Ikuti Blog ini

Live : DUN Perak

Sivakumar - tiga usul diluluskan, tempat sulit Adun Pantai Remis diceroboh, mencekik sehingga tidak boleh bernafas.


12.01 pm : Sidang di perpustakaan dihadiri oleh semua Adun PR

Sivakumar menunjukkan cebisan jubah yang sempat di selamatkan.

Speaker Sivakumar menjelaskan perjalanan dewan yang sah dan meluluskan tiga usul seperti yang dilaporkan sebelum ini.

12.00 pm : Bahagian sulit Pantai Remis telah diceroboh.
Dalam pergelutan Speaker Sivakumar mendedahkan tempat sulit Adun Pantai Remis telah diceroboh.

11.58 am : Sidang media di perpustakaan.
YB. Sivakumar menjelaskan tindakan polis menghalang dan menahan Adun masuk seorang demi seorang dan tidak pernah berlaku. Ada usaha merampas jubah dan songkok saya,kami bertahan sehingga ke lif dan ke tempat letak kereta. Mereka menggunakan kekerasan, ada yang menekan dan mencekik saya sehingga tidak boleh bernafas.

Beliau mengatakan lebih buruk dari kejadian 7 mei dan mereka berjaya merampas jubah.

Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN.

Ianya ditangguhkan sebentar tadi.



Tempat duduk Speaker haram di kawal ketat.

Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.

YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar.

YB. Buntong sedang membentangkan usul.

YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker.

Suasana kecoh....

Polis membantah tindakan saya untuk membawa masuk kamera ke dalam dewan. Pihak polis tidak dapat menunjukkan dokumen yang dikatakan ada larangan itu.


Pemeriksaan ketat sebelum masuk.

Semua Adun masih bertahan dan tidak dibenarkan masuk ke dewan. Berlaku kekecohan.

Bangunan SUK Perak Di Kawal Ketat

IPOH – Polis telah mengawal dengan ketat telah pejabat Setiausaha kerajaan Perak. Pintu masuk ke bangunan Perak Darul Ridzwan dikawal oleh tidak kurang 40 orang polis.

Beberapa kenderaan polis kesemuanya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.

Dalam pada itu, sekitar jam 9.10 pagi, menurut ADUN Titi Seong, Idham Lim, sebahagian besar ADUN Pakatan Rakyat termasuk YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat berkumpul di satu tempat berhampiran dengan SUK dan bila-bila masa akan bergerak ke dewan bagi mengikuti sidang pada hari ini.

Gambar Sekitar Tragedi Sk Kuala Dipang


Semalam merupakan hari kedua tragedi jambatan runtuh yang berlaku di Sk Kuala Dipang Kampar.

Sekitar jam 3.30 Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin tiba di sana bagi melihat sendiri apa yang berlaku pada kejadian semalam.

Kehadiran beliau disusuli dengan ketibaan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng.

Dato Seri yang ditanya mengenai kejadian tersebut menyifatkan bahawa ia bukan berpunca dari bahan yang digunakan akan tetapi dari faktor pembinaan yang mempunyai kepincangan dari segi struktur binaan.

Pada sebelah petangnya pula telah berangkat hadir Raja Muda Perak Tuanku Nazrin ke tempat kejadian.

Ketibaan beliau disambut oleh rakyat yang hadir dan turut sama menyambut kedatangan Tuanku ialah Dato Seri Nizar yang bersama-sama mengiringi Tuanku Raja Muda ke lokasi kejadian.

Turut sama hadir ialah Datin Seri Wan Azizah ke kawasan tragedi.

Selesai disana Dato Seri Nizar melawat pula ke khemah unit penyelamat yang terdiri daripada anggota Unit Amal yang mana salah satu kejayaan penemuan mayat mangsa yang pertama pagi semalam ialah atas usaha unit Amal.

Selesai itu Dato Seri Ir Hj Nizar meluangkan masa pula ke rumah mangsa pertama di Mambang Di Awan.

Beliau turut menyatakan kesedihannya atas apa yang berlaku terhadap keluarga mangsa.

Dato Seri juga berdoa dan mengharapkan agar kedua-dua mangsa yang masih hilang ditemui.

TERKINI 7.00 AM Doakan keselamatan untuk kami semua ADUN PR.

IPOH, 28 Okt: Ketua Polis daerah Ipoh semalam telah mendapatkan perintah mahkamah bagi melarang orang awam berada 50 meter dari pagar bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pagi ini hingga malam 30 Oktober ini.

Hari yang ditunggu sudah pun tiba, beberapa jam lagi sidang DUN Perak akan berlangsung dalam keadaan krisis perlembagaan di Perak semakin kusut. kedudukan Ganesan sebagai speaker haran terang lagi bersuluh dan bukti yng kuat dia tidak layak berada disitu apa lagi untuk mengendalikan sidang meluluskan bajet wang rakyat.

Sidang haram untuk meluluskan bajet haram dihadapan speaker haran oleh kerajaan haram. itulah kalimat yang selayaknya bagi sidang jari. namun kami ada harga diri dan maruah dan akan hadir sidang atas panggilan speaker yang sah V.Sivakumar. segala persiapan telah dilakukan oleh semua pihak, semoga perjuangan 28 Okt membuktikan krisis politik di Perak semakin kusut daan bercelaru, lalu tidak ada langkah yang terbaik melainkan dibubarkan DUN Perak dan rakyat diberi peluang untuk mengundi sekali lagi. berikan hak ini kepada rakyat barulah kemelut ini akan berakhir.


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Kosmo! sila tarik balik artikel Memali



PAS hari ini mendesak supaya akhbar Kosmo! menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang disiarkan semalam yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad, dalam kenyataannya, amat kesal dengan artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS.

"Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum," katanya.

PAS juga, katanya, mahu Kosmo! memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan waris yang terlibat dengan Peristiwa Memali serta parti itu.

Kamaruzaman berkata PAS akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya akhbar itu gagal menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka.

BERNAMA

PAS tutup pintu rundingan bentuk kerajaan perpaduan


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu telah menutup semua pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menurut beliau isu kerajaan perpaduan tidak timbul lagi kerana perkara tersebut hanya dibangkitkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

"Itu dah tutup buku, kerajaan perpaduan tak ada lagi. Perdana Menteri zaman itu pun dah berhenti...Tak timbul lagi, sekarang Perdana Menteri baru.

"Tak timbul lagi masa ini, berhenti dulu. Itu konsep yang kita timbulkan masa zaman (Tun) Abdullah," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ditanya mengapa PAS menghentikan hasrat pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno, Abdul Hadi berkata: "Pemimpin yang ada sekarang kita belum tahu lagi apa sikapnya dan keadaan sudah berubah."

Malah Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata, hingga kini PAS tidak lagi menerima sebarang tawaran rundingan dengan Umno.

"Tak ada tawaran dan BN (Barisan Nasional) pun sedang mengurus rumahtangganya. MCA belum selesai, MIC belum selesai.

"Macam mana kita nak naik rumah dia kalau rumah dia kelam kabut," katanya.

Berhubung soalan sama ada PAS sedia untuk membincangkan kembali mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno, beliau berkata: "Masa depan kita tak tahu."

Diminta mengulas sama ada beliau menghadapi krisis dalaman dalam PAS berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduan tersebut, beliau menafikan mengenai perkara itu.

"saya rasa tak ada krisis kepimpinan, yang berlaku ialah pandangan yang berbeza," katanya. mStar

TG Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas esok.


KUALA LUMPUR : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok.

Keputusan itu dibuat TG Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, TG Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.

"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata TG Nik Aziz sebelum ini.

Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada TG Nik Aziz akan datang atau tidak dalam mesyuarat khas esok.

Mustafa berkata, beliau tidak tahu samada TG Nik Aziz akan datang atau pun tidak tetapi sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan pandangannya melalui Salahudin Ayub.

PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini dipanggil ekoran cadangan TG Nik Aziz agar PAS adakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk memilih semula pucuk pimpinannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini.

Mesyuarat ini akan mengambil keputusan samada perlu atau tidak diadakan mesyuarat agung luar biasa itu.

Selain AJK PAS Pusat, anggota mesyuarat ini adalah para pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri.

Menurut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan arahan presiden, permintaan satu pertiga ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau permintaan satu pertiga dari kawasan-kawasan PAS di seluruh negara iaitu sekurang-kurangnya 57 kawasan.

Krisis Dalaman Pas Menurut Dr Mohd Asri

Walaupun saya mempunyai perbezaan pendapat dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu, namun saya akur kewujudan PAS dalam kerangka negara demokrasi adalah satu keperluan politik. Ini bagi mengimbangi monopoli politik yang akhirnya akan mencetuskan pemerintahan yang tidak memperdulikan hasrat dan cita rakyat.

Sekalipun saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa persoalan asas dan pendekatan, namun sebagai rakyat Malaysia saya melihat kejatuhan atau kemusnahan PAS dalam keadaan semasa boleh mengundang impak negatif dalam percaturan politik negara.

PAS jika berpegang dengan prinsip Islamnya, dapatlah melindungi identiti Islam yang sepatutnya sentiasa zahir atau mendominasi keadaan negara dan masyarakat Malaysia. Maka adalah dibimbangi adanya usaha menghancurkan PAS secara langsung atau tidak langsung.

Bisikan Halus

Saya berpendapat, krisis dalaman PAS kini amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS. Bisikan datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi pihak-pihak tertentu.

‘Pembisik’ hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja sekalipun menggadaikan atau menggugat keteguhan parti orang lain. Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada PAS.

Krisis kali ini agak serius. Ia mungkin boleh didramakan seakan sudah tamat, tetapi bak kata “I can forgive, but I cannot forget”. Luka ini akan terbuka pula di masa hadapan dan akan mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung perhubungan, tindakan, kepercayaan dan perasaan antara sesama PAS.

Hikmah

Saya berharap antara hikmah kejadian ini adalah dapat membuang perasaan fanatik sesetengah pihak yang berlebihan atau melebihi patut kepada pemimpin tertentu. Pendapat atau pandangan seseorang pemimpin bukan dinilai dari segi nama, atau gelaran, atau peribadi semata, tetapi yang paling mustahak dilihat alasan dan hujah yang dikemukakan dalam setiap pendapat.

Apabila bertembung antara pemimpin dengan pemimpin, ahli PAS mesti menggunakan kebijaksaan, ketajaman minda, penilaian seimbangan dalam membuat keputusan, bukan hanya dengan emosi semata.

Sudi Menerima Pandangan

Satu perkara yang wajar PAS akui ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul. Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS.

Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis:
“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.
Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari. Saya tidak menyatakan saya setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi saya hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan, padahal Dr Aziz Bari boleh dikatagorikan sebagai rakan mereka. Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat.

Bagaimanakah keadaan seperti ini jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?! Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar.

Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.
Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;
  1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?
  2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?
  3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?
  4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?
  5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?
  6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?
  7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?
- Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM.

Ezam mengaku Masuk UMNO kerana fulusssss.





makan diri sendiri skrg...pembelot.

Tok Guru Kita Sayangi!



TUAN GURU DATO' HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Tahun Lahir
1931
Tempat Lahir
Pulau Melaka, Kelantan
Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi
10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab

Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik:
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.

Tragedi Kem 1 Malaysia..!!






GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.

Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.


Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah. Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina. Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

Keadaan Jambatan di Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum
Kuala Dipang yang runtuh menyebabkan 20 peserta
program 1 Malaysia di kuatiri lemas jam 10.30 mlm tadi,
sehingga jam 5 pagi ini masih belum ada berita
mereka yang terselamat.

Beginilah keadaan jambatan yang runtuh.

Seorang peserta yang hayut tetapi terselamat setelah
berenang menyelamatkan diri, sedang ditemuramah
oleh para wartawan.

Berlaku sedikit kekecohan apabila ibu bapa tidak
dapat menerima akan berita kehilangan anak mereka

Kaum keluarga yang setia menunggu sehingga jam
5 pagi,untuk mengetahui keadaan anak mereka.

Sehingga kini, 22 orang murid masih hilang, 3 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati.

Masyarakat pelbagai kaum masih sokong Pakatan Rakyat


Masayarakat pelbagai kaum tetap memberi sambutan yang hangat

Jamuan Hari Terbuka anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan semalam mendapat sambutan ramai dari kalangan masyarakat.

Walaupun hujan lebat sebelum itu, masyarakat berbilang kaum tetap datang berpusu-pusu ke majlis tersebut yang diadakan diperkarangan bangunan pejabat perhubungan PAS negeri Perak di Medan Istana Ipoh.

Wakil Rakyat Pakatan Perak yang hadir pada malam tersebut yang meriah

Pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat Perak kelihatan begitu bersemangat pada majlis tersebut bertemu dan beramah mesra dengan orang ramai yang membanjiri perkarangan tersebut.

Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan hiburan oleh kumpulan Nasyid , seni tari oleh kumpulan budaya masyarakat kaum India dan juga Cina.

Kumpulan Nasyid yang menghiburkan

Semua ADUN Pakatan Rakyat Perak hadir pada majlis tersebut , antaranya ialah pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain , Pengerusi Keadilan Perak yang baru, Sdr. Mustafa Kamil Ayob dan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham .

DS Nizar dan V.Sivakumar - dua -dua ori!

YB Idham Lim dan YB Zainudin

Pengerusi DAP Perak, YB Ngeh Khoo Ham

Mustafa Kamil Ayub - Pengerusi baru PKR Perak yang dilantik

PJ Perak, Ust Abu Bakar Hussain

Ketiga-tiga pemimpin tersebut telah menyampaikan ucapan masing-masing dimana kemuncak daripada itu, DS Nizar telah memberikan ucapan yang menjelaskan isu semasa negeri Perak.

Majlis yang berlangsung dengan suasana aman damai tanpa gangguan , bersurai pada jam 11.00 malam.

Tok Guru - Rabu ini Diharap Kemelut Kepimpinan Pas Berakhir

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap mesyuarat khas PAS pusat Rabu ini dapat menyelesaikan kemelut isu kepimpinan parti walaupun tiada muktamar agung khas (EGM) diadakan.

Menteri besar Kelantan itu berkata sama ada EGM ataupun mesyuarat khas PAS, ia sama saja asalkan ia dapat dijadikan platform untuk menyampaikan hasratnya kepada kepimpinan parti.

"Tidak apa asalkan benda yang sama, dulu orang Arab tidak boleh ziarah kubur tetapi Nabi Muhammad ubah boleh ziarah kubur," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

Semalam, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PAS tidak akan mengadakan EGM seperti yang dicadangkan Nik Abdul Aziz sebelum ini, tetapi sebaliknya mengadakan mesyuarat khas Pas pusat bagi membincangkan isu parti.

Khamis lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar PAS Jun lalu.

Tiga pemimpin yang disebut dalam blognya ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Jawatankuasa pusat PAS dengan barisan pesuruhjaya negeri akan membincangkan isu yang dibangkitkan oleh mursyidul am itu.

Lebih kurang 60 pemimpin parti itu, termasuk Datuk Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang ke mesyuarat khas PAS pusat itu.- BERNAMA

KULIAH TG NIK AZIZ

http://www.tranungkite.net/v7/gambar/munajat2008a.jpg

KULIAH PAGI JUMAAT TG NIK AZIZ



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .