Ikuti Blog ini

Tuan Guru Haji Hadi : Perdana Menteri Malaysia yang ke 6?


Bila melihat ketokohan dan pendirian TGHH yang begitu mantap dan berwibawa dalam sebuah sidang akhbar yang menyatakan pendirian parti PAS, maka telah terserlah kehebatan pimpinan yang amat dinanti oleh pelbagai kaum bahawa di Malaysia telah muncul seorang yang amat boleh diharapkan untuk menerajui negara ke arah kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian yang selama ini dinanti-nantikan!

Sememangnya ketokohan dan keperibadian TGHH, amat dikagumi, bukan sahaja di kalangan masyarakat melayu malah kaum India , Cina dan pelbagai lagi.

Kita rindukan kepimpinan adil sepertimana zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan sebenarnya roh jiwa kepimpinan tersebut telah ada pada diri TGHH, TGNA dan En Anwar Ibrahim. Jika ketiga-tiga tonggak ini bergabung nescaya akan dapat memacu Malaysia ke arah yang diimpikan oleh rakyat jelata.

Lihat sahaja rumah TGHH. Walaupun bergelar Menteri Besar dahulu dan sekarang sekadar wakil rakyat, namun bila melihatkan teratak usang beliau, hati rasa amat tersentuh. Inilah permata pemimpin yang dicari telah berada di depan mata. Cuma mata-mata hati yang terbuka dapat melihat keadaan ini.

Jika ditakdirkan PR dapat menguasai Malaysia seperti yang diwar -warkan Anwar, dan ditawarkan kepada TGHH, nescaya akan diitolak oleh beliau kerana memimpin rakyat adalah satu amanah yang teramat besar.

Apakah anda fikir TGHH adalah orang yang layak?"
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .