'Melayu  Hilang Kuasa'. Itulah sahaja modal Mahathir dan juga akhbar Penyebar  Fitnah Rakyat, Utusan Malaysia untuk mengetuk tempurung kepala  orang-orang Melayu Umno agar terus menyokong dan menggendong sebuah  parti perkauman tertua di Malaysia sebelum rebah menyembah ke bumi.Sebenarnya,  yang amat mereka takutkan bukanlah hilangnya kuasa Melayu itu tetapi  hilangnya kuasa mereka sendiri untuk terus menerus mengaut keuntungan  negara selagi hayat masih ada.
Adakah dengan  kuasa pemerintahan ditangan PAS, Melayu akan kehilangan kuasa? Bukankah  PAS dipimpin, didokong dan disokong oleh orang-orang Melayu? Begitu juga  bilangan orang-orang Melayu yang bersama-sama dengan PKR. Adakah orang  Umno sahaja yang dikira sebagai orang Melayu?
Retorik  yang senantiasa dimainkan oleh kuda tua Umno, Mahathir dan juga lidah  bercabang mereka, akhbar Utusan ternyata bakal memakan diri sebagaimana  isu-isu sebelum ini yang dimainkan secara berlebihan sehingga  mendatangkan mual rakyat semakin menebal terhadap Umno.


