Ikuti Blog ini

Akhirnya.. Menteri Umno Mengakui Hentam Soros 'Makan Diri Sendiri'


Buat Najib dan pencacai.. lain kali muhasabah diri dulu sebelum nak hentam orang lain. Jikalau rasa diri tu suci bersih barulah boleh nak hentam orang. So sekarang dah malu alah.. pencacai pun dah terkedu. Menteri pun terpaksa mengaku.. so sad..
Tim menteri bimbang serangan pada Soros 'makan diri' BN
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpandangan bahawa serangan yang kini dijalankan BN ke atas George Soros, berpotensi 'memakan diri sendiri' kelak.
Atas dasar itulah, katanya, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut.

"Kalau kita tunjuk keburukan produk orang lain kita tak boleh kawal kualitinya sedangkan mereka boleh kawal (kualiti) produk mereka," kata Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

"Bagaimana jika Soros yang (hari ini) kita hentam esok lusa dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita.

"Sebab itu saya tak begitu berminat menghentam Soros atau menghentam Suaram," katanya kepada Malaysiakini.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, Mahathir membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Dalam keriuhan isu tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula dilaporkan bertemu Soros secara sulit di New York, dua tahun lalu.

Ia pertama kali didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa dalam program debat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim.

Mengulas perkara itu, Saifuddin menyifatkan berita itu sebagai bukti tindakan mempromosikan BN lebih baik daripada menyerang Pakatan.

"Itulah yang saya kata tadi. Saya tahu ini dekat pilihan raya dan kita harus berkempen mendapatkan sokongan rakyat tetapi saya lebih suka untuk bercerita tentang nilai-nilai yang kita nak bawa daripada BN daripada menghentam orang lain.

"Kalau betul Datuk Najib bertemu Soros kita akan tunggulah apa sebenarnya yang berlaku dalam pertemuan itu," katanya. -M'kini

TG Nik Aziz Merasmikan Majlis Perasmian Pasar Saidina Ali,Kok Lanas.

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/404035_498764150143243_2063305290_n.jpg
http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/644158_498764363476555_1270764226_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/230869_498764563476535_1019193995_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/230869_498764563476535_1019193995_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/69122_498765000143158_1806944041_n.jpghttp://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/47103_498765346809790_888627755_n.jpghttp://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/488023_498764263476565_1930755777_n.jpghttp://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/47103_498765346809790_888627755_n.jpghttp://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/3829_498765660143092_50846103_n.jpg

YAB. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan menghadiri Majlis Perasmian Pasar Baru Kok Lanas yang telah diberi nama dengan Pasar Saidina Ali,Kok Lanas.Turut hadir sama pada majlis ini Exco Kerajaan Tempatan,Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan,YB. Dato' Takiyuddin Hassan. -sumber FB

Imam Hoslan dilepaskan di bawah perintah Parol


KUALA LUMPUR: Imam Hoslan Husin hari ini dilepaskan di bawah perintah Parol sehingga dibebaskan sepenuhnya pada 8 November ini.

Beliau dilepaskan bersyarat di Pejabat Parol Daerah Cheras kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Beliau dikehendaki melapor diri seminggu sekali mengikut arahan Parol Cheras sehingga tarikh tersebut.

Beliau di bawa ke sini jam 10.38 pagi dari Penjara Kajang.

Beliau sebelum ini dikenakan hukuman penjara selama tujuh bulan tiga hari.

Parol bermaksud pelepasan seseorang penghuni penjara yang mempunyai tarikh bebas dan layak, untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol

Penghuni dikehendaki menjalani baki hukumannya di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol.

Hoslan yang ditemui di sebaik sahaja dilepaskan melahirkan kesyukuran kerana dibebaskan awal dari tempoh yang sepatutnya.

"Saya bersyukur apa yang berlaku ke atas saya, saya masuk penjara kerana kehendak Nya," katanya.

Beliau yang sedang menunggu isterinya Noorliza Mat Isa, 43 yang bergegas dari hopsital dari menjaga anaknya kerana demam denggi, terus memeluk isterinya dan anaknya sebaik sahaja mereka bertemu.

Isterinya yang diiringi wakil Pemuda PAS Pandan serta saudara mara tiba di sana kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Hoslan yang mengenakan jubah hitam bersemutar hijau turut berterima kasih kepada sahabat handai, pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah memberi sokongan moral kepada keluarganya sepanjang beliau di penjara.

Sepanjang hampir tujuh bulan berada di penjara, beliau mengambil pengajaran dan mengibaratkan penjara itu sebagai madrasah tarbiyah.

Malah beliau memaafkan pihak yang menganiaya, namun akan terus memperjuangkan keadilan kerana ia adalah ijtihad dalam hidupnya.

"Masalah manusia adalah kerana dengki dan kianat dalam jiwa yang bersarang jadi jalan keluar ialah kita kena mengaji dan solat dan jaga silaturahim yang Allah perintah, sangat besar martabatnya kalau kita jaga.

"Saya sentiasa memaafkan kerana Rasulullah adalah seorang pemaaf, " ujarnya yang enggan mengulas lanjut berhubung kesnya kerana masih dalam perintah Parol.

Hoslan yang dijatuhkan hukuman setahun bermula pada 8 Mac lalu, selepas Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah.

Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan bertindak membaling selipar ke arah ketiga-tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman, antara 10.15 pagi dan 10.30 pagi pada 22 Feb lepas. -Hrkh

MP Sabak Bernam diperintah jalani hukum penjara hari ini


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
  
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
  
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
  
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan  pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.
  
Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.
  
"Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.
  
Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.
  
"Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.
  
"Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.
  
Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.
  
Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat ADUN mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.
  
Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.
  
Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.
  
Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.
  
Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
  
Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

- Bernama

SAR: 1,000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan


KUALA LUMPUR: Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia ke Parlimen hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013.

Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama.

Selain itu, tuntutan juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ketiadaan peruntukan untuk SAR membuktikan kefahaman Kerajaan BN terhadap pendidikan Islam masih terbatas dengan menganggap ia sebagai mata pelajaran sahaja, bukan sebagai institusi penting dan menyeluruh.

"Kerajaan BN sudah tidak layak untuk memerintah negara kerana selama 50 tahun tidak peduli terhadap Sekolah Agama Rakyat. Mereka tidak bersedia dan tidak mampu membangunkan pendidikan Islam.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali menyatakan kekesalan terhadap pengabaian terhadap SAR sedangkan ia di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

"Di Selangor, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta peruntukan tahunan untuk Sekolah Agama Rakyat kerana kita faham keperluan SAR kepada rakyat," katanya.

Turut bersama, Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Abdul Rani Osman dan Ronnie Liu, Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (Mappis), Dr. Zainal Abidin Kidam dan beberapa wakil NGO lain.

Lebih 1,000 berkumpul hadapan Parlimen


Sementara itu, kira-kira 1,000 pelajar termasuk guru-guru SAR dari seluruh Malaysia berkumpul di hadapan bangunan parlimen seawal jam lapan pagi sebagai tanda solidariti mereka.

Mereka membawa kain rentang, sepanduk dan poster menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap SAR.

Beberapa ahli Parlimen turut bersama iaitu Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Muhammad Husin (Pasir Putih) dan beberapa ahli parlimen lain. -Hrkh

Syabas Jabatan Amal Malaysia!!


Oleh Mohd Abdul Hadi

PAHANG : Segulung ucapan syabas dan tahniah ditujukan kepada Jabatan Amal Malaysia kerana telah berjaya menjalankan program Jambori Amal Kebangsaan Ke-16 yang diadakan di Balok, Kuantan, Pahang pada 5 hingga 7 oktober 2012 lepas.

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi didalam ucapannya memberikan semangat taujihat kepada semua ahli untuk terus memberikan khidmat kebajikan sukarela kepada masyarakat.

“Tahniah dan syabas . Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap dengan kematangan yang dimiliki oleh Jabatan Amal Malaysia ianya dapat membantu pergerakan Jabatan Amal Malaysia untuk bergerak dengan lebih teratur, licin dan sistematik”, katanya lagi.

Di dalam ucapannya juga tidak tinggal untuk mengingatkan kepada sukarelawan dan ahli-ahli Unit Amal tentang amal dan khidmat yang dilakukan oleh mereka ini juga adalah suatu kebajikan.

 
Dasar penubuhan Jabatan Amal Malaysia ini memfokuskan perkhidmatan secara sukarela untuk membangunkan semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berteraskan Islam. Bahkan mereka juga di latih untuk melahirkan ahli-ahli pergerakan sukarela yang serba boleh.

Sejarah penubuhan Jabatan Amal Malaysia ini bermula pada tahun 1991 .Majlis Pelancaran Unit Amal yang pertama telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai Peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu. Keahlian yang dianggotai oleh unit ini pada mulanya adalah seramai 12 orang yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform. Jabatan Amal Malaysia terlibat dalam banyak khidmat-khidmat masyarakat seperti membantu mangsa banjir yang berlaku di Johor.

Ketika rakyat Johor ditimpa musibah banjir, “tentera merah” ini lah yang pertama turun membantu dan menjalankan tugas- tugas penyelamat. Bencana yang melibatkan ramai penduduk terputus bekalan makanan, hilang tempat tinggal dan juga tiada keperluan asas untuk hidup. Bantuan yang disalurkan oleh badan-badan NGO, melalui bantuan Unit Amal ini melibatkan pengagihan makanan, minuman dan juga pakaian kepada penduduk setempat.

Selain itu, Unit Amal juga terlibat membantu penduduk di Selat Klang yang mengalami bencana ribut dengan membantu penduduk membaiki rumah-rumah mangsa akibat dilanda hujan yang lebat berserta angin yang kuat. Kerja-kerja khidmat masyarakat lain seperti gotong royong bersama masyarakat setempat juga antara objektif awal penubuhan Unit Amal.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini, melibatkan aktiviti perkemahan, riadah, kuliah ilmu, gotong royong amal bersama masyarakat, derma darah, memancing, pemeriksaan kesihatan dan rawatan perubatan Islam.

Bertemakan “Beramal Kerana Alah” , perasmian penutup telah disempurnakan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Hadi dan berakhir kira-kira pukul 4.30 petang.

-- Jazakallahu Khaira al-Jaza'
PAS for ALL
Membangun Bersama Islam

Rupanya Najib Pernah Bertemu George Soros Secara Rahsia


Perdana Menteri, Najib Altantuya rupanya telah bertemu dengan spekulator matawang berbangsa Yahudi, George Soros dalam sebuah pertemuan tertutup di sebuah hotel mewah, Plaza Hotel (gambar bawah) di New York, Amerika Syarikat dua tahun lalu.Pertemuan rahsia tersebut diadakan semasa Najib Altantuya tiba untuk menyampaikan ucapan sulung sebagai perdana menteri di mesyuarat agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kotaraya yang sama.

Maklumat tersebut didedahkan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang memetik sumber yang rapat dengan pertemuanntersebut semasa berdebat dengan bekas ahli KEADILAN yang kini Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim minggu lalu.

Hotel tersebut yang terletak di pusat kewangan sibuk Manhattan merupakan tempat pertemuan pertama Najib Altantuya dengan Soros yang turut dihadiri beberapa menteri kanan kabinet, berlangsung pada 27 September 2010.Belum dapat dipastikan pertemuan tersebut diatur sebelum atau selepas Najib Altantuya menyampaikan ucapan bertajuk 'Global Movement of Moderates' di persidangan tahunan tersebut.


Tetapi sumber memberitahu bahawa selepas Najib Altantuya mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban ki-Moon, dia terus mengadakan pertemuan dengan penyangak matawang antarabangsa yang dituduh bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad sebagai dalang krisis kewangan Asia pada 1997-98.

Ini jelas membuktikan tuduhan Umno kononnya NGO yang pro-Pakatan Rakyat menerima bantuan kewangan dari spekulator tersebut meleset sama sekali seperti yang didakwa Mahathir beberapa hari lalu."Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis Mahathir dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.Empat hari kemudiannya, Mahathir menulis surat tiga halaman kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa. ~jalanpulang/mpr

Ahli Parlimen BN & PR Tolak Saman AES


Majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dianggap sebagai menyusahkan pengguna lebuh raya.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen DAP-Kota Melaka Sim Tong Him berkata beliau meragui sama ada pelaksanaan AES itu hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata “Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya.

“Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap untuk mengaut keuntungan,” katanya dalam Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah suatu yang sia-sia jika punca utama kemalangan, iaitu sikap pemandu masih tidak berubah malah merisikokan pengguna lain apabila wujud papan tanda amaran yang mengelirukan.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pula berkata, beliau juga berharap kerajaan dapat mengkaji semula AES supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu.

Gesaan itu turut disokong Ahli Parlimen BN-Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu pelaksanaannya ditangguhkan sementara satu kajian menyeluruh dibuat supaya tidak membebankan rakyat.

“Kita berharap perkara ini ditangguhkan…jangan menganiaya rakyat.

“Kalau boleh kita harap kerajaan juga dapat mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini,” katanya.

Papan tanda amaran

Sementara itu Ahli Parlimen BN-Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad pula mencadangkan agar lebih banyak papan tanda amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati.

AES adalah sistem kamera penguatkuasaan automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Sebelum ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan berpuas hati dengan penggunaan kamera AES yang dipasang di beberapa lokasi tertentu.

Kong berkata, rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuktikan berlaku pengurangan dalam kesalahan lalu lintas di beberapa kawasan di mana 14 kamera AES ditempatkan.

Fasa pertama pelaksanaan AES berjaya mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

PANAS!! Tengok gambar ni! apa Najib dah buat nih??

Suatu ketika dulu sekitar akhir June 2012, Najib terus mengelak apabila ditanya oleh wartawan mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.

Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

“Debat bukan budaya kita. Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya dalam membuat pilihan.

"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Bagaimanapun semalam Najib membuktikan bahawa alasan yang diberikannya untuk mengelak dari berdebat dengan  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah satu alasan untuk menutup sifat bacul yang ada dalam dirinya.

Ini terbukti bilamana Najib dilaporkan telah hadir menyaksikan dan menyampaikan hadiah kepada juara Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012 peringkat akhir yang berlangsung di Universiti Malaya (UM) semalam.

NAJIB (tengah) menyampaikan hadiah kepada peserta UiTM, Mohd. Syafiq (tiga dari kiri), Noor Atiqah (kanan) dan Maizura (dua dari kanan) yang muncul johan kategori Bahasa Inggeris pada Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012.
Najib menyampaikan hadiah kepada pasukan UiTM setelah menjuarai Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Bahasa Inggeris
Najib menyampaikan hadiah kepada pasukan UIAM setelah menjuarai Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Bahasa Malaysia
 Laporan berkaitan.. (lagi cakap tak serupa bikin Najib...)

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, suara golongan mahasiswa adalah penting yang perlu didengari oleh semua tetapi ia perlu berdasarkan kebenaran dan realiti.

Beliau berkata, pandangan mahasiswa dalam usaha menggalakkan keterbukaan berfikir perlu berdasarkan fakta dan kebenaran dan bukan retorik yang tidak berpijak di bumi nyata.

"Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza dari kerajaan," katanya selepas menyaksikan pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 kategori Bahasa Malaysia di Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Najib juga berkata, era kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir dan pindaan pada Akta Universiti dan Kolej Universiti awal tahun ini juga dibuat bagi mengalak keterbukaan mahasiswa berfikir secara kreatif dan kritis.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau juga mahu melihat generasi baru dibangunkan melalui cara yang tersusun dan terancang manakala perubahan yang dibuat harus mengutamakan keberhasilan yang positif.

"Kita semua berkehendakkan perubahan, tetapi apa yang penting ialah keberhasilannya itu, bukan perubahan itu dijadikan retorik ataupun slogan sahaja," katanya.

Pertandingan akhir itu menyaksikan perdebatan antara Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Kebangasaan Malaysia (UKM) mengenai usul yang bertajuk 'Dewan ini percaya tukul dan perisai kekerasan perlu untuk melindungi kesederhanaan'.

Pertandingan debat kali kedua itu dianjurkan oleh Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global dan MyHarapan.

 UIA muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 manakala UKM, selaku nain johan, menerima hadiah wang tunai RM15,000. - Bernama

Kata dia kononnya "Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza dari kerajaan,"

Hakikatnya kalau berbeza pandangan pasti tak akan dibenarkan contohnya korang lihat di video #TanyaNajib di YouTube yang dimuat naik melalui akaun beliau sendiri tidak dibenarkan untuk pengunjung memberikan ulasan (ditapis). Malah sistem rating pun sudah dibuang.. -sumber

Ayuh... tolak BN dalam PRU-13, hak rakyat Sabah "hilang" dicelah Bajet

Oleh Hamzah Abdullah

PAS Sabah merasa kesal dengan pembentangan Bajet 2013 yang langsung tidak mengembil kira hak kebajikan rakyat negeri ini. Bagi pihak rakyat Sabah, saya telah meneliti kandungan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, dan merumuskan bahawa yang akan 'kenyang' daripada dentuman bajet ini hanya pemimpin Umno-BN.

Rakyat Sabah, khususnya pribumi Sabah, yang rata-rata masih berada dibawah paras miskin hanya bakal menerima tangki-tangki air dan keperluan asas yang hanya  boleh bertahan paling lama lapan bulan.  Sebanyak 40,000 tangki air yang bakal diagih-agihkan kepada orang-orang kampung hanya "menggemukkan" pembekal yang tentunya kroni-kroni Umno-BN mempunyai saham dalamnya iaitu dalam bentuk komisyen. 

Tangki air ini hanya mempunyai jangkahayat paling lama lapan bulan kerana ianya jenis yang rendah kualiti. Umno-BN jangan fikir rakyat masih bodoh dan boleh diperbodohkan seperti zaman sebelum wujudnya ICT. Sekarang kita berada pada era dimana maklumat berada dihujung jari. 
 
Rakyat Sabah masih tidak lupa dengan teguran Ketua Audit Negara bagaimana peralatan sekolah dan alat kelengkapan tentera seperti teropong telah dibeli dengan harga sehingga melonjak 1000 peratus dari harga asal! Ini lah yang mesti rakyat sedar dan usah teruja terhadap pembentangan yang masih jauh dari jangkauan kita.
 
PAS Sabah menuntut supaya dipulihkan semula Saham Amanah Tun Mustapha yang telah diasaskan oleh Bapa Kemerdekaan Sabah, Almarhum Tun Mustapha di era pemerintahan Usno. Almarhum Tun Mustapha adalah pemimpin Sabah pertama yang mempunyai ciri-ciri pemimpin seorang yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kebajikan rakyat Sabah. 
 
Di zaman Tun Mustapha jugalah pelajar-pelajar Sabah yang cemerlang dalam peperiksaan Senior Cambridge akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke UK atau Australia diperingkat A-Level dan seterusnya ijazah dengan pembiayaan wang Yayasan Sabah, yang mempunyai konsesi balak pemberian Kerajaan Negeri. 
 
Almarhum Tun Mustapha juga telah menggunakan wang kerajaan Negeri bagi membiaya kos menunaikan haji bagi jemaah haji Sabah, termasuk membiayai guru-guru agama yang bertauliah untuk mengajar disekolah-sekolah agama seluruh Sabah. Pelajar-pelajar cemerlang dari sekolah menengah akan di hantar ke Semenanjung bagi meneruskan pengajian di Tingkatan Empat dan Enam juga dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sabah.
 
PAS Sabah menuntut supaya Dato' Pairin Kitingan mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas pemansuhan Amanah Tun Mustapha kerana di zaman PBS lah amanah saham ini telah dihentikan! PAS Sabah seterusnya mencabar Pairin supaya "cakap serupa bikin" kalau benar dia bersetuju dengan slogan "rakyat didahulukan". 
 
Ini masanya kehendak rakyat diutamakan memandangkan Pairin masih berkuasa didalam Kerajaan Umno-BN Sabah sekarang setelah partinya tewas pada 1994. PAS Sabah menuntut supaya pembayaran amanah saham ini dibuat dengan mengambil kira tahun ianya dimansuhkan iaitu sekitar tahun 1988. 
 
Ertinya rakyat Sabah berhak mendapat saham ini  untuk tempoh ianya tertunggak sejak 1988 yang bererti selama 24 tahun. Kalau setiap tahun rakyat Sabah yang layak mendapatnya berjumlah RM200 setiap tahun, maka setiap seorang rakyat yang layak mesti diberikan hak mereka berjumlah RM4,800.00. PAS Sabah akan membawa isu ini ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Pakatan Rakyat yang akan datang bagi diterima sebagai sebahagian daripada manifesto pilihanraya.

Kes NFC: Shahrizat Kelu & Terkedu, Gagal Jawab Soalan Peguambela


Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelu dan beberapa kali gagal menjawab soalan mahkamah hari ini berhubung kes skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

Wakil peguambela, Ranjit Singh dalam hujah balasnya bertanya dari aspek keluarga hingga ke isu dokumen berkaitan perniagaan suaminya.

“Setuju atau tidak, interaksi antara pasangan suami isteri itu penting sebagai pembangunan keluarga?,” soal Ranjit.

“Apakah anda sebagai Menteri Pembangunan Wanita mengaplikasikan prinsip itu?,” soal Ranjit lagi.

Shahrizat kemudian meminta Ranjit mengulangi soalan tersebut beberapa kali dan tidak menjawab seperti yang diarah.

Ranjit turut mempersoal kelayakan anak Shahrizat yang berkelulusan teknologi maklumat tetapi menjalankan bisnes jutaan ringgit dalam bidang pertanian.

Shahrizat memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera bahawa beliau tahu anaknya bekerja di Phileo Damansara tetapi tidak tahu apa pekerjaan anaknya.

“Tidakkah anda malu yang telah tersebar di seluruh negara bahawa suami anda mengambil wang dan menyebabkan kerugian besar?” soal Ranjit.

Shahrizat dalam keadaan tertekan menjawab “Tidak”.

Shahrizat merupakan pihak pendakwa manakala Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dinamakan sebagai defendan.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham ‘preference’ dipegang kerajaan Malaysia.

Saksi Utusan Bingung Setelah Diasak Peguam Mat Sabu


Saksi Utusan 'diasak' berhubung Islam & komunisme

Saksi pakar yang dipanggil Utusan Malaysia dalam saman sivil terhadapnya oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu 'diasak' berhubung kesimpulannya bahawa Mat Indera seorang komunis.

Peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan oleh pensyarah kanan yang berpangkalan di United Kingdom itu Karl Hack (gambar) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyaman akhbar Umno itu kerana menyiarkan beberapa laporan berhubung ucapannya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Beliau mendakwa laporan itu menggambarkannya sebagai penyokong komunisme, yang tabu dalam masyarakat Islam, ketika menyentuh peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong.

Hack dicabar sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.

"Mat Indera memiliki satu ciri khas, dia selalu membaca Quran. Kamu perlu memahami Islam sebelum membuat kesimpulannya bahawa dia seorang komunis," kata Hanipa ketika menyoal balas Hack.

"Kamu tentu sedar bahawa British sangat menentang Parti Komunis Malaya (PKM)? Itu pada tahun 1950-an, bilakah jadi salah untuk sertai komunis?"
soal Hanipa.

"Kenyataannya (Mat Indera) mungkin diputar kerana ia daripada polis. (Adakah kamu tahu) bagaimana kenyataan itu boleh keluar? Dia diperdaya untuk menyerahkan diri kepada polis?" tanya peguam.

Melihat Hack bingung dengan perkara itu, Hakim Zakaria Sam berkata, peguam hanya mahu bertanya: "Adakah kenyataan polis itu boleh dipercayai?" -mk


Kes Mat Indera: Utusan import pakar dari England

TASEK GELUGOR: Utusan Malaysia mengimpot pakar sejarah dari England semata- mata ingin membuktikan bahawa Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengatakan Mat Indera bukan komunis adalah tidak benar.

Mohamad yang diwakili peguam Hanipa Maidin ketika perbicaraan semalam bertegas mengatakan Mat Indera pejuang Melayu yang kental demi mempertahankan tanah air daripada cengkaman British.

Kelmarin dan semalam merupakan pemulaan pembicaraan kes saman sivil Haji Mohamad Sabu terhadap Utusan Malaysia yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berkaitan tindakan akhbar itu yang didakwa menuduhnya menyokong komunis ekoran kenyataannya yang mendakwa Mat Indera bukan komunis ketika menentang pemerintahan British semasa peristiwa Bukit Kepong.

Kenyataan itu dikeluarkannya dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan, peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan saksi pakar Karl Hack itu yang menyimpulkan bahawa Mat Indera seorang komunis.

Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.

Hack dicabar Hanipa sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.

Ketika berceramah merasmikan cawangan baru PAS di Taman Sena Indah semalam pula, Mohamad berkata Utusan sanggup bebelanja besar dan mengimpot pakar dari luar untuk berdepan dengannya di mahkamah.

"Untuk membuktikan Mat Indera Komunis bagi menafikan kenyataan saya, Utusan Malaysia sanggup berbelanja besar membawa pakar dari England.

"Entah berapa kos pula mereka tanggung penerbangan, penginapan dan makan minum ketika di sini, " katanya.

Kes beliau akan disambung semula di mahkamah sama pada 15 hingga 18 Oktober ini.

Utusan buang ego takut bangkrup...

TANDA UTUSAN NAK BANKRAP!!!

Terpaksa minta maaf kerana banyak kalah saman, surat khabar pun tak laku

Pasal apa, tiba-tiba Utusan Malaysia minta maaf, mungkin kerana faktor kewangan kerana Utusan telah banyak kali kalah dalam saman malu terutama kes Lawan Lim Guan Eng bukan sikit jumlah harus dibayar ratusan ribu.
Dalam kes saman YB Teresa Kok keatas Utusan terang-terang UM membuat fitnah jadi untuk mengelak dari kalah dalam kes saman ini tentunya denda ratusan ribu ringgit Utusan terpaksa menarik kes ini dengan menyelesaikan dengan penyaman.

Kita tahu Utusan terus merosot tiada keuntungan lagi semenjak akhir-akhir ini untuk mengelak dari bangkrap tentu lebih baik mohon maaf sahaja.......
p/s: Tak habis-habis dengan fitnah, memutar belit berita demi survival Umno. Itulah Utusan Malaysia yang kini popular dengan akhbar pecacai Umno tegar, pemfitnah nombor satu setelah beberapa siri saman fitnah yang telah dimenangi ramai ikon politik terutamanya dibarisan Pakatan Rakyat.

Nampaknya, media penjilat Umno neh tak serik-serik buat hal dan tak kira masa dan siapa!

Buktinya, Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan Utusan Malaysia terpaksa merafak sembah dan memohon maaf pada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim. Ini semua kerana fitnah dari akhbar penjilat Umno ni la yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ'.- (...)

Pandangan Tepat Oleh Tuan Ibrahim

Pandangan balas oleh Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap kenyataan bekas timbalan presiden Pas yang memberi ingatan agar parti itu tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga mengenepikan prinsip perjuangan (Islam) adalah tepat dan menjawab persoalan yang mungkin timbul dari cetusan pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang merasakan dia bijak politik dan seorang ahli Pas yang sejati.

Tuan Ibrahim: Tidak pelik.

Kata Tuan Ibrahim ingatan itu bukan pelik dan asing sebab Pas senantiasa mengutamakan perjuangan dari segala-galanya. Saya dapat melihat ini dan merasakan kenyataan itu konkrit kerana kalau Pas tidak meletakkan prinsip parti dihadapan sudah tentu Pas yang kini dipinang, dipujuk dan diprovokasi dengan berbagai-bagai cara oleh Umno agar berbaik dengannya, akan menerima bujukan itu.

Umnop telah mengguakan semua cara sama ada dengan bersikap hendak berbaik-baik dengan Pas atau pun dengan cara terus menunjukkan ego dan memburuk Pas seperti dilakukan Mahathir untuk menarik perhatian Pas. Perlakuan terhadap Pas juga dilakukan dengan menghina Pas kononnya telah meninggalkan prinsip asal kerana berbaik dengan DAP dan PKR.

Tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya, mengambil sikap berhati-hati dengan Umno dan ada kalanya prejudis dengan parti bersemangat 'kaumiyah' itu. Pemimpin Pas lain tidak seperti bekas timbalan presiden itu dan beberapa yang lain, yang lebih meletakkan untuk memenuhi nafsu mereka untuk jadi glamour dan merasai keempukan kerusi sebagai menteri.

Ulasan Tuan Ibrahim, Pas memang mengakui berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk mendapat kuasa dan ianya merupakah satu 'maslahat' siasah. Kuasa itulah nanti menurutnya membolehkan Pas melaksanakan matlamat perjuangannya.

Orang menganggap dalam hal ini Pas tertipu dengan DAP dan PKR, adalah mereka yang cetek dan pendek akal dalam politik serta tidak berpijak dibumi nyata. Mereka juga tidak pernah membalikkan minda mereka yang mana mungkin juga Pas menipu dan memperdayakan DAP dan PKR? Ini tidak boleh diketepikan sebab Pas juga menerima prinsip politik Machiavelli. Realiti politik hari ini sesiapa baik Pas dan Umno tidak mungkin dapat membentuk kerajaan secara mutlak kerana nisbah pengundi atau kaum yang tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

Orang yang menganggap Pas pandir ataupun Mat Jenin kerana bersimpati dengan Anwar dan menolak Umno sebenarnya merekalah yang pandir dan merasakan dia seperti Mahathir yang serba tahu!

Hal itu juga dipraktikan oleh Umno sejak lama dulu dengan menerima konsep kerjasama dengan Cina menerusi MCA, Gerakan dan dengan India menerusi MIC. Kalau Umno tidak bekerjasama dengan Perikatan yang kemudian bertukar menjadi Barisan Nasional tidak mungkin Umno dapat memerintah hingga lebih separuh abad.

Hanya hari ini setelah jelas orang Cina, India, Dayak, Iban Kadazan Dusun, Murut dan Oang Asli menolaknya baru Umno merasakan dirinya musafir di tengah sahara politik dan baru meminta seteguk air dari Pas. Haha...

Justeru pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang seolah-olah mahu Pas meninggalkan rakan bukan Islam dalam usaha untuk membentuk kuasa adalah dangkal dan tidak berpijak di bumi nyawa. Apakah pandangan beginilah juga boleh dianggap asobiyah seperti mana diterima faham oleh Umno?
 Timbalan presiden Pas itu tak ubah seperti budak kecil yang mudah terpengaruh dan gila warna seperti budak kecil belum baligh.

Pada saya perbezaan pegangan dan pandangan politik akhir-akhir ini yang menyamai Umno bukan dibuat atas kesedaran dan falsafah politik sebenarnya sesuai Pas sebagai sebuah badan dakwah, sebaliknya ia dibuat atas perasaan dan angan-angan kalau ada rezeki beliau akan dipergunakan Umno dengan harapan diberikan imbuhan jawatan dan kedudukan. Politik sebegini adalah politik belum baligh.

Saya tidak fikir bekas timbalan presiden Pas itu tidak menyedari hakikat sebenar hal ini kerana sebelum ini dia menerima konsep makasid syariah... menerima persefahaman politik demi kebaikan bersama, bagaimana perubahan pandangan dan pegangan itu berubah selepas beliau tidak lagi menjadi timbalan presiden Pas. Semasa menjadi timbalan presiden Pas dia berpelukan dengan Lim Guan Eng, sementara selepas kalah bertanding presiden baru dia sedar Lim Guan Eng belum memeluk Islam. Sekali lagi ini politik belum baligh atau belum datang haid.

Ini jelas perubahan sikap dan pandangan itu bukan bertolak dari satu kebenaran melainkan kerana atas rasa kecewa dan sakit hati yang mana ada unsur-unsur untuk membalas dendam. Saya tidak boleh menghukum atau untuk menamakan apakah jenis manusia seperti ini. Yang jelasnya orang yang menukar prinsip atas nafsu dan menggunakan warna Islam untuk kepentingan diri lebih busuk dan hanyir daripada orang yang jelas-jelas mengkhinati amanah dan perjanjian yang lari meninggalkan rakan yang memberi simbol dan ruang kepadanya. Menyesalkan lagi sambil lari meninggalkan rakan dia terus memburukkan orang yang memberi budi kepadanya.

Saya juga bersetujuan dengan pandangan Tuan Ibrahim dalam saat menjelang pilihan raya berbagai pihak akan memainkan peranan masing-masing (setelah mendapat upah dan jaminan) berusaha untuk melihatakan Pas tidak sefahaman dengan rakan-rakan pakatan mereka PKR dan DAP. Justeru rakyat umum hendaknya memerhati sebagaik mungkin setiap isu ataupun kenyataan-kenyataan 'gelenger' yang dikeluarkan oleh orang politik tanpa mengira kaum, kelulusan dan parti. -

'Beri peluang kami tunjukkan model kerajaan adil'

(Ustaz Hadi diatas kenderaan dalam perarakan di Jabi)

SETIU: Rakyat perlu memberi peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 akan datang bagi menunjukkan model sebuah pemerintahan kerajaan yang adil berlandaskan Islam.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, berilah peluang kepada PAS memimpin negara bersama Pakatan Rakyat agar boleh menunjukkan model sebuah kerajaan Islam sebenar.

Katanya, konsep Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan PAS terdapat dalam dokumen Buku Jingga Pakatan Rakyat. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .