KOTA BHARU: Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti-parti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, kata pemangku presiden parti itu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Sambil menegaskan Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN, Koh bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesa-gesa dalam tindakannya dan akan memberi "tempoh munasabah" sebelum mengambil sebarang tindakan. Gerakan akan terus mendesak agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam BN tetapi sekiranya usaha itu tidak berhasil, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Kelantan di sini semalam.
|