Ikuti Blog ini

Pakatan Rakyat tawar belanjawan alternatif

KUALA LUMPUR, 24 Okt - Pakatan Rakyat semalam telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Rakyat ketika ahli-ahli Parlimen masih lagi meneruskan perbahasan Bajet 2009 yang telah dibentangkan pada 29 Ogos lalu.

Cadangan tersebut dikemukan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan faktor lain terhadap Malaysia.

Dalam satu taklimat khas yang diadakan di Parlimen pagi semalam, Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan beberapa cadangan untuk mengemudi negara bagi mengharungi badai kemelesetan ekonomi global yang dijangka berpanjangan hingga ke tahun 2009.

“Kepimpinan negara seolah-olah tidak mempunyai arah tuju dan seperti tidak menyedari kemunculan cabaran dalam bentuk inflasi, peningkatan pengangguran dan pengucupan kemasukan dana asing,” kata Anwar.

Yang lebih menakutkan, kata Anwar, sikap tidak mahu mengakui ramalan kemuraman ekonomi oleh pemimpin kerajaan.

Beliau menjelaskan kebanyakan negara maju yang menjadi rakan niaga Malaysia sedang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi terburuk semenjak dari seteangah abad yang lalu.

“Tapi pemimpin BN masih belum atau tidak langsung membuat kenyataan atau merangka polisi yang menunjukkan pemahaman mereka terhadap realiti ini,” kata beliau.

Anwar turut menjelaskan terdapat keperluan mendesak bagi ahli-ahli Dewan dari kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar fikiran bagi merangka bajet yang lebih dipercayai serta rancangan yang lebih bertanggungjawab untuk mengurus dan membelanjakan perbendaharaan negara.

“Pakatan Rakyat percaya kepada proses demokrasi dan berpegang teguh dengan janji kami kepada rakyat Malaysia,” tegas Anwar.

Selain beliau, taklimat khas tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad.

Selain itu wakil dari KeADILan terdiri dari Naib Presidennya, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, Pengarah Strategiknya, Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Wakil DAP pula terdiri dari Penasihatnya, Lim Kit Siang dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.




Anwar: Lagi hadiah Deepavali Umno-BN buat masyarakat India


Membantah Penahanan Reman Aktivis Hindraf

Entah apa pertimbangan dan percaturan pimpinan Umno-BN tatkala saban tahun mereka melakukan penindasan ke atas masyarakat India. Tahun lepas kita menyaksikan perobohan Kuil Rimba Jaya menjadi 'hadiah' Deepavali Umno-BN buat masyarakat India, tahun ini, dalam keadaan beberapa hari saja lagi masyarakat India akan menyambut Deepavali, 11 individu ditahan - termasuk seorang anak kecil berusia 6 tahun - di saat mereka mahu menyerahkan memorandum secara aman di Pejabat Perdana Menteri semalam.

Hari ini Mahkamah Majistret Kajang menetapkan supaya 10 daripada mereka direman selama 3 hari sebermula hari ini. Sekali gus keputusan mahkamah ini menafikan hak mereka untuk merayakan Deepavali sebagaimana masyarakat India lainnya.

Saya berasa kesal dengan tindakan dangkal yang diambil oleh penguasa untuk menahan kumpulan 11 individu semalam. Hujahnya masih samar dan tidak jelas. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberikan justifikasi dari konteks perundangan dan hak asasi, bukan mengambil tindakan cacamarba yang hanya memburukkan keadaan.

Kenyataan terdahulu Menteri Dalam Negeri bahawa Hindraf diharamkan atas alasan penganjuran demonstrasi yang menganjurkan keganasan adalah tidak munasabah.

Waima ada pelanggaran undang-undang sekalipun, wajar bagi beliau membuktikan setiap butir katanya dengan fakta dan pembuktian jelas, bukan mengadu domba tanpa hala!

Saya menyeru agar Kementerian Dalam Negeri khususnya Menteri yang berkenaan tidak bersikap selektif terhadap berpuluh lagi gabungan dan pertubuhan yang acapkali berselindung di sebalik sentimen perkauman sempit, sekiranya mereka mahu membuktikan mereka adil di mata rakyat.

Kita tidak boleh terus berkompromi dengan slogan anti-keganasan dan anti-sentimen perkauman untuk terus menghalalkan kezaliman! _ Anwar Ibrahim

Laporan Buletin Utama TV3 dibidas

 Kenyataan Akhbar Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah pada 23 Oktober 2008.

Kepada:
Semua Ketua Biro
Media cetak/eletronik

Assalamualaikum / Salam Sejahtera
KENYATAAN AKHBAR
Saya amat bersimpati dengan siaran TV3 melalui Buletin Utama bertarikh 22 Oktober mengenai berita banjir di Kedah kerana pemberitanya gagal mendapatkan sumber yang tepat untuk dijadikan bahan berita.



Jika berita yang tidak tepat disiarkan, maka berita itu adalah sesuatu yang boleh digolongkan sebagai:

1. Berita berniat jahat untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah

2. Berita yang berunsur memburukkan tokoh atau individu tertentu.

3. Atau ia hanyalah imiginasi atau angan-angan pemberita tersebut.

Kerajaan Negeri melalui Pejabat YAB Menteri Besar sejak 21 Oktober telah memulakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Kuala Nerang dan Dun Anak Bukit khususnya.

Pada 22 Oktober, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, Encik Mohd. Sanusi Md. Nor telah melawat serta menyampaikan sumbangan seperti beras, gula, minyak masak, lampin pakai buang bayi, tuala wanita, biskut dan beberapa keperluan lain di empat penempatan mangsa banjir di Dun Anak Bukit, sebuah di Bukit Pinang dan tiga penempatan di Dun Guar Chempedak.

Selain itu, lawatan dan sumbangan juga dibuat oleh Exco Kebajikan dan Wanita Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali di Parlimen Padang Terap dan Pokok Sena.

Exco Kesihatan, Penerangan dan NGO, Dr, Ismail Salleh mengadakan lawatan dan sumbangan di sekitar Alor Mengkudu dan Adun Kubang Rotan, Encik Mohd. Nasir Mustafa atas sifat beliau selaku Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah sentiasa memantau perkembangan banjir di Dun Anak Bukit termasuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.

Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu dan Majlis Ketua Kampung (MKK) juga telah mengadakan mesyuarat dan tindakan susulan bagi memastikan proses menyalurkan bantuan dan pertolongan berjalan dengan lancar.

Ini tidak termasuk bantuan kecemasan dan laporan semasa oleh pihak MADA, tentera, polis, JPAM dan beberapa agensi lain yang terlibat.

TV3 juga ?highlight? kan bahawa belum ada sumbangan kewangan diberikan setakat ini, bagi saya pemberita berkenaan amat tidak faham mengenai prosedur sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri dalam konteks menyalurkan bantuan kewangan.

Adalah amat mustahil selepas baru dua hari dilanda banjir kerajaan akan terus mengeluarkan sumbangan berbentuk kewangan memandangkan kerajaan terpaksa melalui beberapa proses yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, MKK, Penghulu dan sebagainya.

Sedangkan mangsa Tsunami yang berlaku pada Disember 2004 lalu pun sehingga kini masih ada yang belum mendapat pampasan sewajarnya, bagiamanapun jangka waktu empat tahun itu adalah terlalu lama.

Petikan ayat ? sebahagian besar Exco Kerajaan Negeri sedang berada di luar Negara ketika ini? juga mendedahkan berita tersebut hanya sebuah ilusi pemberitanya.

Hanya dua anggota Exco yang berada di luar Negara dalam satu misi menarik pelabur ke Kedah, lawatan kerja mereka bermula sejak 19 Oktober lalu, sementara banjir melanda kawasan mereka pada 21 Oktober.

Misi bantuan dan lawatan akan diteruskan sehinggalah semua mangsa banjir dapat pulang ke rumah masing-masing.

Sekian, terima kasih

Yang Benar

(MOHD. HELMI BIN MOHD. KHALID)
Setiausaha Akhbar kepada
YAB Menteri Besar Kedah

Faatihah, puteri sulung Menteri Besar Perak. Berpelajaran, tegas dan mesra

 Pandangan pertama pada Faatihah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 24, orangnya tenang dan terkawal. Mungkin kerana sebagai anak sulung, dia mempunyai tanggungjawab besar dan menjadi anak harapan keluarga.

Bapanya baru beberapa bulan menjadi Menteri Besar Perak, walau semuanya masih baru, gadis berkulit cerah ini mahu segalanya berjalan lancar terutama perjalanan jadual kerja ibunya. Dahulu menjaga adik-adik kini orang kuat ibunya pula.

Faatihah yang dipanggil Kak Yong dalam keluarganya senang mesra membuatkan kita selesa bersamanya, bagaikan sudah kenal lama. Sifat ibu dan bapa, nampaknya diwarisi gadis manis ini. Namun, dalam kelembutannya, semakin lama bersembang, kita tahu dia seorang yang tegas dan berani.

 Setahun yang lalu, Faatihah menjadi guru sementara mengajar Bahasa Arab, mengaji Al-Quran dan fardu Ain. “Baru setahun lebih saya balik dari Jordan, tahun ini memang rancang hendak mula bekerja, mungkin selepas keadaan lebih terurus dan teratur maklumlah semuanya masih baru. Sekarang tanggungjawab dan perhatian saya lebih kepada emak dan abah yang memerlukan bantuan saya. Terutama emak, saya jadi pembantu dan penasihat tidak rasmi tetapi ia satu tugasan yang penting dan tidak boleh dipandang remeh.”

Faatihan merupakan lulusan BA Universiti Mu’tah, Jordan (Undang-Undang Syariah).

Bercerita tentang detik awal dia dan keluarga menduduki kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Faatihah seperti ibunya juga, sukar percaya apa yang terjadi di depan mata.

“Abah memang mudah bergaul dengan masyarakat. Saya yakin dengan tugas baru pun dia dapat menyesuaikan diri dengan baik dan dapat melaksanakan tugasnya. Abah ni bekerja cepat dan cepat menangkap sesuatu perkara baru. Sama juga ketika dia belajar lima bahasa.” Mohammad Nizar boleh menguasai lima bahasa, Melayu, Inggeris, Cina (Mandarin, Cantonese, Hokkien), Tamil dan Urdu.

Menurut Faatihah, bapanya amat aktif dengan kegiatan kemasyarakatan seperti kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi serta menyampaikan khubah jumaat. Terlibat juga membantu fakir miskin, program bersama masyarakat bukan Islam dan juga beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO). Pendek kata, permasalahan rakyat memang di dalam genggamannya. Kini tiba masa dia membela nasib mereka pula.

Mohammad Nizar bapa yang lembut dan boleh bertolak ansur dengan anak-anak tetapi dia sangat marah jika anak-anak melewatkan solat. Tambahan lagi jika mereka berlengah-lengah dengan membuat perkara yang bukan-bukan. Ini membuat Faatihah dan adik-adiknya mendisiplinkan diri dan sedar ketegasan si bapa bertempat.


MB makan tengahari di kantin.

“Abah juga tidak kedekut pujian. Cemerlang dalam peperiksaan, mana-mana matapelajaran atau sukan pun dia akan beri pujian membuatkan kita rasa penting dan dihargai. Begitu juga sekiranya aktif dalam persatuan. Jika anak berperangai baik pun abah akan puji,” cerita Faatihah sambil menyambung abahnya tidak kisah meminta maaf dengan anak-anak sekiranya dia melakukan sebarang kesalahan.”

INDEKS PERSEPSI RASUAH:

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius pengumuman hasil kajian oleh Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh tentang persepsi rakyat negara ini terhadap amalan rasuah yang berlaku sekarang. Kajian ini melaporkan lebih 53 peratus daripada hampir 15,000 responden berpandangan bahawa tahap rasuah di negara ini adalah tinggi. Keputusan kajian ini juga sekali gus merupakan tamparan kepada Perdana Menteri, Abdullah Badawi kerana gagal melaksanakan agenda integriti dan penghapusan rasuah yang diumumkannya ketika mula-mula memegang jawatan Perdana Menteri pada Oktober 2003.

DPP Pusat berpandangan tindakan IIM yang mengambil isi rumah sebagai responden utama melibatkan lebih 10,000 responden menjadi faktor persepsi ini berada pada tahap 53 peratus yang mengatakan kadar rasuah adalah tinggi dan 58 berpandangan usaha penghapusan rasuah berkesan. Di Malaysia, kebanyakkan suri rumah adalah mereka yang tidak mengakses maklumat alternatif, melainkan menonton tv atau mendengar radio yang dikuasai oleh kerajaan atau parti pemerintah. Jika responden yang dipilih di kalangan mereka yang terdedah dengan pelbagai maklumat alternatif, terutama kakitangan swasta, pelajar universiti dan juga ahli-ahli politik, DPP Pusat percaya peratusan mereka yang mengatakan kadar rasuah di negara ini tinggi akan meningkat dan peratusan yang mengatakan pencegahan rasuah berkesan akan menurun.

Antara faktor yang jelas menyebabkan persepsi rakyat begitu buruk terhadap keadaan rasuah di negara ini ialah politik wang dalam parti pemerintah sehingga ramai responden mengatakan ia sudah tidak terkawal lagi. Dalam musim pemilihan parti seperti sekarang, para menteri sendiri bercakap tentang gejala ini. Ketika musim pilihan raya, BN menaburkan pelbagai bentuk rasuah kepada rakyat sehingga rasuah sudah menjadi biasa. Faktor yang kedua ialah dasar pentadbiran Abdullah Badawi yang lemah sehingga membuka ruang kepada kronisme. Anak, menantu, ipar, adik-beradik, saudara-mara dan kenalan rapat para menteri menjadi kaya raya kerana mengaut kekayaan negara secara haram. Di mana-mana orang bercakap tentang masalah menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang menciptaan kekayaan dalam sekelip mata. Media-media juga melaporkan penyelewengan yang berlaku di Kementerian Pertahanan yang sebelum ini diketuai oleh Najib Razak terutama isu pembelian kapal selam dan helikopter.

Kelemahan badan kehakiman juga menjadi satu sebab yang mendorong persepsi negatif ini kerana rakyat melihat usaha kerajaan untuk memulihkan integriti kehakiman tidak serius. Ketika Datuk Zaid Ibrahim menjadi menteri, beliau berusaha memulihkan sistem kehakiman dengan membayar ex-gratia kepada bekas hakim yang dipecat, menubuhkan suruhanjaya kehakiman, mengkaji semula kedudukan BPR dan juga perperiksaan guaman. Tetapi, dalam sekelip mata sahaja segalanya musnah apabila Abdullah Badawi mencalonkan bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Bagaimana mahkamah boleh berkecuali jika ia dipimpin oleh pemimpin Umno. Malaysia patut belajar daripada mahkamah Thailand yang sanggup menghukum bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dan isterinya walaupun kerajaan Thailand sekarang dipimpin oleh keluarga dan penyokong Thaksin.

DPP Pusat melihat bahawa kegagalan Abdullah Badawi dalam memastikan keluarga terdekat menteri mencipta kekayaan melalui pintu belakang telah menyebabkan rakyat melihat slogan-slogan pembaharuan beliau sebagai satu kepalsuan. Lebih-lebih lagi apabila Umno sendiri menjuarai politik wang dan mahkamah gagal dibebaskan sebagai sebuah institusi yang prorakyat. Undang-undang draconian diwujudkan untuk menyekat rakyat bersuara, kebebasan akhbar dihalang dan mahkamah pula dimasukkan ke ’dalam saku’ Umno. Keadaan seperti memang akan mewujudkan persepsi yang buruk terhadap tahap amalan rasuah. Inilah legasi Abdullah Badawi menjelang persaraannya!

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat




Tuduhan rasuah Azmin saman Adun Sg Burong

SHAH ALAM - Dakwaan Adun Sungai Burong (Shamsudin Lias) terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan rasuah terhadap ahli BN supaya melompat parti menyebabkan Adun Antarabangsa (Azmin Ali-KeADILan) mencabar beliau bercakap di luar dewan. Image

Azmin dengan nada tegas mencabar Sungai Burong supaya mengulangi dakwaan tersebut di luar dewan jika berani bagi memudahkanya untuk melakukan saman dengan sertamerta.

"Ini satu tuduhan jahat, yang tidak berasas. Kalau berani buat di luar supaya saya senang buat tindakan undang-undang," tegasnya ketika mencelah dalam ucapan perbahasan Bajet Sungai Burong.

Sebelum itu Adun (Kampung Tunku-DAP) Lau Weng Seng berkata, merujuk Peraturan Mesyuarat 36(6) seorang ahli itu tidak boleh mengeluarkan kenyataan jahat.

Ketika meminta penjelasan dalam perbahasan Sungai Burong, Azmin berkata, kemenangan BN dalam pilihan raya lalu jika tidak disebabkan bantuan daripada pengundi hantu sudah lama BN dihantar ke muzium.

Kenyataan Azmin itu menyebabkan (Sungai Panjang-BN), Dato' Dr Mohd Khir Toyo bangun untuk mencelah. Image

Bagaimanapun, Azmin dengan tegas mengarahkan Sungai Panjang duduk dan berkata; "Sungai Panjang faham ke tidak Peraturan Mesyuarat. Mentang -mentang sudah lama tidak jadi Menteri Besar."

Merujuk dakwaan Sungai Burong terhadap exco Kerajaan Perak yang didakwa terlibat dengan rasuah katanya, itu merupakan tindakan Umno memperkudakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjelang pilihan raya di Permatang Pauh.

Beliau menegaskan, orang yang menyokong rasuah kepada dua exco Perak itu diatur dan disusun dengan percaturan Umno-BN dan Pakatan Rakyat ada bukti yang kukuh.

Sebab itu tambah beliau, apa juga tindakan propaganda politik BN pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan kompromi.


ANUGERAH PENYAPU PANASKAN SIDANG DUN SELANGOR

Anugerah PENYAPU seolah-olah menjadikan kakitangan awam sebagai 'alat' yang boleh dimanipulasikan, digunakan untuk kerja "kotor" UMNO/BN, dinyahkan (dipindahkan/ ditahan pangkat/ dikotakkatikkan pada bila-bila masa sahaja.














Isu Anugerah Penyapu kembali hangat

SHAH ALAM : Isu anugerah penyapu kepada kakitangan kerajaan negeri oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kembali ‘bergegar’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Semuanya bermula selepas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Mohd Hassan Mohamed Ali melabelkan tindakan Dr. Khir itu sebagai tidak boleh diterima akal.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam juga berkata, anugerah tersebut seolah-olah menjadikan kakitangan awam sebagai 'alat' yang boleh dimanipulasikan.

Beliau berkata, perkara itu turut diakui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyifatkan tindakan itu antara punca kakitangan awam menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

“Inilah punca YB (Dr Khir) berada di tempat sekarang (pembangkang),” katanya pada sesi perbahasan Bajet 2009, semalam.

Mohd Hassan bangkit membuat penjelasan selepas Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia) mencelah membangkitkan isu anugerah penyapu kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, ketika Dr Khir membahaskan bajet tersebut.

Mohd Hassan (Pas-Gombak Setia) turut mendakwa kerajaan negeri BN telah melantik syarikat kontraktor yang dimiliki penyokong kuat UMNO untuk mengendalikan pembersihan sampah di hampir semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kerana itulah mutu khidmat kontraktor ini begitu jelak. Mengapa orang politik diberi kontrak ini,” katanya yang mengaku mempunyai senarai nama kontraktor itu tetapi enggan mendedahkannya dengan alasan mahu menjaga maruah individu terbabit.

Mohd Hassan berkata, kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan kontraktor yang diberi kontrak pembersihan pada masa akan datang diwajibkan mendaftar menerusi Sistem Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) selain bukan di kalangan orang politik.

“Kita akan pastikan syarikat kontraktor yang mempunyai hubungan secara langsung atau ada kaitan dengan orang politik tidak diberi kontrak pembersihan,” katanya.



Negara demokrasi harus benarkan pelajar berpolitik - Hadi


KUALA LUMPUR, 22 Okt - Berdasarkan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memansuhkan perkara 15 dan 16 yang menghalang mahasiswa terlibat dengan pertubuhan dan persatuan di luar kampus.

Kenyataan demikian dibuat Timbalan Menteri KPT, Dato' Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjawab soalan tambahan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pada sesi soal jawab lisan, semalam.

Jelasnya, pindaan Auku 1991 telahpun dibacakan kali pertama Julai lalu yang telah melalui proses kajian serta perbincangan yang agak panjang dengan pindaan sebanyak 69 daripada 119 fasal.

Ustaz Hadi sebelum itu menegaskan bahawa negara yang demokrasinya maju tidak menghalang mahasiswa dan ahli akademik melibatkan diri dalam politik dan pertubuhan-pertubuhan ke arah melahirkan pemimpin pelapis.

Sementara itu, Idris turut menjelaskan alasan larangan mahasiswa berpolitik secara aktif yang didakwa akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama di kalangan kaum yang mempunyai pendedahan kepada plural society.

Ia merupakan jawapan kepada soalan tambahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy jamaludin (BN-Rembau) yang memohon penjelasan berkaitan senario yang hanya membenarkan mahasiswa di luar negara bergiat secara aktif dengan kelab yang ditubuhkan oleh parti-parti politik di sana.

"Kenapakah mahasiswa ini tidak diberikan kebebasan untuk menyertai parti-parti politik sedangkan di luar negara mereka boleh menyertai kelab-kelab yang telah ditubuhkan secara langsung oleh parti politik tertentu di Malaysia?

"Apakah perbezaan pelajar universiti tempatan dan universiti luar negara yang tidak membenarkan pelajar kita di sini menyertai parti politik, tetapi hanya dibenarkan menyertai pertubuhan NGO dan apakah sebab mereka disekat dari terus untuk pergi kepada parti politik?" katanya.

Idris berhujah dengan menyatakan alasan tindakan KPT memperkenalkan Akta 15 ini bagi mengelakkan mahasiswa daripada terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh menjejaskan tumpuan mahasiswa kepada akademik.

"Pelajar tidak disekat untuk menjalankan kajian berkaitan politik dalam negara. Selain itu pelajar berpeluang mengamalkan demokrasi dalam pilihan raya kampus.

"Jadi sekiranya ada pihak yang menyatakan pelajar kita tidak dibenarkan berpolitik itu adalah tidak benar sama sekali sedangkan kita masih mengamalkan politik dalam pilihan raya kampus," demikian ujarnya.

Ustaz Hadi dalam soalan asalnya kepada KPT meminta penjelasan mengenai aspek yang akan diberi penekanan dalam pindaan terhadap Auku dan rasional bersabit pindaan tersebut.


Sudahlah Che Det


Saya agak hairan melihat Mahathir yang sejak akhir-akhir ini bercakap dan merepek seolah-olah beliau langsung tidak berdosa kepada bangsa Melayu dan Islam.

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan insitusi Raja-Raja Melayu dengan pindaan Perlembagaan pada tahun 1980an;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan institusi kehakiman dengan pemecatan haram Tun Salleh Abas;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mencemar institusi Islam; menghina Nabi, memecat Mufti dan mempertikai hukum Islam;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya menghancurkan kuasa politik Melayu dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya setelah pembangkang menang besar dalam pilihanraya 1999 sehingga menyebabkan tidak ujud lagi kawasan majoriti Melayu mutlak, sebaliknya pengundi bukan Melayu menjadi pengundi penentu;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mengajar kita kurang ajar dengan bersikap kurang ajar terhadap YAM Tunku Abdul Rahman;

Hari ini kita melihat Mahathir bercakap dan berkokok seolah-olah beliau bersih suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan; sedangkan tangan beliau kotor berlumuran dengan najis-najis mengotorkan Islam dan bangsa Melayu.

Kepada Mahathir saya nasihatkan supaya ..bertaubatlah..gunalah masa tambahan yang diberi ALLAH untuk menambahkan 'amal ibadah..

Rumah dah nak halau pergi..kubor dok panggil mari-mari..
MAHATHIR..PLEASE KEEP QUIET..



LU FIKIRLAH SENDIRI!


Semalam, Datuk Seri Zahid Hamidi ketika muncul dalam rancangan ‘Bersemuka Bersama Media’ memberitahu :

“Ada golongan yang menggunakan agama untuk kepentingan politik. Manakala UMNO adalah golongan yang menggunakan politik untuk kepentingan agama.”

Rasa nak tergelak pun ada bila mendengar Zahid berkata begitu.

“Ramai yang baca ayat ‘taatlah pada Allah, Rasul dan Ulil-amri’, tapi ramai yang tidak mahu turut pada perintah taat pada ulil-amri” sambung Zahid lagi.

Kali ini, saya dah tak tahu nak kata apa. Nak gelak sorang-sorang depan TV, takut kena perli dengan maid pulak.

Nak taat bagaimana lagi Datuk Zahid? Bini ‘ulil amri’ sendiri tak reti tutup aurat, anak ‘ulil-amri’ sendiri peluk bukan muhrimnya sesuka hati, menantu ulil amri sendiri rompak duit rakyat, sedara-mara ‘ulil amri’ sendiri dapat tender runding-terus, timbalan Datuk Zahid sendiri kata hudud sudah ketinggalan zaman, zakat tak penting, berenang lebih afdal dari solat 5 waktu?

Apa ke bende nye tu?

Kata Datuk Zahid lagi :

“Saya nak ingatkan semua. Jangan sesekali kita abaikan peranan ulamak. Nasihat ulamak mesti kita patuhi kerana ulamak biasanya tidak bias pada mana-mana fahaman politik.”

Peringatan Datuk Zahid tu saya akui kebenarannya. Tapi yang malangnya, ‘ulil amri’ sendiri yang gam ulamak tertentu, langgar fatwa sesuka hati, bagi duit zakat pada BALKIS dan bla, bla, bla….


Usaha sistematik singkir pemimpin PMIUPM dari kolej?


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mendakwa barisan pemimpin dan ahlinya seolah-olah menjadi mangsa penyingkiran sistematik universiti itu dari kolej kediaman.

Presidennya Mohd Safwan Ab Ghani berkata, sejak tiga tahun lepas, mereka "dibuang kolej beramai-ramai tanpa sebab yang munasabah bahkan sampai ada yang dipermainkan dengan begitu hina oleh pihak pengurusan kolej."

"Kami bimbang perkara yang sama akan terus berulang dari satu generasi (pelajar) ke satu generasi yang lain sehingga ia menjadi satu permainan yang menyeronokkan bagi sesetengah pihak," katanya, mengulas dua pelajar cemerlang UPM, seorang daripadanya exco PMIUPM, yang dibuang dari Kolej Tun Perak minggu lepas.

"Kami tertanya-tanya apakah salah kami sehingga kami dilayan sebegini buruk. Apakah dosa kami sehingga kami dinafikan hak dan didiskriminasikan oleh pihak pengurusan kolej dan universiti."

shafiqa pelajar upm 221008Nur Shafiqa Mohd Ali (kanan) dan Nor Farhana Farzieana Azmi (kiri), yang dibuang kolej kediaman pada 15 Oktober, mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen hari ini.

Di sidang media tengah hari tadi, mereka mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

"Kes yang berlaku pada saya hanyalah sebahagian kezaliman yang berlaku terhadap mahasiswa. Bukan sahaja di UPM tetapi di kampus-kampus lain pun, saya percaya perkara ini berlaku," kata Nor Farhana Farzieana.

farhana pelajar upm 221008Beliau, exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas, dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali, exco PMIUPM, muncul di depan ramai seminggu selepas dikenakan tindakan tersebut.

Kedua-duanya yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

UPM petang ini membenarkan mereka kembali tinggal di asrama berkenaan sehingga tamat minggu peperiksaan "atas dasar prihatin."

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Safwan menyebut beberapa kes pembuangan kolej yang melibatkan anggota dan pemimpin PMIUPM.

Pada sesi semester 2006-2007, tiga exco wanita persatuan itu didakwa dikenakan tindakan "tanpa alasan yang kukuh."

Sesi berikutnya, kata Mohd Safwan, seorang exco persatuannya Nor Fathiah Daud "dibuang kolej pada hari pendaftaran kemasukannya di Kolej Mohamad Rashid padahal segala urusan pembayaran yuran dan pemberian kunci bilik telah selesai."

"Sebelum itu, beliau dibuang dari Kolej Pendeta Zaaba tanpa alasan yang kukuh," katanya.

Presiden PMIUPM sesi lepas Mohd Shukri Fahmi Shukor dan seorang exconya Mohd Sulhi Waqiyuddin "dibuang kolej sebaik sahaja memenangi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar UPM dengan alasan 'setelah maklumat pelajar dikemaskini, nama anda didapati tidak tersenarai untuk tinggal di kolej ini'."

"Kes-kes ini hanyalah secebis daripada episod sedih yang menimpa ahli PMIUPM. Banyak lagi kes-kes yang kami tidak sebut di sini," kata Mohd Safwan.

"Melihat kepada kes ini yang saya sifatkan sebagai menjadi-jadi dan semakin melampau, saya sebagai presiden baru PMIUPM, ingin membuat satu dimensi baru dengan mengambil keputusan nekad untuk mendedahkan kes ini ke pengetahuan umum dengan harapan nasib kami dapat dibela.

"Inilah realiti sebenar yang terpaksa kami hadapi sebagai mahasiswa."
Mohd Safwan menyeru ahli politik dan NGO memberikan "pembelaan" berhubung nasib yang mereka alami.

"Kehadiran kami di kampus hijau ini bukanlah untuk dianaktirikan, tetapi mengharapkan tunjuk ajar bagi kami memimpin masyarakat pada suatu hari nanti," tambahnya

Pemimpin PAS dan PKR sertai majlis Raya DAP

SERTAI MAJLIS RAYA DAP...Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyertai majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang dianjurkan DAP Ahad lepas. Turut serta di majlis itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Majlis yang diadakan di Kajang itu turut disertai oleh beberapa pemimpin PAS yang lain termasuk Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS. Antara pemimpin DAP yang hadir adalah penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng.



Markas Tarbiyah PAS akan berfungsi semula

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Mulai November ini, Pusat Tarbiyah PAS Taman Melewar akan dihidupkan sepenuhnya dengan kuliah-kuliah dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan merasmikannya pada 3 November ini.

Kuliah yang akan diadakan selepas solat Maghrib itu akan diadakan hampir setiap malam di Dewan Besar Datuk Fadzil Noor bermula tarikh tersebut.

Menurut jadual kuliah yang diedarkan oleh Lajnah Tarbiyah PAS, sepanjang November ini, sebanyak 20 kuliah akan diadakan di situ.

Ia membabitkan para guru dari PAS dan juga pengkuliah profesional dari luar.

Pada 3 November ini, bekas pensyarah Universiti Malaya yang kini adalah Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfudz Muhamad akan memberikan kuliah mengenai Qanun Jenayah Syariah.
Turut terlibat memberikan kuliah sepanjang bulan November adalah hampir 20 orang lagi guru yang memberikan kuliah untuk pelbagai topik dari aqidah sehinggalah muamalat.

Sejak berpindah ke pejabat baru di Jalan Raja Laut, bekas pejabat agung PAS itu dilihat sepi dan kosong dari aktiviti.

Ekoran itu, pelbagai kritikan dibuat terhadap PAS kerana membiarkan kemudahan yang sudah sedia ada dalam PAS itu.

Ekoran itu, Lajnah Tarbiyah PAS dikatakan diberi amanah untuk menghidupkannya dengan kelas-kelas pengajian secara yang sistematik.

Di samping itu, difahamkan tanah milik PAS itu akan dibangunkan dengan bangunan-bangunan selepas ini di samping mengekalkan fungsinya sebagai markas tarbiyah.



Tok Guru MB dikunjungi Ketua Pembangkang

Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin sihat dan dijangka dapat menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan Bajet 2009 Kelantan, jika dibenar keluar dari hospital dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) berbincang sesuatu dengan Ketua pembangkang yang juga ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad (kanan) dan ADUN Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar (kiri) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu. -foto mstar

Menteri Besar Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) berbincang sesuatu dengan Ketua pembangkang yang juga ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad (kanan) dan ADUN Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar (kiri) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu.


Tok Guru Nik Aziz, 77, yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, berkata setelah mendapat rawatan di hospital itu sejak Sabtu lepas, keadaan kesihatannya bertambah baik.

“Saya tidak dapat hadir perasmian sidang DUN sebab masalah kecederaan tempurung lutut sebelah kiri, ia kesan daripada terjatuh kuda dahulu.

“Masalah ini timbul selepas pulang daripada Majlis Mesyuarat Raja-Raja di Kuala Terengganu Khamis lepas. Tapi, kini ia bertambah baik dan saya harap dapat hadir sidang DUN,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Pembangkang yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad di HUSM di sini hari ini.

Nik Aziz berkata bagaimanapun beliau perlu menjalani fisioterapi.

Sidang DUN Kelantan yang bermula Isnin lepas akan berakhir 29 Okt.




Analisis Isu: Perlantikan Tan Sri Zaki Sebagai Ketua Hakim Negara, Trick UMNO Menjadi !!

Nampak benar “trick” puak-puak UMNO semakin menjadi, maka hari ini Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi, 63, secara sah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru berkuat kuasa 18 Oktober lalu menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad, 66, yang bersara wajib. Sementara itu tempatnya sebagai Hakim Besar Malaya, telah digantikan oleh Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri petang tadi. Siang tadi Dewan Rakyat telah menolak usul tergempar mengenai percalonan perlantikan ketua hakim negara yang baru itu. Penolakan tersebut dibuat oleh Timbalan Speaker, Wan Junaidi Tuaku Jaafar setelah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mengikut perkara 36(8) yang melarang perbincangan mengenai perbuatan atau kelakuan seorang hakim.

Dengan perlantikan secara rasmi beliau sebagai Ketua Hakim Negara, maka nampaknya cita-cita Pak Lah untuk membersihkan badan kehakiman nampak kian “tipis” dan hanya “indah khabar dari rupa” atau “cakp tak serupa bikin”. Perlantikan Zaki adalah tidak wajar sama sekali, kerana beliau mempunyai hubungan yang cukup erat dengan parti UMNO. Pada awal Ogos lalu, kita dikejutkan dengan perletakan jawatan Zaki dari menjadi salah seorang anggota Lembaga Displin UMNO. Menurut sumber UMNO, beliau dikatakan telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Displin UMNO atas sebab-sebab peribadi. Ketika mendapat maklumat tersebut TPM Najib kononnya terkejut dengan perletakan jawatan Zaki itu, malah beliau mahukan Majlis Tertinggi UMNO mengkaji sebab musabab beliau berbuat demikian secara tergesa. Kita sendiri pun agak “terkejut beruk” ketika itu. Sangkaan kita Zaki akan “balik ke pangkal jalan” setelah melihat banyak benar penyelewengan baik didalam UMNO mahupun kerajaan.

Akhirnya kini, terbukti sudah bahawa semuanya itu dulu adalah “Trick UMNO” semata-mata bagi mengangkat Zaki sebagai Ketua Hakim Negara. Maknanya disini, bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Displin UMNO menerajui jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara. Apakah rasional semua ini?. Munasabah kita untuk percaya bahawa Zaki sudah memutuskan segala hubungan akrab dan rapatnya dengan para pemimpin UMNO?. Apakah keadilan bakal tertegak jika ada kes yang melibatkan pemimpin pembangkang dibicarakan nanti terutamanya kes “liwat Anwar” yang masih lagi hangat diperkatakan sekarang ini?.


Maka lengkaplah sudah senjata UMNO dalam kerajaan

Nampak benar Pak Lah “mudah lupa”, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat pita video Linggam dulu langsung tidak dijadikan ikhtibar oleh mereka. Kekalutan yang berlaku kepada hakim terdahulu dalam kes tersebut langsung tidak diambil kita. Malahan mereka melantik pula hakim yang telah begitu masak dengan politik UMNO. Dimanakah keadilan sebenarnya?. Akhirnya raya sekali lagi ditipu dan bakal berhadapan dengan masalah besar untuk melihat pembaikan dalam sistem kehakiman yang diperkatakan dulu. Rupanya, bukan penambahbaikan yang dilakukan sebaliknya keburukan pula yang dicari. Maka kini, lengkaplah sudah senjata UMNO dalam pentadbiran kerajaan bila Musa Hassan (Ketua Polis Negara), Ghani Patail (Peguam Negara) dan kini Zaki Azmi pula dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Maka terserlah sudah betapa liciknya trick puak-puak UMNO ini.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .