Ikuti Blog ini

Zulkifli kekal, calon BN tarik balik petisyen


ALOR STAR, 13 Okt - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir hari ini menarik balik petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Zulkifli Noordin.

"Saya telah berbincang dengan pucuk pimpinan BN dan diarahkan supaya tidak meneruskan petisyen tersebut atas beberapa faktor termasuk ekonomi negara,"katanya kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Tinggi Alor Star selepas menarik balik kes itu.

Bernama melaporkan, pada 27 April lalu, Abdul Aziz diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Mohd Hafarizam Harun memfailkan petisyen memohon keputusan pilihan raya umum itu yang dimenangi Zulkifli diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah kerana calon PKR itu didakwa tidak menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya umum 2004.

Zulkifli mendapat 22,255 undi menewaskan Abdul Aziz yang memperolehi 16,672 undi pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira faktor ketidakstabilan ekonomi dunia dan kenaikan harga barang akibat harga minyak yang tidak menentu, rakyat yang semakin terhimpit dan pelbagai beban lain yang perlu diberi perhatian.

"Demi kepentingan penduduk Kulim Bandar Baharu dan negara, saya bersedia berkorban melepaskan hak saya untuk mencabar kemenangan calon KeADILan,� katanya.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .