Ikuti Blog ini

Adab Berjemaah perlu dipelihara


Oleh : Dato' Seri Presiden PAS

Akhlak dan adab berjemaah perlulah sentiasa dipelihara sama seperti memelihara prinsip perjuangan sehingga tidak berpaling atau hanyut dengan yang selain darinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang dalam perutusan Eidulfitrinya.

"Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembimbing kita pada setiap ketika," katanya lagi. Walaupun Ramadhan berlalu pergi, beliau mengingatkan semua ahli di pelbagai peringkat supaya terus-menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jemaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS.

"Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah kepada ahli-ahli baru nanti selain memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada," katanya.

Tuan Guru menyeru supaya ziarah-menziarahi pada Syawal ini dijadikan medium untuk meningkat hubungan baik dengan masyarakat. "Pimpinlah masyarakat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini," katanya.

Beliau berharap kurniaan taqwa akan "mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.

"Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya," kata beliau.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .