Asalamu'alaikum dan salam sejahtera
Bersyukur kehadrat Allah SWT bahawa kami mewakili Badan Perhubungan Pas Perak telah berjaya mengadakan siri lawatan penerangan bertemu para pelajar dan warga Malaysia khususnya pelajar dari Negeri Perak di Timur Tengah, UK dan Ireland. Siri lawatan sepanjang 2 minggu bermula (9 march -23 March) dipimpin oleh Pesuruhjaya Pas Perak Ust Abu Bakar Husin.
Bermula dengan bertemu dan ramah mesra di Mesir (Kaherah) dan Jordan (Mu'tah, Irbid dan Aman). Kemudian kami bertolak ke UK dan kami berbahagi 3 kumpulan bagi membolihkan kami menjelajah sebanyak mungkin bandaraya yang ramai penempatan pelajar-pelajar Malaysia.
Di UK, saya sendiri mengetuai kumpulan pertama menjelajah dan mengatur program di London, Coventry, Warwick, Newcastle, Leeds, Manchester dan Dublin di Ireland.

Alhamdulillah kami berjaya menerangkan kesemua perkara yang tidak jelas ataupun masih keliru berkenaan isu semasa dan krisis perlembagaan Perak serta tindakan PR seterusnaya dimasa akan datang.
Kami yakin melalui pertemuan dan program dalaman serta terbuka/umum yang diadakan di banyak universiti disana , telah memberi impak dan sokongan jitu dari pelajar Timur Tengah, UK dan Ireland kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas. Sekali gus akan pasti menyulitkan UMNO BN untuk terus berbohong serta menyebar fitnah dikalangan para pelajar yang tidak mudah menerima apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin UMNO yang bertemu mereka. Alhamdulillah kami selamat sampai jam 5.30 petang pada 23 March 2010 di KLIA.
Dato Seri Nizar Jamaluddin