Ikuti Blog ini

'Lampu hijau' bagi Lynas cetuskan bantahan baru


Kira-kira 2,000 penduduk sekitar Kuantan semalam berhimpun  di pantai Teluk Cempedak sebagai membantah tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng.

NONEBermula sejak 5 petang semalam, penunjuk perasaan yang berpakaian kemeja-T anti-Lynas hitam dan kuning membawa bersama kira-kira 1,000 belon dalam warna yang sama.

Mereka diminta untuk menulis hasrat mereka pada cebisan kertas sebelum dilekatkan pada belon-belon berkenaan sebelum dilepaskan.

Antara mesej itu berbunyi: "Hentikan Lynas, Radiasi Lynas? Tidak, terima kasih saja!". Satu lagi sepanduk panjang dalam bentuk kaligrafi Cina berbunyi: "hapuskan racun, jadikan negara kita gembira dan sihat,"

Dalam usaha mewujudkan kesedaran kepada orang ramai, para penunjuk perasaan juga memberi belon kepada orang ramai.

Pengerusi Selamatkan Malysia, Hentikan Lynas (SMSL) Tan Bun Teet, ketika dihubungi malam tadi, berkata keputusan AELB meluluskan lesen TOL telah mengabaikan sentimen tempatan yang mencetuskan kemarahan rakyat yang berhimpun itu.

"Malam ini, ramai yang datang, pantai penuh sesak dengan orang," katanya.

NONEMenurut beliau juga, jumlah belon yang dibawa juga tidak mencukupi kerana pihaknya tidak menjangkakan sebegitu ramai orang akan akan datang.

Tan juga berkata demonstrasi yang diadakan malam semalam berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tiada sebarang kehadiran polis atau pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuantan yang dikesan, berbanding perhimpunan lalu, di mana khemah penganjur digeledah dan orang ramai diarahkan bersurai.

Beliau juga memberitahu pada Rabu ini, kumpulannya akan mengutus surat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, bagi menuntut AELB, yang terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya supaya menarik balik lesen TOL itu.

NONE"Kami akan beri tujuh hari kepadanya untuk jawab. Jika surat kami tidak dibalas dalam tempoh berkenaan, kami akan memfailkan semakan kehakiman dengan mahkamah," katanya.
Hadir bersama pada acara malam semalam adalah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersama keluarganya.-M,kini

[GEMPAR] Kereta & Rumah TPJ PAS Johor Terbakar Dalam Cubaan Membunuh - Bergambar

BMW, rumah TPJ Johor terbakar, dipercayai khianat

JOHOR BAHRU, 3 Feb: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat, awal pagi ini.

Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.

"Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini.

"Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu.

Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.

Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.


"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya. -HD







Budak sekolah dipaksa sambut Awang Adek ka?

Lihat gambar bawah neh. Terserah korang nak buat andaian macam mana tapi aku punya andaian memang neh dipanggil menggunakan budak sekolah untuk politic purpose.

Jangan nak temberang larh weh. Dah pacak bendera bn, bendera umno, pakai baju lambang parti lepas tue nak kata neh majlis sambutan biasa? Ada yang kena mencarut karang neh. Sabar..

Lihat bawah neh ;


Nak kena sambut buat cara nak kena sambut. Nak kena sambut pun tak perlu pacak bendera umno dan bn bagai. Nak buat program sekolah, ko buat. Takde sapa larang aih. Tapi jangan melampau2 pacak bendera umno dan bendera bn.

Bendera malaysia takpe. Bendera parti mana boleh. Itu kawasan sekolah bukan kawasan politik. Budak2 pun tak reti mengundi lagi. Tahu atau tidak tahu apa itu bn bukan masalah pun pada korang sebab bebudak itu belum tahu apa itu parti politik dan apa itu mengundi.

Oleh kerana si awang adek neh telah menggunakan budak2 sekolah dan GURU2 sekolah atas tujuan politik adalah amat perlu bagi umno menghukum dia. Jangan cakap tak serupa bikin. Jika pembangkang di larang menggunakan dewan sekolah waktu sekolah bercuti untuk mengadakan ceramah politik, apasal pula awang adek dibenarkan untuk memacak bendera2 parti di sekitar kawasan sekolah dan menggunakan budak2 sekolah atas tujuan politik pula?

Tidak boleh yang tertera dalam undang2 negara merangkumi tidak boleh kepada semua jenis parti politik. Pembangkang dan kerajaan. Hidup jangan jadi sochai dengan hanya mengamalkan sebahagian undang2 dan meninggalkan pula undang2 yang lain.

Dan kalau rakyat memilih untuk tidak respect umno, jangan nak pandai2 salahkan rakyat sebagai tidak bersyukur dan sebagainya. Sila telek diri sendiri apa kesalahan yang korang lakukan sehingga memaksa rakyat menjadi benci. Faham?

Ameno : BEKAS BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN SEDANG BERANGAN.

Video utama


Isu KUIN - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sudah terpesong

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS PUCHONG

Isu KUIN - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sudah terpesong


1. Dewan Pemuda Pas Puchong (DPPP) menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dan semua pihak dalam usaha mempertahankan kewibawaan MB Kedah YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abd Razak berkaitan isu KUIN.

2. Bagi Dewan Pemuda Pas Puchong, isu ini harus dilihat dengan pertimbangan maklumat yang tepat dan memahami isudengan sumber yang adil. Jangan hanya melihat dan menilai permainan politik yang berdiri atas hujah persepsi semata-mata.

3. Ustaz Azizan telah memimpin Pas Kedah sebagai Pesuruhjaya dengan satu rekod yang sangat baik, hubungan yang baik dengan kawan dan lawan dilihat sangat disenang oleh teman-teman di Kedah.

4. Kepada mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terlalu lantang mengkritik,harus bersifat lebih rasional dalam apa jua tindakan dan tutur bicara. Jangan kerana terlalu agresif menampakkan gelombang kebangkitan mahasiswa sehingga tidak mampu membezakan antara musuh AUKU yang sebenar dengan siapa yang memperjuangkan isu Mahasiswa sekian lama. Pas lah yang selama ini sentiasa menjuarai samada di dalam Parlimen atau dipentas-pentas ceramah berkempen agar AUKU ini dihapuskan dan mahasiswa serta ahli akedemik diberi ruang seluas-luas untuk memberi komen tentang isu politik atau isu semasa tanah air, serta terlibat secara langsung dalam mana-mana parti politik yang berdaftar dalam negara. 

5. Kebiadaban mahasiswa ini harus dibendung daripada dimunipulsi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan dunia samada yang berada di dalam atau diluar Pas. Kecenderungan tindakan SMM untuk mengucar-kacirkan Pas yang dipengerusikan oleh Ahmad Syukri menampakkan seolah-olah wujud tangan ghaib di belakang mereka yang membuat percaturan dan merangka siri perbalahan dalam Pas. Harini telah kedengaran suara dari dalam dan luar kampus meminta agar Ahmad Syukri digantikan dengan orang lain yang terang-terang seperti telah mengubah matlamat asal perjuangan dan penubuhan SSM.

6. SSM harus dipacu semula oleh nakhoda yang benar-benar memahami asas perjuangan dan inspirasi perjuangan yang tulen dalam memperjuangkan isu mahasiswa. SSM harus memilih pengerusi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan boleh berfikir secara rasional walau berada dalam keadaan tertekan sekalipun. Sikap yang menampakkan emosi berlebihan sehingga dilihat terlalu biadap ketika berhadapan dengan ulama hanya akan merosakkan imej mahasiswa itu sendiri.

7. Dewan Pemuda Pas Puchong juga sangat tidak bersetuju kenyataan yang dikeluarkan oleh Aziz Bari yang menyamakan Ust Azizan seperti UMNO apabila bersetuju menjatuhkan hukuman keatas 5 pelajar KUIN ini melalui AUKU. Ini sangat dilihat suatu komentar yang terlalu dengkil dan sinis lebih rendah moralnya berbanding Ahmad Syukri. (rujuk jawapan terkini Ust Azizan) Juga kami ingin menegur teman seperjuangan YB Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR) yang mengeluarkan kenyataan berbentuk negatif terhadap Ustaz Azizan yang mana kami melihat ini hanya akan boleh merosakkan hubungan akrab yang sekian lama terbina antara antara dua parti. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.

8. Kami berharap agar isu KUIN ini yang bakal dipanjangkan ke mahkamah harus bakal berakhir dengan satu keputusan yang menampakkan kebenaran dan keadilan yang terbaik untuk semua. Mahasiswa harus belajar daripada kesilapan yang berlaku.


MOHD ROSHARIZAN MOHD ROSLAN
KETUA PEMUDA,
DEWAN PEMUDA PAS PUCHONG
.

BM-Premium B IP BM-Premium C IP BM-Premium D IP Pemandu bas mogok bantah gaji Perbadanan KM


MELAKA, 2 Feb: Kira-kira 50 pemandu bas henti-henti di Melaka Sentral telah mengadakan satu mogok dan piket akibat tidak berpuas hati terhadap gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat baru di bawah anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cultural Tourist Sdn Bhd (PMCT), pagi tadi.

Gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan sebanyak RM10 menjadikan gaji RM510 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian.

Pemandu bas yang tidak berpuas hati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam", "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju, Rakyat Miskin", "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.

Wakil pemandu bas Rosman Wahab, 49, menuntut gaji yang lebih munasabah iaitu RM850 ditambah dengan elaun rumah dan elaun kedatangan sebulan setaraf dengan kos hidup pada masa kini.

"Apa makna jika kerja berterusan sehingga nyawa pun nak habis dengan gaji sebanyak itu," katanya.

Beliau mendakwa jika bekerja lebih masa di bawah skim gaji yang baru itu dengan bekerja 12 jam sehari, mereka menjangkakan gaji yang akan diterima hanya boleh mencecah sebanyak RM1,300 hingga RM1,400.

Pemandu-pemandu bas terbabit telah mengadakan mogok selama tiga hari bermula 31 Januari lalu.

Melalui syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1,900 hingga RM2,100 termasuk komisyen dan elaun.

Apabila syarikat baru mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510, jumlah yang tidak munasabah.

Harakahdaily difahamkan, syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat di bawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa daripada syarikat Scomi Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan.

Kerajaan negeri di bawah pemerintahan Datuk Seri Ali Rustam dilihat sekali lagi gagal dalam menguruskan masalah perkhidmatan awam sedangkan perkara itu merupakan perkara asas dan keperluan bagi rakyat Melaka untuk bergerak.

Justeru, apakah kerajaan negeri terlalu sibuk memikirkan soal pelancong dengan pelbagai projek pelancongan sehingga rakyat sendiri terus hidup susah dan terbeban. -Hrkh

KITA akan dibubarkan, umum Zaid


Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

NONEDalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada  pembangkang.

"(Ini) terutama dengan beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.
"Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang,” katanya.

NONEParti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu.

KITA bahagian Melaka dibubarkan pada 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.
Menurut bekas pengerusi parti KITA Melaka, Leftenan Kolonel (B) Hashim Puteh, tindakan itu diambil berikutan ahli merasakan beberapa perkara telah terkeluar daripada perjuangan asal parti. -M'kini

Kepala Babi: Pihak Masjid Anjur Solat Hajat!

Tindakan Cemar Masjid Dengan Kepala Babi Dikecam, Kariah Tolak Hasutan.

Tapi mujurlah pihak masjid hanya akan menganjurkan siri munajat dan solat hajat agar si pelaku diberi hidayah jika pihak Masjid mendoakan supaya si pelakunya diazab....sendiri mahu ingatlah.......

SHAH ALAM, 1 FEB : DAP mengecam tindakan meletakkan kepala Babi di sebuah Masjid di Rawang sebagai tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama diambang Pilihan Raya Umum.

Parti itu menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berpendirian bahawa tidak ada ruang di Malaysia bagi tindakan-tindakan yang sia-sia dan menjijikkan seperti ini.

Dalam pada itu, Nazir Masjid Nur Iman, Batu 18 Ilham Akhbar Harun itu berkata, qariah tidak terpedaya dengan usaha untuk mengugat keamanan di komuniti mereka dan menolak perkauman sempit yang dimainkan pihak-pihak tertentu.

Lim, di dalam kenyataan medianya, berkata tindakan tersebut bertentangan dengan sifat masyarakat yang aman dan berbilang budaya.

“Kami menyeru supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak bertindak balas kerana tindakan ini jelas dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan motif yang jahat.

“Kita menyeru agar semua pihak bersatu untuk mengutuk penodaan dan pengotoran mana-mana tempat beribadat, biarpun masjid atau gereja atau kuil, dan berharap agar pihak Kerajaan akan serta merta menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata beliau dalam kenyataan media.

Pengunjung Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, menemui sebuah kepala babi di depan pintu pagar masjid itu awal pagi semalam.

Sementara itu, menurut Adun Rawang, Gan Pei Nei, tahap keselamatan masjid itu akan dipertingkatkan dengan pemasangan CCTV,lampu limpah dan pengawal agar kejadian sedemikian tidak berulang.

“Dan hasil perbincangan dengan jawatankuasa masjid, mereka akan cadangkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan sebab lokasi masjid tersebut terletak di tepi jalan utama dan ia menjadi tempat yang mudah untuk orang luar masuk dan walaupun pintu pagar dikunci tetapi ia boleh dipanjat untuk masuk ke pekarangan masjid.

“Semua cadangan ini, saya bawa kepada pihak Menteri Besar dan Exco untuk permohonan daripada kerajaan negeri bagi memberikan bantuan bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan masjid.” kata Pei Nei yang dihubungi TVSelangor.

Menurut Pei Nei, masyarakat di Rawang merasakan tindakan tersebut adalah tindakan provokasi untuk mencetuskan perasaan tidak puas hati antara agama.

“Selama ini di Rawang semua masyarakat pelbagai bangsa boleh hidup aman harmoni antara satu sama lain , jadi mereka nampak apabila hendak pilihanraya ia merupakan satu provokasi yang berunsur politik,” katanya.

Beliau juga berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera menangkap dan mendakwa pihak yang menjadi dalang dalam insiden itu agar tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Pihak-pihak yang memainkan sentimen bersifat perkauman dan keagamaan, kita gesa perlu hentikan perkara ini, dan kita perlu memandang kehadapan dengan mengadakan perbincangan dan dialog jika ada perkara-perkara sensitif dan bukan cara seperti melontarkan kepala babi ke masjid untuk provokasi memainkan sentimen perkauman secara ekstrem,” ujarnya.

Nazir Masjid Nurul Iman Ilham Akhbar Harun berkata kariah itu terkejut dengan kejadian yang mungkin dilakukan agar berlakunya kejadian permusuhan kaum dan ketegangan agama.

“Tanpa menuduh mana-mana pihak, kami berpendapat perkara seumpama ini tidak harus berlaku di rumah Allah yang suci ini. Kami pentadbir dan Jawatankuasa MNIR membantah tindakan yang biadab ini dan sama sekali tidak akan menyokong sebarang provokasi sempit yang boleh mengeruhkan suasana harmoni sedia ada,” katanya.

Beliau berharap seluruh anak kariah masjid agar bertenang dengan kejadian ini dan yakin pihak terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang segera.

“Pihak masjid akan menganjurkan siri munajat dan solat hajat agar si pelaku diberi hidayah dan keharmonian kaum dapat dikekalkan.

“Sesungguhnya kami cinta kepada kedamaian dan yakinlah setiap kejadian yang menimpa itu pasti mempunyai hikmahnya,” katanya. -naimnikmat

Sekalipun solat hajat dilakukan supaya pelaku yang melakukan tindakan tersebut diberikan hidayah, namun turunnya hidayah Allah adalah menikut bentuk dan kehendak Dia.

Dia boleh saja menurunkan hidayah dengan pelbagai cara sekalipun dengan azab atau bala dan bencana.

Seringkali manusia mendapat hikmah dan hidayah selepas berlaku sesuatu azab dan sengsara menimpanya.

Justeru itu beringatlah wahai pelaku tersebut.-GB


MB Kedah Menjawab Isu KUIN, 5 Digantung


73 terbunuh,lebih 1000 cedera, rusuhan penyokong bola sepak Mesir


Egyptian riot police stand guard in Cairo Stadium during the first half of a match between Zamalek and Ismaili clubs in Cairo on February 1, 2012. At least 73 people were killed in fan violence after a football match between Al-Ahly and Al-Masry clubs in the city of Port Said, the health ministry said, as Egypt struggled with a wave of incidents linked to poor security.
Egyptian riot police stand guard in Cairo Stadium during the first half of a match between Zamalek and Ismaili clubs in Cairo on February 1, 2012. At least 73 people were killed in fan violence after a football match between Al-Ahly and Al-Masry clubs in the city of Port Said, the health ministry said, as Egypt struggled with a wave of incidents linked to poor security.
Egyptian riot police stand guard in Cairo Stadium during the first half of a match between Zamalek and Ismaili clubs in Cairo on February 1, 2012. At least 73 people were killed in fan violence after a football match between Al-Ahly and Al-Masry clubs in the city of Port Said, the health ministry said, as Egypt struggled with a wave of incidents linked to poor security.
Egyptians football fans rush to the fiels during clashes that erupted after a football match between Egypt's Al-Ahly and Al-Masry teams in Port Said, 220 kms northeast of Cairo, on February 1, 2012. At least 40 people were killed and hundreds injured according to medical sources.
Riot police fill the stadium during clashes that erupted after a football match between Egypt's Al-Ahly and Al-Masry teams in Cairo on February 1, 2012. At least 40 people were killed and hundreds injured according to medical sources.
Fans of Al-Masry team run after players of the Al-Ahly team during riots that erupted after the football match between the two teams in Port Said, 220 kms northeast of Cairo, on February 1, 2012. At least 73 people were killed and hundreds injured in the violence that erupted as soon as the referee blew the final whistle in the match.
Fans of Al-Masry team run after players of the Al-Ahly team during riots that erupted after the football match between the two teams in Port Said, 220 kms northeast of Cairo, on February 1, 2012. At least 73 people were killed and hundreds injured in the violence that erupted as soon as the referee blew the final whistle in the match.
Egyptian Al-Ahly players escape from the field as fans of Al-Masry team rush after them during riots that erupted after the football match between the two teams in Port Said, 220 kms northeast of Cairo, on February 1, 2012. At least 73 people were killed and hundreds injured in the violence that erupted as soon as the referee blew the final whistle in the match.
A soccer fan flees from a fire at Cairo stadium February, 1, 2012. Crowds set parts of the stadium on fire in reaction to a soccer pitch invasion during another soccer match held at the Egyptian city of Port Said. At least 50 people were killed and hundreds of others injured on Wednesday after a soccer pitch invasion in Port Said, healthy ministry sources said, in an incident that one player described as "a war, not football".
A soccer fan flees from a fire at Cairo stadium February, 1, 2012. Crowds set parts of the stadium on fire in reaction to a soccer pitch invasion during another soccer match held at the Egyptian city of Port Said. At least 50 people were killed and hundreds of others injured on Wednesday after a soccer pitch invasion in Port Said, healthy ministry sources said, in an incident that one player described as “a war, not football”.
Egyptian fans set fire at part of a facility at the Cairo International stadium after the suspension of a soccer match following the news of the violence in the Port Said soccer match, in Cairo, Egypt Wednesday, Feb. 1, 2 012. Soccer fans rushed the field after the home team won an unexpected victory over Egypt's top squad Wednesday, setting off clashes and a stampede that left dozens of people dead and 1,000 injured in a Mediterranean port city, officials said.
Egyptian fans set fire at part of a facility at the CairoInternational stadium after the suspension of a soccer match following the news of the violence in the Port Said soccer match, in Cairo, Egypt Wednesday, Feb. 1, 2 012. Soccer fans rushed the field after the home team won an unexpected victory over Egypt’s top squad Wednesday, setting off clashes and a stampede that left dozens of people dead and 1,000 injured in a Mediterranean port city, officials said.
Flares are thrown in the stadium during clashes that erupted after a football match between Egypt's Al-Ahly and Al-Masry teams in Port Said, 220 kms northeast of Cairo, on February 1, 2012. At least 40 people were killed and hundreds injured according to medical sources.
KAHERAH – Sekurang-kurangnya 73 mati dalam pergaduhan membabitkan peminat bola sepak di bandar Pelabuhan Said, Mesir, demikian menurut laporan stesen-stesen tempatan semalam.

Sekurang-kurangnya 1,000 lagi cedera apabila peminat bola sepak, kebanyakannya membawa senjata termasuk pisau – merusuh dan menceroboh kawasan padang di akhir perlawanan antara kelab atasan al-Masry dan al-Ahly.Pegawai-pegawai berkata, angka kematian kemungkinan meningkat, lapor BBC.

Ia tragedi paling teruk dalam sejarah bola sepak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Mesir, Hesham Sheiha.”Ini sesuatu yang malang dan sangat menyedihkan,” kata  Hesham.

Dengar dan lihat - Catriona Ross bertakbir dan disambut oleh penonton

Tahniah... Buat seorang lagi artis wanita Islam yang akan berhijrah...

Tahniah juga buat Bob Lokman.....


Terkini! Gambar TG Nik Aziz Semasa Merasmikan Program Anak Muda Tolak Umno


http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/423582_361915633835817_100000521511371_1427539_564762418_n.jpg

PAS buktikan ia 'parti celik budaya'


Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.

Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.
Negara Islam
Warga maya di laman Facebook itu juga membandingkan ‘kecerdikan’ antara PAS dan PERKASA yang didakjwa sebagai ‘buta budaya’ dan gagal memahami kepercayaan serta cara hidup masyarakat Cina di negara ini.

NONE"Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi  sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.

"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin. Mereka tidak mengagihkan 'angpau putih’ kepada masyarakat Cina."

Ketika dihubungi Malaysiakini, Rosalan Mamatmengucapkan terima kasih kepada pelayar di Facebook kerana memuji tindakan beliau itu.

Rosalan, 51,  yang juga seorang ahli perniagaan berkata gambar itu dirakamkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina ketika beliau dan beberpa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.

NONEDitanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.
Tak ada masalah

"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islamyang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.

"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.

Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama bagi pemimpin tempatan Pakatan Rakyat keluar bersama mengucapkan selamat tahun baru kepada masyrakat Cina. Sebelum ini mereka menganjurkan aktiviti masing-masing secara sendirian.

NONESementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.

Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.

Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.
Melayu terhibur

Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.

Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan  kebudayaan berbilang kaum.

hashim jasin"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."

Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim (kiri) berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.

Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan “memotong tangan dan kaki orang Cina” apabila mereka berkuasa nanti. -M'kini

Kuliah Ust Azhar Idrus Tarik 30,000 Jemaah Ke Masjid Shah Alam

Angry bird" Cuit Hati Kuliah Uztaz Azhar

Apakah hukum lelaki simpan rambut panjang? Adakah isteri boleh simpan duit gaji suami?

Bagaimana pula dengan lelaki yang tukar jantina, tetapi mahu kembali ke jalan benar?

Ini adalah antara soalan-soalan rumit yang ditujukan kepada personaliti agama Uztaz Azhar Idrus di dalam kuliah Maghribnya di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kira-kira 30,000 orang membanjiri dewan sembahyang masjid tersebut untuk mendengar ceramah Azhar pada 29 Januari.

Saksikan klip video kuliah tersebut di bawah.


NFC: Mengapa Muhyiddin Takut Pada Suruhanjaya Diraja

ULASAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Januari lalu mengeluarkan kenyataan bahawa langkah menubuhkan suruhanjaya diraja tidak perlu bagi menyiasat penyelewengan projek Fidlot Nasional (NFC).
Katanya, penjelasan Jabatan Audit negara serta siasatan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malysia (SPRM) memadai.

Selain itu katanya kerajaan juga turut melantik firma perunding perakaunan bagi menjalankan proses penilaian bagi melihat status kewangan syarikat yang mengurus projek tersebut.

Kenyataan Muhyiddin tersebut ekoran gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya dilantik suruhanjaya diraja bagi menyiasat NFC.

Isu NFC secara tersuratnya melibatkan dua faktor utama. Pertamanya sebagimana dipapar di dada media berhubung penyelewengan dan salah urus oleh NFC melibatkan pinjaman dari dana rakyat bernilai RM250 juta.

Keduanya, berhubung tender terhad yang membolehkan projek tersebut diberikan kepada suami seorang menteri. Manakala Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani ketika tender tersebut diberikan kepada suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul adalah Muhyiddin.
Dari sudut politiknya, isu penyelewengan dan salah urus oleh syarikat-syarikat yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno adalah perkara biasa berlaku.

Tetapi isunya adalah dana rakyat yang sebegitu besar diberikan kepada syarikat yang tidak ada pengalaman langsung dalam industri ternakan lembu.

Maka disinilah letaknya kesalahan Muhyiddin. Persoalannya mengapakah Muhyiddin sanggup memperjudikan RM250 juta wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai pengalaman.


Suapan politik 
 
Begitu juga persoalannya mengapa Muhyiddin memberikan projek tersebut kepada suami Shahrizat sedangkan terdapat enam syarikat yang terlibat dalam permohonan untuk projek tersebut.

Dari sudut persepsinya menggambarkan tindakan Muhyiddin tersebut merupakan 'suapan' politik terhadap Shahrizat bagi mendapatkan sokongan wanita terhadap beliau menentang Najib.

Apatah lagi ketika era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin diletakkan sebagai 'check and ballence' untuk mengimbangi pengaruh Najib.
Shahrizat juga bersalah kerana sebagai seorang menteri yang hidup dalam gelombang politik tentunya menyedari risiko sekiranya orang ramai mengetahui projek tersebut diberikan kepada syarikat suami beliau.

Atau Shahrizat dijanjikan 'perlindungan' oleh Muhyiddin supaya rahsia projek tersebut tidak akan bocor kepengetahuan rakyat atau orang politik.

Ketika itu pula Muhyiddin adalah orang Abdullah. Maka jaminan perlindungan tersebut menjadikan Shahrizat mempunyai keyakinan bahawa 'rahsia' tersebut tidak akan bocor.

Bagi Muhyiddin pula, sokongan dari wanita Umno amat diperlukan setelah merasa selamat dan selesa dengan kedudukan Pemuda Umno yang diterajui menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin.

Kambing hitam

Paling lucu dan memualkan apabila entah dari mana datangnya angin, tiba-tiba seorang ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail ditangkap dan dijadikan kambing hitam.

Beliau didakwa dengan dua pertuduhan menipu Pengerusi Perbadanan Fidlot kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail iaitu suami Shahrizat sebanyak RM1.755 juta.
Tidak sampai 45 minit didakwa di mahkamah Klang berhubung NFC Shamsubahrin juga didakwa atas pertuduhan menipu seorang majistret.

Demikianlah bagaimana 'licik' polis serta 'auta' pemimpin-pemimpin Umno-BN dalam menutup penyelewengan NFC.
Fakta asas untuk pelajar yang akan memasuki sekolah menengah pun tahu 'makhluk' pertama yang harus disiasat atau diadili adalah mereka yang bertanggungjawab mengurus tadbir NFC iaitu suami dan anak-anak Shahrizat.
Bukan mencari kambing hitam sebagaimana kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibuu dulu. Malah sehingga ke saat ini misteri pembunuhan tersebut tidak diketahui walaupun pembicaraan dijalankan bertahun-tahun.

Muhyiddin punca kemelut NFC

Muhyiddin juga tahu sekiranya siatan diraja dijalankan maka orang pertama yang akan disiasat adalah beliau selaku Menteri yang meluluskan pemberian projek
kepada suami Shahrizat.

Fakta pertama yang akan dipersoalkan oleh jawatankuasa siasatan tersebut adalah bagaimana beliau memberikan projek RM250 juta tersebut kepada suami seorang menteri kabinet yang tidak berpengalaman.

Penjelasan Muhyiddin kepada jawatankuasa siasatan tersebut akan menyerlahkan lagi betapa amalan kronisme berleluasa berlaku dalam pentadbiran Umno-BN.
Namun lebih membimbangkan Muhyiddin adalah terbongkarnya agenda sulit beliau dan Shahrizat menumbangkan bosnya sekarang, Najib Razak.

Najib juga menyedari Muhyiddin bersama team beliau mengintai pelbagai sudut untuk menyingkirkan beliau. Namun kesahihan belum dapat dibuktikan. Lantaran itu Najib tidak mahu mengadakan pemilihan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno selama tiga tahun berturut-turut.

Muhyiddin juga sedar, Najib juga telah berjaya menghidu kelibat beliau bersama teamnya.
Memang agak menghairankan mengapa selepas lebih tiga tahun projek Fidlot yang merupakan salah satu dari pelbagai projek lagi didedahkan oleh Ketua Audit negara. Sedangkan progres projek-projek yang diberkan kerajaan kepada 'kroni-kroni' lain tidak didedahkan.

Apakah pendedahan penyelewengan NFC mempunyai kaitan dengan arahan dari Najib untuk menyingkirkan Muhyiddin?.

Berdasarkan fakta asas, sesiapa sahaja termasuk orang-orang Umno akan melihat punca kepada masalah NFC bermula dari 'anugerah' projek oleh Muhyiddin kepada suami kepada Ketua Wanita Umno.

Pendedahan demi pendedahan berhubung penyelewengan tersebut telah meletakkan Umno berada dalam keadaan paling tertekan. Sehingga Umno disamakan dengan lembu.

Saat menghadapi PRU13 turut meningkatkan darjah kemarahan ahli-ahli dan pemimpin Umno kepada Shahrizat dan Muhyiddin.

Lalu usaha menolak untuk diadakan siasatan diraja dilihat Muhyiddin sebagai jalan paling selamat untuk menutup agenda tersembunyi beliau.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .