Ikuti Blog ini

Soalan dan Jawapan UPSR Bocor

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/soalanjawapanupsrbocora.gif(Kemaskini jam 1.35am 8Okt) - Siasat 'Sindiket' Mengangkat ‘Nama Politik’ Umno/BN
KUALA NERUS
– Kertas soalan dan jawapan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang didakwa ‘bocor’ adalah kegiatan sindiket yang mahu mengangkat nama politik Umno dan Barisan Nasional (BN)

Sindiket tersebut turut melibatkan para pegawai ‘yang berkepentingan’ dalam Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Kementerian Pendidikan.

Pengerusi Lujnah Pelajaran PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mengesahkan telah berlaku kejadian soalan dan jawapan bagi peperiksaan UPSR yang dibocorkan kepada para pelajar.

"merujuk kepada isu peperiksaan memang jelas negeri Terengganu ini ada sindiket yang nak mengangkat nama politik Umno dan Barisan Nasional, bahkan orang-orang yang berkepentingan dalam Jabatan dan Kementerian Pelajaran,

"kerana jelas daam (UPSR) baru-baru ini mereka, dari segi soalan dan jawapan, ada soalan dan jawapan yang dibocorkan kepada pelajar-pelajar,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka PAS Kuala Nerus, sempena Hari Raya yang diadakan di padang bola Batu Enam, dekat sini, hari ini 7 Oktober

Menurutnya, kejadian soalan dan jawapan yang bocor tidak berlaku di negeri-negeri lain.

Namun, katanya, kejadian tersebut berlaku di negeri Terengganu dan orang-orang di negeri lain mengetahui kejadian soalan dan jawapan yang bocor di negeri Terengganu.

"(cukup) jelas perkara itu, dan ini tidak belaku dinegeri lain, jadi saya sudah meyemak dibebeapa negeri lain, perkara ini tidak berlaku,

"tetapi dinegeri Terengganu termaklum, orang dinegeri lain pun tahu tentang keadaan di negeri Terengganu,"jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata ada sekolah yang bertindak 'meng'kuarantin'kan pelajar untuk memberikan jawapan sebelum peperiksaan bemula.

Oleh itu, ia merupakan satu pekerjaan yang tidak bermoral, malah adalah satu jenayah.

Kerana, menurutnya, apa maknanya mereka melakukan sedemikian sekiranya tidak ada sindiket yang mahu menjaga 'nama baik' negeri Terengganu sebagai negeri yang sentiasa mendapat keputusan yang tinggi dalam UPSR.

"Iaitu adanya perancangan untuk nak mengekalkan status kejayaan UPSR di negeri Terengganu, walaupun pekerjaan ini adalah sangat tidak bermoral, dan ini jenayah sebenarnyam"tegas Dato' Abu Bakar.

Justeru, beliau mendesak supaya pihak berkuasa menyiasat sindiket yang melakukannya dan perkara tersebut tidak boleh dibiarkan menjadi satu 'rahsia umum'.

"benda ini diketahui diperingkat Kementerian, diperingkat Jabatan, diketahui oleh mereka yang berkuasa, kita minta supaya hal ini jangan dibiarkan, dedahkan apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam negeri Terengganu,"kata beliau.

Sindiket membocorkan soalan dan jawapan dengan tujuan politik diatas, katanya, akan menjadikan anak-anak sebagai 'korban'.

Menurutnya, tidak ada makna mereka mendapat kelulusan yang tinggi dan cemrlang dalam UPSR, sedangkan, merka telah mendapat soalan dan jawapan yang telah dibocorkan. -BO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .