Ikuti Blog ini

Ceramah Sempena Ijtima' PAS Trg 2008


Ceramah Sempena Ijtima' Kepimpanan PAS Negeri Terengganu kali -12.

Tarikh : 31 Oktober 2008
Tempat : Dataran PAS Mak Chili, Kemaman, Terengganu.
Masa ; 9.30 mlm

Penceramah:
1, Dato' Mustaffa Ali - PJ Pas Terengganu.
2.Hj Mohamad Sabu - Naib Presiden Pas Pusat
3.YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak - MB Kedah
4.YAB Tan Seri Khalid Ibrahim - MB Selangor

Senarai Live:-


Live

Tv Terengganukini

Web Tv Pas S2

'Jom Sertai PAS' akan dilancarkan di Pahang - Mahfuz

KOTA BHARU, 31 Okt - PAS akan melancarkan program 'Jom Sertai PAS' tidak beberapa lama lagi dan dengan program ini diharap jentera parti akan diperkuatkan menjelang pilihan raya akan datang.

Menurut, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, pelancaran program peringkat pusat akan dilakukan di negeri Pahang.

Beliau berkata demikian, dalam satu pertemuan dengan rombongan Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu yang diketuai Ketua Penerangannya, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi di Pejabat Agung PAS baru-baru ini.

Rombongan yang diikuti oleh seramai 14 orang ahli jawatankuasa lajnah berkenaan berkesempatan melawat dan mengikuti sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini.

Mahfuz dalam ucapan aluannya, antara lain telah menerangkan misi dan visi Lajnah Penerangan.

ImageSelain itu, dalam perjumpaan tersebut kedua-dua pihak telah berkesempatan bertukar pandangan mengenai isu politik negara masa kini.

Tambah Mahfuz, suatu program besar bakal dilaksanakan oleh pihak lajnah Penerangan PAS Pusat iatu program yang dikenali sebagai 'Jom Sertai PAS'.

Katanya, pelancaran peringkat pusat dijangka akan diadakan di Pahang pada November ini,selepas itu ia akan diadakan di peringkat negeri.

Menyentuh suasana politik negara pada hari ini, Mahfuz menjangkakan bahawa sekiranya Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun depan, Najib hanya akan mampu bertahan beberapa bulan sahaja.

"Sewaktu Perdana Menteri dahulu naik menjawat jawatan tersebut mereka membawa imej yang agak positif dan rekod baik.

"Mahathir dijulang sebagai ultra malay, manakala Pak Lah terkenal dengan gelaran mr. clean,"katanya.

Menurutnya lagi, sedangkan ketika Najib bakal menerajui kerajaan Malaysia dan akan bergelar Perdana Menteri ke 6, dirinya dimomok dengan pelbagai skandal seperti Altantunya, sifat boros berbelanja dan campur tangan Rosmah dalam pentadbiran. Jika disenaraikan skandal-skandal dan tuduhan terhadap Najib sebelum daripada ini, ia hampir mencecah 10 kes.

Mahfuz juga menberitahu isu terbaru Najib berkaitan dengan eurocopter yang dikatakan turut memalitkan nama Pak Lah dan kroninya. Masing-masing mula 'mendedahkan' keterlibatan secara tidak telus sehingga memaksa Pak Lah menangguhkan pembelian tersebut.

Tambahnya,sememangnya amalan saling mendedahkan isu dan keburukkan para pesaing dalam perhimpunan Umno perkara biasa dalam Umno.

Kes Altantuya: Anwar ucap Razak Tahniah, Pendakwaan Masih Mencurigakan

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Abdul Razak Abdullah Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, pagi tadi.

Namun, tegasnya, isu berkaitan undang-undang masih belum selesai.

"Pendakwaan masih mencurigakan. Siasatan tidak telus dan menimbulkan banyak kecurigaan kepada masyarakat," kata beliau kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk mengikuti sidang mahkamah yang mendengar permohonan memindahkan kes liwat beliau ke Mahkamah Tinggi.

Menurut Anwar, kes pembunuhan Altantuya itu telah dijalankan secara tidak profesional kerana badan kehakiman bersifat menindas apabila kes-kes melibatkan pembesar.

"Kes ini melibatkan Najib (Timbalan Perdana Menteri) dengan penyebaran SMS, tetapi kenapa ia tidak disiasat secara telus," katanya.

Tambah Anwar, apabila melibatkan kes berkenaan, banyak bukti seperti SMS tidak dikaji secara terperinci.

Eurocopter: “Abdullah makan nangka, Najib terkena getahnya”

Bagaimana cara Najib dapat melantunkan semula bola ini ke kepala Abdullah? Najib meminta PAC menyiasat supaya dapat dikenal siapa sebenarnya 'tuan nangka'.Ia satu 'permainan' tingkat tinggi. Berbilion ringgit wang negara jadi pertaruhan

Bagaimana cara Najib dapat melantunkan semula bola ini ke kepala Abdullah? Najib meminta PAC menyiasat supaya dapat dikenal siapa sebenarnya 'tuan nangka'.Ia satu 'permainan' tingkat tinggi. Berbilion ringgit wang negara jadi pertaruhan

Eurocopter: “Abdullah makan nangka, Najib terkena getahnya”

KUALA LUMPUR, 31 Okt - Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa menyatakan ketika ramai menyangka kononnya ‘perbincangan’ pembelian Eurocopter didalangi Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan komisyen seperti kes kapal selam dan pesawat perang mungkin wujud sekali lagi, Najib terasa isu ini cuba dipalitkan kepada Timbalan Presiden Umno itu.

Isu ini cuba dipalitkan kepada beliau sedang orang lain yang memakan nangka dan orang lain terkena getah,” kata Husam secara sinis dalam satu ulasan yang dipaparkan dalam blognya baru-baru ini.

Benar ‘Letter of intent’ (LOI) dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, dua hari sebelum Najib dipindahkan ke Kementerian Kewangan dan ia nampak seperti Najib tergesa-gesa, katanya.

Namun, LOI itu mungkin sahaja dikeluarkan atas arahan Menteri Kewangan dan sememangnya pun pembelian seperti itu memerlukan kelulusan Menteri Kewangan, katanya.

“Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berpindah dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Pertahanan seakan untuk mempastikan ‘deal’ ini berjalan mengikut yang dirancang bersekali dengan ‘hasilnya’,” katanya sinis.

Pada masa yang sama Husam melihat ia seakan program Najib dan perginya Abdullah ke Kementerian Pertahanan adalah untuk membongkar dan ‘menyudahkan’ Najib.

Beliau juga merujuk surat yang didedah Kapt (B) Zahar Hashim yang ditujukan kepada Najib.

“Bagaimana cara Najib dapat melantunkan semula bola ini ke kepala Abdullah? Najib meminta PAC menyiasat supaya dapat dikenal siapa sebenarnya ‘tuan nangka’.Ia satu ‘permainan’ tingkat tinggi. Berbilion ringgit wang negara jadi pertaruhan,” katanya.

Sehari menjelang siasatan PAC, Abdullah tiba-tiba kononnya mengetahui bahawa Eurocopter adalah mahal dan berkata negara tidak cukup wang kerana dunia dilanda krisis kewangan, ujar Husam sinis.

“Cepat dan pantas. Sebulan, selesai.Abdullah terkejar masa untuk ’sentuhan’ akhir sebelum bersara?,” katanya lagi.

Akhirnya Abdullah mengumumkan pembelian Eurocopter dibatalkan dan kenyataan pembatalan ini dibuat hanya 32 hari selepas Abdullah yang sama pertama kali mengumumkan mengenai rancangan pembeliannya pada 26 September lalu, ujar Husam.

Bapa Altantuya tidak puas hati Razak dibebaskan

Siapakah gerangan pemimpin yang bersama Altantunya di Paris ini???

Siapakah gerangan pemimpin yang bersama Altantunya di Paris ini???



DR. SHAARIIBUU SETEV ketika berada di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi.

KUALA LUMPUR, 31 Okt -Tindakan dan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu telah mengecewakan bapa mangsa berkenaan.

Dalam satu maklum balas kepada wartawan sebentar tadi,Dr Shaariibuu Setev melahirkan kekecewaan dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohd. Zaki Md. Yasin.

Walaupun dua tertuduh lain iaitu Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diperintah untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut,namun keputusan tersebut masih tidak memuaskan hatinya.

Katanya, keputusan tersebut bakal mencemarkan imej sistem kehakiman negara ini di peringkat antarabangsa kerana kes itu menjadi tumpuan dunia.

Tambahnya,beliau akan mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa kehakiman dan Kementerian Luar Mongolia untuk membuat rayuan keputusan kes hari ini.

Dalam keputusan pagi tadi, memutuskan terdapat kes prima facie terhadap tertuduh pertama, Azilah dan tertuduh kedua, Sirul.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun itu yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Azilah yang mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003, mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting (VVIP) sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan.

Manakala, Sirul yang menyertai UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi.

Sementara itu, pihak pendakwa dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Razak Baginda.

Kes yang mendapat perhatian seluruh negara ini bermula apabila mayat model Mongolia tersebut ditemui di Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor.

Altantuya dipercayai telah ditembak sebelum badannya diletupkan dengan menggunakan bahan letupan dua tahun lalu.

Azilah dan Sirul didakwa secara bersama dalam pembunuhan Altantuya dan Razak Baginda pula telah didakwa bersubahat dalam pembunuhan tersebut.

Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian seluruh negara ini berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, yang menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi.

Kemana Gabenor Bank Negara?

 Ketika dunia dilanda krisis ekonomi yang akan membawa kehancuran kepada sistem ekonomi kapitalis, tidak terdengar komen-komen mengenai situasi ekonomi negara dari Gabenor Bank Negara kita, Zeti Akhtar Aziz.

Kemanakah hilangnya beliau?

Mengapa hanya Najib dan Muhyiddin sahaja yang bersungguh-sungguh memberitahu rakyat bahawa Malaysia akan terselamat daripada krisis besar ini?

Mengapa tidak Zeti yang menjelaskan kepada rakyat? Rakyat lebih percaya kepada Zeti kerana beliau bukan orang politik.

Kalau tak salah, kali terakhir Zeti muncul pada bulan Julai lalu apabila mengumumkan tentang kadar inflasi bulan Jun sudah menjangkau 6 peratus akibat kenaikan mendadak harga petrol dan diesel. Dimana beliau sekarang?

Najib dan Muhyiddin adalah orang politik yang sedang galak untuk berkuasa. Semua yang dikatakan hanya untuk menyedapkan hati rakyat.

Godaan dunia resam dalam perjuangan - Tuan Ibrahim

TEMERLOH, 31 Okt - Ahli dan pemimpin PAS tidak akan mudah terpengaruh dengan tawaran keduniaan kerana mereka sedar matlamat sebenar perjuangan yang perlu dicapai, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berucap pada ceramah anjuran PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau, dekat sini baru-baru ini, Tuan Ibrahim menambah walaupun kehidupan perjuangan yang dibawa melalui wadah yang ada memungkinkan wujudnya tawaran keduniaan tetapi Islam telah meletakkan panduan bagaimana setiap pejuang membentengkan diri daripada godaan tersebut.

"Tawaran keduniaan bukannya perkara baru dalam sejarah perjuangan. Islam melalui Nabi Muhamad s.a.w dalam perjalanan Israq dan Mikrajnya telah diperlihatkan gambaran bagaimana godaan dunia yang berbentuk wanita yang menyebabkan semua orang tertarik," katanya

Tambah Tuan Ibrahin lagi, Islam ada cara bagaimana nak mengatasi masalah dan amanah sebagai perkara yang perlu diutamakan dalam perjuangan. Beliau berkeyakinan pemimpin yang ada dalam PAS mampu memikul tanggung jawab tersebut.

"Bukan dunia yang kita cari tetapi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kita percaya pemimpin yang ada mampu melaksanakan tanggung jawab tersebut," katanya.

Hakim, Antara Syurga Dan Neraka


(Tulisan ini didedikasikan untuk Ketua Hakim Negara yang baru)

Takhta undang-undang adalah kedaulatan. Hakim ibarat singa yang mengawal dan mempertahankan undang-undang itu. Keadilan pula adalah mahkota undang-undang. Tanpa takhta, singa dan mahkota, undang-undang tidak bermakna.

Dalam kitab fiqh klasik mazhab Syafie, al-Iqna’, yang digunapakai sebagai sukatan untuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), ada satu bab yang membicarakan secara khusus berkaitan kehakiman dan kesaksian. Kitab al-Iqna’ yang ditulis oleh al-Khatib asy-Syarbini adalah syarah kepada Matan Abi Syuja’, kitab fiqh asas untuk mereka yang mengikuti pengajian Islam terutamanya untuk peringkat menengah.

Kitab ini di samping yang lain seperti Fathul Mu’in antara turath yang wajib dipelajari oleh mereka yang belajar Islam.

Bab tersebut menjadikan ayat al-Quran yang memerintahkan supaya menjatuhkan hukuman dengan adil sebagai moto. Sementara qadhi, istilah yang digunapakai untuk hakim, kelayakannya ditekankan melalui hadis yang menjelaskan bahawa hakim itu tiga, satu di dalam syurga dan dua di dalam neraka. Hakim yang masuk syurga ialah hakim yang mengetahui kebenaran dan berhukum dengannya. Sementara dua hakim yang ke neraka ialah hakim yang berhukum dengan kejahilan dan hakim yang mengetahui kebenaran tetapi zalim.

Keadilan mengikut kitab fiqh ini disimbolkan melalui sikap atau etika hakim ketika mengendalikan perbicaraan. Istilah yang digunakan ialah at-taswiyah – kesamarataan. Ada tujuh situasi hakim mesti bersikap samarata ketika berhadapan dengan pendakwa dan tertuduh.

1. Ketika menyediakan tempat duduk.

2. Ketika mendengar keterangan.

3. Ketika memandang.

4. Ketika mereka masuk menemuinya.

5. Ketika bangun untuk menghormati.

6. Ketika menjawab salam.

7. Ketika senyum dan bermanis muka.

Bagi menjamin keadilan juga hakim tidak dibenarkan sama sekali menerima hadiah daripada salah satu pihak atau menghadiri jamuan / kenduri yang mereka anjurkan.

Kitab ini ditulis ketika sistem mahkamahnya adalah tunggal dan undang-undang Islam berdaulat. Para hakim pula terdiri daripada para ulama’ yang bertaqwa. Namun, para hakim tetap diikat dengan kod etika yang ketat, sesuai dengan realiti dan situasi untuk menjamin keadilan kepada semua. Orang yang berada di hadapan hakim adalah sama sahaja, samada khalifah atau khadam, raja atau rakyat. Hakim bukan menjunjung pangkat tetapi menjunjung keadilan.

Oleh kerana ketika itu hakim belum diinstitusikan,penekanannya adalah kepada peribadi hakim. Di tangannya terletak samada keadilan tertegak atau tidak. Pemerintah / Khalifah yang melantik hakim sendiri tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas peribadi hakim. Sebagaimana seseorang itu boleh menerima atau menolak perlantikan sebagai hakim, dia juga berhak untuk menghukum orang yang melantiknya.

Hakim menjadi tempat terakhir untuk rakyat / orang ramai mengadu sekiranya dia merasakan dirinya dizalimi terutamanya ketika dizalimi pemerintah. Hakim tidak akur kepada telunjuk pemerintah tetapi akur kepada kedaulatan undang-undang. Pemerintah / Khalifah walau pun dia yang melantik hakim, hakim tidak berada di bawah telunjuknya.

Kini institusi kehakiman berkembang selaras dengan tuntutan masa. Namun, perkembangan itu tidak sepatutnya memangsakan hakim. Singa di bawah takhta tidak wajar dijerat. Biar seribu tahun lagi, biar dunia sudah tidak bersempadan, biar hujan naik ke langit, hakim tetap hakim. Keadilan tetap keadilan. Hakim dan keadilan tidak dapat dipisahkan ibarat aur dengan tebing, ibarat solah dengan zakat.

Buat Ketua Hakim Negara yang baru, ingat, seperti yang kamu katakan, gaji kamu dibayar dengan duit daripada kocek kami. Kami menyara hidup kamu seperti kami menyara anak-anak kami. Kami tidak mengharapkan apa-apa kecuali satu, keadilan. Kami halalkan sekiranya kamu adil. Kalau kamu zalim, kami tuntut kamu di akhirat kelak.

Ingat, kamu adalah tempat terakhir untuk kami mengadu kalau kami dizalimi oleh pemerintah kami. Kamu tidak perlu menyebelahi kami sebagaimana kamu tidak perlu menyebelahi pemerintah. Kamu mesti menyebelahi keadilan.

Ingat, mahkamah kamu seperti kubur kamu. Kalau kamu adil di situ, kamu selamat selepasnya. Kalau kamu zalim di situ, kamu tanggunglah balasannya. Keadilan bukan sesuatu yang bersifat subjektif, nisbi, tetapi keadilan adalah sesuatu yang tetap dan pasti. Sesuatu yang thabit dan tidak berubah. Keadilan adalah kekal. Semua boleh musnah, keadilan tidak boleh. Allah, zat yang kekal, salah satu namanya ialah al-adlu (adil). Apabila hak dipulangkan kepada yang berhak, adil. Sebaliknya, zalim.

Hakim cuma ada tiga. Jadilah hakim yang satu dan jangan termasuk dalam dua hakim lagi.



Sah Razak Baginda Akhirnya Dibebaskan

TERKINI - Keputusan mahkamah yang dibaca sekitar jam 9.30 pagi tadi mengesahkan kini penganalisis politik, Abdul Razak Baginda akhirnya dibebaskan dan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pula akan dipanggil untuk membela diri daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu. Sesuatu perlu disiasat atas dakwaan isteri beliau dulu bahawa suaminya itu tiada hasrat untuk menjadi Perdana Menteri. Siapakah yang beliau maksudkan, dan kepada siapa kenyataan itu ditujukan?

[Keputusan hakim yang telah kami jangkakan dan sedikit pun kami tidak terkejut. Segalanya kini terbukti bahawa kes ini sememangnya nampak kesamarannya. Dua lagi tertuduh akan dipanggil untuk membela diri. Semua ini adalah "trick' semata-mata. Kami juga yakin yang kedua-dua itu akan dibebaskan. Ataupun dipenjara seumur hidup kemudian dibebaskan ikut jalan belakang. Siapa pembunuh Altantunya sebenarnya?.]

Debat mampu nilai kemampuan pemimpin negara - Nik Aziz



KOTA BAHARU, 30 Okt - PAS menyambut baik saranan diadakan debat dan berharap ianya diadakan secara terbuka bagi menilai kemampuan seseorang pemimpin yang akan memerintah negara masa depan, kata Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata dalam Islam, forum sedemikian sangat digalakkan kerana memberi peluang kepada rakyat menilai sejauh mana kemampuan seseorang pemimpin, keilmuan serta ketaqwaannya.

"Dalam gerakan Islam kita boleh dan berhak memilih seorang pemimpin sama ada yang bertaqwa kepada Allah, latar belakang serta kemampuan dalam ilmu pengetahuan," katanya yang dipetik Bernama ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di sini hari ini.

Seramai 310 orang pelajar kelas jahitan dan tenungan tangan seluruh Kelantan menerima sijil masing-masing dan akan menjadi tenaga penggerak kepada kemajuan wanita di kawasan masing-masing.

Nik Aziz berkata umat Islam berhak memilih pemimpin berdasarkan latar belakang dan kemampuannya.


Status usul Anwar tubuh Suruhanjaya Diraja Isnin depan

KUALA LUMPUR: Status usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tiga projek kerajaan persekutuan yang didakwa meragukan akan diketahui pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin depan.

Perkara itu dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum sesi Perbahasan Rang undang-undang Perbekalan 2009 di sini hari ini.

"Usul yang dikemukakan itu sampai di meja saya selepas jam sepuluh pagi (semalam), maka jawapannya akan dibuat pada hari Isnin," katanya.

Anwar menggunakan Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) bagi meminta mesyuarat ditangguhkan untuk menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat keraguan mengenai projek jalur lebar berkelajuan tinggi bernilai RM11.31 bilion, pembelian Bank Internasional Indonesia oleh Maybank bernilai RM4.26 bilion dan perolehan 12 unit Cougar Eurocopter EC-725 bernilai RM1.679 bilion.

Anwar sebelum itu bangun bagi meminta penjelasan Pandikar Amin mengenai status usul yang dikemukakannya.

"Saya ada kemukakan usul semalam," kata Ahli Pahlimen Permatang Pauh itu.

Celahan Anwar itu dijelaskan Pandikar Amin dengan berkata: "Kalau sebelum jam sepuluh maka jawapan boleh dibuat pada hari berikutnya".

Anwar akur dan menerima ketetapan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat itu.

Tan Sri Zaki Beri Peringatan Kepada Hakim



PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Zaki Tun Azmi mengingatkan para hakim bahawa mereka tidak layak menerima gaji daripada wang rakyat jika gagal melaksanakan tugas dengan baik termasuk mengamalkan rasuah dan ampu-mengampu. Beliau menegaskan, tindakan drastik termasuk disingkirkan daripada badan kehakiman boleh dikenakan kepada mereka serta pegawai kehakiman yang gagal menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan bersungguh-sungguh.

‘‘Kita harus ingat gaji kita dibayar daripada kocek rakyat. Jika merasakan tidak mampu memberi khidmat terbaik (mungkin kerana beban kerja terlalu berat atau gaji tidak memadai), kita ada pilihan. “Pilihannya sama ada terus memikul beban demi kepentingan awam atau meninggalkan jawatan masing-masing atas kepentingan peribadi,” katanya. Ketua Hakim Negara ke-12 itu berkata demikian ketika berucap pada majlis pelantikan ke jawatan itu di Istana Kehakiman di sini hari ini. Beliau menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib pada 17 Oktober lalu.

Kami sempat menyaksikan kelibat Hakim Coklat Hacks semasa Ketua Hakim Negara berucap. Dalam hati terkadang kita lihat, kata-kata Tan Sri Zaki itu ada benarnya. Namun ia bukan sahaja harus ditujukan kepada kepada mereka yang gagal menjalankan tugas dengan baik. Sepatutnya ingatan itu juga harus ditujukan kepada hakim-hakim yang boleh “dijual-beli” seperti Augaustine Paul itu. Beliau sepatutnya tidak layak lagi untuk bergelar “Hakim”, tambahan pula Anwar sudah dibebaskan dari pendakwaan kes liwat dimana beliau antara hakim yang dipercayai bersekongkol untuk mensabitkan mantan TPM itu dengan kes berkenaan. Maka bila melihat mukanya dalam Istana Kehakiman, terasa lucu pula mendengar kenyataan Ketua Hakim Negara itu. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah.

Pemuda PAS Perak Makan Belut

Ipoh : Menu istimewa jamuan kali ini ialah 'BELUT' - walaupun nama Restoran tersebut lebih gah dengan namanya: NASI LEMAK AYAM KAMPUNG!

Ya! Pemuda PAS Perak telah mengadakan sambutan Hari Raya di sebuah restoran Melayu yang unik - Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, bertempat di Jalan Yang Kalsom Ipoh.

Hidangan pada malam tersebut sungguh istimewa dengan hidangan nasi lemak beserta ayam goreng kampung yang sungguh menyelerakan.Ada Tomyam sea-food, ketam goreng berempah dan paling menakjubkan ialah sejenis masakan dari 'belut' yang sungguh umph!Sekali rasa, habis satu pinggan disental!

Hidangan Tom-yam yang enak itu tidak berapa sangat dihiraukan oleh para tetamu. Mereka nampaknya lebih menumpukan kepada hidangan ayam kampung goreng.Lagipun Tom-Yam tu tak berapa kena nak dimakan dengan nasi lemak.

Rasanya , itulah jamuan Hari Raya terakhir ....puasa sebulan sahaja,takkanlah nak nyambut raya hingga ke hujung tahun!

Antara tetamu kehormat pada malam tersebut ialah Menteri Besar dan isterinya, YB Mohd Zainuddin, Ketua Pemuda sendiri, Norazli Musa dan beberapa orang exconya, YB Idham Lim dan lain-lain.

Menjelang bulan November ni, kena kerja keras semula. Pastikan level perut tak mengalahkan dada!

Berikut adalah rakaman gambar majlis makan tersebut. Saya tidak pasti samada riaksi dalam gambar berikut akibat penangan ayam kampung atau belut! Lihatlah sendiri!

Walau bagaimana pun saya ucapkan terima kasih kepada Ustaz Norazli kerana hidangan ayam kampung dan belut tu...
Ketua Pemuda Tambun, Zairul Azrun -
selepas makan belut bersama MB


Setiausaha Akhbar MB, Anwar : Apa??
anak belut masuk telinga
pulak dah!


Apa pula yang digebang dek Amran tu
sampai Ketua Pemuda Ipoh Timor, Salman naik sawan!?


Pasangan duet sedang menghiburkan dengan
lagu 'Antara Dua Benua'!?


Hee! Hee! ini baru betul! penangan belut tu!


Kalau diadakan pertandingan meratah belut
malam tu, tentulah Abang Din
yang jadi juaranya..

PM@Pak Lah TAK TAKUT TUHAN?




Semalam, bersempena dengan persidangan Law Asia ke 21 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Datuk Ambiga dalam ucapannya telah merayu Perdana Menteri@PM yang juga berada di majlis yang sama, supaya mengadakan usaha untuk memansuhkan ISA , sebuah akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Saya yakin, Ambiga telah mengumpul keberanian untuk menyatakan tentang kezaliman ISA, berdasarkan ilmu, empati dan simpati beliau terhadap rakyat malaysia yang t sedang dan pernah dijadikan mangsa ISA . Beliau yang telah beberapa kali melawat tahanan ISA di Kem Kamunting, ternyata begitu komited dengan kenyataannya supaya ISA di mansuhkan terus.

Inilah jawapan beliau pada wartawan, sebagai respon pada rayuan Ambiga itu “ as a Muslim, he was answerable to God to be fair to all irrespective of their religions”.Betul kah Pak lah bertanggungjawab pada Tuhan?Jika beliau benar-benar bertanggungjawab dihadapan Tuhan, kenapa bila semua lapisan rakyat, yang berbilang kaum,bangsa dan ugama minta ISA di mansuhkan, beliau masih mempertahankan akta zalim itu? Kenapa?

Susahlah lah rakyat Malaysia punya Perdana Menteri yang buta hati, tidak boleh membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Pastinya, bukan saya seorang yang kecewa dengan jawapan Pak lah itu.

Pak Lah tak tahu tak, SB yang menyoal siasat semua tahanan itu sangat kejam hingga ada tahanan ISA yang masih lumpuh walaupun setelah sebulan dibebaskan?Kalau Pak lah lupa, mungkin kemenangan kes saman RM2.5 juta Malek Hussin tahun lepas, dapat mengingatkan semula betapa kejam,zalim dan berperikemanusiaan semua SB yang menyoal siasat beliau.Cuba Pak lah jawab, siapa yang arahkan SB bersikap kejam seperti itu?

Pak Lah tak tahu ke, menahan orang lain tanpa perbicaraan itu satu kesalahan?Penahanan itu bukanlah sehari dua,tapi ambil masa bertahun-tahun. Ada pasangan suami isteri tahanan ISA yang sudah bercerai. Ada anak tahanan yang meninggal dunia tanpa sempat diziarahi oleh ayahnya.

Pak Lah tahu tak, ada tahanan ISA dah di tahan lebih dari 7 tahun tanpa sebarang pendakwaan dimana-mana mahkamah. Bukankah penggunaan ISA itu bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya melindungi keselamatan rakyat?
Sebelum Pak Lah meletak jawatan PM pada March tahun depan, lakukanlah sedikit kebaikan pada rakyat Malaysia dengan membebaskan semua tahanan dan memansuhkan ISA.

Dan jika benar Pak lah masih ada sedikit rasa takut pada Tuhan, bebaskanlah semua tahanan itu dengan segera....
Note: Aina Mardhiah meninggal dunia tanpa sempat dilawati ayahnya yang telah ditahan lebih 7 tahun. Peristiwa kematian ini adalah bukti kezaliman ISA.

KJ minum arak?

Anda tafsir lah sendiri berdasarkan gambar yang anda lihat....




Sama tak botol minuman dalam gambar sebelah ni dengan botol minuman yang ada dekat depan KJ dalam gambar dekat atas tu???









Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .