Sudah menjadi kelaziman setiap kali Pilihanraya kecil diadakan. Isu samseng sentiasa timbul dengan melibatkan parti-parti yang bertanding. Hebatnya apabila media memanipulasikan isu-isu ini terutama jika ia membabitkan petugas dari pemerintah yang 'dikatakan' dibelasah oleh petugas dari parti pembangkang.
Terkini semasa proses penamaan pada 16 Ogos lepas, diceritakan bahawa seorang jurukamera dan penyelia syarikat menjadi mangsa samseng yang dicetuskan oleh penyokong PKR. Saya melawat juga blog Puan Emy yang juga Ketua Gerakan Puteri UMNO Negeri Melaka dimana dalam blog beliau ada menceritakan perihal samseng yang kali ini melibat salah seorang petugas Puteri UMNO yang dikasari oleh petugas dari parti lawan.
Disini saya ingin senaraikan beberapa kes yang melibatkan 'kesamsengan' puak-puak UMNO @ BN kepada petugas pembangkang setiap kali Pilihanraya Kecil @ umum diadakan.
1.Pada pilihanraya kecil Ijok, terdapat beberapa insiden yang didalangi oleh samseng pilihanraya. Telah dikenalpasti bahawa Barisan Nasional dibawah pengaruh Pemuda UMNO dan MIC memang sedia maklum menggunakan khidmat samseng. Klik untuk seterusnya... (Tetapi isu ini ditutupkan oleh media KERAjaan).
2.Pada pilihanraya kecil di Permatang Pasir, Kelantan saya bersama kumpulan saya yang cuma terdiri dari 3 orang rakan telah dikepung lebih dari 10 orang pemuda UMNO di kampung tersebut (Berdekatan dengan masjid di Tal Tujuh). Kami nyaris dipukul tetapi syukurlah ketua kampung dapat selesaikan masalah tersebut, jika tidak tak tahula apa nak jadi..
3. Pilihanraya Kecil di Sanggang, dimana Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob telah menunjukkan isyarat lucah dan juga punggung beliau dikhalayak penyokong pembangkang. Klik disini untuk melihat tayangan video.
4. Terakhir, bagaimana kisah Puteri UMNO Bakri di cabul oleh orang kuat Calon BN sendiri ketika sedang berkempen di dalam PRU 12 baru-baru ini. Kenapa media tidak mewar-warkan berita ini.??
Persoalannya, sapa yang samseng Pilihanraya sebenarnya ?? Harap media, wakil-wakil atau penyokong setia 'karat biru pekat' dari parti pemerintah boleh jawab isu ini..by mujahid.