Dulu semasa Aruah Nenek aku masih hidup dia selalu berkata kalau nak menghalau jin atau syaitan bacakan ayat Al-Quran.
Katanya jin atau Syaitan itu akan mengelupur
kepanasan bila diperdengarkan ayat Al-Quran, antara ayatnya ialah dari
surah Ruqyah .. dengar di ( SINI )
Baru-baru ini pencacai-pencacai UMNO kelihatan mengelupur bila PAS mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Hairan juga aku kenapa pencacai UMNO nak mengelupur pulak bila didoakan sebegitu... hmm.. mungkin depa sama specis kot?
Ini doanya...
Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x
Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami.
Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami. Kami hambaMu datang
dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di
malam bersejarah ini.
Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya
Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat.
Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.
Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu.
Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.
Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami.
Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti.
Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.
Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.
Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.
Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut,
Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah
melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk
Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.
Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat,
dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan
macam-macam jenayah,
Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis
Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat
ke pagar Ya Allah ...
"Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhdap Tel Aviv dan
yang lebih jauh kemampuan mereka menyerang jajahan Israel di utara
(Al-Quds)."
Sumber: Qassam Media
Gambar Benjamin Netanyahu sedang lari tak cukup tanah menyelamatkan diri...
Dikhabarkan juga roket Al-Qassam ini telah sampai menghampiri parlimen
Knesset. Roket HAMAS ini juga telah sampai ke rumah Menteri Luar Israel.
Sementara Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pula kini sedang
bersembunyi apabila roket yang dilancarkan Briged Al-Qassam banyak mengenai sasaran di Tebing Barat.
Kota Bharu: Muktamar Tahunan PAS ke-58
yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) kali ini,
meluluskan 14 usul dengan enam usul dilulus dengan bahas manakala lapan
lagi usul dilulus tanpa bahas.
Enam usul yang dibahas itu adalah, satu usul dari Dewan Ulamak, dua dari pemuda, satu muslimat dan dua PAS Pusat.
Dewan Ulamak PAS Pusat membawa usul organisasi agar Majlis Syura Ulamak PAS menubuhkan satu unit audit syariat
bagi tujuan mengaudit perjalanan badan eksekutif yang terdiri daripada
wakil ahli jawatankuasa PAS Pusat, Badan Perhubungan PAS Negeri dan
kerajaan negeri yang ditadbir PAS.
Pengauditan ini menurut mereka perlu merangkumi semua aspek pentadbiran
supaya semuanya memenuhi pematuhan syariat dan tidak melakukan perkara
yang bertentangan dengan syariat bagi memastikan kualiti kepimpinan
kerajaan negeri ditadbir PAS.
Usul itu telah dibentang dan dibahas semalam dan telah dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan muktamar.
Dewan Pemuda PAS pula membawa usul mendesak kerajaan supaya Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan serta merta bagi mengelakkan pengainayaan kepada rakyat.
Usul itu juga mendesak agar kerajaan mewujudkan satu tatacara kelola
trafik yang baru berdasarkan kajian dan juga piawaian negara maju yang
lebih bersifat mendidik pengguna jalan raya.
Satu lagi usul yang dibawa dewan itu adalah usul mendesak kerajaan Malaysia menerima usul tergempar berkaitan Palestin dan Rohingya.
Usul tersebut juga menggesa kerajaan melalui OIC, Liga Arab dan PBB mengambil tindakan segera terhadap isu ini.
Kerajaan juga digesa menyatakan sikap yang tegas serta menggunakan
seluruh mekanisma operasi untuk membantu krisis kemanusiaan yang berlaku
di kedua-dua negara ini.
Kedua-dua usul pemuda tersebut juga telah dibentang dan dibahas semalam dan juga telah diterima sebulat suara para perwakilan.
Usul dari Dewan Muslimat PAS Pusat pula bagi mendesak Kementerian
Pelajaran Malaysia menangguhkan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS).
Ini kerana perlaksanaan itu masih kabur sehingga menimbulkan tekanan
kepada guru yang hampir 80 peratus dari mereka sebenarnya tidak faham.
Mereka juga menuntut agar hak yang adil dan sama rata kepada seramai
800,000 pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam PBS ini serta
memastikan akses internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di
sekolah diatasi dengan sebaiknya sebelum perlaksanaan dilakukan.
Usul tersebut yang dibentang pagi ini juga diterima sebulat suara oleh perwakilan.
PAS Pusat pula membawa usul agar memperhebatkan siri penerangan
pengkhianatan Umno kepada orang Melayu melalui semua medium yang ada.
Pada masa yang sama, PAS juga perlu meyakinkan pengundi Melayu bahawa PAS mampu menjaga Melayu lebih baik daripada Umno serta menerangkan segala pembohongan Umno.
PAS juga perlu menonjolkan kemampuan memerintah dengan memberi contoh
Kelantan yang telah diperintah 22 tahun dan Kedah yang telah berjaya
menunjukkan prestasi yang baik walaupun terpaksa menanggung beban hutang
RM1.8 bilion peninggalan BN.
Satu lagi usul PAS Pusat adalah agar PAS mengukuhkan sokongan ke atas Jawatankuasa Bersih yang telah mengemukakan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya.
Usul terssebut juga mahu PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Umno BN untuk memenuhi kesemua tuntutan Jawatankuasa Bersih.
Pada masa sama, jentera PAS juga perlu terus membongkar penyelewengan Umno melalui daftar pemilih dan terus memberi tekanan kepada SPR untuk membersihkan kesemua daftar undi sebelum PRU-13.
Usul yang juga dibentang pagi ini itu juga diterima sebulat suara oleh para perwakilan.
Sementara itu, lapan usul yang diterima tanpa bahas adalah usul memperkasa
Harakah, usul mengutuk Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang berterusan
menghina Islam, serta usul agar Pakatan Rakyat mengutamakan
seluas-luasnya aspek pendidikan di dalam pentadbiran di negeri-negeri
yang dikuasai.
Selain itu, usul-usul agar usaha dakwah terhadap bukan Islam
dimaksimakan, usul pembantu rumah tempatan dimartabatkan, usul calon
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diberi peluang bertanding dalam
PRU-13 juga dilulus tanpa bahas.
Dua lagi usul juga dilulus tanpa bahas adalah usul menghapuskan
Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta usul
agar diadakan satu himpunan besar-besaran pembabitkan parti-parti dalam
Pakatan serta NGO bagi mendesak kerajaan memastikan pilihan raya adil
dan saksama.
Muktamar lulus usul 'lebih agresif serang Umno'
Muktamar PAS hari ini meluluskan sebulat suara mendesak kepimpinan
parti dan ahli akar umbi supaya lebih agresif menyerang Umno dengan
mendedahkan apa yang didakwanya agenda pembohongan parti itu supaya
rakyat tidak termakan, menjelang pilihan raya umum ke-13.
Usul itu menyebut, tindakan tersebut dibuat dengan menyedari sokongan
rakyat kepada Umno semakin merosot menjelang pilihan raya umum dan
"tongkat sakti MCA, Gerakan dan MIC sudah patah bagi menarik sokongan
orang bukan Melayu kepada BN".
Menurutnya, menyedari bahawa Umno perlu menarik sokongan orang Melayu
untuk menjamin kelangsungan pemerintahan BN dalam pilihan raya umum akan
datang, maka mereka didakwa menggunakan pendekatan dengan apa cara
sekali.
Menyedari hakikat itu, tambahnya, mereka didakwa menggunakan Melayu,
agama dan raja untuk menunjukkan mereka adalah juara memperjuangkan
Melayu.
Sehubungan itu, antara ketetapan yang diambil ialah siri penerangan
kepada orang Melayu melalui berbagai medium seperti ceramah, risalah,
banner dan media baru.
Mengulas dalam ucapan bagi menyokong usul tersebut, perwakilan Tambun Dr
Khairuddin Abdul Malek menguatkan cadangan itu dengan menyifatkan
bahawa "pertahanan terbaik ialah menyerang"
Sehubungan itu, menjelang pilihan raya umum, beliau mencadangkan
kepimpinan parti mengadakan konvensyen khas dengan mengumpulkan NGO
Melayu dan Islam bagi membincangkan mengenai isu-isu Melayu secara
intelektual.
"Orang Melayu sedang menunggu idea-idea segar dari PAS mengenai isu-isu Melayu, bangsa, dan raja-raja.
PAS boleh mendepani Umno supaya (Umno) tidak ada dalam hati mereka," katanya.
Selain itu, beliau juga menggesa ucapan tiga tokoh tertinggi parti -
Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Harun Ali dan Datuk Seri Abdul Hadi
Awang -diterbitkan melalui VCD dan diedarkan kepada orang Melayu di
kawasan masing-masing.
Selain itu, muktamar juga meluluskan sebulat suara menyokong lebih 1,000
pada jawatankuasa BERSIH yang telah mengemukakan lapan tuntutan
membersihkan pilihan raya.
Bahkan, muktamar turut mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan
kerajaan Umno/BN untuk memenuhi kesemua tuntutan jawatankuasa BERSIH
serta menyeru jentera PAS terus membongkar penyelewengan Umno/BN melalui
semakan daftar pemilih di kawasan masing-masing.
"Dan seterusnya menjadi agen penerangan dalam menyebarkan hal
penyelewengan ini kepada pengundi, terutama pengundi luar bandar,"
katanya. -mk
Muktamar
tahunan Pas kali ke 58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah
(Putik) di Kelantan selama tiga hari telah pun melabuhkan tirai lewat
petang ini dengan sempurna seadanya. Selama empat hari tiga malam ahli,
penyokong Pas dan pemerhati berkampung di Kota Bharu Kelantan. Muktamar
bermula dengan sidang oleh ketiga-tiga dewan yang merupakan sayap kepada
Pas, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 14 November
hingga 15 Novermber.
Muktamar penuh bermula pada 16 November dengan dihadiri oleh hampir
2,000 perwakilan dan 4,000 para pemerhati dari seluruh negara. Turut
sama hadir dimajlis perasmian ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan
Ismail, Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan lain-lain jemputan
kenamaan.
Menambahkan kemeriahan dan 'kesumringahan' muktamar
itu juga ialah himpunan rakyat yang diadakan pada sebelah malam 16
November bertempat di Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Kehadiran lebih
40,000 dengan menampilkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk
Anwar Ibrahim memberi petanda sihat yang Pas dan Pakatan Rakyat kian
mendapat sambutan.
Saya tidak hadir ke muktamar kali ini dan
mengikuti menerusi internet dari jauh. Ramai menduga muktamar kali
menjadi perhatian umum memandangkan ia adalah muktamar terakhir sebelum
pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Orang
ramai khasnya dari kalangan ahli dan pendokong Pas dan Pakatan Rakyat
mahu menyaksikan apakah aura yang ada dalam muktamar berkenaan. Pihak
musuh pula menanti untuk mengkritik muktamar itu seboleh-bolehnya.
Sekiranya maktamar itu lembab dan kurang bermaya maka ia akan digunakan
untuk memperlecehkan Pas. Ia akan dijadikan isu kononnya orang Melayu
sudah minggat dari Pas. Ada seorang kawan saya yang sinis dan sudah
terpesong akidah dengan Pas memberi gambar muktamar Pas kali ini kurang
bermaya?
Entah dari sudut mana diperhatikannya. Kalau perhatian
itu untuk memberi muka dan satu laporan buat Umno Kelantan ternyata ia
adalah satu kesilapan. Mungkin apa yang saya hendak sebut ini perkara
kecil saja, tetapi ia salah hakikat. Tanpa sesiapa sedar muktamar itu
juga turut diperhati oleh dua rakan saya bergelar sastera dan penyair
hebat di Kelantan. Sebelum ini mereka tidak pernah menjejak kaki ke
halaman Pas. Manakala dari segi realiti sebenarnya pemandangan kawan
saya itu (yang mengatakan muktamar kali ini kurang bermaya) sudah kurang
jelas akibat mungkin dibaham kencing manis sampai 25 mmHg ke atas.
Sesuatu yang dicari dan mahu disaksikan dari muktamar itu, ialah sejauh
mana kesediaan ahli Pas dalam menghadapi pilihan raya. Mahu melihat
sehebat manakah ahli dan penyokong Pas menitiskan peluh untuk memastikan
UBN gugur. Justeru ianya mengharap pandangan dan juga idea-idea yang
dilontar untuk diguna pakai oleh semua pihak dalam pilihan raya nanti.
Bagaimana pun berlainan pula dengan pihak musuh mereka menanti muktamar
itu dengan harapan dapat mencuri sesuatu isu bagi mengocak Pas dan
meretakkan kepaduan Pakatan Rakyat. Ada beberapa isu yang diharap
dibahas di dalam muktamar itu kemudian akan dikutip menjadi isu sampah,
seperti kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama, isu hudud,
isu pemecatan Hasan Akidah dan kenyataan-kenyataan 'sumbang berduit'
oleh bekas timbalan presiden Pas. Namun isu-isu itu nampaknya tidak
terjamah dan terhidu oleh perwakilan muktamar. Tidak ada seorang pun
daripada hampir 2,000 yang menjadi perwakilan simpati kepada Hasan
Akidah dan juga bekas timbalan presiden Pas. Nampaknya para muktamirin
tidak termakan hasutan dan terkena lesetan cenua pangan. Alhamdulilah nampak
para perwakilan muktamar khasnya mereka yang mengambil bahagian dalam
perbahasan semuanya matang, dan dapat menghidu apa yang diingini oleh
musuh. Perwakilan nampaknya membuat home work dan dapat membaca
mesej presiden. Perwakilan lebih merasakan persediaan untuk menghadapi
pilihan raya dengan tidak menimbulkan soal-soal furu' lebih penting dari
membincang isu untuk menumbangkan kerajaan UBN yang merupakan isu
pokok.
Di sidang mutamar baik dari ketiga dewan dan sidang muktamar penuh
tidak ada apa yang menjadi kontroversi dan dapat dicuri oleh pihak musuh
khasnya media PB. Semuanya berjalan dengan lendik dan nampak para
perwakilan waspada.
Sidang dewan Pemuda yang sangat-sangat
diharapkan dapat memberi sesuatu cetusan untuk meretakkan hubungan
dengan Pakatan ternyata tidak menjadi. Ada pihak tertentu dan media
tertentu mengharapkan sesuatu kejutan berlaku dalam sidang dewan pemuda.
Namun malang harapan itu tidak menjadi kenyataan. Bayangan mereka
sebelum muktamar menjadi jauh panggang dari api.
Semua isu-isu
yang dibahas atau diperkatakan di dalam Pemuda adalah isu yang bersifat
untuk memperbaiki dan memperkuatkan dewan berkenaan dan juga Pas
keseluruhannya. Begitu juga dengan sidang dewan muslimat. Muslimat juga
berhati-hati dalam melontarkan idea dan juga mengkritik pihak lawan.
Muslimat tidak mudah dicokek pinggang dan latah dengan mengeluarkan
kata-kata penuh emosi yang boleh memberi bahan kepada media. Syabas dan
tahniah untuk kedua sidang berkenaan kerana dapat mengharmonikan sidang
dan memanfaatkan sidang selama sehari itu demi kepentingan parti.
Kalau pun boleh dianggap kontroveri sedikit ialah dalam sidang dewan
ulamak menyentuh hudud. Namun kalau difahami betul-betul apa ditegaskan
ketua dewan ulamak Harun Taib mengenai hudud ialah satu kewajiban.
Sentuhan itu masih relevan. Satu pengesahan bahawa Pas masih belum
melencong atau tergelecah ril seperti tanggapan orang-orang yang kecewa
kini berada di luar Pas.
Namun dalam masa sama dewan ulamak mengendorcekan
bahawa Pas masih bersih dan masih sihat. Pas masih Pas seperti mana
termaktub dalam perlembagaan dan tidak berubah. Dewan ulamak membuka
mata mereka yang termasuk habuk yang nampak Pas sudah menyeleweng
setelah mereka mulai merasai enak makan di hotel lima bintang dan tahu
mengandar duit dari komisyen 3% daripada kontrak diluluskan semasa
mereka berkedudukan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
Begitu juga
dengan sidang dalam muktamar penuh selama tiga hari bermula 16 hingga 18
November. Tidak ada perwakilan yang degil atau pun menimbulkan apa-apa
keributan. Nampaknya semua perwakilan sporting memahami mesej
dan juga semangat muktamar kali ini. Boleh dikatakan kesemua pembahas
memahami dan menjaga tata adab masing-masing. Apakah ini wujud selepas
tiadanya beberapa pengacau dalam Pas yang bersifat parasit sebelum ini?
Mungkin!
Adapun kritikan kecil atau isu mengenai golongan
profesional yang cuba hendak mengubah dasar dan prisnip Pas, itu hanya
imaginasi atau naluri pembahas yang mungkin termakan teh tarik golongan
oportunis. Ia bersifat peringatan dari pembahas itu mungkin kerana
beluam sedar hakikat yang berlaku di dalam Pas. Mungkin pembahas itu
masih merasakan dia berdiri dalam muktamar semasa dua atau tiga tahun
lepas atau pun obses yang dia lebih Islamik?
Namun isu masih
wujud konon golongan profesional itu dijelaskan dengan tuntas oleh
timbalan presiden Mohamad Sabu dan ketiga-tiga Naib Presiden Pas,
Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa. Penjelasan itu diterima
apabila tidak ada lagi ungkitan selepas itu.
Saya merumuskan,
muktamar Pas kali ke-58 ini adalah muktamar terbaik dan penuh bermutu
yang jarang dapat disaksikan sebelum ini. Misalnya kemunculan empat
muslimat yang mengambil bahagian dalam perbahasan, Siti Zailah Yusuf,
Atirah Al Jundi, Cikgu Mala dan wakil dari Temerloh menyerlahkan akan
kehebatan dan kepetahan muslimat Pas. Bukan saja daya cakap, tetapi daya
fikir mereka juga hebat, bersemangat dan penuh komitmen.
Entah mengapa tatkala mendengar keempat muslimat itu berbahas
tiba-tiba ingatan saya melayang kepada arwah Dr Lo' Lo' Ghazali yang
telah pergi meninggalkan kita semua. Tercetus di hati saya apakah mereka
adalah pokok-pokok yang dibajai oleh Dr Lo' Lo' sebelum ini? Al fatihah
untuk serikadi Pas yang hilang di mata namun masih kejap di hati,
Allahyarham Dr Lo' Lo'.
Bila berbicara mengenai muktamar kali
ini pujian tertinggi tentulah untuk presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi
Awang. Entah kenapa kali ini kehebatan Abdul Hadi terserlah. Paling
menonjol ialah isi ucapannya yang padat dan bernas. Seperti saya katakan
sebelum ini, isi ucapan Abdul Hadi kali ini sangat berilmu dan
sekaligus menjadi matan-matan yang akan menjelaskan sikap, pendirian dan
iltizam Pas untuk menang dalam pilihan raya.
Pandangan yang
dilontarkan berlandaskan sejarah, sirah, al-Qur'an, al-Hadith. Bukan
tidak pernah digunakan sumbr-sumber itu sebelum ini, tetapi kali ini ia
mempunyai jiwa dan roh yang berpadu apabila ia dikombinasikan dengan
penyampaian yang menarik. Ikhlas saya katakan ucapan Abdul Hadi kali ini
menjadikan saya ralik, terhibur dan mempunyai azam yang tinggi.
Kali ini saya tidak mengantuk dan merasakan ucapannya seperti khutbah
di masjid. Ia adalah ucapan penuh bersemangat dan bertanggungjawab
laksana di medan perang yang mana pendengarnya sedang siapa dengan
segala macam senjata untuk meraduk musuh, hanya menunggu peliut perang
dari presiden itu saja. Saya tertanya-tanya dari mana Abdul Hadi
memperolehi kelebihan sebegitu kali ini.
Beliau yang sebelum
ini agak kaku dan kekok untuk berdepan dengan media massa yang meminta
ulasan dan jawaban spontan, nampaknya menjadi sangat yakin. Tenguk
jawaban beliau berhubung cadangan beliau dilantik menjadi Perdana
Menteri. Kesudiannya hanya sanggup menjadi khadam adalah jawaban yang
tepat dalam situsi sebegitu. Kemudian jawaban dan huraian lanjut ke atas
pertanyaan itu disimpul dengan 'kemah kemin' semasa ucapan penangguhan
yang berbunyi; "cita-cita saya ialah mahu lihat Islam menang, lepas itu
kalau saya mati pun tidak apa."
Itulah luahan rasa dari
sanubari seorang bernama Tok Guru. Kebendaan bukan cita-cita, pangkat
bukan menjadi buruan, tetapi keredhaaan Allah dan kejayaan Islam yang
ditagih dan diharapkan. Apa yang ditunjukkan Abdul Hadi sepanjang
muktamar ini adalah satu keistimewaan dan keluarbiasaan yang beliau
perolehi. Apakah semua kelebihan itu dipacu oleh sebuah keyakinan
(khsyafah) yang Islam akan menang sedikit masa nanti? - http://msomelayu.blogspot.com/
(Gambar yang dikatakan jet F16 Israel yang ditembak jatuh)
GAZA: Pejuang Palestin di Gaza berjaya menembak jatuh sebuah jet F16 Israel yang terbang di ruang udara Gaza, lapor Presstv.ir.
Kapal
perang Israel itu ditembak jatuh serentak dengan serangan roket dari
Gaza yang mengenai sasaran Israel di kawasan penempatan Gush Etzion di
al-Quds (Jerusalem).
Tembakan roket itu mencederakan beberapa orang Israel.
Roket
dan peluru berpandu Palestine juga jatuh di lain-lain kawasan dalam
negara Israel termasuk Tel Aviv, Eshkol, Ashdod, Ashkelon dan Be’er
Sheva.
Selama ini, dunia menganggap negara Israel kebal dari serangan kerana kehebatan sistem pertahanannya.
Serangan
ini dibuat ekoran serangan maut yang dibuat Israel ke atas Gaza yang
membunuh panglima tentera Brigade Ezaddin Al Kassam, cabang tentera di
bawah Hamas, Al Jabari.
KOTA
BAHRU : Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan
Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Saya masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau,
setelah begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan
Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil.
“Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau
awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya,” katanya disambut
sorakan semangat.
Berucap depan kira-kira 40,000 orang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di
Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan semalam, Anwar
berkata, Pakatan mahu membawa negara ke arah lebih baik, bukan sekadar
menggantikan Umno BN.
“Tapi orang tanya untuk apa? Sekadar ganti ketua menteri, perdana
menteri, ganti parti memerintah? Untuk anjakan kepada sistem nilai,
fahaman etika dan tatakelola kerajaan,” katanya.
Beliau kesal kerajaan pemimpin Umno BN tiada keberanian berhadapan
‘tauke-tauke’ besar menyebabkan kekayaan negara berlegar di kalangan
individu tertentu sahaja.
Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pemimpin Kanan DAP, Lim
Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengarah Program, Mohamad
Sabu.
Ia ialah program kedua selepas siri Himpunan Kebangkitan Rakyat
dilancarkan di Taman Seremban Jaya Negeri Sembilan 2 November lalu.
Program bermula jam 5 petang dengan acara Ekspresi Anak Muda yang
diwarnai persembahan kebudayaan dan ucapan pimpinan muda Pakatan.
Konvoi motosikal dari NGO R untuk Royalti yang bergerak dari beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) tiba jam 4.15 petang.
Antara persembahan menarik perhatian hadirin di luar stadium ialah
tarian Sewang dari orang Asal Kuala Betis dan gendang Siam dari penduduk
Tumpat.
Artis, Abby Abadi pula penceritakan pengalamannya bersama PAS dan
Pakatan Rakyat. Sham Kamikaze pula menunjukkan kemahiran memetik gitar
dengan memainkan dua lagu.
Tiba senja, hadirin kian ramai dan mula memasuki stadium untuk solat
Maghrib, solat Hajat dan Isyak berjemaah, sebelum mengambil tempat di
tengah padang atau di tempat duduk stadium.
Acara malam dimulai ucapan wakil badan bukan kerajaan (NGO) iaitu
Himpunan Hijau, Bersih 2.0, R untuk Royalti dan Persatuan Anak Peneroka
Felda Kebangsaan (Anak).
Ia diikuti pidato pimpinan tertinggi Pakatan dimulai Pemimpin Kanan DAP,
Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadirin mengibar bendera kuning, hijau, oren dan merah pada satu-satu masa turut mewarnai lagi program malam tadi.
Tetamu dari Makah, Syeikh Dr Tahir al-Jaelani turut memberi ucapan dan
diterjemah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub manakala
wakil Syria meminta rakyat mendoakan pejuang di negera mereka.
Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik
Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.
Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika
satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak
kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan
baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut
dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para
pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba
senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh
itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan
siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang
cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya
berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau!
Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba
dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang
melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza
mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah
balik! Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan,
tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa
yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi
bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan
pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana
kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza
!!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah
kita?
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Muktamar PAS kali yang ke-58 memberangsangkan Rakyat. Muktamar kali ini
merupakan muktamar yang terakhir sebelum PRU di adakan jika pilihanraya
benar-benar akan di adakan. Muktamar di Putik Kelantan ini amat
memberikan semangat kepada pihak yang inginkan perubahan kerana
tanda-tandanya semakin hari semakin jelas tentang kejayaannya.
Semasa menyampaikan ucapan dasarnya, Tok Guru Hj
Hadi Awang (TGHA) telah menyentuh isu-isu politik secara menyeluruh dan
mampan serta sangat penting untuk di ikuti dan di tarbiyah secara
menyeluruh oleh sesiapa yang berminat tentang perkembangan dan kemajuan
PAS sebagai satu dari tiga komponen penting dalam Pakatan Rakyat.
Yang menariknya ucapan itu juga telah menyentuh tentang apa yang bakal
dihadapi oleh PAS dan PR semasa menghadapi PRU itu nanti. TGHA telah
meminta semua ahli-ahli dan penyokong serta unit amal parti supaya
menjalankan tugas dengan bijaksana dan tekun untuk menghadapi ombak
pertahanan BN khususnya UMNO iaitu pencurahan wang yang berbilion
ringgit. Wang merupakan senjata yang terakhir untuk BN kerana untuk
mendapatkan sokongan dan dukungan rakyat secara sukarela dengan
perjuangan sudah tidak wujud lagi di dalam UMNO dan BN.
UMNO akan menggunakan wang yang banyak untuk membeli undi dan ia akan
memakan jumlah yang besar dan wang itu tentulah datangnya dari sumber
rasuah. Wang rakyat sendiri yang telah di curi secara sistematik oleh pimpinan UMNO.
UMNO sudah tidak ada sokongan, maka parti itu terpaksa membeli perasaan
dan jiwa orang Melayu khususnya. Wang jugalah yang akan digunakan
untuk menyatukan ahli-ahlinya semasa PRU itu nanti kerana UMNO akan mula
berpecah diperingkat bawahan sejurus calon-calon mereka diumumkan.
TGHA juga menyentuh tentang pentingnya PAS bersedia dengan media
massa alternatif yang efektif seperti Harakah dan Harakah on line. Untuk
menafikan fitnah dan cemuhan yang akan dilakukan oleh UMNO khususnya
oleh Utusan serta kumpulan New Straits Times yang berpihak kepada parti
kerajaan secara tidak beretika selama ini.
Presiden PAS itu juga telah menelah yang UMNO akan memainkan isu
perkauman dengan hebat sekali kerana UMNO kini sudah begitu terdesak
untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO sedar yang rakan
kongsinya MCA tidak lagi dihormati oleh bangsanya sendiri yang kini
sedang memberikan sokongan yang padu kepada PR.
TGHA juga telah memperbaharui azam PAS untuk bersama-sama PR untuk menjayakan cita-cita pembaharuan untuk negara ini.
UMNO dan BN akan berterusan untuk memisahkan di antara parti-parti yang
ada di dalam Pakatan Rakyat kerana itu sahajalah yang tinggal harapan
BN untuk terus mendapatkan mandat bagi menyambung kuasa yang tinggal
hanya beberapa bulan sahaja lagi ini.
UMNO tidak akan ada sempadan dalam tindakan mereka mempertahankan
kedudukan mereka. Ia akan melampaui batas undang-undang serta etika
berpolitik secocok dengan sebuah negara yang mengaku sebagai negara demokrasi.
UMNO akan sanggup untuk menjadikan negara ini kucar kacir asalkan
mereka dapat mempertahankan kuasa mereka. Sebutkan apa sahaja, mereka
akan lakukan. UMNO tidak dapat menyerapi unsur demokrasi di dalam
pemikiran mereka. Bagi mereka demokrasi itu adalah kemenangan untuk
mereka sahaja. Jika mereka kalah dan tidak mendapat mandat itu bukanlah
demokrasi bagi mereka.
Tidak ada ruang di dalam artikel ini untuk memberikan ulasan secara
‘detail’ terhadap ucapan yang mantap TGHA ini tetapi cukup bagi saya
memberikan gambaran yang ucapan telah menyentuh bidang ekonomi sebagai
sebuah negara berkebajikan yang menjadi tuntutan agama itu. TGHA juga
telah menyentuh tentang isu sosial yang mendesak untuk di selesaikan
serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian
kita.
TGHA telah berkata dengan terang dan jelas yang PAS sudah bersiap sedia untuk menuju ke Putrajaya bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat
dan tidak mempunyai masalah untuk membuktikan kepada rakyat yang PR
mampu untuk membuktikan kelainan dalam pentadbiran baru negara nanti.
Di dalam muktamar ini juga PAS telah menerima permohonan dari seorang
bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu Tuan Haji Nahwari Hashim sebagai
ahli PAS dan ini merupakan lanjutan kepada tindakan ramai bekas pegawai
kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini PAS nampaknya semakin jelas
merupakan parti pilihan bagi orang Melayu seperti juga parti-parti lain
dalam Pakatan dan ini adalah pemangkin kepada PAS untuk menjadi parti
yang mendapat sokongan setiap lapisan rakyat yang berbilang kaum ini.
Sempena muktamar ini juga telah di adakan Himpunan Rakyat yang sangat
besar kehadirannya di stadium Sultan Mohamad ke-empat. Seramai 30,000
ribu rakyat jelata telah membanjiri stadium itu untuk menunjukkan kepada
ramai yang rakyat benar-benar serius untuk melakukan perubahan kali
ini. Mereka ini datang tanpa dibayar dan diberi makan karipap dan
sebagainya, jauh sekali untuk diberikan baju T atau topi dan
perkara-perkara yang lain seperti yang terpaksa di adakan oleh UMNO jika
hendak membuat perhimpunan mereka. Satu-satu perhimpunan yang
hendak dilakukan oleh UMNO akan memaksa parti itu berbelanja
berjuta-juta ringgit untuk menjayakannya.
PAS yang di fahamkan akan bertanding di 70 kawasan parlimen akan
memenangi jauh lebih banyak kerusi dari yang mereka dapati semasa PRU
2008 dahulu. PAS tidak syak lagi akan menjadi parti yang dominan dalam pentadbiran baru nanti dan saya secara peribadi tertunggu-tunggu ‘ambience’ politik yang baru itu.
PR akan membuktikan yang mereka lebih baik dari pentadbiran BN. Seperti biasa dalam politik penilaiannya adalah secara relatif. Tetapi PR pasti merupakan ‘coalition’ yang lebih baik dari BN.
Seperti yang saya sebutkan selalu, ‘the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional’.
Yang ‘perfect’ hanya ada kepada Maha Pencipta, Allah SWT sahaja. -Aspan Alias
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Islam mengajar beliau agar tidak meminta-minta jawatan.
Justeru,
beliau mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak berhasrat menjadi
Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya.
Beliau
berkata, fokus utama PAS dan Pakatan Rakyat adalah untuk menawan
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, bukan menentukan siapa yang
layak menjadi Perdana Menteri.
"Saya sebagai pemimpin yang diajar
dalam Islam tak boleh minta jadi pemimpin dan memimpin ini satu amanah
yang berat, yang besar tanggungjawabnya.
"Apa yang penting kita
nak ke Putrajaya. Siapa Perdana Menteri ialah mereka yang dipilih
rakyat, yang layak, yang dapat menyatukan dan menegakkan keadilan untuk
rakyat.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya sanggup
jadi nelayan balik. Seboleh-bolehnya saya ingin menjadi khadam rakyat,"
kata beliau pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di
Putik hari ini.
Beliau juga berkata, PAS merupakan sebuah parti
yang mengamalkan demokrasi apabila memberi ruang kepada perwakilan
menyuarakan pandangan dan kritikan.
"Demokrasi dalam PAS, kita
membenarkan orang bercakap dalam muktamar dan kita akan gulung dan
jawab. Ada yang wajar, ada yang tak wajarlah. Ada batasnya.
"Apa
lagi sekarang ini zaman terbuka, bukan sahaja yang lidah panjang tapi
tangan panjang tulis macam-macam pandangan dia dalam blog dansebagainya
dan orang ambil pandagannya," katanya.
Sementara itu, Setiausaha
Agung, Datuk Mustafa Ali memberitahu, pembahagian kerusi antara PAS dan
Pakatan Rakyat sudah selesai 90 peratus.
"Pembahagian kerusi
dengan Pakatan Rakyat lebih 90 peratus selesai tapi kita tak boleh sebut
lagi kerusi-kerusi tersebut," katanya sambil menambah, terdapat wakil
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan bertanding. -Hrkh
Himpunan Kebangkitan Rakyat siri II menyaksikan limpahan manusia di
Stadium Sultan Mohammad Ke IV, jauh mengatasi kehadiran peminat taksub
Red Warriors memenuhi gelanggang sukan itu ketika Kelantan merangkak
mendaki juara Piala Malaysia kali kedua.
Gimik berlainan disaksikan pada perhimpunan itu dengan menyaksikan
empat wakil NGO muncul dengan agenda masing-masing. Lynas diwakili
Clement Chin yang tampil membawa pengharapan supaya kilang nadir bumi di
Kuantan gagal menjadi kenyataan.
Kata beliau pihak anti Lynas telah berusaha bermacam-macam cara sehingga membawa ke Mahkamah Rayuan, namun gagal.
“Oleh itu langkah akhir kita akan pastikan kapal yang bakal membawa
nadir bumi dari Australia ke Kuantan nanti tidak dapat mendaratkan bahan
radio aktif tersebut. Ini semata-mata menyelamatkan generasi anak cucu
kita,” katanya, yang kadang-kadang tersekat dengan kelancaran berbahasa
Melayu.
Beliau juga mengharap sokongan padu rakyat Malaysia bagi memperjuangkan kehijauan lestari di Malaysia.
Manakala 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Solidariti
Hijau tampil dengan diwakili Pengerusnya, Zulkifli Omar mengajak rakyat
bebas daripada pencemaran bagi mengelakkan ia memudaratkan rakyat pada
masa akan datang.
“Kita hendaklah menyingkirkan kerajaan yang ada hari ini kerana terus
membiarkan pencemaran persekitaran berlaku dalam negara,” katana.
Lim Kit Siang pula tampil mengajak rakyat menukar kerajaan yang ada
sekarang kerana sudah dipenuhi dengan pelbagai penyakit terutamanya
rasuah yang semakin tidak terkawal.
Katanya, indeks rasuah meletakkan Malaysia semakin merudum di mana pada tahun ini berada pada kedudukan ke-60.
Himpunan Kebangkitan Rakyat juga dikejutkan dengan kehadiran Presiden
Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia
(KERABAT), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyerah lebih 700
borang bekas-bekas tentera menyertai PAS.Hrkh
KOTA BHARU: Majlis Syura Ulamak PAS menyeru seluruh
ahli, pendokong dan penyokong PAS agar jangan melayan fitnah-fitnah yang
ditaburkan oleh musuh-musuh PAS yang kononya PAS telah terpesong dari
perjuangannya.
Menurut
Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, musuh tahu
bahawa PAS masih di atas keasliannya, akan tetapi sengaja manabur fitnah
itu tanpa mereka menyedari bahawa sebenarnya mereka mengiktiraf PAS
adalah parti yang memperjuangkan Islam yang sebenar.
Di waktu
yang sama katanya, mereka berkenaan seperti tidak menyedari bahawa itu
adalah taktik dan strategi musuh PAS untuk menyelamatkan diri mereka
daripada ditolak rakyat dengan menggunakan individu-individu tertentu
untuk mencalarkan PAS demi menjaga kepentingan mereka yang amat
tergugat.
"Majlis Syura Ulama sebulat suara membuat penekanan dan
perakuan rasmi bahawa PAS adalah PAS dahulu, perjuangannya tidak lari
dari perjuangan asal.
"Arah tuju PAS dahulu dan PAS sekarang
adalah sama. PAS masih utuh dan masih tetap atas perjuangan asalnya
tanpa sedikit pun menyeleweng dari apa yang tercatat di dalam
perlembagaan Fasal 5(1)," katanya kepada Harakah dan Harakahdaily hari
ini.
Perakuan itu juga ujarnya aalah hasil Mesyuarat Majlis Syura
Ulamak yang bersidang di JKR10 di sini malam tadi dengan mengambil kira
dua ucapan dasar Presiden PAS di dua muktamar iaitu di Taman Melewar
pada 2011 dan di Putik semalam.
Terdahulu, dalam perbahasan ucapan dasar Presiden PAS, perwakilan Ulama Hairun Nizam (kanan) berkata, dasar tahaluf siasi yang diputuskan Ulama ia wajib dipatuhi oleh semua ahli demi keutuhan dan kemantapan organisasi.
"Liku-liku
politik yang telah ditempuhi oleh baginda rasulullah sendiri yang patut
kita beri perhatian ketika membuat keputusan-keputusan tahaluf siasi,"
katanya.
Malah katanya, kepimpinan Ulama mahukan bukan kemenangan
untuk menjatuhkan BN semata-mata tetapi mahukan kemenangan untuk agama
Islam.
"Kita perlu meletakkan kemenangan menjadi hak Allah.
Jangan menyorokan Islam seketika untuk mendapat kemenangan dengan
meletakkan hukum syarak di nombor dua tiga dan seterusnya, sebaliknya
meletakkan hukum syarak itu yang paling utama," katanya.
Beliau
turut memberi peringatan kepada pucuk pimpinan PAS agar menolak calon
yang melobi diri sendiri untuk menjadi calon dalam PRU akan datang.
"Mohon
kepimpinan untuk lihat sebarang tindakan yang melobi diri sendiri
menjadi calon, minta calon ini tidak dijadikan calon PRU nanti,"
jelasnya. Hrkh
Kota Bharu: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV
malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai
PAS.
Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari
Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini.
Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.
Beliau yang ditemui Harakahdaily berkata, kemasukannya ke dalam PAS
didorong kesedaran kuat bahawa parti itu benar-benar ikhlas
memperjuangkan Islam yang sebenar.
"Saya dah lama nak menyertai PAS, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya.
"Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih PAS," katanya.
Baginya, PAS satu-satunya parti yang mampu memartabatkan Islam di negara
ini selepas banyak kerosakan dilakukan pemerintah sekarang.
Oleh kerana itu katanya, PAS menjadi pilihannya.
Menurutnya kemasukannya ke dalam PAS diharap mampu menyumbang sesuatu ke arah membina negara yang lebih baik.
30 ribu berhimpun di Stadium Sultan Muhamad
KOTA BHARU: Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu mulai penuh dengan para
penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Himpunan anjuran Pakatan Rakyat ini adalah siri kedua selepas himpunan di Senawang, Seremban awal bulan ini.
Himpunan kali ini diadakan serentak dengan Muktamar tahunan PAS ke 58 yang diadakan di sini.
Dianggarkan pada ketika ini sudah lebih 30,000 berada di padang stadium
dan kawasan tempat duduk sementara ribuan lagi sedang masuk ke dalam
stadium.
Kebangkitan malam ini juga bakal sekali lagi menyaksikan sejarah dicipta
di stadium penuh keramat ini apabila beberapa tokoh besar juga turut
hadir.
Antara pemimpin besar Pakatan Rakyat yang dijangka akan memberi ucapan
termasuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden
PAS Mohamad Sabu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta
Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Suasana dalam stadium ketika ini dipenuhi dengan empat warna kebangkitan rakyat iaitu oren, merah, hijau dan kuning.
Oren mewakili gerakan menyelamatkan Felda oleh Persatuan Anak Peneroka
Felda kebangsaan (Anak), merah mewakili perjuangan NGO 'R' menuntut hak
bayaran royalti dan pendaratan minyak dan gas di Kelantan, hijau
mewakili gerakan menyelamatkan alam sekitar dan anti-Lynas dan kuning
mewakili perjuangan Bersih yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.
Selain daripada warna dari pakaian yang dipakai, setiap hadirin juga
turut diagihkan bendera mewakili keempat-empat warna tersebut.
Malam ini juga kesemua wakil-wakil NGO tersebut diberi peluang berucap
memberikan penerangan berhubung perkembangan terkini isu-isu yang
diperjuangan mereka.
Perhimpunan malam ini juga dibuat bersempena berlangsungnya Muktamar PAS
kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) yang bermula
hari ini hingga Ahad nanti.
Perhimpunan bermula sejak petang tadi apabila pelbagai acara hiburan dan
ringan diadakan di perkarangan stadium dan di sekitar bandar Kota
Bharu.
Perarakan bermotor NgO 'R' mengelilingi stadium kira-kira jam 3 petang.
Selepas itu persembahan kesenian diadakan di situ termasuklah tarian singa dan lain-lain permainan tradisi.
(Presiden PAS di pentas bersama kepimpinan utama Dewan Muslimat PAS)
KOTA BHARU: Muktamar PAS tahun ini bermula dengan
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan Muktamar
Dewan Muslimat PAS manakala timbalannya, Haji Mohamad Sabu merasmikan
Muktamar Dewan Pemuda.
Muktamar Dewan Muslimat berlangsung di
Kota Bharu Trade Centre manakala Muktamar Dewan Pemuda di Dewan Jubli
Perak. Kedua-duanya di tengah-tengah bandar Kota Bharu bandaraya Islam.
Muktamar
Dewan Ulamak akan berlangsung pagi esok manakala muktamar penuh akan
bermula Jumaat ini di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik).
Muktamar Dewan Muslimat
Seramai
624 perwakilan muslimat dari seluruh negara memenuhi dewan utama
Kelantan Trade Centre bagi mendengar amanat khas yang akan disampaikan
oleh Presiden PAS.
Manakala seramai 262 pemerhati berdaftar mula memenuhi dewan seawal jam 7.15 malam.
Turut
bersama dalam perasmian malam ini, Ketua Wanita DHPP Pusat Kumutha
Raman dan Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor
(EMPOWER) Maria Chin Abdullah serta para artis yang telah menyertai PAS
termasuk Abby Abadi.
Majlis yang dimulakan dengan Asma al Husna kemudian diikuti dengan lagu Negaraku dan lagu PAS.
Pembukaan muktamar dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran surah At Tahrim oleh adik Najib Nasarudin.
Kemudian
diikuti ucapan Pengarah Muktamar Mumtaz Md Nawi, persembahan multimedia
serta persembahan montaj khas yang bertajuk Wanita Prihatin kebajikan
Terlaksana.
Pada malam ini, Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusuf turut akan menyampaikan ucaptama.
Muktamar Pemuda
(Perwakilan dan pemerhati muktamar Dewan Pemuda di Dewan Jubli Perak)
624 perwakilan Dewan Pemuda PAS dari seluruh negara menyertai
muktamar kali ini di dewan Jubli Perak yang terletak di sebelah Stadium
Sultan Mohamad ke 1v Kota Bharu.
Selain itu, dewan itu penuh dengan pemerhati dan tetamu muktamar itu.
Selain perasmian oleh Mohamad Sabu, ketua Pemuda, Nasrudin Hassan
akan memberikan ucaptama menggariskan halatuju Pemuda PAS untuk sessi
akan datang di samping mengimbau aktiviti mereka sepanjang tahun ini dan
tahun lepas.
Pagi esok, mereka akan menyambung balik muktamar selepas selesai majlis perasmian malam ini. -Hrkh
KUALA LUMPUR: Para
pendukung PAS diseru menjadikan Muktamar Tahunan PAS ke-58 sebagai
medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan
perjuangan Islam di Malaysia.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini
kerana muktamar kali ini merupakan ijtimak terakhir parti sebelum
menghadapi PRU13.
“Jadikan ia medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia,” ujarnya.
Beliau menegaskan, PAS yakin perwakilan akan menggunakan kesempatan
ini untuk saling mengukuhkan gerak kerja, mengemaskan jentera dan
meningkatkan pengorbanan seluruh ahli.
Menurutnya, muktamar diadakan sempena bulan hijrah bagi mengingatkan
pimpinan dan ahli kesukaran Rasul dalam mempertahankan Islam sehingga
menuntut pengorbanan yang besar seluruh pihak Muhajirin dan Ansar.
Katanya, pemilihan bulan Muharam sebagai bulan muktamar mempunyai
matlamat terselindung agar dapat dihayati oleh seluruh perwakilan dan
pemerhati.
“Inilah masa terbaik menggerakan semangat dan
pengorbanan. Marilah kita hayati ucapan Presiden sebagaimana para
sahabat mendengar arahan daripada Rasulullah,” ujarnya dalam Facebook.
Justeru, beliau berharap janganlah ada yang berjalan terlalu laju
sehingga meninggalkan pengikut di belakang, dan jangan pula terlalu
perlahan sehingga orang di belakang menendang kaki orang di hadapan.
“Kita berjuang di atas satu saf yang kukuh, ibarat bangunan yang
tersusun teguh. Jangan terganggu perjalanan ini kerana adanya
panggilan-panggilan kiri kanan yang berusaha untuk melengahkan
kemenangan Islam.
“Ya Allah, satukan kami, perteguhkan azam kami dan terimalah taubat kami,” ujar beliau lagi. -Hrkh
Agensi berita nasional Malaysia, BERNAMA,
semalam telah menyiarkan berita yang dusta dan tidak tepat berkait
dengan demonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke
Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara yang berlaku kelmarin.
Di dalam laporan BERNAMA yang tersebar dibeberapa
media massa pro-kerajaan menyatakanyang hadir menunjuk perasaan itu
kira-kira 20 orang sedang media massa Indonesia mnelaporkan angkanya
ialah 1,000 orang.
Daripada foto yang tersebar di media massa Indonesia, ternyata laporan
BERNAMA itu bukan saja tidak tepat tetapi dusta kerana angka sebenar
bukannya 20 orang. Cuba lihat gambar di atas.
Logikkah hanya 20 peserta penunjuk perasaan?
Laporan BERNAMA seterusnya menyatakan:
"Dalam demonstasi selama 50 minit itu, beberapa peserta termasuk kanak-kanak dan wanita memegang kain sepanduk berwarna merah"
Sudahlah laporannya 20 orang, kemudian dikatakan termasuk wanita dan
kanak-kanak! Oleh itu berapa angka yang bukan wanita dan bukan
kanak-kanak? Wanita dan kanak-kanak pun menunggang motorsikal? Mana
bukti bergambar demo itu disertai cuma 20 orang?
Satu usaha BERNAMA yang cuba meemperlecehkan demonstrasi berkenaan dan
teknik kewartawanan longkang BERNAMA ini juga selalu digunakan tatkala
menyiarkan berita-berita mengenai Pakatan Rakyat di Malaysia!
Bendera Malaysia dibakar berhampiran kediaman Duta Besar di Jakarta. JAKARTA – Isu tiga anggota polis Malaysia yang didakwa merogol
seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini
menyebabkan sekumpulan penunjuk perasaan berdemonstrasi berhampiran
kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara
di sini pada Selasa.
Dalam demonstrasi pada pukul 1 petang itu, kira-kira 20 orang yang
mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mendesak kerajaan
Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu selain
bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap
kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu.
Demonstrasi itu diadakan kira-kira 100 meter dari Kediaman Rasmi Duta
Besar Malaysia itu kerana pihak polis Indonesia telah menutup jalan di
hadapan kediaman itu dan menghalang kumpulan penunjuk perasaan daripada
beraksi di hadapan kediaman itu.
Kumpulan penunjuk perasaan itu turut mendesak Presiden Indonesia Susilo
Bambang Yudhoyono bertindak tegas berhubung kejadian itu dengan mengusir
Duta Besar Malaysia ke Indonesia dari republik itu.
Mereka menyalahkan Yudhoyono yang didakwa gagal melindungi warganegara
Indonesia di Malaysia dan meminta Presiden Indonesia itu mengundurkan
diri jika beliau gagal mengusir Duta Besar Malaysia.
Dalam demonstasi selama 50 minit itu, beberapa peserta termasuk
kanak-kanak dan wanita memegang kain sepanduk berwarna merah yang antara
antara lain bertulis ‘Usir Duta Besar Malaysia, Ganyang dan lawan
Malaysia’.
Pasukan Polis Indonesia, termasuk anggota dari unit pemusnah bom,
mengawal ketat di kawasan sekitar Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu
sepanjang demonstrasi berlangsung.
Sejumlah besar anggota polis Indonesia turut berkawal di luar bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jalan H.
Rasuna Said, Kuningan bagi mengawal keadaan jika berlaku demonstrasi di
situ, namun bas yang membawa kumpulan dari Bendera itu hanya melalui
kawasan itu – Bernama.