Ikuti Blog ini

PRK P059 BUKIT GANTANG : 50 tahun bergelap & minum air hujan.





Sikap hipokrit dan diskriminasi Umno dan Barisan Nasional yang berlandaskan perkauman yang tebal hari ini didedahkan kepada dunia apabila calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana penduduk sebuah pulau dalam kawasan parlimen tersebut diabaikan serta dinafikan hak menikmati kemudahan asas sejak lebih 50 tahun di bawah pemerintahan Umno dan BN.

Sambil menyifatkan Pulau Pasir Putih yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Pekan Sungai Kerang di Trong, Taiping sebagai Lost World atau Dunia Terasing, Nizar melahirkan rasa terkejutnya penduduk yang rata-ratanya masyarakat Cina Hokkien terpaksa bergelap dan meminum air tadahan hujan selama lebih lima abad.

"Kita mampu membina Litar F1 Sepang yang menelan belanja lebih 300 juta ringit dan digunakan hanya tiga kali setahun dan kita landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke utara.
"Kenapa pula kita tidak membantu masyarakat di Pasir Hitam hanya kerana mereka berbangsa Cina. Ini adalah satu bentuk diskrimasi dan perkauman yang tidak lagi boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia," kata Nizar dalam ucapan ringkas yang disampaikan kepada penduduk di pulau tersebut.

Ahli Dewan Undangan Pasir Panjang itu sempat beramah mesra dengan penduduk tempatan dalam siri lawatan beliau semasa kempen PRK Bukit Gantang.

Beliau yang tiba dengan bot yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke jeti Pulau Pasir Putih disambut meriah masyarakat China di situ yang mahukan perubahan besar dilakukan oleh Nizar sekiranya dipilih mewakili Bukit Gantang.

"Umno dan Barisan Nasional telah gagal memperjuangkan nasib penduduk Pasir Hitam selama 50 tahun. Saya berharap pada 7 April nanti seluruh masyarakat Cina di sini akan mengundi calon Pakatan Rakyat supaya isu pengabaian dan diskriminasi ini boleh saya ketengahkan pada peringkat parlimen.
"Penduduk Pasir Hitam berhak menerima pembangunan yang setimpal seperti rakyat Malaysia yang lain," tegas beliau lagi.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .