Ikuti Blog ini

PILIHANRAYA KECIL : JUTAAN WANG RAKYAT HANGUS BEGITU SAHAJA

Dalam perjalanan pulang dari Bukit Gantang ke Melaka petang Isnin lalu, saya dan rakan bertembung dengan sederetan lori Polis dan lori treler panjang yang muatannya motosikal Polis trafik putih.

"Aik, tak cukup lagi ke motosikal polis trafik di Bukit Gantang, kan dah banyak tu, sampai satu traffic light 5,6 orang jadi Pak Pacak" dengus rakan saya spontan.

Saya menjawab " kan Bukit Selambau pun nak guna, sebab ramai 'penjenayah' dan 'peragut', kaki rasuah pun ramai di sana".

Itulah senario yang berlaku di kawasan PRK ini. Cuma saya tidak tahu keadaan di Bukit Selambau dan Batang Ai. Tetapi saya yakin di Bukit Selambau sama sahaja fenomenanya dengan Bukit Gantang. Cuma Batang Ai mungkin kurang sedikit kot kawasan pedalaman.
Selama 3 hari saya berkampung di Bukit Gantang, saya rasa pelik dan ajaib kerana bilangan Polis yang begitu ramai seperti juga di Kuala Terengganu. Apa justifikasi menyebabkan Polis 'memunggah' begitu ramai anggotanya ke sana. Hendak di katakan berlaku pergaduhan besar tidak ada kedengaran. Hendak dikatakan ada rusuhan jauh sekali. Jadi apa sebabnya? Saya rasa sangat pelik dan hairan.
Bayangkan khemah Martek, Subtek dan macam-macam Tek bertaburan di Bukit Gantang. Lori dan water cannon FRU berderetan di tepi jalan; lori, land rover, black maria, kereta peronda, motorsikal dan sebagainya menghiasi hampir sepanjang jalan di Bukit Gantang. Kenderaan tersebut semuanya memakai minyak, minyak dibeli dengan duit rakyat. Elaun anggota kena bayar. Kalau 5,000-10,000 anggota digunakan berapa banyak duit rakyat digunakan.

Khemah besar lengkap dengan generator, air-condition, tandas, bilik mandi, katil, bilik dan sebagainya semuanya mungkin di sewa. Berapa sewa? jangan tanya. Semuanya dibayar dengan duit rakyat.

Helikopter Polis juga digunakan. Bukannya ia pakai minyak RM1.90 seliter, ia memakai minyak yang mahal, semuanya rakyat bayar. Maintenance helikopter bukannya boleh dibuat di kedai motor Ah Seng, tetapi mesti dilakukan di hangar dan mesti di'approved'kan oleh License Aircraft Engineer yang kompeten.

Special Branch atau 'Barua' memang ramai. Setiap markas/pos PAS dipantau oleh 'Barua-Barua' ini. Semua 'Barua' dari negeri lain di bawa ke Bukit Gantang. Tempat kami menginap di Kampung Kuala Terong juga diintip 'Barua'. Malah setiap masjid dipantau oleh 'Barua'. Mungkin 'Barua' ini tidak sedar bahawa mereka juga dipantau oleh Raqib dan Atiq.

Semasa Ustaz Mutalib Maarof memberikan Tazkirah lepas Maghrib di Masjid Sg Bemban, 2 orang 'Barua' tanpa segan kepada Allah dan Raqib serta Atiq mencatat apa sahaja yang diperkatakan oleh beliau. Salah seorang 'Barua' itu datang dari Jasin. 'Barua' ini semuanya membazirkan duit rakyat dengan pembayaaran elaun dan sebagainya kepada mereka.

Semua anggota dan kenderaan serta prasarana ini dibayar dengan duit rakyat. Namun saya ingin mengajak para tetamu supaya memikirkan apakah tujuan mereka dibawa ke sana sehingga menghanguskan duit rakyat puluhan juta. Adakah untuk menjaga keselamatan atau untuk mengekalkan kuasa BN?

Rakyat 3 kawasan PRK ini mesti menolak calon BN untuk mengajar mereka tidak menggunakan duit rakyat sewenang-wenangnya.

INILAH POLITIK LAMA YANG DIAMALKAN OLEH BN YANG TIDAK SERIK-SERIK SEJAK SEKIAN LAMA MEMPERKUDAKAN HARTA RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN MEREKA.

SAYA AKAN TUNTUT SEMUA INI DI MAHKAMAH ALLAH PADA HARI PERBICARAAN DAN PEMBALASAN NANTI.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .