Ikuti Blog ini

Pertandingan Mukhriz-Khairy meneruskan pertembungan Che Det-Pak Lah

Pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO antara Khairy dan Mukhriz dilihat melanjutkan lagi pertembungan diantara Pak Lah dan Che Det. Pak Lah yang berada di dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sudah pasti meletakkan harapan yang menggunung kepada menantunya selain daripada meletakkan strategi-strategi lain.

Manakala bagi Che Det, ia adalah suatu yang membanggakan jika Mukhriz memenangi pertandingan ini. Ini akan dapat memuaskan hati beliau yang sangat geram dengan Pak Lah sebelum ini.

Keputusan semasa menunjukkan jumlah pencalonan Mukhriz sebanyak 31 pencalonan jauh meninggalkan jumlah pencalonan Khairy, iaitu sebanyak 14 pencalonan. Sementara seorang lagi calon Khir Toyo mendapat 7 pencalonan. Syarat kuota untuk bertanding ketua pemuda ialah seramai 38 Pencalonan daripada 191 bahagian.

Che Det sudah pasti ingin menghapuskan terus nama keturunan Pak Lah daripada kepimpinan UMNO. Baginya Pak Lah sangat lemah dan hina. Pak Lah pulak walaupun zahirnya mengatakan beliau tidak menyesal, jauh disudut hatinya rasa tidak puas hati sudah pasti ada. Beliau pasti menyedari terdapat konspirasi supaya beliau turun dari kerusi PM. Peralihan kuasa yang beliau rencanakan sebagai usaha membersihkan nama Pak Lah menjadi rencana yang menurunkan Pak Lah dalam keadaan terhina.

Walaupun Najib bermulut manis mengatakan Pak Lah seorang yang berani dan bertanggungjawab dengan tindakannya tapi sebenarnya beliau gembira kerana rancangannya berhasil. Che Det sudah pasti antara faktor kepada kejatuhan Pak Lah. Pengisytiharannya keluar daripada UMNO hanyalah suatu gimik untuk mengalihkan perhatian Pak Lah.

Kesimpulannya jika Mukhriz menang dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, suatu kemenangan kepada Che Det. Jika Khairy menang, ia suatu nafas baru untuk Pak Lah.

Jika Khir Toyo menang, mungkin lepas ni dia akan warnakan rambutnya warna hitam, dan akan makan tempe lebih banyak.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .