"Teringat sewaktu masa dulu , bila mana Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, merangkap Mursyidul Am PAS , berkata beliau akan mengadu kepada Allah, berkaitan dengan anakanda nya , Nik Adli, yang masih dalam tahanan ISA
Dalam kenyataan yang dipetik oleh pemberita media tempatan , TGNA tidak pun menyebut supaya Pak Lah di laknat oleh Allah swt. TGNA juga tidak memohon supaya Pak Lah ditimpa azab, siksa di dunia dan akhirat, atau seumpamanya.
Kalau tidak silap , beberapa bulan lepas tu , molek – molek ada Nik Adli dilepasbebaskan
Gementar juga hati Pak Lah dengan kata – kata TGNA , sangat berkesan.
Begitu juga , bulan lepas sebaik saja selesai kuliah subuh dan pagi di Dataran Ilmu , Kota Bharu , TGNA telah mendoakan kesejahteraan ke atas DSAI , ekoran fitnah liwat yang terbaharu.
Ada sahabat yang selalu bersama – sama dengan TGNA , mengingati seingatnya , belum pernah TGNA mendoakan ke atas seorang individu secara langsung , di depan orang ramai.
Maka , bagaimana agaknya nanti , akan terjadi sekiranya TGNA mendoakan sesuatu ke atas UMNO , iaitu seperti katanya semalam semasa mengulung perbahasan di Muktamar ke-54 PAS , kerana parti itu telah menolak islam , tidak lagi mahu membawa islam dan mendaulatkannya , malah telah menghina islam dan umatnya di Malaysia ini ?
Sukar untuk digambarkan , dalam keadaan UMNO yang sangat tenat dan uzur ini , kiranya TGNA turut mendoakan sesuatu ke atas nya , apa kah nasibnya ?
Terdetik di hati ini , kalau TGNA benar – benar berdoa , bermunajat ke hadrat ilahi , memohon petunjuk dan hidayahNya , agar UMNO dihapuskan sahaja dari muka bumi ini , maka insyaAllah ia akan berlaku , dalam keadaannya yang cukup tenat dan uzur serta nazak.