Ikuti Blog ini

Langkah Berjimat Cermat Kerajaan PR Perak berjaya


Sewaktu menjawab soalan lisan oleh seorang ADUN dari kerajaan, YAB MB Perak memaklumkan bahawa dasar langkah berjimat cermat yang di laksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya menjimatkan beberapa perbelanjaan yang membazir sewaktu era Tajul Rosli dulu.

Antaranya , kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya mengurangkan perbelanjaan sempena sambutan kemerdekaan iaitu hanya berbelanja RM 1.1 juta berbanding RM 2.6 juta pada tahun 2007.

Selain itu, kerajaan juga menghadkan kos jamuan mesyuarat EXCO dan jamuan-jamuan keraian yang lain. Sepanjang BN memerintah, untuk jamuan makan tengahari dalam mesyuarat EXCO, setiap seorang dikenakan sebanyak RM 45.00, sekarang kerajaan menghadkan untuk untuk makan tengahari hanya RM 10.00, dan jamuan ringan tidak lebih RM 4.00.

Begitu juga dalam majlis-majlis jamuan keraian, kerajaan menghadkan RM 10.00 - RM 15.00 sahaja untuk setiap seorang.

Kerajaan juga turut mengawal perbelanjaan pengubahsuaian pejabat, lawatan ke luar negeri, elaun lebih masa, penjimatan utiliti dan penggunaan bekalan pejabat.

Kerajaan sentiasa memberikan kerjasama terhadap projek kerajaan Pusat

Kerajaan Perak Pakatan Rakyat menafikan dakwaan melengah-lengahkan kelulusan tanah bagi projek kerajaan Persekutuan.

Sehingga kini, jumlah keluasan tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan projek-projek Kerajaan Persekutuan ialah seluas 556.89 ekar.

Menurutnya lagi, kelulusan tanah akan dipertimbangkan apabila permohonan tanah dikemukakan oleh Jabatan Pesekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Sehingga kini Kerajaan Negeri telah meluluskan projek Rumah Imigresen di Taman Meru sebanyak 1.55 ekar, Balai Polis Tanjung Tualang 0.46 ekar, Balai Polis Lawin 4.73 ekar, Mahkamah Baru Seri Iskandar 4 ekar, Mardi 464 ekar dan beberapa projek yang lain.

Demikian Dewan diberitahu oleh YAB MB Perak dan sekali gus membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .