KOTA BHARU : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini meraikan dua orang bekas setiausahanya yang masing-masing telah menamatkan perkhidmatan baru-baru ini.Bekas Setiausaha Politiknya, Haji Anuar Bakhri Harun dan bekas Setiausaha Akhbarnya, Ustaz Saiba Yaacob, masing-masing diraikan pada satu majlis jamuan tengahari.
Sebagai tanda ingatan terhadap jasa keduanya, Tuan Guru menghadiahkan cenderahati berupa pen sebagai simbolik kepada Anual Bakhri sebagai seorang penulis, termasuk Saiba seorang pendidik.
Tuan Guru ketika ditemui pada majlis itu mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua di atas sumbangan sepanjang mereka bertugas.
“Mudah-mudahan ilmu yang saya terima daripada mereka dan ilmu yang mereka perolehi dari saya akan berlanjutan serta mendapat bekalan akhirat,” ujarnya.Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa berhasarat untuk menjadikan Kelantan sebagai tapak semaian untuk bekalan akhirat.
Jelasnya, Islam tidak boleh berpaksi atas agama itu semata-mata sebaliknya dengan iman juga.

“Iman dan Islam perlu seiring dan bersama, kerana tubuh kita ni bercampur dengan rohani yang dipanggil iman, ini antara kelebihan yang ada di Kelantan,”ujarnya.
Sebab itu, menurutnya masalah moral, nilai murni serta dosa pahala diutamakan dalam setiap kehidupan masyarakat.
Katanya, semoga tapak semaian itu dapat di sumbangkan kepada negeri-negeri lain.
Hadir sama pada majlis itu setiausaha politiknya yang baru Wan Nik Wan Yussoff dan juga setiausaha akhbar Ahmad Fadhli Shaari









KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.
Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.



