Ikuti Blog ini

Sah! Dua Exco PKR Perak Berada Di rumah Najib

Berita Panas, Info Terkini Sahkan Dua Exco PKR Perak Kini Dipercayai Berada Di Rumah Najib Razak Dekat Pekan Sekarang Ini !

PEKAN - Berita terkini yang pasti menggemparkan baru kami terima sebentar tadi. Sungguh mendebarkan nampaknya kerana ia berkaitan dengan kehilangan dua orang Exco PKR dari Perak sejak empat hari yang lalu. Kami mendapat maklumat kini mereka berdua sedang berada di rumah Timbalan Perdana Menteri Dato’ Najib Razak di Pekan Pahang. Najib khabarnya sedang memujuk kedua-dua exco terbabit iaitu Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jamlu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini juga.


Kami difahamkan kini rumah Najib sedang dikawal ketat oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mungkin ia bagi menggelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini dan Najib mahu perbincangan membawa Exco PKR terbabit berjalan dengan lancar dan teratur agaknya. Tambah mengejutkan kami juga mendapat maklumat langsung dari rumah Najib sekarang ini bahawa terdapat juga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di sini sekarang ini. Apa ke jadah sebenarnya mereka ini berada di rumah Najib Razak malam-malam buta begini !! .


Ini bermakna mereka sengaja mahu menggertak dua Exco PKR terbabit jika tidak mahu masuk UMNO dan tinggalkan PKR maka kes rasuah mereka akan diteruskan dan mereka bakal berhadapan dengan tindakan keras bahkan boleh dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan. Namun, kami agak hairan dan musykil dengan senario ini sebenarnya. Sesuatu yang amat mendukacitakan jika Najib meneruskan usaha dan cara “politik baru”nya ini.


Ternyata ia amat berbahaya dan perlu dielakkan demi perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kami juga difahamkan ketika ini rumah kediaman ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim juga sedang dikawal ketat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak. Mereka sedang mengepung rumah ADUN terbabit kerana khuatir beliau juga akan diculik sama seperti apa yang berlaku kepada dua Exco PKR itu. Keadaan sungguh tegang ketika ini dan ia sudah pasti akan menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni.


Dengan berita terbaru ini maka kini fahamlah kita kenapa Najib diangkat menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru bagi menggantikan Tajol Rosli. Mungkin kerana Najib nampak hanya beliau sahaja yang boleh melaksanakan misi untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat dengan apa jua sekali pun. Maka itu kita harus sama-sama berdoa dan mengharapan agar dengan perkembangan ini Kerajaan Negeri Perak tidak akan tumbang. Malah kita juga berharap agar inilah masanya Ahli Parlimen BN yang selama ini takut-takut untuk melompat parti supaya berbuat demikian demi masa depan rakyat.


Jangan gadaikan lagi maruah dan masa depan negara kepada orang seperti Najib Razak yang sebenarnya langsung tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan kehadiran pegawai SPRM ke rumah Najib malam ini maka ia mengesahkan lagi bahawa beliaulah yang bertanggungjawab untuk memancung orang-orang Kairy Jamaluddin seperti Wan Farid, Norza Zakaria, Ismail Sabri Yaakob, Saifuddin Abdullah dan ramai lagi di Pahang baru-baru ini sebenarnya.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .