Ikuti Blog ini

UPAH GEROMBOLAN MENYAMAR UNTUK BERDEMO

Gerombolan upahan dipercayai didalangi oleh BN sedang
berdemo di hadapan Ibu Pejabat DAP Perak, Medan Istana

Kira-kira 20 lelaki yang mendakwa ahli DAP dan penyokong ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat DAP Perak mengutuk kepemimpinan pengurusi DAP Perak yang dituduh mengetepikan kaum India.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham (gambar kiri) berkata parti itu telah mengesahkan dengan cawangan Buntong di mana penunjuk perasaan itu mendakwa mereka berasal dan mendapati kumpulan berkenaan bukan ahli DAP ataupun pemuda parti itu.

“Kami syaki BN adalah dalang di belakang tunjuk perasaan ini kerana bekas ketua cawangan PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda dilihat bersama kumpulan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Ngeh berkata satu laporan polis akan dibuat oleh perwakilan DAP bahagian Buntong ke atas kumpulan itu atas dakwaan menyamar sebagai ahli DAP esok.

“Kami gesa ahli DAP dan orang ramai supaya bertenang dan tidak terjebak dengan taktik kotor yang digunakan oleh Umno dan BN yang telah berulang-kali kita saksikan di Pulau Pinang.

“Saya minta orang ramai supaya terus bersama Pakatan Rakyat dalam misi menyelamat negara daripada bankrap dan dimusnahkan dengan menukar kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang,” kata Ngeh lagi.Baca lagi [di sini]
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .