Ikuti Blog ini

2 ADUN PKR Perak letak jawatan.

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa hilang sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.


Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh sebentar tadi.


Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi esok.


Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).



perak majority slim 300109Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.


Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.


Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.


Pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat…

Tamat sudah lakonan dua ekor katak ini…



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .