Ikuti Blog ini

Exco Selangor Dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Buat Kunjungan Terima Kasih Kepada MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz

KOTA BHARU : Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang kembali bertugas Khamis lalu selepas bercuti berhubung isu tersebarnya gambar separa bogel beliau, semalam mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di kediamannya rasminya di JKR 10, Kota Bahru. Wong berkata, pertemuan 45 minit itu tidak membincangkan soal isu moral melibatkannya tetapi lebih membincangkan mengenai hubungan antara kaum. Wong memberitahu, tujuan utama kunjungannyya adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada MB Kelantan itu kerana memahami situasi dihadapinya dengan mengeluarkan kenyataan mempertahankan beliau sepanjang dua bulan lalu.


Dalam pada itu, TMB Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, pihaknya bersetuju dengan keputusan kerajan negeri Selangor mengekalkan kedudukan Wong sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan. "Kami tiada masalah kerana itu masalah peribadi dan tidak berkaitan orang lain. "Kalau kerajaan Selangor sendiri boleh terima, maka kami tidak ada masalah. "Menteri Besar Selangor lebih mengetahui keadaan sebenar dan saya percaya beliau buat keputusan setelah mengkaji sedalam-dalamnya," katanya lagi.


[Satu tindakan yang amat bijak dari seorang pemimpin bukan Islam seperti Elizabeth Wong. Beliau sanggup datang berjumpa Tuan Guru Nik Aziz semata-mata mahu mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas nasihat serta pandangan bernas Nik Aziz terhadap isu panas yang sedang beliau hadapi kini.


Inilah dia bukti jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan persekepakatan, persefahaman dan toleransi antara sesama kaum di negara ini. Apa yang terjadi kepada Eli itu harus dijadikan panduan dan tauladan kepada lain-lain pemimpin bukan Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa orang bukan Islam lebih menghormati ulamak daripada orang Melayu sendiri yang jelas mencela, menghina dan tidak mahu mendengar pandagan daripada para ulamak.


Mereka hanya mahu mendengar suara dari "ulamak dunia" yang sanggup memperdagangkan ilmu dan pendidikan agama untuk kepentingan politik serta kemewahan semata-mata. Lihat apa yang berlaku kepada Pirdaus Ismail, Mejar Jamil Khir dan Dr.Mashitah Ibrahim yang ternyata gagal melaksanakan apa yang mereka tarbiahkan dulu].




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .