Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden  MCA telah  cuba memberi gambaran yang salah khususnya kepada masyarakat  Cina  berkenaan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya Pakatan  Rakyat(PR)  memerintah negara ini. Semasa berucap  dalam Perhimpunan  Agung MCA kali  ke 57 pada hari Ahad 10/10/10,  beliau telah menyatakan  bahawa jika PR  memerintah maka PAS akan menjadi kaptennya. PAS akan  membawa  dasar-dasar autokratik dan kembali kepada perjuangan asalnya.  Ucapan  ini disampaikan di hadapan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib  Tun  Abd Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional serta para   pewakilan MCA seluruh negara. Persoalannya apa masalahnya jika PAS   menjadi Kapten PR?   
Dasar PAS adalah Islam. Semenjak ditubuhkan 59 tahun dahulu hingga ke hari ini dasar PAS tidak pernah berubah. Islam adalah agama yang universal. Kebaikan yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh manusia tidak kira agama mahupun bangsa. PAS berkeyakinan bahawa Islam di turunkan atas mukabumi ini adalah untuk menyelamatkan dunia ini daripada kehancuran akibat kerakusan manusia.

Buktinya sekitar kampung Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sendiri  di  Batu Pahat, masyarakat Cina boleh tinggal dengan selamat dan  berniaga  bersama orang Melayu yang beragama Islam. Bilangan masyarakat  Cina tidak  sampai 10% di perkampungan tersebut tetapi mereka boleh  hidup selesa.  Islam menjamin keselamatan semua umat manusia. Jika  terdapat kelemahan  bukanlah disebabkan oleh Islam tetapi disebabkan  oleh penganutnya yang  tidak melaksanakan Islam yang sebenar. Kemuliaan  bangsa Melayu itu hanya  apabila ia berpegang kepada Islam. Jika orang  Melayu meninggalkan Islam  maka kita akan dapat melihat kehancurannya.

 Catatan
Catatan