Ikuti Blog ini

Pengaruh DS Nizar masih kuat dan tetap menjadi pilihan rakyat.














Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih berpengaruh dan menjadi pilihan rakyat memandangkan beliau adalah pilihan rakyat, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata Haji Mohammad Nizar masih lagi kukuh pengaruhnya memandangkan beliau diundi oleh rakyat dan dipilih oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain pada pru12 lepas.

”Namun Pas meminta seluruh rakyat Perak yang cintakan keamanan dan keadilan supaya bertenang dan mengelakkan diri daripada terbabit dalam sebarang provokasi.

"Kepimpinan Pas akan berbincang dalam masa terdekat untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini,” katanya.

Menurutnya, keputusan mahkamah persekutuan yang menafikan hak Haji Mohammad Nizar sebabagi MB yang sah tidak sepatutnya melemahkan semangat juang dalam usaha mendapatkan keadilan sebenar.

”Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh Perak dan negara dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan Pas selama ini,” katanya.

Jom gi Ceramah Perdana Malam ini.



11 Feb 2010 (Khamis)

Jam 9.00 – 12.00 Malam

LOKASI :
Dewan Kompleks Sri Siantan (Klik Peta)
Jalan Sungai Tua
Batu Caves, Selangor


PENCERAMAH UTAMA:
1.YB. Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB. Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin
3. YB Azmin Ali
4. YB William Leong Chee Kian
5. YB DR Dzulkefly Ahmad
6. YB. Amirudin Shari

Hadirlah Beramai-ramai
Kupasan isu-isu semasa

TG Nik Aziz rai dua bekas setiausaha

KOTA BHARU : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini meraikan dua orang bekas setiausahanya yang masing-masing telah menamatkan perkhidmatan baru-baru ini.

Bekas Setiausaha Politiknya, Haji Anuar Bakhri Harun dan bekas Setiausaha Akhbarnya, Ustaz Saiba Yaacob, masing-masing diraikan pada satu majlis jamuan tengahari.

Sebagai tanda ingatan terhadap jasa keduanya, Tuan Guru menghadiahkan cenderahati berupa pen sebagai simbolik kepada Anual Bakhri sebagai seorang penulis, termasuk Saiba seorang pendidik.

Tuan Guru ketika ditemui pada majlis itu mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua di atas sumbangan sepanjang mereka bertugas.

“Mudah-mudahan ilmu yang saya terima daripada mereka dan ilmu yang mereka perolehi dari saya akan berlanjutan serta mendapat bekalan akhirat,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa berhasarat untuk menjadikan Kelantan sebagai tapak semaian untuk bekalan akhirat.

Jelasnya, Islam tidak boleh berpaksi atas agama itu semata-mata sebaliknya dengan iman juga.

“Iman dan Islam perlu seiring dan bersama, kerana tubuh kita ni bercampur dengan rohani yang dipanggil iman, ini antara kelebihan yang ada di Kelantan,”ujarnya.

Sebab itu, menurutnya masalah moral, nilai murni serta dosa pahala diutamakan dalam setiap kehidupan masyarakat.

Katanya, semoga tapak semaian itu dapat di sumbangkan kepada negeri-negeri lain.

Hadir sama pada majlis itu setiausaha politiknya yang baru Wan Nik Wan Yussoff dan juga setiausaha akhbar Ahmad Fadhli Shaari

(Video) Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak - TG Nik Aziz







Anwar: Bukti Kukuh Hakim Berat Sebelah

Hakim Mohamad Zabidin Diah akan mengumumkan apakah beliau akan menarik diri dari perbicaraan konspirasi dua Anwar Ibrahim apabila mahkamah bersidang semula 18 Februari depan.

Ketua pasukan peguambela Karpal Singh dalam penghujahannya berkata Hakim Zabidin Diah tidak mempunyai pilihan lain melainkan mengundur diri kerana telah 'menipu' semasa menolak permohonan kliennya meminta mahkamah memberi amaran kepada Utusan Malaysia.

Ditemui di perkarangan mahkamah, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata pihak pembelaan mempunyai justifikasi kukuh untuk mencurigai Hakim Zabidin.

“Permohonan menukarkan hakim itu dari kami kerana kami kemukakan bukti yang nyata dan sahih beberapa keputusan yang dibuat untuk melindungi media yang jelas memfitnah dan menipu berulang kali dan keengganan berbuat apa-apa menyebabkan kami curiga sama ada hakim akan bersikap adil ataupun tidak,”katanya di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Pasukan peguambela, diketuai Singa Bukit Gelugor, Karpal Singh, dalam penghujahannya berkata Hakim Zabidin Diah gagal menguruskan kes ini secara objektif dan saksama.

Mereka menggesa mahkamah memberi amaran kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan dua laporan berniat jahat terhadap Anwar pada 4 Februari lalu. Karpal sekali lagi membuat gesaan yang sama keesokan harinya selepas akhbar pro-pemerintah itu menyiarkan gambar sebuah katil dengan kapsyen mendakwa kejadian liwat itu berlaku di atas katil tersebut.

“Berkaitan dengan 2 laporan dalam Utusan Malaysia, dimana saya menyatakan hakim seperti bohong. Aapabila dia menyatakan apa yang berlaku mengenai Saiful menunjukkan katil dalam bilik itu bukan dalam mahkamah terbuka, hakim ada menyatakan itu dalam mahkamah terbuka dan oleh itu tidak ada apa-apa kesalahan oleh Utusan Malaysia tetapi itu tidak berlaku dalam mahkamah terbuka.

“Oleh itu, apa yang jadi kepsyen kepada gambar di mana Saiful menunjukkan katil, itu bermakna hakim tidak menyatakan apa yang benar, dan oleh itu, ia mencukupi untuk dia menarik diri sebagai hakim,”katanya.-tvselangor

Kota Bharu Malam Ini: Ceramah Perdana Isu Royalti Minyak

Jangan lupa malam ini...!!!
Jemput datang beramai-ramai...!!!

Blogger Hina TGNA Serah Diri Dan Ditahan

Blogger yang menggunakan nama "jeffrydamien09" yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, telah menyerah diri kepada pihak polis semalam.

Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu, suspek diserahkan kepada Polis Kelantan untuk tindakan susulan.

"Kita telah menyerahkan lelaki itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan untuk siasatan lanjut.

"Kes ini akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, beberapa akhbar melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kelantan yang diketuai Naib Ketua Pemudanya, Hisham Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung tindakan blogger tersebut.

Hisham Fauzi berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia jelas mengandungi unsur-unsur provokatif yang boleh menimbulkan ketidakstabilan politik dalam negara ini.

Blogger berkenaan didapati telah menghapuskan gambar lucah berkenaan.

Sidang media Pakatan Rakyat Perak.




Lewat jam 10 malam tadi Pakatan Rakyat mengadakan sidang medianya. Semua pimpinan Pakatan Rakyat kelihatan di samping DS Nizar Jamaludin. Pakatan Rakyat menyedari dari awal bahawa mengharapkan mahkamah memberi keadilan adalah sesuatu yang sukar. Namun apa yang dilakukan adalah perjuangan di medan yang terbuka gelanggangnya walaupun padang dan pengadilnya seringkali membuat kita kecewa. Dengan keputusan sepakat lima hakim tadi, demokrasi telah mati..... yang tinggal ialah negeri yang ditegakkan oleh pilihan lima hakim dengan kuasa penentuan di tangan tiga ekor katak. Dalam sidang media malam tadi beberapa ketetapan dan tindakan telah dijelaskan oleh DS Nizar.
  1. PR akan menunggu alasan penghakiman untuk membuat tindakan susulan.
  2. Keputusan mahkamah dilihat tidak mengambil kira beberapa kes terdahulu yang pernah terjadi dalam sistem kehakiman di Malaysia. Ini menunjukkan mahkamah tidak konsisten dalam membuat keputusan.(merujuk kes di Sarawak mungkin- pen).
  3. Keputusan ini adalah sejarah hitam negara kerana amalan pengasingan kuasa di abaikan .
  4. PR bimbang keputusan ini menatijahkan risiko penentuan kerajaan tidak lagi berlaku di dewan Parlimen atau DUN sebaliknya di mana mana sahaja dan hanya mungkin merujuk kepada beberapa dokumen.
  5. Jika Zamry mengutamakan rakyat, maka mandat perlu diserahkan kepada rakyat.
  6. PR sedia bekerjasama membantu melaksanakan dasar yang membantu rakyat. PR juga berharap agar kerajaan Zamry memberikan keadilan dalam penggunaan premis kerajaan untuk ADUN PR. Mesti diingat, rakyat Perak yang menyokong PR adalah melebihi 53 %.
  7. Menuntut JK tindakan kerajaan untuk kepentingan rakyat disertai oleh wakil PR.
  8. Menuntut peruntukan kepada wakil PR kerana ia adalah milik rakyat. Jika benar Zamry ingin bekerjasama , ia mesti membuktikannya .
  9. Keputusan mahkamah telah mengizinkan kerajaan Perak ditubuhkan dengan sokongan 3 katak yang tak bermoral.
  10. Perak dalam bahaya kerana 3 katak terus mengugut kerajaan memenuhi kehendak mereka. Ini menyebabkian kerajaan Perak terdedah kepada risiko dan menjadi lemah kerana kuasa sebenar di tangan 3 ekor katak.
  11. Keputusan mahkamah memberi isyarat kes DSAI yang sedang dibicarakan juga terdedah kepada campurtangan kuasa ghaib
  12. Speaker Perak Sivakumar menuntut agar mahkamah mempercepatkan perbicaraan cabaran beliau terhadapkeputusan SPR yang mengistiharkan tiada kekosongan di 3 DUN Perak.
  13. Mencabar Zamry sekurang kurangnya mengadakan 3 pilihanraya di DUN katak kerana umNO pernah menuntut 2 ADUN PKR yang terlibat dengan dakwaan rasuah meletak jawatan.
  14. Tiada lagi rayuan kerana hilang keyakinan terhadap mahkamah.
Bagi PR perjuangan akan diteruskan dan ADUN PR akan bertindak sebagai pembangkang yang kuat dan lagi berkesan. Selamat berjuang !

Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak – TG Nik Aziz


Gambar terbaru di Mahkamah Persekutuan selepas diumumkan rayuanya gagal sebagai MB Perak, namun DS. Nizar sesungguhnya selayaknya dipanggil MENTERI BESAR RAKYAT PERAK. Lihatlah semangatnya tidak pernah luntur malah makin berkobar-kobar walaupun dinafikan hari ini. Semuga ia menjadi peniup semangat kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk memastikan Pakatan Rakyat kembali berkuasa di Perak.

KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.



“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.



“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.


Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.



TG Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti.


Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.



“Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya.


Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.


Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka.



Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.



“Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya.

Mampukah Zambry menyambut tangan kerjasama Nizar yang dihulurkan ?



Ipoh : Nizar menyatakan kesanggupannya untuk menghulurkan tangan kerjasama demi rakyat negeri Perak.

Demikian kenyataan Nizar dalam satu sidang akhbar lewat malam tadi selepas mengadakan mesyuarat dengan lain-lain pemimpin kanan gabungan Pakatan Rakyat di pejabat Perhubungan negeri.

“Tetapi Zambry perlu membuktikan keikhlasannya untuk menerima huluran tangan kerjasama tersebut,” jelas Nizar.

Nizar menggesa Zambry supaya tidak menghalang penggunaan dewan-dewan orang ramai kepada rakyat dan memberikan peruntukan kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat supaya mereka dapat meneruskan khidmat kebajikan kepada rakyat tanpa batasan perkauman dan fahaman politik.

Nizar juga mahukan Pakatan Rakyat diberikan ruang untuk turut serta dalam Jawatankuasa Tindakan Dewan Negeri.

Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan mensyuarat khas jam 8.00 malam tadi dan mengadakan sidang akhbar seusai mesyuarat tersebut pada jam 10.00 malam.

Datuk Seri Nizar turyt menyatakan rasa sedihnya diatas keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memihak kepada UBN dan dianggap keputusan tersebut sebagai satu sejarah hitam, bukan sahaja bagi negeri Perak, malah bagi seluruh Malaysia.

5 panel hakim tersebut dilihat seolah-olah menyokong kerajaan haram di Perak dengan hujah-hujah yang tidak konsisten berbanding dengan kes-kes yang hampir sama berlaku di Sabah.

Ditanya tentang kemungkinan beliau membuat rayuan ‘review’ terhadap penghakiman tersebut, Nizar menjawab beliau tidak berminat dan tidak mahu membuang masa dengannnya kerana urusannya sangat rumit.

“Pakatan Rakyat akan bertindak sebagai pembangkang yang kuat dan sihat dan akan meneruskan kerja-kerja sebagai Wakil Rakyat ,” katanya lagi.

MB Rakyat Perak: Rakyat hadir beri sokongan











Bertarung di `mahkamah rakyat' – DS Nizar






PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.


Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.


Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.


Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.


Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.


“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.


Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.


Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.


“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.


Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.


Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.

DS Nizar meninggalkan mahkamah dengan lambaian kemenangan rakyat












Itulah selayaknya saya gambarkan dengan keceriaan dan semangat DS Nizar yang didampingi oleh isteri tercinta bila dari tingkap bumbung kereta melambai-lambaikan tangan kepada penyokongnya.

Bagaikan satu sambutan besar kemenangan rakyat walaupun diumumkan kalah 5-0 sebentar tadi.

Semangat kental dan tidak luntur yang dimiliki DS Nizar moga menjadi contoh dan ikutan oleh semua penyokong PAS dan PR untuk terus berjuang dan terus berjuang.

Hidup rakyat bergema mengiiringin keberangkatan Nizar meninggalkan mahkamah.

Rayuan DS Nizar ditolak










PUTRAJAYA, 9 Feb: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menenangkan para penyokong Pakatan Rakyat dan meminta mereka bersabar.


"Kita hormati keputusan mahkamah," ujarnya.


Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, mulai diasingkan jam 9.55 pagi.


Kira-kira jam 10.00 pagi kain rentang yang bertulis "Mahkamah rakyat, Nizar MB" dirampas oleh pihak keselamatan selepas direntang dan dilaungkan "Hidup Rakyat".


Walaupun suasana tenang, namun kira-kira 100 anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang pada ditempatkan di dalam kawasan mahkamah mulai keluar untuk memisahkan kedua-dua belah pihak yang berjumlah kira-kira 1,000 orang.


Beberapa pemimpin Umno Perak berucap yang sebelum diminta beredar dari pintu masuk dan tangga mahkamah.


Antara pemimpin PAS yang mulai hadir ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 9.40 pagi, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Dzulkefly Ahmad sebentar tadi. Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub juga kelihatan.


Penyokong PR turut menunaikan solat hajat di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Norazli Musa.


Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, kira-kira kam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan siapakah menteri besar yang sah.


Penyokong PR yang diketuai Kelab Penyokong PR Perak, Drs Khalil Idham Lim tidak dibenarkan memasuki mahkamah.


Begitu juga dengan penyokong Zambry yang memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku dan 1Malaysia serta Belia 4B dan Pewaris sambil melaungkan Daulat Tuanku dan 1Malaysia.


Hanya seorang wakil daripada setiap media dibenarkan masuk ke bangunan mahkamah manakala yang lain berkumpul di luar.


Sehingga jam 8.30 pagi, lebih 500 penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi pekarangan mahkamah.


Empat buah bas yang membawa penyokong Nizar dari Perak juga sudah tiba.

Lintas langsung dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini.


Afiat





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .