Ikuti Blog ini

Umno-BN ‘lemas’ hadapi PAS-Pakatan Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/IjtimaBktPayung.JPGMARANG - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan paling ‘cemas’, tidak selesa diambang ‘kelemasan’ menghadapi kebangkitan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Umno hari ini jadikan apa sahaja untuk jadi isu sebab dia (Umno-BN) dalam ‘kelemasan’. Dan terbaru, Kerajaan Perpaduan dijadikan isu untuk memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat,” ujarnya ketika merasmikan Ijtima’ PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong di Masjid Titian Baru, Kedai Buluh, Marang, dekat sini, semalam.

Namun begitu katanya, beliau percaya kepimpinan tertinggi PAS dapat menangani isu-isu tersebut dengan baik dalam masa terdekat ini.


Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu menyarankan Pemuda PAS menyusun strategi bagi menarik sokongan golongan muda bersama parti itu.

“Kita (PAS) mahu peranan Pemuda yang lebih berkesan dengan menyusun strategi untuk menarik sokongan rakyat terutama golongan muda.

“Kita (PAS) mahu orang muda yang ramai ini menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Ini penting, katanya kerana Dun Bukit Payung telah dimenangi oleh PAS dan usaha mempertahankan kemenangan tersebut lebih sukar dari mencapainya.

Menurutnya, ahli serta jentera parti wajar diingatkan kerja mempertahankan kemenangan Islam merupakan satu tanggungjawab wajib dilakukan.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Ustaz Hassan Salleh dan Pengarah MTD Bukit Payung, Ustaz Baharuddin Mohamad.

Seramai 100 anggota yang terdiri dari Unit Amal Marang, Amal Nisa’, Waja dan Muslimat PAS menyertai saf pembarisan sebelum acara perasmian berlangsung di tapak Ijtima tersebut.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .