Ikuti Blog ini

Wakil Raja Bhumibol temui Nik Aziz di Wat Pikulthong

TUMPAT, 12 Nov - Satu majlis bersejarah dapat disaksikan di sini apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.

Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami.

Dr Tej Bunnag juga bekas Menteri Luar Thailand. Menteri Besar dan tetamu yang hadir menyaksikan perarakan kain tersebut dibawa masuk oleh Bunnag yang lengkap dengan pakaian istiadat Diraja Thailand ke wat terbabit.

Wat Pikulthong merupakan wat pertama di luar Thailand yang menerima anugerah tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika bercakap kepada pemberita berharap hubungan antara Thailand dan Malaysia dapat dipertingkatkan lagi.Image

"Saya harap kami di sini mengambil tanggungjawab di pihak Kelantan, manakala Raja Thai melaksanakan tanggungjawabnya. Dua tanggungjawab itu menjadi bertambah baik," katanya.

Beliau juga berkata, rakyat keturunan Siam yang tinggal di Kelantan sama seperti kaum lain yang perlu diberi perhatian kerajaan negeri.

"Saya tidak pandang masalah bangsa. Mereka adalah rakyat saya. Semuanya dalam jagaan saya dan sekiranya mereka ada masalah, mereka boleh berjumpa ketua kaum masing-masing untuk diketengahkan kepada kerajaan.

"Tindakan saya adalah berdasarkan kepentingan insan. Kelantan dan Thailand cuma dipisahkan Sungai Golok sahaja," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed yang sepatutnya hadir sebagai mewakili kerajaan Persekutuan hanya diwakili Setiausaha Politiknya, Dr Azmi Stapa.

Dr Azmi ketika ditemui berkata, kedatangan Menteri Besar menambah meriah lagi majlis tersebut bagi merapatkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara.

Turut hadir di majlis itu anggota-anggota Exco, Dato' Anuar Tan Abdullah, Dato' Takiyuddin Hassan, Che Abdullah Mat Nawi, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .