Ikuti Blog ini

BANYAKNYA SESUMPAH DI PERMATANG PAUH




Adakah anda kenal dengan binatang yang dinamakan sesumpah. Kalau anda belum tahu sila baca posting saya ini yang kongsikan dengan tuan-puan takut-takut nanti 'digigit' sesumpah yang begitu banyak berkeliaran di Permatang Pauh sekarang ini sehingga 26 Ogos nanti.

Sesumpah ialah sejenis binatang seperti biawak dan cicak. Namun saiznya lebih besar dari cicak tetapi lebih kecil dari biawak. Bentuk badan, kaki dan lain-lain tidak jauh bezanya dengan biawak. Pendek kata Sesumpah sepupu atau dua pupu cicak dan biawak ini.

Keistimewaan sesumpah ini ialah kulit binatang ini boleh bertukar warna sama seperti keadaan sekelilingnya. Kalau keadaan disekelilingnya berwarna coklat kulitnya bertukar menjadi coklat. Kalau warna disekelilingnya berwarna hijau dia pun bertukar menjadi hijau. Inilah keajaiban dan kekuasaan Allah S.W.T.

Namun sifat sesumpah ini kadang-kadang ditiru oleh manusia. Kadang-kadang dengan meniru inipun baik juga bukan semua tidak baik.

Saya berpengalaman di dalam banyak pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil. Semasa kempen inilah ada orang yang tidak pernah atau jarang pakai tudung akan berlakon pakai tudung, ada yang jarang pakai ketayap putih akan pakai ketayap putih, ada yang jarang ke surau atau ke masjid berjemaah akan rajin ke masjid, ada yang jarang pakai kain pelikat tiap-tiap hari pakai kain pelikat keluar masuk kampung, ada yang jarang ziarah orang sakit akan ziarah sampai 3 atau 4 kali terhadap orang yang sama.

Apa guna mereka berlakon atau bertukar warna kulit macam sesumpah?
Jawapannya ialah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka juga pakai tudung, pakai kopiah dan sebagainya supaya mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik percaya yang mereka ini sama-sama tutup aurat, alim dan suka kepada surau dan masjid. Maksudnya mereka juga mahu dilihat serupa dengan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik, tiada bezanya. Jadi mudah untuk mereka memancing undi. Bukankah ini sama sifatnya dengan sesumpah......suka mengikut persekitaran untuk menyelamat diri, cuma 'Sesumpah' Permatang Pauh bukan untuk selamat diri tetapi untuk dapat upah dan duit serta dapat projek dan sebagainya.

Puteri Umno yang ditugaskan ke kampung-kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh untuk menarik undi akhirnya terpaksa bertukar imej daripada berbaju pink, bertopi dan berjaket hitam kepada berpakaian biasa berbaju kurung dan bertudung.

Tinjauan dan maklumat yang diperolehi mendapati usaha mereka dilihat masih gagal melaksanakan tugasan merayu simpati agar penduduk Permatang Pauh berubah undi kepada Barisan Nasional (BN) yang dikatakan lebih relevan pada masa ini.

Malah tindakan merayu undi menambah kemarahan penduduk beberapa buah kampung yang dimasuki oleh Puteri Umno kerana kurang senang dengan tingkah laku atau pujukan yang dijalankan seolah-olah penduduk di Permatang Pauh kurang faham situasi negara apatah lagi cara terbaik untuk memilih kepimpinan negara.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .