Ikuti Blog ini

Tahniah kepada Azmin!

AZMIN bersama isterinya, Shamsidar Taharin kelihatan gembira selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan memberi keterangan palsu, hari ini.


Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan bahawa Naib Presiden KeADILan, YB Azmin Ali tidak bersalah. Cubaan Peguam Negara yang merayu supaya Azmin dipenjara 18 bulan ditolak mahkamah. Tahniah kepada Azmin!


Sebaliknya, ia mengekalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2007 yang membebaskan Azmin daripada tuduhan tersebut.


Azmin, yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, dihukum 18 bulan penjara selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir selepas mendapatinya bersalah membuat satu kenyataan palsu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999.


Azmin, yang merupakan setiausaha sulit Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri, pada mulanya dibebas dan dilepaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Hamdan Indah pada 13 Julai 1999.

Bagaimanpaun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Patail telah memerintahkan Azmin supaya membela diri.

Ekoran rayuan yang dikemukakan terhadap keputusan tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Kadir dalam keputusannya pada 1 November 2007, bersetuju dengan keputusan Hamdan membebaskan Azmin.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .