Ikuti Blog ini

13 Anggota Parlimen Sabah akan sertai Pakatan Rakyat


BUKIT MERTAJAM, 19 Ogos - Bernama melaporkan Naib Presiden KeADILaan Dato' Dr Jeffrey Kitingan mendakwa 13 anggota Parlimen dari Sabah akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat jika Dato' Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Menurutnya kesemua 13 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar.

"Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen) yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihan raya kecil ini (Permatang Pauh)...sekarang mereka sedang menunggu sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Jalan Berapit di sini malam tadi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, dua anggota Parlimen adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno.

Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 30 anggota Parlimen lagi untuk membentuk kerajaan pusat dan Sabah mempunyai 24 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN).
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .