Ikuti Blog ini

Kemewahan Rumah Pemimpin PAS...Umno Pun Kalah


Gambar kat atas nih ialah rumah Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom, punyalah besar rumah siap ada kubah dan ada rumah pengawal. Inilah menteri United Malays National Organisation (Umno).. baru jadi menteri beberapa penggal rumah bagai istana.

Manakala gambar kat bawah nih adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang jawatan Menteri Besar .

Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan, 1990 - Hingga Kini
Tuan Guru Haji Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu 1999- 2004
Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.

Dikala pemimpin PAS sibuk membangunkan Ummah,pemimpin United Malays National Organisation (Umno) membangunkan Rumah.

Full Video : Ceramah Tok Guru Nik Aziz Dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir Di Bachok

Ceramah Umum dan Isu- Isu Semasa oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Perkarangan Pejabat Pas di Pantai Irama, Bachok.




[Video] Nizar Langgar Pentas UMNO: Perbandingan 2 Video, Edited & Original (updated)


Semalam blog ini menyiarkan sebuah video yang memaparkan kejadian ketika DS Nizar yang menghadirkan diri ketika satu ceramah UMNO yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Kampung Tualang.

Video itu ternyata telah diedit oleh pihak pencacai UMNO untuk memburukkan DS Nizar.

Hari ini kita dedahkan dua video, satu yang diedit dan satu yang original supaya masing-masing dapat membuat penilaian.

Jom saksikan bersama:


Versi UMNO



Versi sebenar



Penjelasan DS Nizar



Nizar: Tindakan saya tak salah

IPOH – “Saya hadir bukan dengan niat mengganggu kelancaran program, lagi pula ceramah itu mengalu-alukan orang ramai, tidak terkecuali saya sendiri.”

Demikian ulasan bersahaja yang diberikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kehadirannya dalam satu ceramah anjuran Umno di Tualang Sekah, 13 Mei lalu.

Mengakui kehadirannya menyebabkan orang ramai termasuk pemimpin Umno kawasan itu terkejut, Mohammad Nizar berkata, kunjungan­nya ke program itu tidak lain, hanya untuk mendengar pendedahan yang dibuat berkaitan dirinya.

“Apa salahnya saya duduk dan dengar sesuatu yang ada kaitan dengan saya, kebetulan ada kerusi kosong di bahagian hadapan pentas, saya pun duduklah,” katanya.

Pada malam 13 Mei lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Adun Pasir Panjang itu hadir dalam ceramah anjuran Umno bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’.

Turut berada dalam ceramah itu adalah Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Shaarani Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Kampar, Datuk Mohd Radzi Manan.

Mohammad Nizar berkata, beliau terpanggil untuk hadir ke ceramah itu kerana secara kebetulan sedang menunggu giliran untuk memberi ceramah anjuran Pas Kampar yang diadakan kira-kira 150 meter dari lokasi.

Menurutnya, meskipun ada pihak yang tidak senang dengan kehadirannya dan memintanya beredar, beliau mengambil pendekatan untuk terus dengar dan lihat.

“Pandangan hadirin secara tiba-tiba tertumpu kepada saya, tetapi saya minta penceramah teruskan sesinya yang jelas sedang menghentam diri saya.

“Jika berlaku sebaliknya, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya, lebih mudah untuk saya sampaikan maklumat,” katanya.
-SH


So, verdictnya?

Memang layak sangat anugerah dan doa "laknatullah" ke atas pencacai UMNO yang mengedit video untuk memburukkan Nizar itu. Selagi video itu ada di youtube, selagi itulah laknatullah itu berjalan ke atas mereka yang berkenaan. -GB

Nur Jazlan yang menang majoriti 20,449 pun kecut perut dengan Salahuddin?



Kalau sebelum ni Dr. Fuad Zakarsi 'melahirkan' rasa kecut perut dia dengan kemungkinan Salahuddin akan bertanding melawan dia di parlimen Batu Pahat, hari ni seorang lagi Ahli Parlimen Johor 'melahirkan' rasa kecut perut pasai ada kemungkinan dia yang terpaksa menghadapi Salahuddin dalam PRU13 nanti.

Sebelum ni Salahuddin Ayub yang dah semacam kompom akan bertanding di negeri Johor ada bagitau yang dia berminat untuk bertanding samada di parlimen Batu Pahat, Tanjong Piai ataupun Pulai.

Hari ni macam dilaporkan Sinarharian, ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan pulak 'melahirkan' rasa kecut perut dia. Memang la dia tak kata dia kecut perut, tapi kalau baca 'between the line' apa yang dia kata tu memang nampak macam dia dah mula kecut perut.

[Sumber: SinarHarian]
Mungkin ada yang tak setuju dengan aku, takkan Nur jazlan yang menang dengan majoriti besar pun nak kecut perut dengan Salahuddin. Dengan majoriti sebesar tu dia sepatutnya tak perlu takut nak lawan dengan sapa pun, kecuali la kalau dia ada isu peribadi dan orang Pulai pun dah meluat kat dia.

Kat bawah ni keputusan PRU12 untuk parlimen Pulai

1. Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN) (38,036)
2. Abdullah Ideris (Pas) (17,587)
Majoriti: 20,449
Jumlah undi: 56,702
Peratus mengundi: 71.21%
Undi rosak: 1,079
Penyandang: Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN)
(Majoriti: 34,926 undi)

Mungkin ada yang akan kata Salahuddin Ayub nak buat kerja 'gila' nak bertanding di parlimen Pulai, kerusi yang calon umno menang dengan majoriti lebih 20ribu undi juga merupakan kerusi yang calon dari PAS kalah dengan majoriti paling tinggi.

Tapi aku yakin, PAS Johor dah buat analisa terpeinci dan depa yakin kalau Salahuddin Ayub bertanding di parlimen Pulai, dia ada peluang besar untuk menang, mungkin tak berapa nak cerah tapi peluang memang besar.

[Sumber imej: Facebook]

Hari Guru: PAS, PR komited naik gaji guru


KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua guru yang berjasa besar kepada negara,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memetik puisi Allahyarham Usman Awang yang menukilkan “siapapun kita hari ini, sama ada Perdana Menteri, pensyarah, peguam, petani atau nelayan, kita bermula dengan ajaran guru”.

Katanya, dalam konteks negara membangun, pendidikan adalah industri yang melahirkan rakyat yang tinggi sakhsiahnya dan membekalkan tenaga produktif yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara.

“Di sebalik itu, guru adalah pemain utama yang menjayakan hasrat tersebut,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurutnya lagi, dengan cabaran globalisasi yang berlaku di zaman ini, tugas mereka tidak sekadar mengajar di kelas, tetapi hampir setiap waktu mereka bertugas secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk keperibadian rakyat.

“Sebagai penghargaan kepada jasa guru, PAS bersama Pakatan Rakyat komited dengan janji di dalam 'Buku Jingga' untuk menaikkan gaji guru-guru dan seluruh kakitangan berkaitan perguruan selaras dengan tanggungjawab yang besar dipikul mereka,” ujarnya. -Hrkh

Maka Terlucutlah Seluar Ketua Si Penonggeng Itu: Guna "Datuk" Palsu Rupanya



Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Mohd Ali Baharom pernah menggunakan gelaran Datuk palsu dan tidak di perakukan. Akhabar pencacai Utusan malaysia perniah menyiarkan berita "Datuk" palsu itu di keluarannya pada 13/01/2011 (sila rujuk keratan akhbar di bawah)

Nama Persatuan Veteran Tentera Melayu timbul apabila membuat 'senaman punggung' di hadapan rumah Pengerusi BERSIH 3.0 iaitu Ambiga.

'Senaman punggung' bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

Tindakan PVTM tersebut di kecam hebat sesetengah pihak kerana amat memalukan dan dipercayai didalangi oleh United Malays National Organisation (Umno).

Guru Bangkit Memimpin Perubahan

Sempena sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei 2012, Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) ingin mengucapkan ” SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU” kepada warga pendidik di seluruh Malaysia.
Warga pendidik yang dihormati.

Sejarah telah membuktikan bahawa peranan guru dan pendidik amat besar dalam mengubah lanskap politik negara sejak sebelum merdeka lagi yang membabitkan kelompok guru-guru pondok, guru-guru agama, guru-guru sekolah kebangsan Melayu dan sebagainya. Gerakan mereka berjaya memimpin massa menuntut kemerdekaan dan seterusnya mencorakkan masa depan pendidikan negara hingga sekarang.

Namun kealpaan, kecuaian, pengabaian, campur tangan politik yang berlebihan sama ada dilakukan sengaja atau tidak sengaja, kelemahan perancangan dengan tendensi melakukan perubahan demi perubahan pendidikan kononnya atas  tiket mengangkat pendidikan negara bertaraf dunia telah menjadikan sistem pendidikan negara menjadi caca marba. Hal ini berasas kerana polisi  trial and error dan project based yang diamalkan oleh pemerintah tidak kira berjaya atau sebaliknya sesuatu dasar itu dijalankan telah meninggalkan ’luka’ di hati masyarakat pendidik, ibu-bapa dan rakyat Malaysia umumnya. Antaranya isu PTPTN, PPSMI, Perubahan Status Sekolah Bestari yang akhirnya dijadikan sebagai Pembestarian Sekolah, Pengenalan Semula Dasar Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Penarikan balik buku teks kajian Komponen Sastera iaitu Novel Interlok Sasterawan Negara Abdullah Hussain kononnya mencemar nama baik sesuatu kaum, dan yang terbaharu pembatalan SBPA sebagai skim gaji baru penjawat awam telah melibatkan kerugian kos berjuta-juta ringgit kerana sikap terburu-buru dalam merancang dan membuat keputusan tentang masa depan pendidikan negara.

Kini, peluang untuk membetulkan keadaan ini telah  dirintis menerusi penubuhan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (PENDIDIK) yang diharap mampu menggerakkan momentum memimpin masyarakat guru dan massa untuk mengubah landskap pendidikan tanah air. Pelancaran NGO PENDIDIK  yang telah melakar sejarah dalam persada pendidikan negara ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Dewan Putra, Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor pada 12 Februari 2012 yang lalu.

Warga pendidik yang dihormati,

Sudah tiba masanya kita hentikan kezaliman ini dan tidak akan membiarkan minda dan jiwa guru dikongkong dengan ’penjajahan alaf baru’ yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini.

Justeru, satu wahana dan platform untuk para pendidik di seantero Malaysia telah diwujudkan untuk menyalurkan aduan, pandangan serta luahan demi memperkasakan pendidikan tanah air di samping tidak meminggirkan hak dan kebajikan para pendidik dalam memacu halatuju pendidikan negara. Sudah pasti NGO PENDIDIK ini berfungsi sebagai entiti yang  menggalas tugas profesional dalam kerjaya pendidikan akan berkhidmat berteraskan prinsip takwa, iman dan ihsan selain konsisten dalam memperjuangkan keadilan sejagat, kebajikan, maruah guru dan  maruah profesion pendidikan negara.

Semoga Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) akan menjadi   wadah yang tersohor, dan karismatik dalam memperjuangkan martabat, nasib, dan dinamika profesion keguruan agar terus dihormati dan menjadi ikon kebanggaan masyarakat pendidik”.

Sekretariat Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) mengharapkan agar semua para pendidik yang pernah menjadi mangsa ’tekanan politik’ atau ’mangsa pertukaran akibat dendam politik’ mengikut prosedur yang tidak betul sangat dialu—alukan untuk menyalurkan aduan ke alamat email ; _ HYPERLINK "mailto: aduanpendidik@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .Semoga" _aduanpendidik@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ._

Platform ini akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara di samping meramaikan kelompok profesional yang bakal mewarnai persada pendidikan negara ke arah menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti demi melahirkan modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji.

Mutakhir ini masih ada lagi  warga pendidik yang pernah menjadi mangsa kezaliman akibat ditukarkan ke sekolah lain sepanjang perkhidmatan tanpa mengikut prosedur yang betul dan bukan ’atas keperluan perkhidmatan’. Apa yang berlaku sebaliknya adalah ramai di kalangan warga pendidik telah ditukarkan hanya kerana ’dendam politik ’ dan ’tekanan politik’ dari pimpinan Umno Barisan Nasional.

NGO PENDIDIK mengharapkan agar semua warga pendidik di seluruh Malaysia tampil untuk menyuarakan pandangan dan berkongsi pengalaman tentang kezaliman yang telah dilakukan sejak 54 tahun oleh UMNO Barisan Nasional  sehinggalah kini. Jadi sudah tiba masanya kita hentikan kezaliman ini dan tidak akan membiarkan minda dan jiwa guru dikongkong dengan ’penjajahan alaf baru’ yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini.

Dalam waktu terdekat,’Roadshow NGO PENDIDIK ’ akan dilaksanakan akan diadakan di lokasi yang sesuai untuk menggerakkan  kebangkitan guru di seluruh Malaysia. Diharapkan dengan sokongan dan kerjasama semua para pendidik , NGO PENDIDIK  berharap akan dapat menangani isu-isu pendidikan negara dengan cara yang profesional dan bijaksana di samping  memaksimumkan penerangan,  perkhidmatan dan latihan menerusi peranan setiap sekretariat yang telah  diwujudkan. Ia juga diharapkan dapat menjadi medan dan wasilah warga pendidik dan guru menyuarakan pandangan, pendapat, dan idea untuk membangunkan kecemerlangan pendidikan nasional dalam persada pendidikan negara.

Akhir kata , Selamat Menyambut Hari Guru 2012 dengan tema yang dipilih oleh NGO PENDIDIK pada tahun ini ”BANGKIT GURU MEMIMPIN PERUBAHAN”

Normala Sudirman (Cikgu Mala) ialah Presiden Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK).

Najib Akan Tersungkur di Kampungnya Sendiri!

KUANTAN - Walaupun Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak kelihatan begitu gembira dengan sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat 11 Mei, namun lain pula cerita yang dialami Presiden Umno itu di kampungnya, kawasan Parlimen Pekan.

Pada Sabtu 12 Mei, Najib pulang tergesa-gesa apabila Majlis perasmian Karnival Belia Pekan (Youth Of Pekan - YO Pekan) yang dirasmikannnya gagal mendapat sambutan.

Sasaran kehadiran seramai 10,000 orang meleset apabila hanya kira-kira 5,000 orang hadir ke Majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menurut saksi seorang pegawai tinggi swasta, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah hidangan jamuan petang yang diadakan di dewan Majlis Daerah Pekan.

“Majlis bermula jam 3 pm dijangkakan kehadiran 10 ribu (orang) tapi yang hadir kurang lebih 5 ribu (orang sahaja).

“Selepas perasmian dan penyampaian hadiah PM sepatutnya bersama ke jamuan petang (yang diadakan) di dewan Majlis Daeran Pekan, tapi PM berangkat pulang (dengan tergesa-gesa),”ujarnya yang tidak mahu dikenali.

[Gambar - hanya tiga meja jamuan yang dipenuhi dari berpuluh-puluh yng disediakan untuk Jamuan minum petang bersama Najib]

Sehubungan itu, beliau kesal kerana berpuluh-puluh meja yang disediakan untuk minum petang bersama Najib akhirnya hanya tiga meja sahaja dipenuhi.

“Apa jadi jamuan yang di sediakan berpuluh puluh meja (akhirnya) cuma 3 meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Adnan Yaakob) , satu meja orangg awam , (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita,

“yang lain kosong dan yang luar dewan juga kosong,”jelasnya yang menambah, kedua majlis penyerahan tajaan Karnival tersebut kepada Najib juga terpaksa di batalkan.

Beliau menyifatkan ia adalah satu pembaziran akibat Najib meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin satu petanda BN akan tersungkur pada pilihanraya umum akan datang. -BO

[IKTIBAR] Kepala Yatt Hamzah Terlekat Di Sejadah, Nampak Wanita Dipanggang Api Neraka



Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka." "Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.



sumber: FB

Antara Tarian Punggung Rakyat Zimbabewe Dan Pesara Tentera. Yang Mana Otak Di Kepala Lutut?

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/554363_2213507152544_1693525944_1059262_2130930123_n.jpg
http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/556857_302643719822876_100002317513567_731347_119659816_n.jpg
Ali ni tinggal kat Bandar Bukit Puchong 2...buat malu org Pchg je..
Mohd Sayuti Omar

Apa saja dilakukan untuk memastikan Umno termasuklah dengan mengadakan senaman tungging punggung. Mungkin selepas ini ada pula kelab atau Ngo yang menyokong Umno akan mengadakan pertunjukkan perarakan telanjang di Dataran Merdeka. Tidak mustahil sebab semua orang di Malaysia sudah sakit jiwa.

Buat malu isteri dan anak-anak kat rumah je. Tentera otak kat kepala lutut! 
 

Bersih 3.0: Wong hantar bunga untuk Unit Amal


KUALA LUMPUR, 15 Mei: Unit Amal PAS menerima dua jambangan bunga hiasan daripada peserta Bersih 3.0 berbangsa Cina sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang mereka pada perhimpunan tersebut.

Wong Kow Kong, 58, menghantar sendiri bunga tersebut ke Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, semalam dan diterima seorang Unit Amal yang bertugas di pejabat.

Bunga tersebut dikepilkan dengan sekeping kad bertulis " Kepada semua ahli Unit Amal yang bertugas pada hari 428 Bersih 3.0 2012", "Terima kasih banyak-banyak",  Salute to all of you,  When injustice become law, membantah adalah tanggungjawab kita", dan "hidup hidup hidup rakyat".

Wong ketika dihubungi hari ini berkata, beliau dan keluarga sangat berterima kasih terhadap anggota Unit Amal yang bertugas menjaga keamanan pada perhimpunan tersebut.

Beliau berharap pemberian bunga tersebut dapat menggembirakan hati anggota-anggota Unit Amal atau turut digelar 'Tentera Merah'.

"Saya nak ucap terima kasih kepada Unit Amal sebab banyak tolong peserta-peserta pada Bersih 3.0.

"Bunga itu satunya daripada saya dan keluarga dan satu lagi daripada kawan saya. Saya harap mereka suka bila terima bunga itu," katanya yang merupakan seorang tukang jahit dan mempunyai kedai jahit di Damansara.

Menurut Wong, sewaktu perhimpunan tersebut, beliau berada di Jalan Tun Perak dan melihat sendiri bagaimana Unit Amal bertugas menjaga peserta-peserta.

Malah katanya, beliau yang turut menyertai perhimpunan Anti ISA dan Bersih 2.0 sangat senang dengan kewujudan Unit Amal di lokasi perhimpunan.

"Saya memang sudah biasa dengan Unit Amal. Setiap kali perhimpunan, saya tengok dengan mata kepala sendiri mereka bersusah payah bertugas," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Unit Amal bertindak ganas sewaktu perhimpunan.

"Kalau saya tengok Unit Amal ganas, saya tak akan bagi mereka bunga," katanya sambil ketawa.

Seramai 4,000 anggota Unit Amal dari Semenanjung Malaysia bertugas pada perhimpunan 28 April lalu. -Hrkh

Askar Pencen "Berpenyakit Buasir" Bersenam Depan Rumah Ambiga



Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara.

Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga.

Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas.

"Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi.

'Orang Islam, minum air suam'

Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian.

Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga.

"Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam.

"Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara.

"Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu.

Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'.

Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu.

Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya.

Gangguan, bukan himpunan aman

Katanya lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya.

Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman.

Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei.

PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH. -mk


Macam orang kena penyakit buasir layaknya.

Menonggengkan bontot kat orang lain tak tentu pasal di khalayak ramai untuk menunjukkan rasa marah kononnya.

Entah agama mana yang mengajar demo sedemikian rupa. Itu demo aman, kata polis nanti, tak salah di sisi undang-undang.

Di dalam Islam tak pernah wujud dan tak pernah dianjurkan demo untuk menghina orang lain samada terhadap orang Islam atau bukan-Islam seperti yang dilakukan mereka.

Mungkin ulamak-ulamak UMNO seperti Menteri Agama, Jamil Khir, atau Mufti Perak Datuk Harussani atau Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Abdul Shukor Hussin (akan) mengeluarkan fatwanya "demo BERSIH haram tetapi boleh berdemo menonggeng tunjuk bontot kepada orang lain untuk menunjukkan rasa marah"(?)
  -GB

Najib Diaibkan Di Kota London - Laungan BERSIH Semasa Beliau Berucap



Sama seperti kejadian semasa BERSIH 2.0 dahulu dimana kunjungan Najib disambut oleh Queen Elizabeth mengenakan pakaian kuning, pada kali ini Najib disambut dengan pemberian bunga berwarna kuning.

"Kuning" - satu warna yang begitu sensitif - dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH yang menuntut pilihanraya adil dan bersih di negara ini. Sehingga kini TIADA apa pun dilakukan oleh kerajaan Najib terhadap tuntutan BERSIH 3.0 itu.

Di bawah ini pula video "sambutan" yang diberikan kepada Najib setibanya di London.

paspb melaporkan:

Najib sungguh tersentak dengan laungan Bersih semasa mahu memulakan ucapannya di O2 Arena, London. Beliau menggunakan ucapannya yang pendek di O2 Arena dengan mempertahankan tindakan kerajaan terhadap himpunan Bersih 3.0. Pastinya, Najib tidak tidur lena setelah dimalukan rakyat Malaysia di Kota London.
 

Pak Samad: Kenyataan polis mungkin galak demo 'biadap'

Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said berkata kenyataan polis berhubung demonstrasi 10 Mei di hadapan kediaman Datuk S Ambiga mungkin menjadi galakan kepada Persatuan Veteran Tentera Melayu untuk mengadakan demonstrasi "biadap" pagi ini.
bersih kedah jom100 launching 060412 samad saidMalah, tidak mustahil sekiranya perhimpunan "senaman punggung" di hadapan kediaman Ambiga pagi ini akan turut diadakan di hadapan kediamannya selepas ini, katanya.
"Saya fikir timbalan IGP ada sebut tak salah berdemonstrasi di depan rumah Ambiga. Barangkali ia agak menggalakkan (demonstrasi dibuat)," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Mengulas lanjut kenyataan itu, Samad berkata: "Itu biasalah undang-undang ditafsir oleh orang yang berkuasa. Bukan ditafsir orang yang tak berkuasa."
Katanya lagi, PVTM mempunyai pilihan untuk mengadakan gimik lain tetapi tetap bertindak biadap dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.
NONE"Ada cara lain tapi dia memang nak memilih (biadap). Dia sengaja. dia memang nak berbiadap," katanya lagi.

Samad bagaimanapun berpendapat, siri demonstrasi di rumah Ambiga tidak akan menjejaskan momentum BERSIH untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Saya tak rasa begitu. Itu sebenarnya intimidasi dan untuk menakut-nakutkan... Tidak mustahil ia akan dibuat di hadapan rumah saya nanti," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak melarang sekiranya demonstrasi "menonggeng punggung" seperti itu diadakan di hadapan kediamannya.

Namun golongan berkenaan akan berdepan dengan reaksi daripada rakyat sekiranya mereka benar-benar berbuat demikian.

NONE"Reaksinya bukan dari saya (tapi) reaksi dari umum. Buatlah," katanya lagi.
Samad mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (kiri) yang berkata polis tidak akan mengambil tindakan ke atas kumpulan peniaga yang mengadakan demonstrasi pertama di hadapan kediaman Ambiga pada 10 Mei lalu.

Khalid memberi alasan, peniaga berkenaan boleh berhimpun dan berniaga di lokasi tersebut memandangkan tindakan itu dibuat di kawasan awam dan tidak mengganggu ketenteraman. -M'kini

Doa Tok Guru Nik Aziz iringi The Red Warrior

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan semua penyokong dan peminat The Red Warrior menjaga tatatertib mereka pada pertandingan akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini.

Beliau berkata, selain menjaga keselamatan sepanjang perjalanan, rakyat negeri itu yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga perlu menjaga nama baik negeri Kelantan sesuai dengan nama jolokannya sebagai 'Serambi Mekah'.

"Mudah-mudahan Allah selamatkan pemain kita. Sentiasa ingat kepada Allah. Dalam permainan kita jangan tinggal sembayang.

"Jaga tata tertib, mudahan Allah selamatkan kita semua baik pemain mahupun penonton," katanya dalam satu rakaman video yang dimuatkan di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, mengambil kira faktor keselamatan penyokong dari Kelantan yang akan membanjiri stadium nasional itu nanti, kerajaan negeri juga telah mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut mendoakan pasukan Kelantan agar berjaya membawa pulang piala FA itu nanti.

"Semoga The Red Warrior dapat pulang dengan kejayaan unggul menggenggam piala FA 19 Mei ini... yang penting permainan biarlah bersemangat, penonton pula jagalah akhlak dan peribadi sesuai dengan semangat kesukanan," katanya lagi. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .