Ikuti Blog ini

Sorry Ganesson kamu tetap speaker haram....



Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tetap dengan pendirian tidak akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika ia dipanggil oleh speaker BN, Datuk R. Ganesan.

Nizar yang merupakan Adun Pasir Panjang menegaskan, Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak tidak perlu menghadiri sidang yang akan diadakan itu kerana Ganesan merupakan speaker yang tidak sah dan tidak berhak mengeluarkan sebarang notis panggilan.

Pelantikan Ganesan itu juga melanggar undang-undang Tubuh Negeri Perak. Oleh itu adalah wajar untuk Adun Pakatan Rakyat tidak mengendahkan arahan beliau.

"Kami (ADUN Pakatan Rakyat) tidak akan menghadiri sidang berkenaan kerana Ganesan ialah speaker haram."Tegasnya ketika dihubungi Hakahdaily.

"Ganesan dari dulu hingga sekarang bukan sahaja speaker haram, tapi haram jadah.Perbuatan dia merampas kedudukan V. Sivakumar adalah amat memalukan."Ujarnya.

"Sesiapa yang menyokong kerajaan Zambry di Perak samalah seperti merestui kezaliman yang mereka lakukan."katanya lagi.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Ganesan akan memanggil sidang DUN pada 28 Oktober ini dan notis panggilan akan dihantar kepada kesemua ADUN hari ini.baca disini lagi
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .