakan tatatertib keatas seorang yang menggunakan wang untuk mendapat jawatan dalam parti.

9. Jika ahli UMNO utamakan orang tertentu lebih daripada parti dan penerimaannya oleh masyarakat, janganlah hairan jika UMNO sekali lagi ditolak dalam pilihanraya umum.

10. Sebenarnya penolakan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-12 disebabkan kebanyakan ahli UMNO terus menyokong pemimpin yang tidak disukai oleh rakyat. Oleh kerana ahli UMNO tidak bertindak menukar pemimpin yang tercemar dengan rasuah dan nepotisme, maka rakyat sebagai pengundi terpaksa bertindak mengalahkan BN dan UMNO di banyak kawasan.

11. Kalau sayang pada parti, janganlah begitu utamakan individu tertentu sehingga imej parti tercemar lagi. Korbankanlah sedikit supaya akhirnya parti dapat dipulih semula.

PRK Bagan Pinang satu pertempuran Sengit

TELUK KEMANG – Semua petugas DAP akan bertumpu kepada Pusat Penyelaras DAP yang dilancarkan di Batu 9 Jalan Teluk Kemang disini kelmarin. Pengerusi DAP negeri Terengganu, Ng Chai Hing berkata pusat tersebut

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/DunBaganPinang5%20069.jpgakan menjadi penyelarasan semua gerakerja kempen DAP bersama Pakatan Rakyat.”Ia akan jadi pusat penyelaras bagi pilihanraya kecil bagan Pinang,

”ahli DAP seluruh negara akan bertumpu ke kawasan ini,”katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran pusat tersebut.

Menurutnya, PRK Bagan Pinang merupakan satu pilihanraya yang sengit yang memerlukan semua petugas Pakatan Rakyat bekerja keras untuk mencapai kemenangan.

Katanya, DAP Terengganu akan menurunkan 10 orang petugas yang akan membantu kempen pilihanraya tesebut selepas penamaan calon.

Menurutnya jentera DAP tlah turun padang menemui pengundi bersama-sama jentera Pakatan Rakyat dari PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

”Selepas kematian bekas wakil rakyat (BN)iviti untuk menggerakkan jentera telah dilakukakan termasuk aktiviti tuun padang dilakukakn bersama PAS dan Kedailan,

”Kita berharap ia akan mendatangkan hasil yang baik untuk memenangi pilihanraya kcil DUN Bagan Pinang,”ujarnya.

Si tua expired ini dah Merajuk

dsfg

Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira - Tun M nyayuk

Tun Mahathir tidak akan berkempen di Bagan Pinang

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

“Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira,” katanya apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan pencalonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN.

Semalam, Isa, 59, diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Bagan Pinang.

Apabila ditanya adakah ia akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini, katanya, “Saya rasa kita ada peluang baik. Kita akan menang.”

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang majoriti, beliau berkata: “Saya tidak tahu. Mungkin boleh. Saya agak.”

BN memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti 2,333 pada pilihan raya lepas bagaimanapun ia kosong selepas kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor.

Pengumuman berhubung pencalonan Isa dibuat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada Sabtu ini dengan pengundian pada 11 Oktober. BERNAMA

Projek BN semasa pilihanraya kecil

Aduhhh boring betoi la Barisan Nasional nie... kalau ada pilihanraya kecik jaa kompom buat projek mee segera yang paling wajib sekali ialah TURAP JALAN... tak ada projek lain kaa...??

Cuba kata ubah cara pulak seperti mai buat LAPANGAN TERBANG kaa... buat ANTENA 3G ka... bagi KERETA KANCIL 1RUMAH 1BIJI kaa... nie tak asyik-asyik JALAN RAYA...

Dari zaman PRK LUNAS.. sampai ke sekarang yang tuuu jaaa... Boring dah Aihhh hangpa nie....







Jadikan Bagan Pinang Kuala Terengganu No. 2






ayuh semua rakyat
kuburkan isa dan umno di bagan pinang
kuburkan perasuah dan pemakan wang haram!

Pilihan Raya Kecil DUN N31 Bagan Pinang memberi makna besar kepada seluruh rakyat untuk membuat perubahan ketara dalam senario politik tanah air.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rakyat perlu mengambil peluang ini untuk menolak calon Umno-Barisan Nasional bagi menyelamatkan negara yang dilanda pelbagai wabak berbahaya.

“Kita melihat betapa gelabahnya Barisan Nasional mengemukakan slogan selepas satu-satu. Dahulunya bersih, cekap, amanah, natijahnya tidak bersih, cekup, khianat bukan amanah .

“Kepimpinan melalui teladan tidak boleh jadi teladan, menjadi contoh sangat buruk terutamanya bagi orang-orang Islam kerana Umno tidak tunjuk satu contoh Islam yang sebenar,” katanya dalam majlis pengisytiharan calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beliau berkata slogan-slogan yang dibuat Umno-Barisan Nasional dilihat seolah-olah membela nasib rakyat namun dalam masa yang sama parti berkenaan sebenarnya mengkhianati bangsa sendiri dan menzalimi bangsa lain.

Sehubungan itu Hadi berkata, Pakatan Rakyat diperkenalkan untuk mewujudkan perpaduan dengan menerima hakikat masyarakat majmuk.

“Slogan 1 Malaysia slogan baru yang ditonjolkan Umno adalah topeng yang sangat rapuh yang dikoyak rabakkan oleh Umno, MCA, Gerakan, dan Mic yang tidak bersatu.

“Kita mahu memperkenalkan Pakatan Rakyat untuk mewujudkan perpaduan dengan menerima hakikat pelbagai bangsa pelbagai agama. Tidak salah orang Cina sayang pada kaum Cina, mempertahankan hak orang Cina. Tidak salah orang India sayang pada kaum India, tidak salah Melayu sayang pada Melayu mempertahankan hak dia. Yang salah ialah kita sayang bangsa kita tetapi menzalimi bangsa lain,” katanya.

Hadi yakin Pakatan Rakyat dapat menawan Bagan Pinang sekiranya semua pihak dalam gagasan itu bersatu untuk mengulangi kejayaan menawan kerusi Kuala Terengganu daripada Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Januari lalu.

“Kalau kita bersatu sungguh-sungguh segala penipuan, penyelewengan dapat kita atasi. Buktiknya kita dalam piliha raya kecil lalu di beberapa tempat kita menang besar dapat mempertahan kemenangan boleh tawan kawasan mereka di Kuala Terengganu tidak mustahil kita boleh tawan Bagan Pinang.

“Kita mengharap arus perubahan ini akan berpindah ke selatan. Perubahan ke selatan akan bermula di bagan pinang,” katanya.

Menurutnya menjelang pilihan raya kecil pada kali ini rakyat Bagan Pinang bakal mendapat pelbagai habuan oleh Umno-Barisan Nasional.

Bagaimanapun katanya habuan berkenaan hanyalah sebahagian kecil kekayaan negara yang diberikan kepada rakyat kerana sebahagian besarnya dibolot oleh pemimpin atasan.

“Kita melihat rakyat hanya mendapat sedikit habuan khusunya bila ada pilihan raya kecil banyak projek pembangunan, duit diberi, banyak subsidi itu hanya sedikit kekayaan negara.

“Sebahagian besar kekayaan ini berpusing di kalangan orang tertentu. Yang terkini isu yang hebat diperkatakan PKFZ yang menelan belanja besar, media-media dedahkan bagaimana berlakunya rasuah, mereka yang kaya beri rasuah pada orang politik, orang poitik beri projek pada yang kaya,” katanya.

Politik dan amalan sebegitu telah lama menjadi budaya Barisan Nasional.



Bagan Pinang - Lumpuhkan PAS Dengan Menghentam TGNA

http://pantheraleo1982.wordpress.com/2008/04/http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/kita-sekarang-perang-guna-mulut-saja.htmlhttp://tuangurunikabdulaziz.blogspot.com/2008/07/biografi-tuan-guru-dato-haji-nik-abdul.htmlhttp://tuanadil.wordpress.com/2009/04/08/aku-bangga%E2%80%A6/http://kedahlanie.blogspot.com/2009/09/nik-aziz-sifatkan-orang-tolak-islam.htmlhttp://kedahlanie.blogspot.com/2009/09/istilah-akidah-umno-oleh-nik-aziz.html

PRK N31 BAGAN PINANG-UNDILAH PAS...TAKBIR!!!


Cara yang paling mudah untuk mendapat perhatian dalam suasana pilihanraya yang melibatkan PAS dan UMNO ialah hentam Nik Aziz. Untuk prk Bagan Pinang, siri ini telah bermula:

Nik Aziz umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus — Ustaz Mohd Afandi Yusof



Menjelang PRK DUN Bagan Pinang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengeluarkan saranan kepada jentera parti supaya tidak bertindak kasar, serta tidak menggunakan kata-kata kesat semasa berkempen atau berceramah.

Dan inilah yang berlaku setiap kali tiba pilihanraya, namun apa yang berlaku sebaliknya. Contohnya di DUN Manek Urai, nasihat seumpama itu dikeluarkan Nik Aziz, tetapi akhirnya beliau sendiri mengeluarkan tuduhan dan kecaman bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga, Umno komunis, penyokong Umno ajaran sesat Ayah Pin, secular dan sebagainya.

Perbuatan Nik Aziz ini ibarat “ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus”. Sebagai seorang yang menggelarkan dirinya ulamak atau Tok Guru tidak sepatutnya bersikap demikian.

Kalaulah Nik Aziz mengatakan perjuangan PAS adalah mengikut sunnah Rasulullah, adakah pernah Rasulullah menggunakan kaedah serangan peribadi sesame Muslim? Bahkan Rasulullah dengan terang menyebut dalam sabdanya: “Sesiapa yang menutup keaiban saudara seIslamnya didunia, maka Allah akan tutup keaibannya diakhirat nanti.”

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh PAS, menggambarkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam mengajar umatnya bergaduh sesame sendiri, betapa buruk gambaran yang diberi khususnya dalam soal perebutan kuasa, menyebabkan orang-orang yang berminat atau bercita untuk memeluk agama Islam, tertanya-tanya, inikah ajaran yang dibawa oleh Islam? Yang lebih menghairankan golongan ini ialah, orang Islam Umno yang seagama diserang habis-habisan, manakala orang kafir DAP dipuji dan dipertahankan secukupnya.

Hal ini bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al Fath ayat 29 : “Muhammad Rasulullah, dan orang-orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesame mereka (Islam).”

Amat jelas dan terang benderang hokum Allah didalam al Quran, sepatutnya menurut ayat ini, PAS lebih utama bersama dengan umat Islam Umno daripada bersekongkol dengan orang kafir yang menentang agama Allah dan Rasulullahnya seperti DAP, lebih-lebih lagi membela dan mempertahankan setiap kebatilan yang dilakukan oleh DAP, seperti isu mempertikaikan azan, skandal seks Exco, menghina agama Islam, menghina sultan, menghalang jualan arak kepada orang Islam dan sebagainya.

Dalam sejarah Islam, tiada sebarang nas yang membenarkan umat Islam menyerang sesame Islam, namun berbagai perbuatan jahiliyah seperti kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, hina menghina dilakukan oleh pemimpin PAS dengan kebenaran daripada Nik Aziz, siapa yang akan menanggung dosa perbuatan jahiliyah PAS ini, kalau bukan Nik Aziz yang memimpin jemaah PAS?

Jika benar PAS menjadikan Islam sebagai model perjuangan, maka ambillah Islam itu keseluruhannya, jangan ambil separuh dan tinggalkan separuh, mana-mana hukum yang dirasakan perlu, maka Islam digunapakai, yang tidak perlu disimpan didalam laci. Perkara ini telah ditanya oleh Allah SWT kepada kaum Yahudi dalam surah al Baqarah : “Adakah kamu beriman sebahagian daripada kitab, dan meningggal / mengkufurkan sebahagian yang lain lagi?” — pemudaumno.org

Rumah Terbuka PAS: Citrawarna 3 Budaya

http://i578.photobucket.com/albums/ss222/aburedha/poster.jpg

Program "Rumah Terbuka PAS: Citrawarna 3 Budaya" ini menggabungkan sambutan 3 perayaan besar iaitu Eidul Fitri, Moon Cake Festival dan Deepavali. Objektif program "Rumah Terbuka PAS: Citrawarna 3 Budaya" ini adalah untuk menjalinkan serta mengukuhkan hubungan antara PAS sebagai wadah dalam Pakatan Rakyat dengan seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Wilayah Persekutuan. Program ini anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Pusat,Dewan Pemuda PAS WP,PAS Kawasan Lembah Pantai dan Kelab Penyokong PAS WP.


ATURCARA MAJLIS
RUMAH TERBUKA PAS: CITRAWARNA 3 BUDAYA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT,DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN, PAS KAWASAN LEMBAH PANTAI & KELAB PENYOKONG PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

3 Oktober 2009M bersamaan 14 Syawal 1430H (Sabtu), Padang Jalan Gasing, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

1.30 ptg : Ketibaan Pengunjung

1.45 ptg : Ketibaan Dif-dif Kehormat

1.55 ptg : Ketibaan Perasmi

2.00 ptg : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

2.05 ptg : Ucapan YDP PAS Kawasan Lembah Pantai

2.15 ptg : Ucapan Ahli Parlimen Lembah Pantai

2.25 ptg : Ucapan Pengerusi KPP Wilayah Persekutuan

2.35 ptg : Ucapan Ketua Pemuda DPPP

2.45 ptg : Ucapan Perasmian

3.00 ptg : Jamuan & Persembahan

4.00 ptg : Majlis Tamat

2 Pemimpin Pemuda UMNO Diberkas Kerana Dadah



Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

“Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

“Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.

Pengundi Bagan Pinang dihina!

Pemilihan Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang menggambarkan bahawa Umno sudah tidak mempunyai atau ketandusan calon yang mempunyai kredibiliti dan integriti untuk diketengahkan kepada masyarakat yang dahagakan kepimpinan yang bersih lagi amanah.

Dengan terlantiknya Isa Samad ini menunjukkan bahawa Umno tidak konsisten dalam usaha membenteras politik wang dan rasuah.Tahniah..kepada Umno kerana berjaya melantik kembali calon yang cukup bersih,berkredibeliti dan berintegriti.

Kita bangkitkan perkara ini kerana Isa Samad pernah didapati melakukan amalan rasuah dan didapati bersalah,ini bukan isu menghentam peribadi calon tetapi ia berkaitan dengan isu integriti.Perlantikan Isa juga menggambarkan bahawa Umno hanya "Hangat-hangat taik ayam"dalam usaha menghapuskan gejala rasuah dikalangan parti dan pimpinan mereka.

Apa yang pasti perlantikan ini adalah satu "Penghinaan" terhadap pengundi-pengundi Bagan Pinang yang dahagakan seorang pemimpin yang Amanah,telus dan mempunyai integriri yang diharapkan.Untuk itu beliau menyeru agar pengundi di Bagan Pinang melakukan perubahan agar diri dan maruah kita tidak dihina oleh Umno dan BN.

Perubahan Negeri Selatan bermula di Bagan Pinang – Presiden PAS





Tidak mustahil Pakatan Rakyat menang Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan

Ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Malam Pengisytiharan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar sebagai Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang Negeri Sembilan di Batu 9, Teluk Kemang pada 29 September 2009.

Hassan Ali pun ada !

Saat diumumkan calon oleh Dato' Presiden PAS


Ucapan calon sebelum sidang akhbar malam tadi.

Zulkfili Mohamad Calon Pas

Presiden Pas sebentar tadi mengumumkan, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Sdr. Zulkifli Mohamad telah dipilih menjadi calon Pas untuk DUN Bagan Pinang.

dsc00818

dsc00815


dsc00810


dsc00807


Diantara hadirin yang hadir untuk perisytiharan calon PAS.


dsc008031

Turut hadir pada malam ini ialah kepimpinan PKR dan DAP. Sebentar tadi, Naib Presiden PKR, Sdr. Azmin Ali telah menyampaikan ucapannya dan sekarang, YB. Lim Kit Siang sedang menyampaikan ucapannya.

Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK: 6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

Live @ N.31 - Pengumuman Calon





Bermula pada jam 9 malam !

Ucapan TGNA di Majlis Mesra Aidil Fitri Kelantan






Hari Raya: Kenapa Ayat Qiamat dibaca sedangkan Hari Raya adalah Hari Bergembira antara Ucapan Mursyidul Am/ Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Majlis Mesra Aidil Fitri PAS Kelantan pada 8 Syawal 1430/ 27 September 2009 di Perkarangan Stadium Sultan Mohamed ke IV, Kota Bharu.

CAKAP TUN MAHATHIR TIDAK LAKU, NAJIB TERHUTANG BUDI PADA ISA SAMAD?



ANALISIS

HARI ini mungkin hari bersejarah untuk penduduk Port Dickson apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menjejakkan kakinya ke pusat perlancongan antarabangsa itu.


Sebelum ini, Najib pernah ke sana. Namun, ketika itu nasibnya kurang baik. Beliau pun bukan lagi Perdana Menteri ketika itu.

Namun, beliau bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan baik di sana iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tan Sri Isa Abdul Samad. Dan masalahnya ketika itu berjaya di selesaikan.

Hari ini, Najib turun ke Port Dickson sebagai seorang Perdana Menteri. Beliau mendapat sambutan permaidani merah di sana.

Beliau menyertai para pemimpin Umno dan BN yang lain dalam majlis rumah terbuka BN di sana.

Dan hari ini juga, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengumumkan Isa sebagai calon Umno Bagan Pinang. Walaupun mendapat tentangan dan bantahan secara terbuka dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, ia tidak dihiraukan oleh Najib.

Pelbagai andaian dibuat kenapa Umno pimpinan Najib sanggup meletakkan Isa sebagai calon walaupun mendapat bantahan demi bantahan.

Yang paling ketara adalah pendapat bahawa Najib sangat memerlukan kemenangan yang besar dalam pilihan raya kecil ini selepas kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Isa adalah taruhan utama untuk kemenangan ini. Ini kerana, golongan bawahan sangat-sangat mahukan Isa kembali ke persada utama politik tanah air selepas dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno kerana membeli undi dan merasuah perwakilan Umno.

Pemilihan ini bermakna Najib menolak pandangan, memilih Isa membolehkan Umno menang di Bagan Pinang tetapi akan mengalahkan Umno di seluruh negara.

Turut dijadikan sebab mengapa Isa dipilih adalah kempen-kempen yang dibuat di Bagan Pinang termasuk menaikkan kain rentang ugutan agar Umno memilih Isa sebagai calon.

Kain rentang itu berbunyi "Kami mahu Datuk Isa. Kalau tidak kami boikot'. Kain rentang ini dinaikkan di merata tempat dalam kawasan pilihan raya ini hatta di kampung Isa sendiri.

Namun, bagi pihak yang nakal, punca utama kenapa Isa dipilih sebagai calon adalah kerana peristiwa lama di Port Dickson itu.

Najib sanggup melawan Tun Dr Mahathir, orang yang memberikan tekanan kepada Tun Abdullah Badawi agar meletakkan jawatan dan melantik Najib sebagai PM.

Najib juga sanggup berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang secara sindiran menolak Isa sebagai calon.

Dan mungkin ini adalah pertama kali, Mahathir mempunyai pendapat yang sama dengan anggota Parlimen Rembau itu iaitu menolak Isa sebagai calon, selepas sekian lama mereka berbeza pendapat.

Sekurang-kurangnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyatukan Mahathir dan Khairy, selepas sekian lama Mahathir memukul menantu Tun Abdullah itu.




Tok Guru Menyambut Kepulangan ADUN Galas..

tokguru

Tok Guru Menyambut Kepulangan ADUN Galas Dari China







GUA MUSANG, 29 Sept: Impian tiga pemimpin Umno Gua Musang untuk menjadi calon sekiranya berlaku pilihan raya kecil di Dun Galas, kini ibarat bermimpi di siang hari.

Bagaimanapun isu perebutan menjadi calon di antara mereka kini sudah jarang kedengaran setelah Adun Galas, Chek Hashim Sulaima semakin sihat.

Sedangkan sebelum itu, Ketua Wanita Umno bahagian, Wan Hazani Wan Mohd Nor, Ketua Pemuda, Bazlan Baharuddin dan seorang lagi pemimpin di peringkat bahagian telah melakukan gerak kerja di peringkat akar umbi dengan harapan mereka dicalonkan.

Usaha-usaha mendekati pengundi dilakukan sebaik sahaja mendengar berita Adun Galas sakit Mei lalu.

Seorang pemimpin masyarakat India di sini, Amran Abdullah berkata, ketiga-tiga pemimpin terbabit masing-masing melakukan gerak kerja mendekati pengundi di Dun Galas.

�Harapan mereka apabila berlaku kekosongan kerusi Dun Galas nama mereka akan disenaraikan.

�Maka tidak hairanlah sudah tiga kali khabar angin disebarkan dengan mengatakan Adun Galas meninggal dunia. Namun apa yang mereka harapkan itu tidak menjadi kenyataan,� katanya di sini.

Bagaimanapun katanya kemunculan tiga pemimpin terbabit menyebabkan bekas Adun Galas, Mohd Saufi Deraman semakin terpinggir dan dikatakan membawa diri ke Kuala Lumpur.

Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang, Hussin Embong juga mengakui Umno sudah melakukan gerak kerja parti dengan mendekati pengundi sejak awal lagi.

�Beberapa program bersama rakyat diadakan dengan harapan kalangan mereka dicalonkan sekiranya betul-betul berlaku pilihan raya kecil di Galas,� ujarnya.

Sementara itu di Kota Bharu malam tadi, Adun Galas tiba dari China selepas menjalani rawatan lebih dua bulan di Hospital Orient dan The First People's Hospital Fu San di Guangzhou.

Beliau tiba dengan penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur bersama isterinya, Che Bongsu Junoh, Setiuasaha Kerja Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Haji Shamsuddin Mat Daud dan seorang pemimpin masyarakat Cina dari Gua Musang.

Beliau bertolak ke Guangzhou pada 23 Julai lalu bagi mendapat rawatan lanjut.

Chek Hashim yang menderita penyakit barah paru-paru kini semakin sihat dan menyatakan sudah mampu berkhidmat kepada rakyat.

Ketika ditemui beliau berkata, keadaan kesihatannya sekarang sudah bertambah baik dan semakin bertenaga.

Malah rambut mulai tumbuh semula di kepalanya setelah gugur ekoran rawatan kimoterapi yang dijalani sebelum ini.

Biarpun agak keletihan kerana bertolak di Guangzhong jam 10 pagi dan sampai di Kota Bharu 8.45 malam, namun beliau tetap ceria bersalam dan berpelukan dengan orang ramai yang menunggu kepulangannya.

Hadir sama menyambutnya, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Manakala hampir 100 penduduk dan keluarganya dari Gua Musang termasuk masyarakat Cina datang sejak awal lagi.

Chek Hashim berkata, beliau begitu bersemangat untuk berkhidmat semula kepada rakyat selepas menjalani rawatan lebih dua bulan di China.

"Kalau keadaan yang mengizinkan saya juga akan ikut berkempen pada pilihan raya bagi membantu calon PAS pada pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober ini,"katanya diikuti laungan takbir orang ramai yang hadir.

Chek Hashim dikesan menghidap penyakit barah paru-paru selepas batuk mengeluarkan darah. Ekoran itu beliau mendapat rawatan awal di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang dan sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .