Ikuti Blog ini

PRK Tenang; Pengundi Campuran Peluang PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/Ucapan%20Presiden%20PAS%20Pelancaran%20Gerakkerja%20PRK%20Tenang%20Bahagian%203_0001.jpgLABIS - Peluang PAS untuk menang dalam pilihanraya kecil N.05 DUN Tenang, Johor, adalah cerah berdasarkan kedudukan pengundi campuran dalam DUN tersebut

Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, perubahan politik telah wujud di negeri Johor terutamanya dalam kawasan-kawasan pengundinya campuran Melayu, Cina dan India.

Berdasarkan keputusan pilihanraya ke-12 tahun 2008, katanya, PAS telah menang dalam dua kawasan sedemikian DUN Maharani dan DUN Sungai Abong.

"AlhamduliLlah, di Johor sudah ada perubahan, saya (berasa ia amat) menarik, perubahan berlaku di kawasan pengundi campuran, campuran rakyat Melayu, Cina dan India,

"Kita (PAS) berjaya menghantar (dua) wakil ke dalam Dewan Undangan Negeri (Johor)(pada pilihanraya umum ke-12 tahun 2008), kawasan Tenang ini juga pengundinya adalah campuran,"jelasnya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Gerakkerja Pilihanraya Kecil DUN Tenang disini, Sabtu 1 Disember.

Sehubungan itu, beliau berkata PAS tidak akan menggunakan cara Umno yang mengeksploitasi isu-isu perkauman dalam pilihanraya DUN Tenang nanti.

Walaupun perasaan mencintai kaum itu tidak salah menurut Islam, namun kata beliau, membangkitkan semangat kaum dan pada masa yang sama menzalimi kaum lain adalah bukan ajaran Nabi SAW.

"Kita tidak mahu menggunakan cara Umno membangkitkan sifat kebangsaan yang tidak ada sifat Islam, Tidak salah kita sayang kepada bangsa, kita sayang kepada kaum,

"jangan bangkitkan semangat kaum, kalau bangkit semangat kaum (pada masa yang sama) menzalimi kaum lain, nabi (SAW) tidak mengaku umat,"tegas Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. -BO





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .