Ikuti Blog ini

100 ribu Palestin solat di Masjid Al-Aqsa



Berita Al-Jazeerah melaporkan bahawa hampir 100 ribu penduduk Palestin menunaikan solat jumaat yang pertama dalam bulan Ramadhan di Masjid Al-Aqsa.

Di samping itu, Pihak Berkuasa Penjajah mengadakan kawalan keselamatan yang terlalu ketat di bandar Al-Quds.

Sebagaimana dilaporkan, sejak awal pagi, sejumlah besar penduduk Palestin berpusu-pusu menuju ke Masjid Al-Aqsa. Kelihatan beberapa penduduk Palestin yang berusia melahirkan rasa gembira kerana dapat menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa. Ada di antaranya, tiba di bandar Al-Quds pada jam 6.00 pagi semata-mata untuk memasuki Masjid Al-Aqsa.

Dinyatakan lagi, Pihak Berkuasa Penjajah tidak membenarkan sebarang kenderaan bergerak menuju di Kota Lama.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penjajah memaklumkan bahawa pada hari jumaat dan sabtu, sempadan-sempadan yang menghubungkan tanah jajahan Palestin 1948 dengan Gaza ditutup kepada sebarang laluan keluar-masuk ke Gaza. Sumber berita Al-Jazeerah
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .