Ikuti Blog ini

Godaan dunia resam dalam perjuangan - Tuan Ibrahim

TEMERLOH, 31 Okt - Ahli dan pemimpin PAS tidak akan mudah terpengaruh dengan tawaran keduniaan kerana mereka sedar matlamat sebenar perjuangan yang perlu dicapai, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berucap pada ceramah anjuran PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau, dekat sini baru-baru ini, Tuan Ibrahim menambah walaupun kehidupan perjuangan yang dibawa melalui wadah yang ada memungkinkan wujudnya tawaran keduniaan tetapi Islam telah meletakkan panduan bagaimana setiap pejuang membentengkan diri daripada godaan tersebut.

"Tawaran keduniaan bukannya perkara baru dalam sejarah perjuangan. Islam melalui Nabi Muhamad s.a.w dalam perjalanan Israq dan Mikrajnya telah diperlihatkan gambaran bagaimana godaan dunia yang berbentuk wanita yang menyebabkan semua orang tertarik," katanya

Tambah Tuan Ibrahin lagi, Islam ada cara bagaimana nak mengatasi masalah dan amanah sebagai perkara yang perlu diutamakan dalam perjuangan. Beliau berkeyakinan pemimpin yang ada dalam PAS mampu memikul tanggung jawab tersebut.

"Bukan dunia yang kita cari tetapi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Kita percaya pemimpin yang ada mampu melaksanakan tanggung jawab tersebut," katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .