Tinjauan kami pada malam hari penamaan calon 15 Ogos 2008 lalu di Kampung Permatang Janggus mendapati rata-rata golongan muda bersemangat menyokong Pakatan Rakyat terutama Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang bertanding mempertahankan kerusi tersebut.
Ketua Jentera Daerah Mengundi (JDM), Mohd Idris Husin, 39, berkata semua jentera parti PAS berada dalam keadaan siap sedia menghadapi pilihan raya kecil ini.
Katanya, penyusunan jentera parti lancar serta berada dalam keadaan baik sehingga hari pengundian 26 Ogos 2008 ini.
“Kami (PAS) semua bersiap sedia dengan jentera parti yang tersusun untuk menghadapi pilihan raya kecil ini bagi mempertahankan kerusi KeADILan (PKR).
“Anak-anak muda semakin bersemangat untuk bekerja dan kami (PAS) yakin boleh menang sekaligus mempertahankan kemenangan di Parmatang Pauh ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika membuat tinjauan rambang di beberapa tempat di kawasan pilihan raya berkenaan.
Menurutnya, jentera Barisan Nasional (BN) ‘lumpuh’ kerana tidak ada orang tempatan yang sedia bekerja kecuali ‘diimport’ dari luar kawasan.
Oleh itu, katanya tidak hairan BN menggunakan tenaga luar yang dibawa masuk untuk berkempen, memasang poster dan lain-lain.
“Kami (PAS) dapat maklumat BN guna banyak duit dan tenaga luar dalam pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh.
“Barisan Nasional (BN) akan guna 200 buah motosikal setiap hari dengan bayaran RM50.00 seorang yang dianggarkan berbelanja RM1.2 juta kali ini,” ujarnya.