Ikuti Blog ini

Senario Terbaru Politik Negara, Trend Golongan Artis Sertai Dan Sokong Pakatan Rakyat Bakal Menarik Generasi Muda Buat Perubahan !!

Nampaknya pengaruh Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR semakin diterima oleh rakyat Malaysia. Selepas kemenangan Pakatan Rakyat dalam empat pilihanraya kecil berturut-turut, bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Penyertaan dan sokongan rakyat terutamanya golongan muda kepada Pakatan Rakyat bukan sahaja bagi mereka dikalangan orang biasa, malah trend ini menular dikalangan artis-artis tempatan.


Biarpun sebelum ini mereka tidak membuat kenyataan secara rasmi namun ternyata ramai artis, juruhebah radi0 dan mereka yang terlibat dengan industri hiburan mula berjinak-jinak dengan PAS atau PKR. Sebelum ini kita mendengar penyanyi lagu-lagu blues yang pernah popular bersama kumpulan "Blues Gang" iaitu Ito secara terbuka menyokong Anwar Ibrahim.


Malahan beliau pernah menerbitkan sebuah album yang bertajuk "keadilan" yang ditujukan khas kepada Anwar diawal kebangkitan reformasi dulu. Selepas Ito, kita ada juga mendengar artis seperti Nasir Jani dan lain-lain lagi.


Ustaz Akil Hayy D.Riyadh dan Ito Blues Gang awal-awal lagi sudah
menyokong dan sertai Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)


Itu belum termasuk bekas vokalist kumpulan D'Riyadh iaitu Akil Hayy yang pernah menjadi penceramah popular parti PAS. Terbaru, kita mendengar bekas penyanyi kumpulan nasyid popular Brothers iaitu Yassin membuat persembahan di Kongres Nasional Keadilan tahun lalu.


Persembahan yang menimbulkan kontroversi itu akhirnya membawa kepada pengakuan terbuka Yassin bahawa beliau memang menyokong Parti Keadilan Rakyat sejak sekian lama.


Artis Nasyid, Yassin bekas vokalist kumpulan Brothers ketika mengadakan
persembahan dipersidangan AMK Kongres Nasional Keadilan tahun lalu.


Renggo Arrow Secara Rasmi Sertai PAS


KOTA BHARU - Dan kini senario sokongan golongan artis semakin menjadi-jadi dan menampakkan petanda yang cukup baik kepada Pakatan Rakyat. Terbaru seorang lagi artis iaitu Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, yang popular dengan lagu hits "Tak Suka Tak Apa","Niat Hati Tak Nak Berpisah" dan banyak lagi mengumumkan secara rasmi menyertai parti PAS dan turut menyerahkan borang keanggotaan parti itu kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan. Beliau berbuat demikian di Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas PAS Kelantan hari ini.


Tahniah, Renggo Arrow yang popular dengan lagu "Tak Suka Tak Apa",
"Niat Hati Tak Nak Berpisah" kini secara rasmi sertai PAS



Amy Search Nafikan Sudah Sertai PAS


Sementara itu dalam majlis yang sama Ikon rock negara, Amy Search, menafikan beliau telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti itu. Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, berbuat demikian hari ini.


"Tidak...saya belum menyertai Pas dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo. "Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya. Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai Pas," katanya.


Imej Islamik Amy Search, bakal menarik golongan muda berminat
menyertai parti PAS sebenarnya. Kanan, bersama Nik Aziz



Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan. Beliau berkata, atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia adalah satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz. Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular kumpulan mereka suatu ketika dulu.


Tok Guru Nik Aziz Menangis Dengar Amy Menyanyi


Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. "Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya. Beliau berkata, untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama. "Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik," katanya.


[Jika trend ini terus berlarutan sehingga pilihanraya umum ke-13 akan datang, maka kami yakin satu perubahan besar akan berlaku dalam politik tanahair. Tambahan pula Pakatan Rakyat kini sememangnya sudah melekat dihati rakyat terutamanya golongan muda. Justeru itu dengan berita lebih dua juta pengundi muda layak mengundi dalam pilihanraya umum itu nanti, besar kemungkinan kerajaan pusat juga akan bertukar tangan dalam apa cara sekali pun.


Inilah yang sepatutnya digusarkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Namun mereka masih terus alpa dan tidak berbuat sesuatu bagi membendung pengaruh "blog" yang semakin menular sekarang ini. Malah di Pahang sendiri boleh dikatakan UMNO begitu ketinggalan dalam hal ini dan tidak yakin serta takut untuk menyediakan blog masing-masing. Jika keadaan ini dibiarkan, lama kelamaan mereka akan terus ketinggalan dari segi sokongan golongan muda. Malah dikalangan artis dan pengiat industri hiburan sendiri pun, kami nampak jelas mereka memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat].



Polis pukul anak saya, dakwa ibu Adi Anwar

Ibu Adi Anwar Mansor, 23, telah membuat aduan terhadap polis yang didakwanya memukul anaknya sewaktu dalam tahanan.


jiknah harun adi anwar thinner police 110409 detainee motherJiknah Harun, 49, mendakwa anaknya telah ditendang di bahagian belakang, dipukul di belakang kepala, dan dibelasan dengan getah air sehingga dia tidak mampu lagi menahan kesakitannya.


Jiknah, seorang surirumah, membuat dakwaan tersebut dalam aduan yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang pagi tadi.


Dalam aduan tersebut, Jiknah juga mempertikaikan dakwaan OCPD Klang, Mohamad Mat Yusof bahawa Adi Anwar mengalami kecederaan ketika bergelut sewaktu dia ditangkap.


Menurut Jiknah, jika betulnya anak itu cedera, mengapa dia tidak terus dibawa ke hospital.


Beliau diiringi oleh peguam N Surendran ketika datang membuat aduan polis pagi tadi.


Dalam aduannya, Jiknah juga menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat kes tersebut, tanpa campurtangan polis Klang kerana anggotanya didakwa memukul Adi Anwar.


adi anwar mansor thinner police 100409Jiknah juga berkata beliau mahu mendapat keadilan untuk anaknya dan tindakan tegas diambil terhadap anggota polis yang didapati bersalah mencederakan anaknya itu.


Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Jiknah berkata beliau berharap pihak polis akan membebaskan Adi Anwar secepat mungkin supaya dia dapat bertemu dengan anaknya perempuannya yang baru berusia tiga bulan.


Adi Anwar ditahan di Jalan Kebun kerana didakwa melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah pada 7 April, tetapi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas didakwa meminum bahan pelarut.

Ahmad Said Bakal Diguling Dengan Undi Tidak Percaya?

Kemelut baru bakal membungkus Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said apabila berdepan dengan Sidang Dun tidak lama lagi. Mahu tidak mahu, sidang mesti dipanggil.

Kesemua 23 Adun BN yang kononnya berdiri di belakang anak Badawi dan Idris Jusoh akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Dun bagi membalas "dendam" terhadap Ahmad yang engkar dengan pantang larang Idris Jusoh.

Menteri Luar, Rais Yatim dan Pensyarah UIAM, Dr Abdul Aziz Bari sependapat tentang kaedah undi tidak percaya ini, merupakan satu jalan bagi menidakkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Menurut Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, "betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan."

"Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budi bicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan.

"Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi".

Dr. Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik Adun lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti.

"Ataupun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!"

Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri � dan juga Persekutuan � ada peruntukan di mana ketua negeri boleh "memprorog" atau membubarkan dewan.

"Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang".

Rais Yatim yang juga ahli undang-undang menjangkakan Ahmad Said akan jatuh seperti "nangka masak" jika meneruskan hasrat menjadi Menteri Besar.

"Bila dia (Ahmad) buat jemputan bersidang tentu 23 ahli Dun ini akan menzahirkan undi tidak percaya. Jika ini berlaku, jatuhlah beliau seperti "nangka masak".

"Itu proses dia. Ikut manapun tidak mungkin bagi beliau meneruskan jawatan itu tanpa ada sokongan majoriti," tegas Rais kepada Utusan Malaysia.

Dalam kemelut politik Terengganu, Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) telah menamakan Ahmad Said sebagai MB yang baru dengan menolak calon Perdana Menteri dan Umno Terengganu, Idris Jusoh kembali ke kerusi itu.

Sekalipun, Idris menyerahkan segalanya kepada qada dan qadar, serta bersedia menerima apa jua keputusan dari istana sebelum ini, terbukti palsu dan lakonan semata.

Pilihan istana terus dipersoal, ditentang dan istana menjadi sasaran cemuhan 23 Adun BN Terengganu secara biadap dan derhaka. Mereka memboikot majlis angkat sumpah dan mengugut akan memecat Ahmad dari menjadi ahli Umno.

Kemarahan peimpin Umno Terengganu itu gagal disembunyikan, malah terus meluap-luap hingga tercatat kemarahan itu di sepanduk "Kami Nak Idris, Natang!" yang boleh ditafsirkan betapa marahnya mereka terhadap istana dengan menggelarnya "binatang".

5 RAHSIA KEKALAHAN UMNO BN DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU




UMNO BN masih tercari-cari alasan yang konkrit berhubung kekalahan yang datang bertimpa-timpa sejak pilihanraya umum lalu.Di sini terdapat beberapa rahsia kekalahan UMNO BN yang terpaksa dibocorkan demi untuk menyelamatkan UMNO BN itu sendiri.


1)UMNO BN tidak menggunakan wang ringgit semasa berkempen.Jentera kempen perlu diberi wang ringgit barulah jentera itu boleh bergerak dengan licin.

2)UMNO BN tidak menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik sepertimana Pas.

3)UMNO BN tidak menggunakan media arus perdana untuk berkempen.Sumber media yang ada seperti rtm dan tv3 perlu diperkudakan sepenuhnya untuk menyampaikan segala keburukan pembangkang supaya rakyat jangan mengundi pembangkang.

4)Pemimpin UMNO BN rajin sangat turun ke kampung-kampung sewaktu tiada pilihanraya.Sepatutnya bila ada pilihanraya baru turun melawat kampung-kampung,kerana pada ketika itu barulah rakyat berasa dekat dengan pemimpin.

5)Projek mee segera perlu dihidangkan ketika pilihanraya.Pada pilihanraya 2 Bukit 1 Batang tiada langsung projek mee segera yang dihidangkan kepada rakyat di Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai.Ternyata pemimpin UMNO tidak berbohong apabila menyatakan tiada lagi projek mee segera selepas perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.Inilah kesilapan besar apabila tiada projek mee segera untuk merangsang rakyat untuk mengundi BN.

Cukuplah 5 rahsia didedahkan untuk tatapan umum.


DS Nizar singgah ziarah Imam Fahme



IPOH : Selepas selesai di rumah arwah Roslan Shaharum, DS Nizar sempat singgah menziarahi Imam Fahme di Kg Meranti Lapan, Changkat Larang.

Imam Fahme bersama isteri diserang penyakit angin ahmar lebih sebulan yang lalu dan hampir seminggu ditahan di Hospital Besar Ipoh. Kini kesihatannya beransur pulih, cuma kaki kirinya belum kuat untuk berjalan jauh.

"Kami pernah tinggal serumah semasa kempen pilihanraya di Pendang, Kedah suatu ketika dulu," cerita DS Nizar tentang perkenalannya dengan Imam Fahme. Mereka juga biasa bersama didalam program anjuran Pas.

Kunjungan DS Nizar serta isteri begitu menggembirakan Imam Fahme sekeluarga. Biarpun sebentar namun ianya amat bermakna.


Sahabat lama bertanya khabar, bertukar cerita.

"Hanya bahagian ini saja yang masih sakit lagi" kata Imam Fahme.

Ketua kampung Sri Rahmat dan Changkat Larang juga turut serta.


DS Nizar prihatin mendengar cerita Imam Fahme.


Isteri Imam Fahme sedang menerangkan sesuatu kepada DS Fatimah Taat.


Ketua kampung Sri Rahmat, Sdr Ahmad Osman sedang mengadukan masalah penduduk kepada DS Nizar.



Bergambar kenangan bersama keluarga Imam Fahme.




DS Nizar menziarahi keluarga arwah Roslan Shaharum



IPOH : Hasrat pertama selepas memenangi kerusi Parlimen di Bukit Gantang iaitu untuk berkunjung hormat ke rumah Allahyarham Roslan Shaharum untuk berjumpa keluarganya tercapai jua malam ini setelah beberapa hari sebelum ini, balu Allahyarham, Puan Safiah tidak berada dirumah kerana menjalani kursus.

Kehadiran DS Nizar serta isteri didalam hujan disambut tetamu yang telah sedia ada. Keluarga terdekat, pimpinan Pas, PKR dan DAP, pihak media dan juga bloggers.

Puan Safiah menyambut kedatangan DS Nizar dengan rasa senang hati terutama apabila Bukit Gantang dapat dipertahankan oleh Pas.

Bacaan tahlil untuk Allahyarham Roslan juga telah disempurnakan oleh DS Nizar serta hadirin.

"Allahyarham Roslan seorang yang benar-benar memahami dan mendekati rakyat. Oleh sebab itulah saya sendiri yang melantik Allahyarham untuk jawatan Pengerusi Yayasan Perak bagi membantu rakyat yang miskin", mula cerita DS Nizar tentang Allahyarham Roslan Shaharum
selesai bacaan tahlil.

Hasrat terakhir Allahyarham Roslan adalah untuk membantu dua keluarga miskin yang sangat memerlukan bantuan.

Sebuah keluarga di Air Kuning yang mempunyai dua orang anak kurang upaya yang cukup berminat dengan komputer. Janji Allahyarham untuk menghadiahkan 2 buah komputer kepada anak-anak tersebut akan dilaksanakan oleh DS Nizar di masa terdekat ini.

Sebuah keluarga lagi yang berketurunan India, seorang nenek yang kurang pendengaran akan dibekalkan dengan alat pendengaran sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allahyarham.

Dua minggu sebelum meninggal dunia, Allahyarham datang berjumpa dengan DS Nizar untuk memohon cuti kerana mahu ke Syria untuk melawat anaknya di sana.

Allahyarham juga biasa mengadakan temujanji dengan DS Nizar untuk membincangkan pelbagai masalah rakyat. Tidak pernah masalah dan perkara peribadi dibawa kedalam pertemuan.

DS Nizar bertekad untuk meneruskan kerja-kerja yang telah dimulakan dengan baik oleh Allahyarham di Parlimen Bukit Gantang. Kesemua petugas-petugas untuk ketiga-tiga dun didalam Bukit Gantang yang sebelum ini bekerja bersama Allahyarham akan dikekalkan.

DS Nizar juga merasakan bahawa Bukit Gantang masih ketinggalan jauh kebelakang berbanding tempat-tempat lain di Perak dan berjanji akan berusaha keras untuk memperbaiki serta membangunkan Bukit Gantang dengan sebaiknya.


DS Nizar disambut hadirin sebaik tiba dirumah Allahyarham Roslan Shaharum.

Ketua Kampung Changkat Larang, Sdr Parvis mengiringi DS Nizar.


DS Nizar menyampaikan rasa sukacitanya kerana dapat berkunjung hormat kepada balu Allahyarham.


Berbual bersama keluarga terdekat Allahyarham.



Bapa mertua (kiri baju putih) dan abang Allahyarham Roslan.

DS Nizar menceritakan pengalamannya selama 10 bulan bekerja bersama arwah.

Datin Seri Fatimah Taat bertanya khabar kepada Puan Safiah.

Bacaan tahlil yang diketuai oleh DS Nizar.

Kesemua yang hadir turut bertahlil sama.

Bacaan doa oleh DS Nizar.


Amin daripada muslimat.


Adik ini meminta tandatangan dibukunya daripada DS Nizar.

Jamuan buat hadirin.


Bergambar bersama keluarga Allahyarham Roslan.



Bertanya khabar tentang pelajaran anak-anak Allahyarham Roslan.

Bergambar bersama kenalan dan sahabat Allahyarham Roslan Shaharum.




Nizar di jadual menghadap Sultan Perak pada 19 April.

nizar-karismatik


Sejurus kemenangan Nizar Jamauluddin di Bukit Gantang, ia sekaligus membuktikan bahawa rakyat tetap di belakang Nizar dan membuktikan rakyat telah mnenolak kepimpinan Zambry dan ia juga merupakan isyarat yang jelas kepada Istana bahawa referendum rakyat Bukit Gantang mestilah dihormati oleh semua pihak.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di jadual akan menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 19 April ini.

Pertemuan ini adalah untuk menghadiri jemputan dari pihak istana bagi menghadiri majlis penganugerahan bintang-bintang kebesaran pada tarikh tersebut sempena sambutan keputeraan baginda baru-baru ini.

Nizar juga memberitahu dimana beliau telah mengutus sepucuk surat kepada pihak istana bagi mendapatkan tarikh yang sesuai bagi mengadap Tuanku Sultan untuk mempersembahkan cadangan pembubaran DUN agar dapat baginda memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Di samping itu hasil keputusan persidangan tergempar DUN yang diadakan di bawah pokok 3 Mach lalu juga akan dipersembahkan kepada Tuanku dimana hasil persidangan tersebut di mana ahlki ahlki dewan telahmemberi sokongan terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar, membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan membenarkan Speaker, V. sivakumar mengambil tindakan terhadap polis, Menteri Dalam Negeri (ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar), Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim bertindak menghina Dewan serta menghalang sidang tergempar tersebut di jalankan.

Jika Dewan tidak bersidang maka secara Automatik ianya akan di bubarkan maka pilihan raya Negeri Perak akan di adakan.




HISHAM MENTERI DALAM NEGERI, POLIS AKAN PAKAI KERIS???

Semasa Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjadi Ketua Pemuda Umno beliau sering menggunakan keris sebagai simbol perjuangan pemuda Umno.

Beliau akan tampil di pentas dengan menghunus keris dan menciumnya. Malah semasa perhimpunan pemuda umno terakhirnya hujung bulan lepas beliau sekali lagi menghunus keris dan keris itu dihadiahkan oleh pemuda Umno kepada beliau.


Begitulah konon hebatnya semangat 'melayu' dan kepahlawanan beliau. Namun dalam isu bahasa Melayu beliau tetap menghina bahasa Melayu dengan mempertahankan PPSMI.
Semua orang tahu keris merupakan simbol senjata orang melayu purba kala. Cerita-cerita purba zaman P Ramlee memang diminati dan keris menjadi senjata utama. Antara keris legenda adalah Taming Sari dan lain-lain. Malah menara yang dibina di Melaka diberikan nama Taming Sari iaitu keris yang diterima oleh Hang Tuah atas kehebatannya membunuh pahlawan Majapahit ketika bertikam di hadapan Raja Majapahit dan Sultan Melaka di Istana Raja Majapahit.

Kini Hishamuddin diamanahkan oleh sepupunya Memanda Menteri Perdana, Tok Najib dengan jawatan Menteri Dalam Negeri. Mungkinkah selepas ini Hisham akan mengarahkan semua Polis memakai Keris yang diselitkan ditengah-tengah perut dan pistol dipinggang.

Jika Hishamuddin terlupa, mungkin beliau boleh mempertimbangkan cadangan saya ini. Saya mencadangkan perkara ini selepas mendapat sms dari rakan blogger, Hasbullah Pit yang bertanya kepada saya mungkinkah polis akan bawa keris? itu ayat dalam sms yang dihantar kepada saya sekejap tadi.



Walaupun Kalah, Pasti Ada Ahli UMNO Bukit Gantang Yang Kaya !

Kuala Terengganu - UMNO Bahagian Bukit Gantang telah kalah dalam pilihanraya kecil parlimen yang diadakan pada 7 April, Selasa lalu.

Ahli parlimen Bukit Gantang yang baru, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat telah menewaskan calon UMNO/BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2, 789 undi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/suratumno.jpg
Namun begitu, ahli-ahli UMNO Bukit Gantang mungkin tetap gembira walaupun parti mereka mengalami kekalahan yang agak teruk.

Malah mungkin ada dikalngan ahli-ahli UMNO yang tidak kesah samada parti mereka kalah atau menang dalam pilihanraya kecil itu.

Ia adalah kerana mereka meraih laba dan keuntungan kerana mendapat bayaran yang agak lumayan semasa pilihanraya itu.

Menurut salinan surat pekeliling UMNO Bahagian Bukit Gantang yang bertarikh 20 Mac, 2009, setiap peringkat dan gerakan ahli UMNO diberi bayaran sehingga mencecah ribuan ringgit.

Surat yang bertajukPeruntukan Kewangan Bagi Petugas-petugas Jentera Pilihanraya UMNO Parlimen Bukit Gantang, sebuah keluarga ahli UMNO dibayar sebanyak RM 1000.00.

Manakala pemuda, wanita dan puteri yang bertugas dibayar sebanyak RM 100.00 sehari setiap seorang sepanjang kempen pilihanraya tersebut.

Mereka yang menggunakan kereta untuk bertugas dibayar pula sebanyak RM 100.00 dan motosikal sebanyakk RM 50.00 setiap hari.

Selain itu, sesiapa yang menjadi penyokong UMNO turut dibayar sebanyak RM 500.00

Bayangkanlah satu keluarga yang menjadi ahli UMNO, isterinya seorang wanita UMNO anak lelakinya menjadi pemuda dan anak perempuannya seorang puteri UMNO.

Setiap orang dari mereka pula memiliki sebuah kereta dan mereka bertugas sepanjang pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang !

Lumayan…… tentu lumayan ! Tapi jangan ditanya dari mana datangnya duit itu !



Siapa dalang di sebalik meletupkan Altantuya menggunakan bom C4 - Kit Siang

KERETA JENAZAH ALTANTUYA

meletupkan Altantuya menggunakan bom C4
Persoalannya bahawa siapa dalang di sebalik Unit Tindakan Khas Polis Bukit Aman dengan meletupkan Altantuya menggunakan bom C4,Sesiapa sahaja yang mengikuti perjalan kes tersebut tidak akan menolak kemungkinan malah lebih kuat menyatakan kes ini memang mempunyai pertalian dengan Perdana Menteri Najib Razak - Lim Kit Siang

KES ALTANTUYA : Kit Siang Desak Tubuh Suhanjaya DiRaja



Penasihat Dap Lim Kit Siang mahu campurtangan Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat dengan teliti untuk membela nasib kedua-dua anggota Unit Tugas Khas Polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


Dengan berakhirnya satu perbicaraan kisah pembunuhan wanita Mongolian Altantuya Shaariibuu yang diletupkan dalam hutan pada 20 Oktober 2006 lalu yang mendapat laporan meluas oleh media tempatan dan antabangsa yang mahukan keadilan dalam perbiracaan apabila mereka dapat menghidu banyak kepincangan sewaktu perbicaraan kes sedang dijalankan.


“Persoalannya bahawa siapa dalang di sebalik Unit Tindakan Khas Polis Bukit Aman dengan meletupkan Altantuya menggunakan bom C4,” kata Lim dalam kenyataan beliau itu.


“Sesiapa sahaja yang mengikuti perjalan kes tersebut tidak akan menolak kemungkinan malah lebih kuat menyatakan kes ini memang mempunyai pertalian dengan Perdana Menteri Najib Razak,” jelas beliau


Sementara menunggu kes ini dibawa ke Mahkamah rayuan oleh Azilah dan Sirul untuk merayu dalam kes dibawah Penal Kod seksyen 149 ini, keresahan rakyat amat ketara mahukan campurtanggan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk memberi pembelaan yang adil kepada kedua-dua mereka.


Petang semalam Najib mengumumkan barisan kabinet baru beliau selepas baru enam hari menjadi Perdana Menteri yang mana umum mengetahui kekalahan teruk oleh Barisan Nasional di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.


“Pengumuman ini jelas bahawa beliau mahu menutup atau memesongkan pemikiran rakyat dari mempersoalkan kes terhangat ini dari menjadi bualan umum,” Lim berkata.


“Najib berterusan menafikan perbabitan beliau dan menyatakan beliau tidak terlibat dalam kes letupan C4 dan akan bertindak mematahkan siasatan Suruhajaya Siasatan Diraja ini yang menghantui beliau serta nama baik kerajaan Malaysia untuk selamanya,” tambah Lim.


“Walaupun hanya orang-orang tertentu yang boleh memberi arahan pengunaan bom C4, kehilangan rekod Imigersen kemasukan Altantuya ke dalam negara ini dan kehilangan perisik bebas Bala Supramaniam selepas membuat akuan bersumpah dalam pembabitan Najib dalam kes pembunuhan ini,” kata lim mengakhiri kenyataan beliau.




PASCA BUKIT GANTANG : Polis Dibidas Lepaskan Gas Pemedih Mata Di Air Kuning

Pihak polis hari ini dibidas kerana setelah tiga hari pilihanraya kecil Bukit Gantang berlalu, baru mereka membuat pengakuan bahawa anggota mereka ada melepaskan gas pemedih mata terhadap penyokong PAS di Air Kuning semasa pilihanraya kecil sedang berjalan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hussin Ismail hari ini menkaui polis melepaskan gas pemedih mata terhadap penyokong PAS di Air Kuning Bukit Gantang.

Naib Presiden UMNO yang juga sekarang Menteri Pertahanan, Mohd Zahid Hamidi sebelum ini telah menafikan wujudnya kejadian melepaskan gas pemedih mata oleh pihak polis di kawasan pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur, Air Kuning.

Banyak pihak mempertikaikan tindakan biadab polis berkenaan kerana tindakan sedemikian tidak perlu di saat orangramai sedang menunaikan kewajipan untuk mengundi.

Tindakan polis berkenaan telah menyebabkan ketakutan di kalangan pengundi-pengundi dari kalangan warga emas dan wanita apabila mendapat tahu polis sudah melepaskan gas pemedih mata di situ dan kerana itu terdapat mereka yang membatalkan hasrat untuk keluar mengundi pada hari berkenaan.

"Pertembungan diantara parti-parti yang bertanding adalah perkara biasa di dalam suasana hari mengundi. Tiba-tiba akibat kebebalan polis yang ingin menunjukkan kuasa berlebihan di hari tersebut telah melepaskan gas pemedih mata sedangkan ianya boleh dileraikan tanpa penggunaan tembakan gas tersebut. Yang terlibat di dalam pertembungan itu hanya di setitar 15-20 orang sedang bilangan polirs ketika itu lebih ramai," tegas seorang pengundi yang menghubungi Kelab GB.

"Hal yang berlaku selepas penyokong2 umno melempar kerusi ke arah penyokong2 PAS," tambahnya.

Sementelah lagi, pengakuan polis tersebut dengan sendirinya menafikan kenyataan Naib Presiden UMNO, Mohd Zahid Hamidi yang mendakwa video yang tersebar adalah gambar lama yang diselitkan oleh para blogger.

"Zahid perlu letak jawatan. Lansung tidak ada kredibliti sebagai menteri dan pemimpin. Tidak menyemak fakta dan beliau tidak tahu apa yang beliau cakap," tambah pemanggil tersebut lagi.



POLIS Nafikan... Nafi buta sebab kelongsong peluru


MENTERI Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Presiden KAFA, Annuar Musa melawat Mohd. Huzaifah Mohd. Nor yang buta mata kanan akibat terkena kelongsong gas pemedih mata FRU di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU - Polis menolak dakwaan seorang pelajar yang buta mata kanan kerana terkena kelongsong gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV di sini Selasa lalu.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ia berdasarkan siasatan awal dan laporan perubatan daripada doktor yang merawatnya.


Beliau berkata, dalam keadaan kelam kabut, pelbagai perkara boleh berlaku dan kemungkinan besar mangsa terkena objek keras atau mercun yang dibaling perusuh dalam rusuhan berkenaan.


"Sekiranya benar dia terkena kelongsong gas pemedih mata dari jarak dekat, kecederaannya akan lebih besar melibatkan seluruh muka dan jika dari jarak jauh, kelongsong itu tidak akan mencederakan kerana ia lembut.


"Saya telah menghubungi doktor untuk mendapatkan penjelasan dan beliau memberitahu kecederaan tersebut bukannya daripada kelongsong gas pemedih mata, kemungkinan besar objek keras lain seperti batu atau mungkin mercun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Mohd. Huzaifah Mohd. Nor, 18, yang berkemungkinan hilang penglihatan kekal apabila mata kanannya dikatakan terkena serpihan kelongsong gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV di sini malam kelmarin.


Pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini mendakwa terkena kelongsong itu ketika membantu mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein kira-kira 100 meter di luar stadium berkenaan.


Sehubungan itu, keluarga mangsa dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menyaman polis dan pihak berwajib yang lain kerana menyebabkan kecederaan kekal terhadapnya.


Abdul Rahim berkata, ketika rusuhan tersebut berlaku, polis telah melepaskan 20 tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 3,000 perusuh.


"Siasatan kita juga mendapati pegawai dan anggota telah melepaskan tembakan gas pemedih mata mengikut standard aturan yang ditetapkan (SOP) iaitu menghalakan 45 darjah ke atas dan bukannya menghala terus kepada manusia.


"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan seperti biasa tanpa pilih kasih dan terpulang kepada keluarga mangsa untuk menyaman polis," katanya.


Tambahnya, semua kes yang melibatkan rusuhan pada malam kejadian kini disiasat di bawah beberapa seksyen iaitu Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan, Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam.




Pengundi Lebih Matang, Pemimpin Politik Arus Perdana Gagal Fahami

Keputusan tiga pilihan raya kecil semalam menunjukkan pengundi masa kini berfikiran bebas tanpa sebarang pengaruh serta pembayar cukai yang bijak, dan aliran sebegini akan terus kekal, menurut seorang pensyarah sains politik.


Prof Madya Saliha Hassan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata rumusan itu mungkin frasa yang diulangi berkali-kali sejak keputusan pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, tetapi itulah yang gagal difahami kebanyakan pemimpin politik arus perdana.http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/MUHYIDDIN_PIBG.jpg

"Sebilangan pemimpin politik arus perdana masih lagi berkempen dengan cara lama, memandang rendah, berinteraksi dengan rakyat di kawasan pilihan raya dan menganggap mereka tidak cerdik untuk memahami isu-isu.

"Tetapi mereka seharusnya menyedari hakikat bahawa kita sekarang ini mempunyai pemikiran bebas tanpa sebarang pengaruh dan pembayar cukai yang bijak sebagai pengundi, ia bukan lagi seperti dalam tahun 70-an di mana rakyat dianggap bersikap tidak peduli dan jahil," kata pensyarah pengajian sains politik dan strategik di Pusat Sejarah UKM. (Gambar kanan-pemberian bantuan dalam masa pilihanraya sedang berlangsung adalah satu rasuah)

Ketiga-tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak semalam menyaksikan status quo dikekalkan apabila Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, di Sarawak; Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal di DUN Bukit Selambau, Kedah dan PAS berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak.

Ditanya sama ada perubahan kepimpinan negara memberi sebarang kesan untuk mempengaruhi pengundi, Saliha berkata ia tidak memberi kesan besar kerana pengundi meletakkan penekanan kepada ciri-ciri dan prestasi calon.

"Pada masa dulu, apabila tiba pilihan raya pemimpin politik akan melawat ke rumah-rumah pengundi dan membaca doa dan makan bersama mereka dan berfikir mereka telah melakukan peranan mereka untuk meyakinkan rakyat.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/090407-04.jpg
"Tetapi, pengundi hari ini lebih bijak dalam permainan politik semasa. Mereka melihat latar belakang calon, prestasi masa lalu dan membuat penilaian sendiri terhadap ciri-ciri calon berkenaan," katanya.(Gambar kiri-prestasi pencapaian Nizar, walaupun hanya 10 bulan, dinilai cemerlang oleh rakyat Perak, terutamanya bukan Melayu)

Saliha berkata ramai pengundi melihat tindakan kerajaan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), sebagai "tiada apa yang perlu dihebohkan".

"Ramai rakyat Malaysia percaya mereka yang dibebaskan itu sepatutnya tidak ditahan sejak dari awal lagi, maka mereka berpendapat pembebasan mereka memang sudah sepatutnya.

"Satu perkara lagi, apa yang berlaku di peringkat pusat biasanya jarang mempunyai kesan terhadap kepercayaan dan idealisme mereka yang tinggal di luar bandar,


"selagi mereka meletakkan kepentingan rakyat dalam perjuangan mereka, rakyat akan terus mengundi mereka," katanya.

Saliha berkata beliau gembira rakyat Malaysia menjadi semakin kritikal ketika memilih pemimpin mereka dan pada masa sama ahli politik seharusnya bergerak mengikut perubahan masa.

"Aliran pengundi sebegini akan berkekalan, maka kedua-dua pihak seharusnya waspada," katanya kepada Bernama
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/MDF05310.JPG

Sementara itu, Prof Madya Dr Azahari Ismail daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata kurangnya jumlah majoriti ketara yang diperoleh pemenang menunjukkan kedua-dua pihak menghadapi kesukaran untuk menang besar.


Beliau mengakui wujud kesukaran untuk menerima hakikat bahawa pengundi Malaysia kini sudah "matang".


"Kematangan ini bermakna keupayaan untuk berfikir dengan mendalam dan rasional terhadap sesuatu isu selepas mengumpulkan segala fakta dan banyak membaca tentang sesuatu isu.

"Ada orang menyatakan pengundi-pengundi kita kini lebih matang sebagaimana pengundi di negara maju, tetapi masyarakat umum di negara berkenaan lebih celik huruf dan banyak membaca, serta terdedah kepada pendidikan politik.

Beliau berkata rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan dalam amalan membaca dan masalah ini perlu ditangani segera.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .