Umno Fitnah Kerana Terancam Kekuatan Pakatan Rakyat
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyelar segelintir pimpinan Umno Pulau Pinang yang sengaja menjadikan isu doa khutbah Jumaat sebagai satu cara untuk meraih sokongan yang sudah jelas semakin pudar terhadap mereka.
Dr Wan Azizah membidas sikap Umno Pulau Pinang yang terpaksa menggunakan taktik murahan dengan usaha menaikkan kemarahan rakyat berhubung isu agama dan kaum di negeri itu.
"Dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Pakatan Rakyat, Umno dan Barisan Nasional sudah semakin hilang taringnya. Mereka melihat kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat semakin lama semakin mencengkam dan menggugat kedudukan mereka.
"Apa lagi dengan pemberian wang khas sempena menyambut Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awam Pulau Pinang sebelum 3 September ini. Ini semua memberi tamparan hebat kepada mereka yang menerajui Kerajaan Pusat setelah melihat negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mampu untuk menghargai rakyat negeri ini.
"Mereka semakin tertekan dan dihimpit pelbagai kemungkinan. Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kebelakangan ini merupakan tamparan kepada Umno dan Barisan Nasional. Kejayaan kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah teraju Ketua Menteri sekarang adalah di luar jangkaan mereka," tegas Dr Wan Azizah.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan sempena Ramadhan kepada 50 ibu tunggal di Tanah Liat, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah Ahad lalu.
Majlis anjuran Koperasi Ibu Tunggal Seberang Perai Tengah itu turut dihadiri isteri Timbalan Ketua Menteri I, Datin Aishah Zainol serta Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Norhayati Jaafar.
Dr Wan Azizah juga berkata ketakutan Umno-BN kini adalah kerana sokongan yang semakin kuat diberikan oleh rakyat di negeri Pulau Pinang kepada kepimpinan Lim Guan Eng.
Menyentuh mengenai dakwaan penderhaka terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu pertahanan, beliau membidas menteri itu yang dianggap enggan berpijak dibumi nyata.
"Sedangkan dalam Parlimen lagi perkara ini telah pun didedahkan berkali-kali oleh ahli parlimen mengenai kegagalan kapal selam milik negara kita berfungsi.
"Kerajaan jangan cuba hendak mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan berleluasa yang telah mereka lakukan selama ini. Di bawah pemerintahan mereka segala pengkhianatan berlaku. Wang rakyat mereka habiskan mengikut acuan mereka. Kronisme, korupsi dan skandal yang cuba mereka selindungi juga tidak akan bertahan lama.
"Lambat laun saya yakin, Umno dan BN akan tumbang dalam pilihan raya umum yang akan datang apabila rakyat sendiri melondehkan segala kejelekan yang telah mereka lakukan dan hanya rakyat yang mampu memberi pengajaran kepada mereka," ujar Dr Wan Azizah lagi. -SK