Ikuti Blog ini
Gempar!! Pengguna Facebook Samakan Sultan Johor Dengan Babi ,Rabu, Oktober 17, 2012 at 17.10.12,
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama 'Zul Yahya' telah menggunakan akaun Facebooknya untuk menghina Sultan Johor dengan menyamakan Sultan Johor dengan babi.Tidak tahulah kenapa Mamat nih begitu marah sangat terhadap Sultan Johor sehingga sanggup melontarkan kata-kata keji yang amat keterlaluan.Kalau nak komen kat Facebook tu agak-agaklah,janganlah tulis komen macam orang tidak waras.Perbuatan Mamat nih sah-sah telah melanggar undang-undang negara.Inilah susahnya bila suka cari pasal tak bertempat.Untuk makluman pembaca pengguna Facebook ini bukanlah pelakon Zul Yahya,walaupun beliau menggunakan nama yang sama. -sumber
Korang tengok sendirilah kebebalan Mamat ini dalam screenshot dibawah ini:
Rakyat Kelantan Bina Lebuh Raya Sendiri : Kerajaan Umno-BN Patut Malu , at 17.10.12,
KKerajaan Pusat pimpinan Umno-BN patut merasa malu apabila rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai.
Sikap Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berdolak dalik berkenaan isu lebuh raya itu menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan menyelar tindakan Kerajaan Pusat kerana menafikan hak rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat yang kononnya bermaruah seharusnya berasa malu dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina lebuh raya itu menggunakan derma dan waqaf rakyat.
“Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf untuk memenuhi hak keperluan rakyat membina lebuh raya itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Sebelum itu, dalam perbahasan rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembinaan lebuh raya itu.
Bagaimanapun Shaziman berkata, beliau hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang Exco Negeri Kelantan mengenai majlis pecah tanah untuk projek itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, kenyataan Shaziman di Dewan Rakyat itu adalah cubaan menutup janji Kerajaan Pusat untuk projek itu dalam Rancangan Malaysia Ke-8(RMK-8).
“Kami tidak berpuas hati dengan jawapan menteri itu, dulu Kerajaan Pusat pernah janji pada tahun 1996.
“Oleh kerana kami sedar, jadi PAS Kelantan mengambil inisiatif itu,” katanya.
Beliau menambah setakat ini Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengutip RM4juta daripada RM1.8 bilion yang diperlukan untuk pembinaan lebuh raya itu.
Lebuh raya: Menteri cuba alih kepada air Kelantan
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor cuba menutup kegagalan kerajaan pusat membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu yang pernah dijanjikan semenjak tahun 1996 apabila cuba mengalih kepada isu air Kelantan.
Ahli Parlimen PAS melahirkan rasa tidak puas hati apabila menteri berkenaan terus berdolak-dalik setelah mereka membangkitkan isu lebuh raya berkenaan.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pembinaan lebuh raya itu adalah sebahagian daripada cadangan kerajaan pusat yang bermula di Pahang seterusnya ke Kota Bharu.
Malah katanya, menteri juga akui walaupun ada cadangan untuk meningkatkan taraf jalan tersebut tetapi kos terlalu tinggi menyebabkan kerajaan pusat membatalkan rancangan tersebut.
Katanya, kerajaan Kelantan sedar akan keperluan lebuh raya tersebut amat mendesak dan kegagalan kerajaan pusat untuk melaksanakannya maka kerajaan negeri terpaksa memulakan inisiatif untuk melaksanakan lebuh raya tersebut.
"Saya menyeru supaya kerajaan pusat khususnya Kementerian Kerja Raya mengambil inisiatif untuk berbincang tetapi jawapan mereka negatif dan mengalih kepada isu air dan sebagainya," katanya dalam sidang media di lobi parlimen. Menurutnya, Kelantan mempunyai banyak sejarah misalnya kerajaan negeri membina Jambatan Sultan Yahya pertama pada tahun 1960 tanpa memerlukan bantuan pusat walaupun ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat.
"Ternyata dalam kes pembangunan negeri Kelantan, kerajaan pusat amat negatif. Setelah kerajaan negeri ingin menambah Jambatan Sultan Yahya yang baru kerajaan pusat tiba-tiba dengan segera membina jambatan yang baru, sehingga hari ini masih tidak siap.
"Inilah yang kita kesalkan kerajaan pusat tidak mempunyai sikap positif dan ikhlas membina jambatan tersebut," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemberian royalti sebanyak RM10.4 billion akan memberi kemampuan kepada Kelantan untuk mendapatkan RM1.8 billion bagi membina lebuh raya berkenaan.
Malangnya, kata beliau rakyat sudah berputus asa dengan janji Kerajaan Pusat sehingga terpaksa menggunakan sistem wakaf untuk membina lebuh raya yang menjadi keperluan mereka.
"Kerajaan pusat seolah-olah tidak faham peranan dan tanggungjawab mereka. Saya akan katakan kerajaan pusat tetap menganatirikan rakyat kelantan," katanya.
Ahli Parlimen Pasir Putih Mohammad Husin kecewa apabila kerajaan menanguhkan projek lebuh raya itu ke dalam RMK-11.
"Projek ini diumumkan zaman Abdullah Badawi bermula dalam RMK-8, kemudian ditangguhkan ke RMK-9, RMK-10 dan akhirnya hari ini ditangguh lagi ke RMK-11," katanya kesal.
Terdahulu, Shahziman dalam penggulungan Kementerian Kerja Raya memberitahu kerajaan tidak pernah membatalkan projek lebuh raya ini sebaliknya hanya menangguhkan untuk penilaian semula.
Shahziman juga tidak yakin sebanyak RM1.8 billion boleh dicapai melalui kutipan yang dilancarkan oleh kerajaan Kelantan. -HD
Penarikan saman Musa Hassan terhadap Anwar bukti konspirasi Umno BN wujud , at 17.10.12,
KUALA LUMPUR 16 Oktober: Perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.
Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1.
Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.
Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.
Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas.
“Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Datuk Seri (Anwar) selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan,” katanya.
“Jelas apa yang dipertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau,” kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.
“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
“Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN
mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas
beliau dipecat pada 2 September 1998.
Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.
Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.
Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Ismail Omar.
Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.
Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.
Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, ‘A Doctor in The House’.
Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.
Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.
Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II.
Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.
Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.
“Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,” katanya.Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan.
Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Ismail Omar.
Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.
Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.
Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, ‘A Doctor in The House’.
Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.
Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.
Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II.
“Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN,” katanya.Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.- KD
UMNO Cipta Fitnah DAP Anti-Islam Kerana Takut Keakraban PAS-DAP , at 17.10.12,
Jangan laga-lagakan Pas dan DAP'
DAP mengulangi pendiriannya tidak pernah mengambil sikap anti-Islam kerana dasar yang terjalin sejak bekerjasama dengan Pas membuktikan perjuangan mereka adalah berdasarkan semangat yang berteraskan pada undang-undang negara.
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan kerjasama yang Pas dan DAP, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya rasa tidak timbul soal Pas juga menganggap yang DAP anti-Islam kerana kami sendiri menghormati agama Islam mempunyai nilai suci dan sejagat dan kami tidak pernah menentang nilai-nilai ini," katanya kepada Sinar Harian Online.
Isu DAP anti-Islam semula semalam susulan tulisan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang antara lain mendakwa bahawa MCA sebagai anti-Islam.
Ekoran kenyataan itu, MCA pula membalas dengan mencabar Nasrudin harus menjawab persoalan "adakah Pas juga mengganggap DAP sebagai anti-Islam?"
Demikian persoalan dibangkitkan oleh Setiausaha Agung komponen Barisan Nasional itu, Datuk Seri Kong Cho Ha.
"Saya rasa tidak timbul soal berlaku kesukaran untuk bekerjasama dengan Pas. Saya juga yakin yang Pas tidak pernah berfikir yang DAP anti-Islam.
"Pas sendiri bersetuju bahawa perjuangan parti antara DAP dan Pas adalah mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong itu turut berkata, Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan dasar dan semangat yang sentiasa berteraskan kepada undang-undang negara.
"Semangat kemuliaan hati ini sentiasa wujud antara Pas dan DAP jadi janganlah cuba melaga-lagakan DAP dan Pas pula," ujarnya.
Tambah beliau, setiap keputusan yang diambil dalam PR, mereka akan memastikan pimpinan semua parti dalam perikatan itu membincangkan perkara-perkara pokok secara adil dan telus. -SH
Yang sebenarnya, UMNO cukup benci dan sakit hati jika DAP tidak benci Islam, kerana lantarannya ia akan mengurangkan peluru UMNO untuk menyerang PAS.
UMNO begitu cemburu keakraban PAS-DAP, dan UMNO tahu bahawa keakraban PAS-DAP bakal menghancurkan BN.
Sedangkan hubungan baik PAS-DAP sebenarnya meredakan ketegangan kaum di dalam negara kita (rujuk berita bawah) dan hanya UMNO kini yang sedang membangkitkan isu perkauman sebagai talian hayat terakhir mereka sebelum dikafankan.-GB
Fauzi: Hubungan PAS-DAP redakan ketegangan kaum
WAWANCARA Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata, persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu.
Fauzi berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, keadaan semasa berbeza dengan sebelum ini apabila kedua-dua parti itu dianggap "macam anjing dan kucing" ekoran perbezaan ideologi.
"Kalau dulu kita lihat PAS dan DAP memang macam anjing dengan kucing. Langsung tidak boleh (bersama). Tapi (selepas) ada faktor jalinan ini, kita lihat satu keharmonian dalam masyarakat Malaysia ini.
"Kalau dulu kita lihat, ada banyak syak wasangka. Tapi sekarang (apabila) saya meninjau dari segi kedudukan hubungan antara kaum, walaupun masih ada kebimbangan, ada rasa perkauman, tapi saya nampak darjah perbezaan yang ketara.
"Dulu kita nampak ada unsur-unsur perkauman tetapi sekarang (ini) tenteram, aman, tak banyak syak wasangka.
Ini saya nampak memberi suasana baru di Malaysia," katanya.
Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi - yang menyertai PAS Mei lalu – berkata, jalinan keharmonian antara PAS dan DAP melalui usaha Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor yang mengikat mereka.
"Jalinan ini kita nampak cukup berkesan, dan rakyat boleh terima secara baik, apatah lagi bukti-bukti sekarang ini, orang kata, keharmonian begini menambahkan lagi suasana aman, dan ini menyebabkan rakyat mudah membuat pilihan," katanya.
Mengimbau pertembungan kedua-dua parti itu, Fauzi berkata ia berlaku apabila kedua-dua parti itu sebelum ini saling menggelar dan mengecam, khususnya melibatkan isu hukum hudud.
'Apa beza hudud dan Kanun Keseksanan?'
Bagaimanapun, tidak seperti ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, Fauzi berkata, ketika ini rata-rata pemimpin DAP – seperti Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan ketua parlimennya Lim Kit Siang – semakin memahami isu hudud.
"Maknanya, dia (Guan Eng dan Kit Siang) tak boleh nak kata tak boleh (laksana hudud). Sebab dia semakin faham. Dia menerima satu hakikat bahawa, kita tak takut sangat kalau hudud ini (dilaksana). Ia (hanya merangkumi) dua tiga hal sahaja hukum yang ditetapkan oleh Tuhan," kata Fauzi.
Mengulas mengenai penentangan Karpal terhadap hukum Islam itu, Fauzi - yang berkhidmat dalam polis selama 32 tahun - menganjurkan supaya semua pihak "berlapang dada" dan meninggalkan "aliran pemikiran lama".
Fauzi juga mempersoalkan penolakan “hudud Allah” oleh sebahagian rakyat Malaysia sedangkan mereka boleh menerima undang-undang sivil seperti Kanun Keseksaan yang diwarisi daripada British.
“Apa beza (hudud) dengan Kanun Keseksanan? Ia (Kanun Keseksaan) bukan kamu tulis. Ia berasal daripada British,” katanya lagi.
Fauzi menegaskan, hukum hudud juga tidak boleh dilaksana selagi PAS gagal meyakinkan rakan gabungan yang lain.
Menyentuh hubungan dalam Pakatan, Fauzi juga berkata “salah faham” yang timbul sebelum ini ekoran tidak ada interaksi untuk saling memahami.
Justeru, beliau menegaskan pentingnya kesepaduan antara parti-parti pembangkang - yang mempunyai ideologi politik yang berbeza - memudahkan rakyat membuat pilihan untuk bersaing dengan BN. -mk
Panas!! Exco Pemuda Umno Bercakap Dengan Kerusi!! , at 17.10.12,
Lihat dengan mata kepala sendiri
dengan gambar-gambar sebagai saksi dan bukannya berbicara pakai air liur
basi. Bukan nak mengata atau mencaci tetapi ini adalah realiti.
Gambar-gambar dirakam ketika penceramah utamanya Lokman Noor Adam, Exco Pemuda UMNO Malaysia sedang menyampai pidatonya.
Ceramah Pemuda UMNO di Simpang
Durian, Negeri Sembilan malam ini 16hb Oktober 2012, cukup-cukup hambar,
sunyi sepi dan lenggang. Banyak kerusi kosong tanpa penghuni
seolah-olah yang hadir mendengar ialah makhluk-makhluk halus dan bunian.
Butir-butir ceramah seperti biasa... mengguna pakai apa yang diberikan oleh JASA.
Kisah DAP nak jadikan Kristian
sebagai agama rasmi, Soros membiayai dana PR dan maukan DSAI jadi
Perdana Menteri boneka selain memfitnah DSAI kaki liwat dan zina.
Simpang Durian ini difahamkan
terletak dalam daerah Jelebu @ Kuala Klawang dimana ahli parlimennya
Rais Yatim. JASA salah satu Jabatan yang terletak dibawah Kementeriannya
dan Lokman Noor Adam adalah seorang yang dilantik bergaji sebagai Ahli
Pemikir JASA.
Sebab itu jangan kita rasa
hairan dan pelik mengapa Najib Razak sampai sekarang tak berani nak
bubarkan parlimen walaupun gula-gula PRU dalam Bajet 2013 di umumkan.
Petanda rakyat sudah bertekad
maukan Umno BN di ubah dari parti pemerintah ke aprti pembangkang
selepas PRU13 nanti.. itu sudah muktamad!!
Umno tumbang.. Islam dan Melayu
gemilang.. Umno rebah, Islam dan melayu berdiri gagah dan megah.. Umno
tersungkur lebur.. rakyat bersyukur..sumber
Ahli Parlimen Kesal Menteri Wanita Ponteng Sesi Penggulungan , at 17.10.12,
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen wanita Pakatan
Rakyat mempersoalkan ketidakhadiran Menteri Pembangunan Wanita Keluarga
dan Masyarakat dalam sesi penggulungan Belanjawan 2013 bagi kementerian
itu. Gambar dari carian di google.
Ketidakpuasan hati di kalangan ahli parlimen wanita itu mula dibangkitkan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) diikuti Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang).
Ekoran pencelahan mereka itu menimbulkan sedikit kekecohan menyebabkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandi terpaksa mententeramkan sidang dewan rakyat sebaik sahaja sesi soal jawab tamat.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang turut bangun meminta Timbalan Menteri Wanita mengabaikan hujahan mereka.
"Saya minta timbalan menteri pedulikan apa yang mereka cakap, teruskan sahaja penggulungan,"katanya dengan lantang.
Ekoran kelantangan Halimah itu, Ahli Parlimen Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) turut memberi respons "Saya sokong Tenggara jadi Menteri Wanita".
Sementara itu, Ahli Parlimen Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) yang juga melahirkan rasa tidak puas hati apabila Menteri Wanita yang sepatutnya membuat penggulungan diganti oleh Timbalannya Datuk Heng Seai Kie.
Semenjak peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil ekoran kontroversi dalam Pusat Fitlot Kebangsaan (NFC), kementerian itu sehingga kini dipangku oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mencelah ketika penggulungan, Zailah berkata memberi jawatan Menteri Wanita kepada seorang lelaki baginya merupakan satu penghinaan kepada Wanita Umno.
"Ramai wanita di dalam Umno yang boleh diangkat menjadi Menteri Wanita. Tidakkah ianya satu penghinaan apabila orang lelaki yang menjadi menteri wanita," katanya.
Tambahnya, banyak perkara yang berbangkit berkaitan kepentingan wanita di mana ianya perlu diperkasakan oleh kementerian ini.
Zailah juga mempersoalkan Permata negara dan pra sekolah mendapat peruntukan yang besar iaitu Rm1.2 billion sedangkan Kementerian Wanita hanya mendapat RM52 juta.
"Adakah Menteri Wanita merasai peruntukan ini mencukupi? Di dalam Laporan Audit turut melaporkan banyak kelemahan. Apakah alasan yang dibuat oleh kementerian bahawa matlamat boleh dicapai,"tegasnya.
Ketidakpuasan hati di kalangan ahli parlimen wanita itu mula dibangkitkan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) diikuti Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang).
Ekoran pencelahan mereka itu menimbulkan sedikit kekecohan menyebabkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandi terpaksa mententeramkan sidang dewan rakyat sebaik sahaja sesi soal jawab tamat.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang turut bangun meminta Timbalan Menteri Wanita mengabaikan hujahan mereka.
"Saya minta timbalan menteri pedulikan apa yang mereka cakap, teruskan sahaja penggulungan,"katanya dengan lantang.
Ekoran kelantangan Halimah itu, Ahli Parlimen Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) turut memberi respons "Saya sokong Tenggara jadi Menteri Wanita".
Sementara itu, Ahli Parlimen Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) yang juga melahirkan rasa tidak puas hati apabila Menteri Wanita yang sepatutnya membuat penggulungan diganti oleh Timbalannya Datuk Heng Seai Kie.
Semenjak peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil ekoran kontroversi dalam Pusat Fitlot Kebangsaan (NFC), kementerian itu sehingga kini dipangku oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mencelah ketika penggulungan, Zailah berkata memberi jawatan Menteri Wanita kepada seorang lelaki baginya merupakan satu penghinaan kepada Wanita Umno.
"Ramai wanita di dalam Umno yang boleh diangkat menjadi Menteri Wanita. Tidakkah ianya satu penghinaan apabila orang lelaki yang menjadi menteri wanita," katanya.
Tambahnya, banyak perkara yang berbangkit berkaitan kepentingan wanita di mana ianya perlu diperkasakan oleh kementerian ini.
Zailah juga mempersoalkan Permata negara dan pra sekolah mendapat peruntukan yang besar iaitu Rm1.2 billion sedangkan Kementerian Wanita hanya mendapat RM52 juta.
"Adakah Menteri Wanita merasai peruntukan ini mencukupi? Di dalam Laporan Audit turut melaporkan banyak kelemahan. Apakah alasan yang dibuat oleh kementerian bahawa matlamat boleh dicapai,"tegasnya.
Penarikan balik saman bukti wujud konspirasi, kata Anwar ,Selasa, Oktober 16, 2012 at 16.10.12,
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
meluahkan rasa lega dengan penarikan kes saman terhadapnya oleh bekas
ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi berkata keputusan itu
membuktikan wujudnya konspirasi dalam pendakwaan liwat dan kes mata
lebam ke atasnya pada 1998 yang lalu.
Musa pada pagi ini menarik kes saman yang difailkannya atas alasan telah mencapai persetujuan di luar mahkamah dengan peguam defendan hasil perbincangan antara kedua-dua pihak sebelum berlangsung perbicaraan hari ini.
“Saya bersyukur dan puas hati dengan penarikan kes saman ini.
“Tetapi persoalan yang timbul sekarang ini ialah wujudnya bukti konspirasi dan rekaan cerita terhadap pendakwaan saya pada 1998 lalu,” kata Anwar di luar mahkamah.lagi disini
Saya keluar Umno kerana TG Nik Aziz - Yahya Lampong , at 16.10.12,

(Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah)
KOTA KINABALU: Bekas timbalan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong berkata, sebab langsung beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya keluar Umno kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan dia bahawa parti Islam akan kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati.
"Di samping itu, bagi saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran.
"Lihatlah pada Nik Aziz dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad," kata beliau.
Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah.
Dua minggu lalu, Yahya secara rasmi membuat kenyataan meninggal Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Penyertaan Yahya bersama Pakatan Rakyat menambahkan lagi gelombang kebangkitan rakyat Sabah sekarang.
Ketika ditanya kenapa menyertai PKR dan bukannya PAS, Yahya berkata, dia menyertai PKR kerana mahu membantu mengembangkan PAS.
Ini kerana, PAS belum bersedia sepenuhnya untuk diterima semua pihak tetapi sesiapa sahaja boleh menyertai PKR tanpa sebarang halangan dan sekatan.
"Walaupun saya tidak menyertai PAS, tetapi saya yakin anak dan cucu saya akan menyertai PAS nanti," katanya yang kini berumur 72 tahun tetapi masih segar bugar.
Menang
Yahya (gambar) yakin Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.Bagi beliau, kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak hanya bonus sahaja kerana menurut pengiraan beliau, Pakatan sudah menang tanpa bantuan kerusi di Sabah dan Sarawak.
"Saya akan pastikan, PAS akan berada dalam kabinet negeri Sabah selepas pilihan raya umum akan datang walaupun sekurang-kurangnya satu kerusi," kata Yahya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, moto gelombang kebangkitan rakyat Sabah adalah 'Ini kalilah' tetapi Yahya lebih agresif lagi dengan slogan beliau 'Habislah kali ini'.
Bagi beliau, Pakatan akan menang 2/3 kerusi di Sabah dengan kebangkitan rakyat Sabah yang ada sekarang.
Kejatuhan kerajaan Sabah
Sebelum ini, Timbalan Menteri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin serta anggota Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing meninggalkan Umno.
Bagi pemerhati politik Sabah, peristiwa ini mengulangi sejarah politik Sabah.
Pada tahun 1976, Datuk Haris Salleh serta Datuk Salleh Sulong meninggalkan Usno dan membentuk Berjaya. Pada tahun itu, kerajaan negeri Sabah pimpinan Usno jatuh.
Pada tahun 1984, kerajaan negeri Sabah yang dipimpin Berjaya jatuh pula apabila Datuk Pairin Kitingan dan Mark Koding lari meninggalkannya dan membentuk PBS.
Tahun 1994 sekali lagi kerajaan negeri Sabah, kali ini pimpinan PBS jatuh apabila Datuk Lajim Ukin dan Robin Balang meninggalkan PBS dan menyertai Umno.
"Kali ini, Lajim dan Bumburing pula akan menjatuhkan kerajaan BN Sabah," kata mereka. -Hrkh
Hasil Selangor Meningkat 114.3%: Tiada Sebab Untuk Rakyat Tukar Kerajaan , at 16.10.12,
Laporan Audit : Hasil Selangor Meningkat 114.3 Peratus
Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.
Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.
Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.
Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan.
Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.
Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.
Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta.
Tidak Pandai Mengurus : Empat Negeri Pakatan Rakyat Terus Dipuji Ketua Audit Negara! ,Isnin, Oktober 15, 2012 at 15.10.12,
Laporan 2011
Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan
fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat
iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan
pendapatan.Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.
Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dibuat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia, meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.
Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".
Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu.
"Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil.
Negeri yang kaya dengan sumber petroleum Kelantan juga, mendapat undian memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang dicatatkan pada tahun 2010.
Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.
Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.
Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan.
"Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011. "
Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti.
Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.
(Gambar) Adun DAP Bukan Islam Dengar Kuliah Agama , at 15.10.12,
Kelihatan di dalam gambar di atas,
Adun DAP Perak, YB Lee Boon Chai- Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan
ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah masjid selepas solat Fardhu
Maghrib penuh teliti mendengar kuliah agama.
Lokasi sebenar
masjid ini tidak berapa pasti, mungkin sekitar Ipoh. DAP berkawan dengan
PAS, makin dengan Islam. Tetapi MCA berkawan dengan Umno, Umno sokong
MCA tolak hudud..
13 ceramah serentak di Kelantan , at 15.10.12,

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan melalui Lajnah Penerangannya akan mengadakan ceramah penerangan Pentas Pemuda di 13 lokasi serentak di seluruh negeri Kelantan sempena ulang tahun ke 22 kerajaan PAS Kelantan.
Siri ceramah ini akan dibarisi oleh pimpinan parti Pakatan Rakyat di peringkat pusat dan juga negeri.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari dalam satu kenyataannya pada hari ini, ceramah penerangan ini akan diadakan pada 19 Oktober 2012 iaitu pada hari Jumaat jam 9.00 malam di 13 lokasi terpilih di seluruh negeri Kelantan.
Ia bertujuan untuk memberikan penerangan dan maklumat terkini berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan serta menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
"Di antara nama-nama pimpinan yang dibariskan dimulai dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang akan menyampaikan ceramah di PASTI Nurul Amin, Kg Pauh Badang, Pengkalan Chepa bersama-sama YB Dato Haji Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
"Selain itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar akan berceramah di Markaz PAS UPU Kg Gemang, Jeli bersama-sama Cikgu Lau Chin Chua, bekas Setiausaha Parti GERAKAN Negeri Kelantan," ujar beliau dalam kenyataan tersebut.
"13 lokasi ini berasaskan kepada kawasan-kawasan parlimen di seluruh negeri Kelantan kecuali Kota Bharu di mana satu wacana perdana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan akan berlangsung di Kelantan Trade Center (KTC) pada tarikh dan masa yang sama.
"Justeru, DPPNK mengajak semua pendokong-pendokong kerajaan negeri Kelantan untuk bersama-sama keluar pada malam tersebut mendengar penerangan yang akan disampaikan oleh para penceramah jemputan."
Senarai lengkap 13 lokasi dan penceramah pada malam tersebut ialah seperti berikut :
Tarikh : 19 Oktober 2012
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam
|
Bil |
Kawasan |
Penceramah |
Tempat |
|
1 |
Pasir Mas |
1. Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang/ Ketua Penerangan PAS Pusat 2. Ust. Hj. Mohamad @ Fauzi Husain Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah 3. YB Hj. Hanifa Ahmad YDP PAS Kawasan Pasir Mas/ ADUN Pengkala Pasir 3. Sdra. Rozi Muhammad Ketua Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas / Penyelia DUN Tendong |
Taman Mekasar, Pasir Mas |
|
2 |
Kubang Kerian |
1. YB Dato Husam Musa Naib Presiden PAS / EXCO Kerajaan Negeri Kelantan 2. YB Dr Dzulkifly Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor/ AJK PAS Pusat 3. YB Mohd Zaki Ibrahim Timbalan Speaker Kelantan/ ADUN Kelaboran 4. Ust. Muhammad Hafiz Musa Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan/ Ketua Pemuda PAS Kbg. Kerian |
Tapak Pasar Binjai, Kubang Kerian |
|
3 |
Tumpat |
1. YB Dato’ Hj. Ahmad Yakob , Timbalan Menteri Besar Kelantan / ADUN Pasir Pekan 2. Puan Hajjah Mumtaz Nawi, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia 3. Cikgu Normala Sudirman AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia 4. Ustaz Khairul Ikhwan 5. Sdra Mohd Rosli Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kawasan Tumpat |
Padang Kemahkotaan Tumpat |
|
4 |
Rantau Panjang |
1. Ust Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia 2. Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat 3. Ustaz Nor Azariza Md Alawi AJK Pemuda PAS Kelantan / Ketua Penerangan PAS Kota Bharu 4. YB Hj. Abdul Fatah Haron ADUN Bukit Tuku 5. Sdra Zamakhshari Muhammad Ketua Pemuda PAS Kawasan Rantau Panjang |
SMU Ismailiah Pohon Buloh, Meranti |
|
5 |
Pengkalan Chepa |
1. YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan 2. Dato' Mohd Amar Nik Abdullah EXCO Kerajaan Negeri Kelantan / ADUN Panchor 3. Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi Ketua Pemuda PAS Malaysia 4. Muhammad Arif Abdullah Ketua Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa |
PASTI Nurul Amin, Kg. Pauh Badang, Jalan PCB |
|
6 |
Kuala Krai |
1. YB Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai 2. YB Ust Abdul Latiff Abd Rahman Ketua Pemuda PAS Kelantan / ADUN Mengkebang 3. Saudari Siti Aisyah Sheikh Ismail Ketua Srikandi PKR 4. Dr Balachandran a/l Gopalkrishnan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu 5. Ust Mahadi Mat Zin Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai |
Padang Manek Urai Lama |
|
7 |
Gua Musang |
1. YB Salahuddin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian 2. Mohamad Nuri Yaaakub Setiausaha DPPNK 3. Ust Abdullah Husin YDP PAS Kawasan Gua Musang 4. Ust Mahusin Isa Ketua Pemuda Kawasan Gua Musang |
Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Gua Musang |
|
8 |
Machang |
1. Artis Aisyah 2. Artis Bob Lokman 3. YB Hj. Zulkifli B. Mamat Setiausaha Badan Perhubungan PAS Neg. Kelantan / YDP Kawasan 4. Abdul Rashid bin Yah, AJK Pemuda PAS Kelantan 5. Sdra Hatman Bin Abdullah, Ketua Pemuda Kawasan Machang |
Perkarangan Kedai Pulai Chondong |
|
9 |
Ketereh |
1. YB Dato’ Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Machang / Setiausaha Agong PKR 2. YB Siti Zailah Yusoff Ahli Parlimen Rantau Panjang 3. Wan Nik Wan Yussof Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan 4. YB Wan Ismail YDP PAS Kawasan Ketereh 5. Ust. Yusoff Abdul Kadir Ketua Pemuda PAS Kawasan Ketereh |
Rumah Hj. Daud, Kg. Durian Hijau, Pangkal Kalong, Kok Lanas |
|
10 |
Bachok |
1. YB Che Abdullah Mat Nawi EXCO Kerajaan Negeri Kelantan 2. Cikgu Bard Pengerusi SAMM 3. YB Dato Omar Muhamad YDP Kawasan Bachok 4. Ust Ahmad Marzuk Shaary Bendahari DPPNK / Ketua Pemuda PAS Kawasan Bachok |
Pantai Irama Bachok |
|
11 |
Pasir Puteh |
1. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah EXCO Pemuda PAS Pusat / Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu 2. Artis Aisyah 3. YB Dr Nik Mazian Nik Muhammad YDP Kawasan Pasir Puteh 4. Ust Mohd Nazlan Md. Hasbullah Ketua Pemuda Kawasan Pasir Puteh |
Padang SMU (A) Nurul Falah, Cherang Ruku, Semerak |
|
12 |
Tanah Merah |
1. Richard Wong Timbalan DHPP Perak 2. Ustaz Abdul Hamid Derani Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan 3. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan 4. Ust Asri Daud, AJK Pemuda PAS Negeri Kelantan 5. YB Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman ADUN Kemahang 6. Sdra. Hisham Fauzi Ketua Pemuda Kawasan Tanah Merah |
Perkarangan Pekan Batu 8, Tanah Merah |
|
13 |
Jeli |
1. YB Dato’ Mahfuz Omar Naib Presiden PAS Pusat 2. Cikgu Lau Chin Chua Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan 3. Hj. Mohd Apandi Mohammad YDP PAS Kawasan Jeli 4. Ust Khairul Anuar Ismail Ketua Pemuda Kawasan |
Markaz PAS UPU Kg. Gemang, DUN Ayer Lanas |
Beza Dua Baju, Yang Satu Hormati Hudud, Yang Satu Lagi Ini Menentangnya , at 15.10.12,
Gempar!!! MB Negeri Sembilan datang merasmikan Dinner "say no to Hudud" anjuran MCA, kita tidak marahkan MCA sebab mereka tidak beriman dengan Islam, tapi yang menjadi masalahnya muslim dari BN sokong mereka.
Karpal sendiri pun telah mengingatkan BN jangan manipulasi kenyataannya (hudud' over my dead body) awal 90an dulu, bermakna kenyataan itu telah ditarik semula dan beluau sendiri mengakui yang perundangan sivil juga menggunakan kaedah dalam Al Quran.
Sememangnya pimpinan Umno berlidah biawak, bagaimana mungkin perjuangan BN dirahmati Allah SwT seperti yang disebut PM Najib jika menjadi 'Syaitan bisu' apabila rakan non muslim mereka tolak, hina, perlekeh Hukum Al Quran?
Berbeza sungguh dengan kaum Tionghua di dalam Pakatan Rakyat seperti di bawah ini:
Pemegang konsesi AES bakal untung RM700 juta setahun , at 15.10.12,
KUALA LUMPUR, — DAP hari ini menyeru agar Kementerian
Pengangkutan menggantung sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada
pemegang konsesi, dan bakal membebankan rakyat negara ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan - ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.
"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," kata Lim ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP di sini.
Jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi, daripada skim pembayaran yang diberikan kepada pemegang konsesi tersebut menunjukkan terdapatnya tiga peringkat kaedah bayaran dengan peringkat pertama, untuk setiap lima juta saman pertama, RM16 setiap saman akan dikutip oleh konsesi dengan kadar RM80 juta.
Bagi peringkat kedua pembayaran, sejumlah RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50 peratus, iaitu berjumlah RM270 juta, dan kerajaan bakal mendapat jumlah yang sama.
Peringkat ketiga pula, sejumlah 7.5 peratus akan dikutip daripada keuntungan seterusnya, dengan kerajaan akan mengutip jumlah yang berlebihan.
Media sebelum ini melaporkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan bagi lapan hari pertama sejak pelancaran AES pada 23 September lalu, dengan 14 kamera dipasang di kawasan-kawasan kerap berlakunya kemalangan.
"Selain daripada keuntungan RM700 setahun, terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera.
"Adakah ia bernilai RM600 - RM800 juta seperti yang didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan dengan RM722,000 - RM962,000 setiap kamera?" soal Lim lagi.
Justeru, beliau mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan harus menunaikan kebertanggungjawaban umum dengan menjelaskan soalan-soalan ini dan sama ada ia dilakukan melalui tender terbuka.
"Jika isu-isu ini tidak dijelaskan, pemandu-pemandu Malaysia berhak marah kerana sekali lagi kroni-kroni Barisan Nasional (BN) untung sementara rakyat rugi.
"DAP menyeru agar pelaksanaan AES digantung dengan serta merta sehingga isu-isu ini dapat diperjelaskan dengan penuh demi kepentingan umum," katanya lagi.
TMI
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan - ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.
"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," kata Lim ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP di sini.
Jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi, daripada skim pembayaran yang diberikan kepada pemegang konsesi tersebut menunjukkan terdapatnya tiga peringkat kaedah bayaran dengan peringkat pertama, untuk setiap lima juta saman pertama, RM16 setiap saman akan dikutip oleh konsesi dengan kadar RM80 juta.
Bagi peringkat kedua pembayaran, sejumlah RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50 peratus, iaitu berjumlah RM270 juta, dan kerajaan bakal mendapat jumlah yang sama.
Peringkat ketiga pula, sejumlah 7.5 peratus akan dikutip daripada keuntungan seterusnya, dengan kerajaan akan mengutip jumlah yang berlebihan.
Media sebelum ini melaporkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan bagi lapan hari pertama sejak pelancaran AES pada 23 September lalu, dengan 14 kamera dipasang di kawasan-kawasan kerap berlakunya kemalangan.
"Selain daripada keuntungan RM700 setahun, terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera.
"Adakah ia bernilai RM600 - RM800 juta seperti yang didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan dengan RM722,000 - RM962,000 setiap kamera?" soal Lim lagi.
Justeru, beliau mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan harus menunaikan kebertanggungjawaban umum dengan menjelaskan soalan-soalan ini dan sama ada ia dilakukan melalui tender terbuka.
"Jika isu-isu ini tidak dijelaskan, pemandu-pemandu Malaysia berhak marah kerana sekali lagi kroni-kroni Barisan Nasional (BN) untung sementara rakyat rugi.
"DAP menyeru agar pelaksanaan AES digantung dengan serta merta sehingga isu-isu ini dapat diperjelaskan dengan penuh demi kepentingan umum," katanya lagi.
TMI
Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun ,Ahad, Oktober 14, 2012 at 14.10.12,

KUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki.
"Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat.
"Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional," jelasnya kepada Harakahdaily.
Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno.
Malah, mereka beranggapan setiap kali Dr Mahathir membuat kritikan sokongan yang mereka perolehi dari undi orang Melayu akan menurun.
"Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional.
"Inilah yang dirisaukan oleh Umno apabila Dr Mahathir menyuarakan pendapat, mereka bukannya mendapat peningkatan sokongan malah semakin berkurang," kata beliau lagi.
Mahfuz yang menyatakan, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan pemimpin Umno di dalam parti mereka sendiri bukannya penentu kepada kedudukan Pakatan Rakyat.
"Pemimpin Umno perlu tahu, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan mereka pada pemilihan dalam Umno itu sendiri bukannya penentu kedudukan Pakatan Rakyat.
"Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir bersuara tetapi pemimpin-pemimpin Umno perlu risau kerana kedudukan mereka belum terjamin lagi," sambung beliau lagi.
Tambahnya lagi, setiap kali Dr Mahathir mengkritik sokongan kepada Pakatan Rakyat terus bertambah sama ada dari undi Melayu mahupun kaum-kaum lain.
Manakala, Umno terus tertekan untuk menepis setiap kritikan tersebut apatah lagi bila melibatkan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional. -Hrkh
Langgan:
Ulasan (Atom)
























