 PETALING  JAYA: Ketika akhbar arus perdana berterusan menyepikan isu berhubung  dakwaan skandal seks pemimpin negara, satu lagi skandal seks yang  didakwa melibatkan golongan vvip dibongkar.
PETALING  JAYA: Ketika akhbar arus perdana berterusan menyepikan isu berhubung  dakwaan skandal seks pemimpin negara, satu lagi skandal seks yang  didakwa melibatkan golongan vvip dibongkar.
Skandal yang dikatakan melibatkan  hubungan seorang ketua agama dengan  peragawati yang juga seorang  pelakon terkenal tanah air, Kavita Kaur itu mula dibangkitkan oleh  beberapa blog terkenal termasuk Tranungkite.net yang menduduki carta  nombor satu dalam Carta Alexa untuk Blog dan Portal Politik Malaysia  2010. 
    
Selain Tranungkite.net, blog Tukar Tiub  yang dikendalikan oleh aktivis terkenal Isham Rais, weblog Marhaen, Anak  Sungai Derhaka,  Pulak Dah, Steadyaku47 dan beberapa blog lain turut  memfokuskan isu yang sama.
Sebelum ini, Tukar Tiub, blog yang  menduduki carta nombor empat dalam carta yang sama dilihat secara  konsisten telah menyelitkan nama Kavita Kaur dalam entri-entri yang  melibatkan golongan raja-raja dengan maksud tertentu yang tidak  didedahkan.
Rentetan tindakan tersebut, portal berita FMT, blog  Beduk Canang dan Ureka Asia telah mempersoalkan kehadiran nama pelakon  jelita tersebut dalam entri-entri Tukar Tiub. Baru-baru  ini pula, weblog Marhaen, blog Anak Sungai Derhaka,  Pulak Dah,  steadyaku47 dan beberapa lagi mula memberikan perhatian mereka dalam isu  ini yang dikatakan berlaku sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ini.
Baru-baru  ini pula, weblog Marhaen, blog Anak Sungai Derhaka,  Pulak Dah,  steadyaku47 dan beberapa lagi mula memberikan perhatian mereka dalam isu  ini yang dikatakan berlaku sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ini.
Malahan  ada antara blog ini yang secara berani mendedahkan nama pembesar  terbabit sekaligus dikaitkan dengan perlantikan kontroversi Datuk  Khusrin Munawai sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor.
Sementara  itu, dalam isu kejadian rogol yang melibatkan seorang menteri kabinet  terhadap pembantu rumahnya yang terbongkar gara-gara pendedahan  WikiLeaks juga semakin rancak diperkatakan di alam siber.
Bermula  daripada laporan blog Rocky Bru yang kelihatan samar pada awalnya, isu  ini mula menunjukkan perkembangan dengan penemuan-penemuan maklumat  terbaru yang diantaranya gambar wanita yang dikatakan sebagai mangsa  rogol menteri dan sepucuk surat aduan yang ditulis oleh adik mangsa,  Robengah.
Beberapa blog juga didapati mula menyiarkan surat  terbabit yang dialamatkan kepada Migrant Care’s  dengan menghitamkan  pada bahagian nama menteri yang dikatakan melakukan perbuatan rogol itu. 
Bagaimanapun nama menteri berkenaan masih boleh dilihat apabila  imej surat berkenaan dibesarkan.   Antara beberapa blog terkenal yang  memfokuskan isu ini dengan menyiarkan surat tersebut Sharpshooter,  Tranungkite.net, Tukar Tiub, Anak Sungai Derhaka, weblog Marhaen,  edyesdotcom dan banyak lagi.
Pada ketika ini, nama menteri yang  terlibat bukanlah lagi menjadi satu rahsia di alam siber sekaligus  sedikit sebanyak menjejaskan imej Umno, Barisan Nasional dan  individu  itu sendiri.
Skandal ini sudah tentu menambahkan lagi senarai  bahan kempen Pakatan Rakyat baik dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang  mahupun PRU-13 nanti.
Oleh Nazli Ibrahim
bedukcanang.blogspot.com


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
