Ikuti Blog ini

Pengetua 'rasis' - usul tergempar jika tiada tindakan

Pakatan Rakyat akan membentangkan usul tergempar apabila Dewan Rakyat bersidang pada 11 Oktober ini jika kerajaan gagal bertindak ke atas dua pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman ke atas pelajar bukan Melayu.

Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dilaporkan memberitahu pegangannya yang “beroleransi sifar terhap perkauman”, dua minggu selepas kejadian berkenaan.

"Jika tiada tindakan memuaskan bagi mengotakan apa yang diikrar oleh Najib, khusnya berhubung hukuman ke atas dua pengetua berkenaan...Pakatan Rakyat akan membentangkan usul (di Dewan Rakyat) bagi menuntut perbahasan penuh,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Tindakan Pakatan itu berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa sebagai menteri pelajaran beliau tidak mempunyai kuasa untuk bertindak.

Muhyiddin dilaporkan berkata hanya Jabatan Perkhidmatan Awam yang boleh mengenakan tindakan disiplin ke atas pengetua berkenaan berdasarkan kedudukan gred mereka dalam perkhidmatan awam.

Lim, yang juga ahli parlimen Ipoh Timor berkata seperti pengakuan Muhyiddin sebelum ini bahawa beliau adalah 'Melayu dahulu dan kemudiannya rakyat Malaysia' - kenyataan terbaru itu menjadikan slogan 1Malaysia yang diterajui oleh Najib sebagai satu 'lawak'.

"(Kenyataanya) menimbulkan persoalan sama ada dasar 1Malaysia Najib mewakili polisi kerajaan yang serius dan juga berhubung skongan serta kesetiaan Muhyiddin,” kata Lim lagi.

Lebih membimbangkan kata pemimpin veteran DAP itu, adalah tindakan Muhyiddin yang memilih untuk “membisu” terhadap kejadian yang berlaku enam minggu lalu.

"Adakah di luar bidang kuasa Muhyiddin untuk membidas pengetua yang menghamburkan kata-kata perkauman?

"Empat puluh lima hari sudah berlalu sejak kejadian pertama... tanpa sebarang petunjuk tindakan berkesan diambil bagi memastikan bibit-bit perkauman dan pelampau agama dibendung sepanjang 18 bulan pentadbiran Najib,” katanya.-M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .