Ikuti Blog ini

UMNO Paya Besar "Hina Sultan Pahang", Hanya Memaparkan Gambar Pemimpin Parti Itu Pada Kain Rentang Program Raja Bersama Rakyat


PAYA BESAR, 20 Sept - Orang ramai kecewa dengan tindakan UMNO Bahagian Paya Besar yang telah "Menghina Sultan Pahang" menerusi program Majlis Raja Bersama Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran parti itu. Difahamkan ia berkaitan tindakan parti itu memasang kain rentang berkaitan program yang dipercayai berunsur penghinaan terhadap Sultan Pahang. Difahamkan program terbabit diadakan hari ini di Padang Kompleks Belia Felda Bukit Goh dekat sini.

Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati khemah-khemah telah pun didirikan. Malah khemah diraja berwarna kuning juga telah didirikan. Ini membukitkan bahwa sememangnya program tersebut akan dihadiri oleh "Tuanku Sultan Pahang". Apa yang menimbulkan persoalannya sekarang ialah kenapa gambar Sultan Pahang tidak diletakkan pada kain rentang terbabit?. Mengulas perkara itu, Tuan Hj.Zahari Mamat (foto), selaku Ketua PKR Cabang Paya Besar berkata bahawa tindakan UMNO itu jelas sekali satu penghinaan terhadap tuanku.

"Jika sebelum ini UMNO bukan main hebat lagi mengatakan PKR menghina Sultan Johor apabila terjumpanya kain rentang yang memaparkan gambar Sultan Johor bersama Pengerusi PKR negeri itu Chua Jui Meng dan Anwar Ibrahim. Mereka membuat provokasi mengatakan PKR tidak menghormati institusi raja. Malahan, Anwar juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat. Walhal, terdapat maklumat yang kain rentang itu dibuat sendiri oleh UMNO bagi mencetuskan keadaan tidak tenteram, kononnya PKR menyokong Chua Jui Meng menjadi Menteri Besar Johor"
, kata Hj. Zahari.

"Persoalannya sekarang kenapa ia berlaku pula kepada UMNO itu sendiri?. Kain rentang yang tertera program raja bersama rakyat tetapi yang dipaparkan ialah gambar Datuk Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar) dan Suhaimi Md Shah (ADUN Sg.Lembing), sedangkan gambar tuanku sultan tidak tertera langsung. Bukankah ini mengelirukan rakyat. Kenapa guna nama raja untuk menarik perhatian rakyat?. Ini jelas merupakan satu penghinaan kepada isntitusi raja itu sendiri sebenarnya"
, katanya. (Klik untuk besarkan imej)


Bukti, kain rentang ciptaan UMNO yang telah menghina Sultan Pahang

Inilah kain rentang yang telah mencetuskan kontroversi di Johor dulu

[UMNO Bahagian Paya Besar mungkin terkejut dengan pendedahan ini, kerana mereka sendiri sebenarnya memang tidak perasan apa yang terpapar pada kain rentang berkenaan. Difahamkan, banyak kain rentang relah diletakkan di sekitar kawasan parlimen Paya Besar bagi menarik orang ramai berkunjung ke majlis berkenaan. Soalnya kenapa hanya gambar "Tengku Manan" dan "Tengku Suhaimi" yang dipaparkan pada kain rentang itu. Sepatutnya gambar Sultan Pahang yang perlu dibesarkan kerana nama program itu "Majlis Raja Bersama Rakyat".

Jika UMNO kemaruk untuk paparkan nama pemimpin mereka maka program tersebut perlu ditukar tajuk kepada "Majlis Pemimpin Bersama Rakyat". Mereka juga boleh membuat kain rentang dengan meletakkan gambar besar Sultan Pahang di sebelah kanan dan kedua-dua pemimpin terbabit dalam saiz kecil di sebelah kiri kain rentang ini. Ini tidak, akibat kealpaan itu maka ramai rakyat yang keliru dan terpingga-pingga atas program yang bakal diadakan.

Bayangkan jika perkara yang sama terjadi kepada PKR Pahang, maka sudah pasti laporan polis akan dibuat oleh puak-puak UMNO kononnya pembangkang menghina Sultan Pahang. Sekarang, bila terkena pada batang hidup mereka, apakah agaknya tindakan yang bakal dilakukan?. Mahu ditanggalkan program sudah berjalan, mahu ditukar pun program sudah berjalan. Akhirnya rakyat menjadi saksi siapakah yang tidak menghormati institusi raja itu sebenarnya. Makanya buatlah penilaian sendiri isu ini]. -PahangDaily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .