Ikuti Blog ini

Kaji dulu apa BN mampu buat jika p/raya berasingan - TG Nik Aziz

Nik Aziz menyempurnakan tugas harian beliau ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian semalam.
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Cadangan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berasingan bagi negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat memerlukan kajian mendalam sebelum ia diguna pakai, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sejak menerajui Kelantan sejak 1990, Menteri Besar ini biasanya akan membubarkan DUN seiring dengan pembubaran Parlimen oleh Barisan Nasional (BN), agar kedua-dua pilihan raya diadakan serentak.

Tradisi itu diteruskan ketika pada 2004 ketika Terengganu diterajui PAS.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sama ada pilihan raya DUN wajar dilaksanakan berasingan atau sebaliknya, keputusan itu perlu dikaji terlebih dahulu khususnya terhadap kesan yang bakal dihadapi oleh kerajaan berkenaan sekiranya ia dilaksanakan.

Dipetik Harakahdaily yang menemui beliau di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini semalam, Nik Aziz mengulas kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipetik berkata kerajaan negeri dikuasai perikatan tiga parti itu mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya Dun berasingan jika kerajaan BN mengadakan pilihan raya umum tahun hadapan.

Katanya, kuasa membubarkan DUN adalah hak milik kerajaan negeri dan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak mengadakan pilihan raya negeri.

Nik Aziz menambah sekiranya cara berkenaan dilaksanakan, ia akan memudahkan pelbagai jentera Umno dan BN menyerang negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

“Jadi saya rasa cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan,” ujarnya.

Pakatan Rakyat kini menerajui Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Laporan pertengan tahun ini menyebut kemungkinan Kedah, Pulau Pinang dan Selangor akan mengadakan pilihan raya DUN yang berasingan iaitu selepas tahun keempat mandat semasa.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013, tetapi spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan suku pertama tahun depan.

Laporan Bernama semalam menyebut, Nik Aziz kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana masalah pinggang.

Anaknya Nik Omar berkata Murysidul Am PAS itu dirawat di hospital itu sejak Jumaat lepas setelah dinasihatkan pakar perubatan pada Rabu.

Nik Omar berkata masalah pinggang itu dihidapi ayahnya sejak sekian lama selepas terjatuh dari kuda.

Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik. -MI

Tabung Buluh Untuk PAS

TEMERLOH, 13 Dis: Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.

Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.

Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.

"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.

"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.

"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim yakin, semua orang mempunyai wang syiling yang berlebihan ketika pulang ke rumah atau sampai ke pejabat.

(Gambar: Memecahkan tabung buluh di Padang Luas, Besut..Foto blog Pemuda Besut)

"Dari memberatkan poket, baik kita masukkan ke dalam tabung buluh ini dan kita dapat pahala yang besar," kata beliau.


Padang Luas

Sementara itu, amalan mengumpulkan dana untuk parti melalui tabung buluh sudah diamalkan oleh PAS Padang Luas, Besut, Terengganu.

Pada 4 Disember lepas, mereka mengadakan majlis pecah tabung yang telah mereka edarkan kepada ahli-ahli mereka sejak Jun lalu.

Di majlis itu, berpuluh-puluh tabung buluh dipecahkan untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli mereka.

Menurut Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, program menabung ini akan diteruskan lagi selepas ini.

Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Bandar Tasik Puteri


Di Selayang, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri telah menggunakan pendekatan yang sama untuk mengumpulkan dana sejak setahun yang lalu.

(Gambar: Membilang hasil tabungan di Padang Luas, Besut...Foto blog Pemuda Besut)

Memandangkan buluh sukar diperolehi di kawasan mereka, AJK cawangan telah membeli tabung-tabung besi yang dijual di kedai-kedai dan diedarkan kepada AJK dan ahli-ahli mereka.

Dengan kos tabung RM5 setiap satu, mereka boleh mengumpulkan antara RM15 ke RM30 setiap tabung pada setiap bulan dari tabung itu.

"Pada setiap kali mesyuarat, semua AJK akan membawa tabung masing-masing. Sebelum memulakan mesyuarat kita buka tabung itu dan kira isinya. Kami akan perolehi kira-kira RM200 hingga RM300 setiap bulan dari tabung-tabung ini," kata Bendahari PAS cawangan itu, Saudara Anuar.

Wang dari tabung inilah, kata Anuar, membiayai banyak aktiviti PAS di cawangan itu. -Hrkh

Satu juta penjawat awam Malaysia gembira

Penjawat awam gembira sungguh-sungguh apabila harga petrol dinaikkan baru-baru ini.Mereka meminta Najib Penghisap Darah Rakyat Malaysia [Najib PDRM] menaikkan lagi harga bahan api itu ke tahap RM4.00 satu liter.

Harga bawang putih dahulunya RM1.80 sekilo. Sekarang RM10.00 sekilo. Dicadangkan supaya dinaikkan pada RM18.00 sekilo.Bawang merah RM1.60 sekilo - sekarang RM4.50 - cadangan RM12.50 sekilo.

Gula masih berada ditahap bahaya. Naikkan pada RM4.80 sekilo.

Tambang bas dan pengangkutan awam dikira rendah berbanding negara yang tamadunnya tinggi. Disyor dinaikkan kadar 40% lagi. Tambang bas RM40.00 naikkan pada RM56.00.

Naikkan kadar tol 45%. Ada negara yang tiada lebuhraya. Malaysia perlu bangga dengan kadar tolnya sendiri.

Tarif elektrik masih rendah dirantau Asia. Naikkan paling kurang 35%. Jika dulu bil elektrik berjumloah RM50.00, boleh jadi RM67.50.

Ayam berharga RM6.00 sekilo. Naikkan pada harga RM14.99 sekilo.

Yuran sekolah sekitar RM100.00. Mana ada sekolah di dunia kenakan yuran sebegitu rendah. Naikkan pada kadar RM888.00 seorang.

Yuran pengajian di universiti. Tak masuk akal langsung dikenakan RM40,000.00 seorang. Naikkan pada kadar yang lebih munasabah iaitu RM90,000.00 seorang.

Beras sekitar RM4.00 sekilo. Tanyalah Ismail Sabri Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri - mana ada harga itu sekarang ni ? Naikkan pada harga lebih relevan iaitu RM11.90 sekilo.

Hospital masih kenakan bayaran murah. Ada cadangan sekali rawatan biasa dikenakan RM80.00.

Hampa pi tanya Rosmah Mansor, isteri Rais Yatim, bini Mahdzir Khalid, pi tanya penghuni istana, pi tanya ketua bahagian yang dapat projek berjuta-juta - berapa peratus sudah harga barang-barang melambung di pasaran ?

Depa boleh jawab ?

Minta isteri depa daftarkan laki-laki depa masuk jawi sekali lagi.

UMNO dan BN makan isi, orang kampung dan penjawat awam jilat tulang dan hirup kuah.
http://alkerohi.blogspot.com/

Umno Pembawa Agama Songsang

Malam tadi entah macamana, saya telah berdebat dgn salah seorang juak UMNO dalam facebook (pakai FB punya chat). Banyaklah topik yang kami perdebatkan. Namun, saya lihat sendiri betapa dangkalnya hujjah juak2 UMNO ni. Benda senang pun tak nampak.

Nak jadi cerita masuklah bab tuduhan liwat/Qazaf. Saya kata, saya tak boleh tuduh orang berzina tanpa 4 orang saksi sebab itu ajaran Nabi saya, yakni Nabi Muhammad SAW.

Dia kata Nabi dia pun Nabi Muhammad. Saya kata Nabi dia adalah Dr Mahathir Muhammad sebab Dr Mahathir pernah kata kalau nak tunggu 4 orang saksi sampai bila pun Anwar Ibrahim tidak akan didakwa.

Dalam kes Qazaf, kamu ambil "petunjuk" dari Dr Mahathir dan buang petunjuk dari Nabi Muhammad SAW.

Maka, Nabi kamu adalah Dr Mahathir Muhammad. Nabi kami adalah Nabi Muhammad SAW.

Saya kata begitu sebab perkataan "Nabi" dalam bahasa Arab ertinya "pembawa khabar". Ertinya, Nabi Muhammad adalah pembawa khabar dari Allah SWT.

Apabila ajaran Nabi ditolak, ertinya kita telah mengambil NABI BARU. Dalam kes orang UMNO dan hukum Qazaf, Nabi mereka adalah Dr Mahathir Muhammad. Habis cerita.

Bukan setakat hukum qazaf sahaja, perkara lain yang diharamkan Islam banyak dihalalkan oleh UMNO. Contohnya, judi, arak, membuat fitnah, korupsi, menipu, berdusta, kronisma, sihir, murtad, hiburan berlebihan, bunuh Ustaz Ibrahim Libya, khurafat dan bidaah (macam Zambry786 buat) dsbnya.

Pada waktu yang sama, perkara yang tidak diharamkan oleh Islam, diharamkan oleh UMNO. Contohnya: orang bukan Islam masuk masjid, orang bukan Islam gunakan Al Quran untuk berhujjah, ahli kitab gunakan kalimah Allah, doa supaya orang bukan Islam masuk Islam dsbnya.

DAN juga, perkara yang DIWAJIBKAN ALLAH, ditolak oleh UMNO. Contohnya: Hudud dan Qisas. UMNO secara TERBUKA menolak hukum hudud dan Qisas yang DIWAJIBKAN oleh Allah SWT ke atas semua orang Islam

Harap semua ahli UMNO beringat. Perkara Qazaf ini adalah perkara agama dan ianya diperhitungkan di akhirat kelak.

Wallahualam

Tulang Besi

Singapura Anggap Najib Pemimpin Lemah, Opportunis

najib_altantuya

KUALA LUMPUR ; Laman web WikiLeaks membuat pendedahan mengenai pandangan pegawai kanan pentadbiran Singapura bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin yang lemah yang tidak layak mentadbir negara.

Pandangan pemerintah Singapura itu terkandung dalam transkrip kabel diplomatik di antara beberapa pegawai kanan Singapura dengan rakan sejawat mereka dari Amerika Syarikat yang didedahkan oleh laman web Wikileaks

Dalam laporan akhbar mingguan Australia, The Sunday Age hari ini, akhbar itu mendedahkan perbincangan antara pegawai kanan Singapura bernama Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh dengan pegawai Amerika Syarikat.

Perbincangan sulit itu bukan sahaja melabelkan Najib sebagai pemimpin lemah tetapi juga menyifatkan pemimpin Umno-BN seperti mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kategori yang sama.

Malah pemerintah Singapura melihat Presiden Umno itu sebagai seorang opportunis dan meletakkan faktor imej 'kemerosotan' Malaysia ditangan beliau serta pimpinan Umno-BN yang lemah.

Laporan The Sunday Age menyatakan semasa perbincangan yang berlaku pada September 2008, pegawai kanan hal ehwal luar Singapura Bilahari Kausikan memberitahu timbalan setiausaha pertahanan Asia Timur David Sedney bahawa 'keadaan di Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya dicetuskan kemungkinan oleh konflik perkauman yang bakal menyaksikan kaum etnik Cina melarikan diri dari Malaysia dan membanjiri Singapura.

“Berikutan kempimpinan yang lemah, adalah menjadi masalah yang nyata kepada Malaysia dan Najib perlu mempertahankan kedudukan politiknya untuk mengelak pendakwaan berhubung pembabitannya dengan kes kata Bilahari Kausikan.

Kausikan menyimpul masa depan Najib diibarat telur di hujung tanduk kerana dakwaan pembabitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Sebelum itu Peter Ho menganggap politik Najib terus dibayangi skandal pembunuhan kejam tersebut dan sebagai seorang opportunis beliau tidak akan teragak-agak mengambil pendirian kritikal terhadap Singapura jika keadaan mendesak beliau berbuat demikian.

Perbincangan pegawai kanan Singapoura dalam transkrip itu juga menyentuh nasib politik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Abdullah.

"Pisau politik mengancam menikam Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi yang tidak disukai ramai pihak kerana beliau mencapai kedudukannya melalui perhubungan keluarganya," kata Ho.

Pendedahan lebih 250,000 kabel diplomatik negara-negara seluruh dunia oleh Wikileaks telah menyebabkan perasaan tidak selesa di kalangan beberapa kerajaan termasuk Amerika Syarikat dan negara-negara Timur Tengah.

Laman web itu juga mendedahkan sekitar 1,000 transkrip kabel diplomatik berkaitan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

Oleh Suara Keadilan

Najib gelabah bila rakyat mula bangkit

PAS nampak Datuk Seri Najib Tun Razak gelabah dan resah menghadapi gelombang kebangkitan rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat melalui media perdana dan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13.

Beliau cuba hendak mengajak rakyat supaya membutakan mata supaya jangan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat yang memerintah selama dua tahun lapan bulan cukup teruji dan terbukti kamampuanya berbanding dengan BN yang memerintah selama 53 tahun.

Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN di bawah kepimpinan Najib memerlukan masa untuk mendapat sokongan majoriti kerana masih ada lagi rakyat yang belum berpuas hati terhadap BN.

Rakyat mula membuat perbandingan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai hasil yang banyak tetapi mampu membuat kebajikan kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah dan sebagainya.

Rakyat sudah membayangkan jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat dengan hasil yang begitu melimpah ruah, maka banyak lagi kesenangan rakyat akan diperolehi.

Rakyat mula memikirkan apa yang mereka dapat di negeri BN yang memerintah. Sebaliknya rakyat hanya dapat kenaikan harga barang, petrol, gas dan akan datang pula kenaikan tarif elektrik.

Taktik serangan terhadap Pakatan Rakyat untuk melindungi masalah dalaman BN yang begitu parah. Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 gagal mencapai hajat penyatuan di kalangan mereka sebaliknya berakhir dengan perang mulut antara Umno dan MCA mengenai isu ketuanan Melayu.

Slogan 1Malaysia nampaknya tidak berapa menjadi untuk menjadi umpan kepada pengundi bukan Melayu untuk bersama dengan BN, maka jalan keluarnya ialah dengan menyerang Pakatan Rakyat.

Hari ini Datuk Seri Najib mendakwa siapa yang mengatakan Felda bankrap pengkhianat bangsa. Apabila peneroka sudah mempunyai kekuatan dan celik maklumat hasil daripada perjuangan PAS yang menubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) untuk generasi kedua, maka banyak tembelang Umno BN sudah terbongkar.

Barisan Nasional tidak boleh menipu generasi kedua peneroka kerana mereka adalah generasi yang bermaklumat dan terpelajar. Sekarang mereka bangkit menuntut hak mereka, selama ini bapa mereka diperah seperti kilang sawit memerah buah sawit, yang peneroka dapat hanya hampas ini yang menjadi kemarahan Datuk Seri Najib.


Ustaz Idris Haji Ahmad

Pemuda PAS : Negara Sedang 'Tergadai' Di bawah Kerajaan Umno-BN !!

Negara kini sedang 'tergadai' di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional , tegas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi.

Beliau menjelaskan bahawa Umno-BN yang mentadbir negara dalam tempoh 50 tahun ini telah banyak menggadai kepentingan negara yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata usah menggadai masa depan negara pada Pakatan Rakyat kerana PR tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

" Isu sebenarnya negara sedang tergadai di bawah kepimpinan Umno-Barisan Nasional itu sebab berlakunya momentum kebangkitan rakyat yang telah mula nampak dan sedar bagaimana realiti politik hari ini," jelas Nasruddin kepada TV Selangor hari ini.

"Apa yang berlaku sekarang tanah rizab melayu semakin terhakis,kuasa politik Melayu semakin merosot,juga penguasaan ekonomi negara semakin terlepas,jadi apa yang berlaku ialah Umno-Barisan Nasional mengekalkan kuasa politik mereka ke atas penindasan yang tidak disedari oleh rakyat," katanya.

Jelas Nasruddin lagi, Usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya adalah untuk menyelamatkan negara ini daripada penipuan dan penyelewengan yang dilakukan kerajaan Umno-BN.

"Jadi apabila kita menawarkan usaha untuk menawan Putrajaya tidak bermakna ia satu usaha ke belakang,sebalikanya adalah usaha untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan tanahair, menyelamatkan rakyat daripada ditipu oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional,"katanya.

Justeru jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 ini amanah ini akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

"Kalau rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, maka kita akan tunaikan tanggungjawab dan menunaikan amanah sesuai yang diamanahkan oleh rakyat dan kita telah buktikan empat negeri yang kita kuasai pada hari ini,"ujarnya lagi.

5 Petua Untuk Dapatkan Anak Soleh

5 Petua Lahir Anak Soleh

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.

Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya. -feryco

Tiga parah bas terbabas di Gua Tempurung


Anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa-mangsa kemalangan sebuah bas di KM 304.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Gua Tempurung petang Sabtu. Dalam kejadian tersebut, bas yang membawa 41 penumpang dan dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Jasin, Melaka terhumban ke dalam longkang besar di tepi lebuhraya tersebut. Foto BERNAMA

IPOH — Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng hari ini.

Ketiga-tiga pelajar berusia antara 19 dan 23 tahun itu kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Kejadian pada pukul 6 petang itu membabitkan bas yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis makan tengah hari Jawatankuasa Perwakilan Pejalar (JPP) di Cameron Highlands.

Bas terbabit membawa 41 penumpang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan anggota keluarga mereka serta lima pemandu.

Kesemua mereka hanya mengalami luka ringan, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Aminuddin Abdul Rahim ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, bas itu dipercayai terbabas ketika mengelak sebuah bas lain ketika menuruni kawasan Gua Tempurung dalam keadaan hujan lebat.

"Kemungkinan brek yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan pemandu bas gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terbabas ke dalam longkang dan terbalik,” katanya. - Bernama

Konvensyen PR fokus solidariti, PRU-13


KUALA LUMPUR, 11 Dis: Berbaki lapan hari lagi, persiapan Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember ini telah masuk fasa akhir dengan hampir 80 peratus persiapan telah disempurnakan. hadi awang, anwar ibrahim, lim kit siang, pakatan leadersDua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengisian dan Jawatankuasa Penganjuran dan Pengelolaan sedang giat melaksanakan tugas-tugas akhir menjelang raptai penuh sehari sebelum program bermula.

Menurut Pengerusi JK Penganjuran, Dr. Mujahid Yusof, konvensyen kali ini mensasarkan tiga matlamat besar yang mahu dicapai Pakatan Rakyat.

Pertama, mengukuhkan solidariti parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS-PKR-DAP.

Kedua, mempamerkan keupayaan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat negara ini melalui kejayaan yang telah ditunjukkan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Dan ketiga, membincangkan persiapan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut Mac atau April tahun hadapan.

"Kita mahu menawarkan satu polisi kepada rakyat tentang keupayaan Pakatan Rakyat khususnya sebagai parti yang mampu menggantikan BN memerintah negara," katanya kepada Harakahdaily.

Disamping itu, konvensyen kali ini juga katanya akan cuba melihat persepsi yang wujud dikalangan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat akibat eksploitasi media Umno BN. penang pakatan convention 211110 03Bagaimanapun ujarnya, perkara itu akan dilihat secara umum atas kapasiti Pakatan Rakyat dan bukan kepada parti-parti komponen PAS-PKR-DAP secara khusus.

Beliau percaya, permasalahan dalaman parti-parti komponen boleh diselesaikan kepimpinan parti masing-masing dan tidak menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Permasalahan dalam setiap parti itu perkara biasa, dan ia sebahagian dinamika politik bagi membentuk kematangan sesebuah parti.

"Apa yang belaku tidak menjejaskan parti pun, namun lebih malang apabila permasalah kecil ini dieksploitasi oleh media yang ditunggang Umno sehingga memburukkan keadaan," katanya.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini bakal menyaksikan seluruh kepimpinan utama PAS, PKR dan DAP berkampung bagi memberi nafas baru kepada penerusan perjuangan Pakatan Rakyat.

Bukan setakat penyokong Pakatan Rakyat, malah seluruh rakyat termasuk pemerhati politik luar dan dalam negara sedang menanti apakah 'benda baru' yang akan dihasilkan konvensyen tersebut.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat juga akan memperkenalkan slogan terbarunya, 'Ubah Sekarang!' yang akan dilancarkan pada konvensyen akan datang.

Selain konvensyen, beberapa program selingan turut dirancang bermula sehari sebelum konvensyen sehingga malam selepas selesai konvensyen.

Sekurang-kurangnya tiga ceramah besar dijadual akan diadakan masing-masing di Balik Pulau dan Seberang Perai Selatan, menampilkan kepimpinan utama ketiga-tiga parti.

Kesempatan pemukiman itu juga, kuliah-kuliah Maghrib di surau dan Masjid sekitar akan disampaikan pemimpin utama PAS dan PKR selain program kebajikan lain oleh DAP.

Manakala kemuncak program adalah pada sebelam malam 19 Disember, iaitu majlis Pidato Perdana oleh Presiden PAS, PKR dan DAP dan penggulungan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hrkh

Polis Tidak Bertindak Keras?

Polis menafikan pihaknya bertindak di luar peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad lepas, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.


Mari kita saksikan "tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut"


Sumber/gambar pahangdaily

5 Tenggelam Ditelan Ombak Di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu: Keseronokan enam sekawan bermain ombak di Pantai Peranginan Chendering, di sini, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, semalam.

Sebelum kejadian, tiga daripada mereka yang juga adik-beradik, Kumuda Shanmugan, 28, Raymond, 26 dan Roshini, 16, dari Taman Sungai Keramat, Kampung Jawa, Klang, Selangor serta tiga rakan mereka dikenali sebagai Mogan, 21, Mathavi, 20, dan Vijaykumar, 18, pergi ke pantai berkenaan untuk mandi.

Bagaimanapun, sebaik tiba di pantai itu, Mathavi terjerumus ke dalam pasir sebelum ditarik ombak besar ketika bermain di gigi air di kawasan berbatu di pantai berkenaan.

Panik dengan kejadian itu, tiga beradik terbabit bersama dua lagi rakan terjun ke laut untuk menyelamatkan mangsa yang ketika itu hampir lemas.

Bagaimanapun, mereka turut lemas akibat dipukul ombak sebelum disedari orang ramai yang menghubungi pihak berkuasa.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Terengganu dan Chendering yang tiba beberapa minit kemudian menyelamatkan seorang daripada mereka, manakala dua lagi ditemui lemas dan tiga lagi masih hilang.

Mereka yang lemas ialah Roshini dan Kumuda, manakala yang masih hilang ialah Raymond, Mogan dan Vijaykumar. Mathavi yang diselamatkan lima individu terbabit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Rakan Raymond, Sritharan Sivasangaran, 32, berkata kali terakhir dia menemui mangsa ketika mengunjungi rumah rakannya dikenali sebagai Kali di Kampung Chendering, pagi semalam.

“Ketika itu saya melihat dia biasa saja dan tak banyak bercakap. Saya percaya sebaik keluar dari rumah Kali, dia pergi menemui dua adiknya yang datang bercuti ke negeri ini dan tidak sangka mereka bermain air di kawasan pantai ini,” katanya.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Negeri, Zakaria Mohamad yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat berkata, mangsa ditemui orang ramai dan anggota bomba kira-kira jam 3 petang tidak jauh dari tempat kejadian.

“Mathavi terselamat selepas berpaut pada batu berhampiran tempat kejadian dan dibawa ke HSNZ untuk rawatan kecemasan sebelum ditempatkan ke wad ICU,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan lebih 50 anggota membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk enam unit skuba, Jabatan Pertahanan Awam dan polis serta Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM).

Beliau berkata, mangsa dipercayai dihanyutkan tidak jauh dari tempat kejadian. -HM

Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010...

Pelapor:Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.


JAWAPAN BERTULIS:

1.Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut: > Photos

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

"Berubah Sekarang" cerna kesungguhan kerja Pakatan

PULAU PINANG, 11 Dis: ‘Berubah Sekarang' menjadi tema Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua yang bakal diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 18 dan 19 Disember ini.

Tema yang nampak garang pastinya mencernakan kesungguhan kerja yang lebih cemerlang jika mahu menjayakan hasrat ke Putrajaya sekaligus menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.

Pengarah Konvensyen Pakatan Rakyat, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam sidang medianya bersama Setiausaha Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), Ng Wei Aik dan Setiausaha Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Senator Datuk Mustaffa Kamal Mohd Yusuf di luar dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) petang semalam menggariskan beberapa perkara yang menjadi keutamaan perbincangan.

Antaranya, kata Mujahid persediaan Pakatan Rakyat merancang strategi bagaimana untuk memenangi hati rakyat agar terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat ketika menghadapi BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Keduanya, mengemukakan beberapa polisi seperti cadangan meningkatkan ekonomi, memajukan sosio budaya, mempereratkan keakraban bersama serta tidak ketinggalan mendedahkan kepada rakyat tentang kejayaan yang telah dicapai sepanjang memerintah di empat buah negeri iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang menjadi ikon pentadbiran yang telus dan bersih.

Negeri Perak juga katanya, turut mempamerkan beberapa kejayaan sebelum dirampas oleh BN dengan cara kotor dan tidak demokratik.

Beliau turut menjelaskan logo yang bertemakan warna oren berlatar belakangkan warna putih menunjukan keserasian antara parti yang bergabung di bawah naungan Pakatan Rakyat.

Gambar tiga individu pula memberi makna tiga parti sedia bersatu menumpaskan BN yang begitu angkuh semasa memerintah.

Cahaya matahari pula, katanya menunjukan harapan baru kepada Pakatan Rakyat bertekad menuju ke Putrajaya sementara sinaran menggambarkan sokongan yang terbit daripada badan bukan kerajaan (NGO), rakyat yang senantiasa berharapkan perubahan dan media yang selalu berlaku adil membantu Pakatan Rakyat mereaslisasikan perubahan sebagaimana dalam manifesto masing-masing.

Manakala pancutan air pula memberi makna kehidupan yang melimpah ruah menanti kemenangan Pakatan Rakyat sekiranya rakyat memberikan kepercayaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Menurut Mujahid lagi, logo itu sekaligus memberi nafas baru kepada Pakatan Rakyat untuk menandingi kekuatan BN yang hanya bergantung pada wang ringgit, media yang berat sebelah serta jentera kerajaan.

"Kita akan menanti BN selepas ini dalam padang pilihanraya. Bagaimana pun logo yang digunakan ketika konvensyen itu bukan logo Pakatan Rakyat. Jangan salah anggap," ujarnya kepada wartawan. -hrkh

Bawa barang guna minyak, bukan air liur

KUALA LUMPUR : PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.

“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Nampaknya, kata beliau kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung.

Katanya, alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.

Sepatutnya, tambah Idris pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.

Katanya, kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan daripada pusat.

“Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini,” ujarnya lagi.

Pihak kerajaan, ujarnya perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik, maka semua perkara akan naik.

“Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara,” ujarnya sinis.

Tambahnya, jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, elektrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .