
Program tahunan ini bermula dengan ketibaan para hadirin sekitar pukul 9.00 pagi. Kemudian acara diteruskan dengan ucapan daripada Dr. Ismail dan persembahan nasyid dari kumpulan Zulfan memeriahkan lagi himpunan tersebut. Pada pukul 11.00 pagi, Menteri Besar Kedah tiba di Dewan Sri Mentalon.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa generasi muda adalah generasi pelapis untuk membantu kelangsungan kemandirian kerajaan pada masa akan datang. Dalam ucapannya juga, Menteri Besar mengingatkan kerajaan Kedah sekarang dapat memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa berbilang kaum mengikut acuan Islam. Agenda utama yang ditekankan oleh beliau ialah agenda pendidikan, kemiskinan dan pertanian kerana agenda ini merupakan asas dalam mentamadunkan negeri Kedah.
Beliau juga berharap agar Belia dan Mahasiswa dapat belajar bersungguh-sungguh kerana masa inilah peluang terbaik bagi mereka untuk mencari pengetahuan dan pengalaman dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Himpunan tersebut berakhir pada waktu zohor dengan Jamuan Rakyat yang disediakan secara percuma oleh Kerajaan Negeri.