Ikuti Blog ini

Harakah Edisi Baru dua kali seminggu bakal temui pembaca 15 Ogos ini


SIDANG Editorial Harakah nampaknya giat memperkemaskan muka surat dan reka bentuk baru Harakah dua kali seminggu yang bakal dilancarkan selepas Ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS Ke-54 di Ipoh, Perak Ogos ini.

Tenaga utama editorial, Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman, Pengarang, Taufek Yahya, Pengarang Berita, Tarmizi Mohd Jam (saya), Pengarang Rencana, Roslan Abdul Hamid dan Pengarang Harakhdaily, Rashidi Hassan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk terbitan edisi baru ini.

Insya-Allah akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang pada 15 Ogos 2008, Jumaat di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh tempat berlangsungnya Muktamar PAS Ke-54 kelak.

"Seminar Harakah Dua Kali Seminggu" yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara minggu lalu telah memperkukuhkan motivasi dan semangat bekerja kolektif sidang editorial. Ia dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah, Dato' Mustapha Ali.

Turut hadir Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamaruddin Jaafar dan Penasihat Editorial Harakah, Mahfuz Omar bersama semua wartawan Pusat dan negeri.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .