KOTA BHARU - Menteri Besar, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar segelintir masyarakat yang menyalahgunakan internet termasuk laman-laman blog bagi tujuan negatif dan tidak mendatangkan kebaikan kepada orang ramai.
Menurutnya, perkara tersebut berlaku kerana kemudahan canggih yang disediakan tidak disatukan dengan ajaran agama yang membezakan antara yang perkara yang boleh dilakukan atau tidak.
“Hasilnya, maruah dan peribadi didedahkan keaibannya secara terbuka di khalayak ramai. Ruang blog seolah-olah sudah menjadi kedai kopi terbuka yang memperkatakan semua perkara sama ada benar atau tidak. Inilah akibatnya apabila wahyu tidak menjadi panduan di dalam penguasaan ilmu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Sijil MSC Malaysia status Inkubator kepada ICT Inkubator Centre Sdn Bhd, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Multimedia Development Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Halim Ali.
TG Nik Aziz berkata, segala penemuan dan ciptaan moden yang ada pada hari ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam Islam, malah umat Islam pernah melakar sejarah sebagai umat yang telah mempelopori pelbagai jenis ciptaan yang bermanfaat.
“Contohnya penciptaan jam. Apabila Islam mewajibkan solat lima waktu, puasa dan haji mengikut waktu yang telah ditetapkan, umat Islam mula mencipta alat yang khusus bagi memudahkan waktu solat diketahui.
Akhirnya pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid, terciptalah sejenis alat jangka waktu solat dengan menggunakan titisan air seterusnya penciptaan ini berkembang menjadi teknologi jam yang kita saksikan pada hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, TG Nik Aziz berkata, Kerajaan Negeri pada masa ini dalam usaha untuk menjenamakan semula bangunan KB Bazar dengan menjadikannya ia sebagai sebuah pusat komunikasi terkenal di Kelantan khasnya dan Malaysia amnya.
Katanya, penjenamaan itu bakal merubah wajah dan nama KB Bazar kepada Kota Bharu Siber Plaza apabila semua prasarana Pusat Inkubator ICT siap dan beroperasi sepenuhnya, di samping penglibatan beberapa syarikat industri komputer yang akan membuka operasi mereka dalam jangka masa beberapa bulan akan datang.