 KOTA BHARU, 3 Jan:  Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai  Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh  kerajaan negeri Kelantan hari ini.
KOTA BHARU, 3 Jan:  Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai  Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh  kerajaan negeri Kelantan hari ini.
Pengumuman mengenainya dibuat  sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang  dekat sini hari ini.
Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai  rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh  pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan Wira Negara  itu berkata beliau yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua di  Indonesia mengakui aksi Fahmi memang hebat.
"Saya memang kagum,  saya tengok dia beraksi begitu hebat bergetah sungguh tangan budak ni,"  ujarnya sambil disambut laungan takbir oleh orang ramai.
Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi  semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0  dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.
Beliau  juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara  itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh  Indonesia.
Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.
Media  hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya  Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir  Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam  perlawanan akhir di Jakarta itu.
Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah  kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar  terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM. -Hrkh


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
